Anda di halaman 1dari 6

BAJRANGI BAIJAAN

KOD SUBJEK

: UICI1012-24

SUBJEK

: TAMADUN ISLAM DAN

TAMADUN ASIA
NAMA PENSYARAH : DR NURHIDAYU BINTI
MUHAMAD ZAIN
NAMA

: NURI IZZATI BINTI MENAN

NO KAD MATRIK

: A16GH0111

Republik India merupakan sebuah negara di Asia yang mempunyai jumlah penduduk ke-2
teramai di dunia dan merupakan negara ke-7 terbesar berdasarkan kedudukan geografi.
Jumlah penduduk India tumbuh dengan pesat sejak pertengahan 1980-an. Ekonomi India
adalah keempat terbesar di dunia dalam Pariti Kuasa Beli dan juga salah satu pertumbuhan
ekonomi tercepat di dunia. India bersempadan dengan Bangladesh,Myanmar,Republik
Rakyat Cina,Butan,Nepal dan Pakistan dengan Sri Lanka dan Maldives diseberang laut lautan
India. Nama India berasal dari perkataan Sindhu atau nama tempatannya Sungai Indus. Kitabkitab Vedas tidak memberikan nama tertentu kepada tanah India. Pelbagai parti politik
mempunyai nama tersendiri bagi India sesetengahnya adalah Hindustan, Hindu Rashtra dan
Bharath. India juga dikenali sebagai Hindustan (tanah Hindu),tetapi nama ini diketepikan
selepas kemerdekaan pada 1947 disebabkan India memilih untuk menjadi negara sekular.
Republik Islam Pakistan atau Pakistan adalah sebuah negara yang terletak di Asia Selatan. Ia
mempunyai garis pantai 1046 kilometer (650 batu) sepanjang laut Arab di selatan dan
disempadani oleh Afghanistan dan Iran di Barat,India di timur dan China di timur laut jauh.
Majoriti penduduk Pakistan adalah Muslim Sunni. Pakistan adalah negara ke-6 yang
mempunyai penduduk teramai di dunia dan negara ke-2 yang mempunyai penduduk
beragama Islam teramai di dunia selepas Indonesia. Pakistan pernah dijajah oleh British dan
menjadi sebahagian dari India British yang berpusat di Delhi. Tapak tamandun purba
Mahenjo Daro terletak di lembangan Indus,Pakistan.
Perang India-Pakistan merupakan perang yang terjadi antara India dengan Pakistan sejak
Ogos 1947. Terdapat tiga perang utama dan satu perang kecil antara kedua-dua negara.
Peperangan ini terjadi disebabkan oleh perebutan wilayah Kashmir yang diperdebatkan oleh
Casus Belli dan pengecualian perang India-Pakistan 1971 yang disebabkan oleh masalah
wilayah Pakistan Timur. Ketika perang India-Pakistan 1947,Pakistan merebut 1/3 Kashmir
(Pakistan mengatakan Kashmir sebagai wilayahnya) dengan bantuan Pashtun. Hindu dan
Sikhs dihilangkan dari Kashmir Pakistan. India membalas dengan mengirim pasukan ke
Gurdaspur.
Ketika perang India-Pakistan 1965,pasukan Pakistan berusaha memasuki teritori Kashmir
India untuk membalas pemberontakan oleh Kashmir. Rancangan ini gagal dan penyusup
dijumpai sehingga India membalas serangan ini. Perang ini diakhiri dengan gencatan senjata
dan India dapat merebut sedikit sahaja teritori Pakistan. Ketika perang India-Pakistan 1971
pula,Bangladesh meminta kemerdekaan dari Pakistan. Tentera Pakistan melakukan

pembunuhan dan rusuhan besar-besaran di Bangladesh dan genoside penduduk Bengali.


Jutaan penduduk pindah ke India. India membantu Mukti-Bahini Bangladesh dan menakluk
Pakistan sehingga Bangladesh merdeka dan Pakistan menyerahkan keseluruhannya. Perang
India-Pakistan 1999 pula disebut sebagai Perang Kargil. Tentera Pakistan dan beberapa
pemberontak Kashmir merebut pos tentera India. India membalas dan merebut kembali pos
tersebut. Tekanan antarabangsa terhadap Pakistan menyebabkan Pakistan mundur. Perang
berakhir apabila India merebut Kargil dan isolasi diplomatik Pakistan.
Perang India-Pakistan 1947 juga disebut sebagai Perang Kashmir pertama,iaitu perang yang
terjadi antara India dengan Pakistan terhadap wilayah Kashmir dari tahun 1947 hingga 1948.
Perang ini merupakan perang pertama antara empat peperangan yang berlaku antara India
dengan Pakistan. Peperangan ini mempengaruhi geopolitik kedua-dua negara tersebut. Gulab
Singh dan penggantinya menguasai Kashmir. Sekitar tahun 1941,seramai 4022 orang berada
di seluruh wilayah Kashmir dan seramai 3101 adalah muslim. Rakyat Kashmir bangkit
melawan kekuasaan Maharaja Hari Singh. Beliau terkenal dengan kekejamannya
menumpaskan pemberontakan pada tahun 1931. Pada tahun 1932,Sheikh Abdullah
membentuk parti politik di Kashmir iaitu The All Jammu dan Kashmir Muslim Conference.
Berdasarkan pembahagian India,penguasa wilayah diberi pilihan untuk memilih bergabung
dengan India atau Pakistan. Akan tetapi,mereka disarankan untuk menjadi wilayah tersendiri
dengan mempertimbangkan wilayah geografi dan masalah etnik.
Hinduisme ialah satu agama atau falsafah yang berasal dari benua India dan kawasan
sekeliling yang berhampiran.Istilah hinduisme merangkumi pelbagai aliran fikiran dan
falsafah serta upacara-upacara amal yang berbeza. Sebahagian besar penganut hindu
bersembahyang kepada pelbagai dewa-dewi dan menganggap dewa-dewi ini sebagai
penjelmaan-penjelmaan untuk satu roh agung(Brahman). Agama Hindu telah berkembang
dengan

