Anda di halaman 1dari 16

10 CIRI PA21

Dalam pada untuk kita bersaing dalam kemajuan dunia, maka sektor pendidikan haruslah
seimbang dengan perkembangan abad ke 21. Kemajuan teknologi dan juga keupayaan
pelajar harus digunakan dengan sebaik mungkin bagi mengoptimumkan penghasilan
kemenjadian murid yang tinggi dalam kalangan pelajar Malaysia. Berikut adalah 10 ciri
pembelajaran abad ke 21 yang boleh dimanfaatkan.

Ciri pembelajaran abad ke 21

1. Berpusatkan pelajar
- pelajar berperanan penting, guru sebagai pembimbing
- meletakkan minat pelajar sebagai keutamaan

2. Penggunaan komputer
- alat penting untuk kelas abad ke 21
- sangat membantu dalam pdp

3. Pembelajaran aktif
- penglibatn yang lebih aktif sama ada dengan perbincangan bersama rakan, atau pun
penggunaan komputer

4. Pembelajaran kendiri
- kelas masih boleh berfungsi dengan pelabagai aras pembelajaran

5. Persekitaran yang kondusif


- tidak terlalu sesak
- peralatan mengajar yang asas seperti papan putih interaktif dan lcd projektor

6. Pelajar faham dan mematuhi arahan


- pemebelajaran dirancang dengan teliti dan tersusun
- peraturan kelas, prosedur dan notis ditampal di ruang khas bagi memudahkan pelajar
sentiasa berada dalam landasan yang betul

7. Saling hormat menghormati


- perlu hormat menghormati antara guru dan pelajar
- guru perlu menggalakan pelajar berucap dengan yakin dan menghargai pendapat mereka
- pelajar perlu belajar bekerjasama dan menghormati rakan sekelas

8. Pelajar bertanggungjawab terhadap pelajaran mereka


- sekiranya pelajar digalakkan untuk terlibat aktif dalam pembelajaran, maka mereka akan
lebih bertanggungjawab dengan pembelajaran mereka

9. Penilaian berasaskan pencapaian


- guru sentiasa menjalankan penilaian dengan pelbagai kaedah tanpa terikat dengan sesuatu
bentuk ujian sahaja

10. Pembelajaran kolaboratif


- pembelajaran secara berkolaborasi merupakan kaedah paling berkesan dalam pembelajaran

3 KEMAHIRAN YG PERLU DIKUASAI


MURID DALAM PA21
Corak pembelajaran bagi bilik darjah untuk abad ke 21, ternyata dah berubah seiring dengan
peredaran zaman. Dengan teknologi moden yang semakin berkembang, ternyata kemahiran
yang diperlukan pelajar abad ke 21 ini juga jauh berbeza berbanding pelajar abad ke 20 suatu
ketika dahulu. Jom kita tengok 3 kemahiran penting yang diperlukan oleh pelajar untuk abad
ke 21 ini.

1.Kemahiran Maklumat dan Komunikasi


Sesuai dengan perkembangan teknologi, maka pelajar haruslah mempunyai literasi terhadap
maklumat dan media. Celik ICT orang kata. Dengan kemajuan teknologi dan sistem
komunikasi yang bertambah canggih dengan adanya internet dan jalur lebar, maka ini juga
mendorong kepada pengukuhan kemahiran berkomunikasi yang lebih berkesan. Komunikasi
yang berkesan juga boleh membantu pelajar abad ke 21 dalam memperolehi ilmu dengan
lebih meluas dan dunia tanpa sempadan.

2. Kemahiran Berfikir dan Menyelesaikan Masalah


Pelajar abad ke 21 juga perlu mempunyai jenis pemikiran yang kritikal dan bersistem. Jenis
pemikiran yang sebegini mampu memberi kelebihan kepada pelajar, terutamanya apabila
berkaitan dengan penyelesaian masalah.
Kemahiran berfikir secara kreatif juga mampu membawa pelajar abad ke 21 ke arah
perkembangan yang positif. Dengan semangat meneroka yang tinggi, maka diharapkan
mereka akan dapat menghasilkan sesuatu baru yang lebih mendatangkan manfaat kepada
semua.

3. Kemahiran Interpersonal dan Arah Kendiri


Kemahiran penting yang perlu dikuasai pelajar adalah kemahiran interpersonal dan
kolaborasi. Mempunyai semangat juang dan ketrampilan diri yang unggul, serta mampu
untuk berkolaborasi dengan rakan sekelas yang lain. Perkembangan kemahiran ini juga perlu
bersifat terarah kendiri, dengan setiap pelajar belajar mengikut aras masing-masing.

6 CIRI GURU PA21


Pembelajaran abad ke 21 banyak mengubah corak pengajaran dan pembelajaran kita selama
ini. Perubahan positif ini adalah bagi memastikan apa yang kita lakukan adalah seiring
dengan perkembangan teknologi dan kemajuan dunia zaman sekarang. Dengan kewujudan
pelbagai teknologi terkini, maka sudah pasti adalah tidak relevan lagi amalan pengajaran
pada abad terdahulu terus diamalkan pada masa sekarang.

Berikut adalah beberapa ciri-ciri yang perlu ada bagi seorang guru pada abad 21. Selamat
beramal!

1. Menguasai Subjek
Guru haruslah menguasai kandungan kurikulum bagi subjek yang diajar. Tentu agak
canggung jadinya jika guru sendiri masih terkial-kial untuk menerangkan sesuatu kandungan
dalam subjek yang diajarnya.

2. Mahir dan Berketrampilan dalam Pedagogi


Guru haruslah mahir dalam menggunakan pelbagai kaedah dan strategi pengajaran dan
pembelajaran yang betul semasa menjalankan p&p di dalam kelas. Pembelajaran yang
pelbagai ini tentu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan mesra pelajar.

3. Memahami Perkembangan dan Menyayangi Murid


Psikologi pendidikan juga menerapkan kepentingan bagi seseorang guru untuk faham akan
perkembangan muridnya, serta mampu menyayangi mereka seadanya. Guru abad 21
seharusnya mampu untuk menilai perkembangan murid sesuai dengan kebolehan mereka.

4. Memahami Psikologi Pembelajaran


Guru abad 21 juga berupaya untuk memahami psikologi pembelajaran bagi para pelajarnya.
Hanya dengan memahami bagaimana minat dan respon pelajar ketika belajar, maka akan
membantu seseorang guru itu berfungsi dengan lebih baik sebagai seorang pendidik.

5. Kemahiran Kaunseling
Guru juga perlu mempunyai kemahiran kaunseling ketika berurusan dengan pelajar.
Kemahiran untuk membantu pelajar menangani emosi, sosial dan juga pelbagai lagi perkara
yang menjadi masalah kepada golongan remaja. Adalah satu kelebihan untuk guru-guru yang
memiliki kemahiran kaunseling dalam menangani isu-isu yang berkaitan dalam dan luar bilik
darjah.

6. Penggunaan Teknologi Terkini


Memang tidak dapat dinafikan penggunaan teknologi terkini merupakan salah satu ciri
penting bagi guru abad ke 21. Selain daripada murid yang memang mahir dengan
penggunaan gajet dan pelbagai alatan elektronik lain, maka guru juga perlu seiring dalam
menggunakan kelebihan ini untuk menarik minat pelajar untuk belajar. Pembelajaran yang
menggunakan lcd, game, aplikasi mobile sudah tentu membawa kelainan kepada suasana
pembelajaran di dalam kelas.

SISTEM KAD TRAFFIC LIGHT


Cara penggunaan nya adalah setiap pelajar diberi 1 set kad yang terdiri daripada warna hijau,
merah dan kuning. Warna warna ini mempunyai maksud yang tersendiri. Warna hijau
bermaksud pelajar sudah faham mengenai objektif pembelajaran pada hari tersebut. Warna
kuning adalah pelajar masih keliru dengan pembelajaran. Dan warna merah bermaksud
pelajar tersebut langsung tak faham dengan pembelajaran pada hari tersebut.

Maka semasa sesi penilaian, jika ramai pelajar yang mengangkat warna hijau, guru akan terus
fokus kepada pelajar yang masih kurang faham, iaitu yang mengangkat warna merah dan
kuning. Tetapi jika ramai pelajar yang mengangkat warna kuning bermaksud guru perlu
mengulangi semula pengajaran. Penyoalan boleh dipelbagaikan dan juga direndahkan sedikit
arasnya bagi membantu pelajar membuat kefahaman mereka masing-masing.

Konsep 4C dalam PA21


Pembelajaran Abad 21 atau ringkasnya PAK21 merupakan pendekatan yang semakin
ditekankan di Malaysia sejak kebelakangan ini. Apatah lagi dengan keperluan guru untuk
bergerak seiring dengan kehendak pelajar masa kini, maka pembelajaran abad 21 wajar
diberi perhatian serius bagi meningkatkan lagi kualiti pendidikan negara. Bagi mengetahui
perkara yang perlu diberi perhatian dalam Pembelajaran Abad 21, jom kita sambung baca
artikel di bawah ini.

Konsep 4C dalam Pembelajaran Abad 21 (PAK21)


Yang pertama cikgu kena fahamkan apa yg dimaksudkan dgn pembelajaran PA21.
Pembelajaran Abad 21 bukanlah hanya berteraskan kepada susunatur meja serta penggunaan
tools seperti traffic light, reward, parking lot sahaja, sebaliknya lebih besar daripada itu. PA21
ini sebenarnya mestilah berasaskan kepada konsep 4C. Paling penting proses pembelajaran
adalah mesti berpusatkan pelajar.

C - Creativity
Dalam pdp cikgu mesti masukkan unsur kreatif pada aktiviti, kreatif pada bahan, kreatif pada
soalan, dan paling penting mampu menjana pelajar untuk menjadi kreatif terutamanya dari
segi berfikir.

C - Critical Thinking
Pdp perlu ada unsur yang menggalakkan pelajar berfikir secara kritis. Ini boleh dilakukan
dengan cara teknik penyoalan yang betul. (Rujuk sini :

http://www.cikguhailmi.com/2015/05/teknik-penyoalan-kbat.html)
Penggunaan tools seperti I Think, peta minda, soalan KBAT juga mmpu menggalakkan
pelajar berfikir secara kreatif
(Rujuk sini : http://www.cikguhailmi.com/2015/04/bagaimana-mengajar-pelajar-berfikirsecara-KBAT.html)
(Rujuk sini : http://www.cikguhailmi.com/2013/11/i-think-kemahiran-berfikir-secara-kreatifkritis-dan-inovatif.html)

C - Collaboration
Pembelajaran pelajar berlangsung dengan cara berkolaborasi dengan rakan2 mereka yang
lain. Buat aktiviti berkumpulan atau berpasangan bagi mereka bertukar2 idea dan pandangan.
Banyak strategi yg boleh digunapakai seperti Gallery Walk, Think-Pair-Share dan lain-lain
(Rujuk sini : http://www.cikguhailmi.com/2016/02/10-contoh-aktiviti-pembelajaran-abad21.html)
Cikgu juga boleh cari lebih banyak contoh aktiviti yg menggalakkan pembelajaran
kolaboratif dan koperatif.

C - Communication
Pelajar digalakkan untuk berkomunikasi, iaitu menggunakan apa2 bahan dan juga pendekatan
bagi menyampaikan ilmu yang mereka faham daripada pembelajaran. Pembentangan,
penggunaan kertas mahjong, powerpoint, gambarajah dll membolehkan pelajar untuk
berkongsi pengetahuan mereka dgn rakan2 yg lain.
(Rujuk sini : http://www.cikguhailmi.com/2014/04/aktiviti-pembentangan-kimia-bab-4jadual-berkala-unsur.html)

Semoga perkongsian ini mampu membantu cikgu untuk menjadi guru yang baik!

Anda mungkin juga menyukai