meluas

meskipun

agama

ini

tidak

pernah

disebarlan

dengan

penaklukan,penjajahan,peperangan atau sebarang bentuk keganasan. Keamanan,kasih


sayang,simpati,kemanusiaan dan kebajikan merupakan daya tarikan agama Hindu. Ke mana
sahaja orang Hindu pergi,mereka telah memperkayakan dan meningkatkan kebudayaan serta
tamadun tempatan secara semulajadi tanpa sebarang paksaan. Hal ini dapat dibuktikan
melalui filem Bajrangi Baijaan, iaitu Pawan (Salman Khan) yang merupakan seorang yang
sangat taat kepada agamanya dan merupakan seorang penganut Dewa Hanuman. Pawan
sangat memegang prinsip agamanya iaitu tidak akan sesekali berkata bohong dan akan

sentiasa jujur dalam setiap percakapan dan perbuatannya. Hal ini menyebabkan Pawan
digelar sebagai Bajrangi.
Terdapat perbezaan yang sangat ketara antara agama Islam dengn Hindu. Manifestasi setiap
agama adalah berbeza iaitu agama Islam mengaku hanya Allah SWT sahaja Tuhan yang
sebenar-benarnya dan tidak boleh dikaitkan atau disekutukan dengan manusia atau benda lain
manakala agama Hindu pula Tuhan digambarkan dalam pelbagai bentuk dan penjelmaan
dewa (konsep reinkarnasi/penjelmaan semula). Tempat beribadah umat Islam adalah masjid
dan turut berfungsi sebagai aktiviti kemasyarakatan,pusat pentadbiran Islam dan tempat
menuntut ilmu. Bagi agama Hindu,kuil merupakan tempat beribadah mereka dan juga
sebagai pusat pendidikan bagi mengajar ilmu-ilmu keagamaan. Bajrangi baijaan tidan
menggugat mana-mana agama meskipun terdapat perbezaan agama di antara kedua-dua
negara iaitu India dan Pakistan. Filem ini menunjukkan bahawa agama ini bukan berfungsi
untuk mengasingkan mana-mana agama. Ia dapat dilihat apabila Maulana Sahab mengajak
Pawan masuk ke dalam masjid meskipun mengetahui Pawan bukan beragama Islam.
Pegangan agama yang sangat erat dalam agama masing-masing juga dapat dilihat pada diri
Shahida iaitu kanak-kanak beragama Islam yang baru berumur 6 tahun. Meskipun Shahida
bersama dengan seorang penganut Hindu yang alim dan tidak sanggup melakukan kesalahan,
tetapi kesetiaannya terhadap agama Islam jelas terpancar apabila dia meluru ke masjid dan
berdoa pada Allah walaupun sebelum itu Pawan menyuruhnya untuk menyembah dewa.
Sistem kasta di India ialah salah satu sejarah yang paling utama di mana terdapat perbezaan
melalui kelas,agama,wilayah,kaum,jantina dan Bahasa. Ia merupakan satu institusi yang unik
dalam tamadun India. Di dalam system kasta ini terdapat banyak penindasan yang dapat
dilihat terutama perbezaan warna kulit. Sistem kasta ini bermaksud pembahagian kelas sosial
yang mempunyai hierarki yang tetap di mana secara semulajadi masyarakat hidup dalam
keadaan terkelas atau berperingkat. Pada awalnya,sistem kasta ini lebih berdasarkan kepada
perbezaan warna kulit dan ia bermula dengan kehadiran orang Aryan. Sistem kasta ini adalah
satu sistem tertutup di mana kehidupan seseorang dan kehidupan sosialnya ditentukan oleh
kasta ini. Ia ditentukan sejak kelahiran seseorang itu dan sistem kasta ini mempengaruhi
interaksi dan tingkah laku seseorang itu. Selain itu,terdapat had untuk berinteraksi antara satu
kasta dengan kasta yang lain. Dalam Bajrangi Baijaan, ia dapat dilihat melalui bapa Rasika
(Kareena Kapoor) yang ingin mengahwinkan anaknya dengan golongan bangsawan namun
ditoak oleh Rasika kerana dia sudah mempunyai pilihan hati sendiri (Pawan). Pawan
merupakan lelaki biasa sahaja tidak mempunyai banyak harta. Bapa Rasika meletakkan syarat

kepada Pawan agar menyediakan sebuah rumah dalam tempoh 6 bulan sekiranya hendak
berkahwin dengan Rasika. Selain itu, bapa Rasika juga sangat marah apabila mengetahui
bahawa Shahida bukan beragama Hindu dan bukan berketurunan India. Bapa Rasika
menghalau Shahida keluar dari rumahnya dan tidak mengizinkan sama sekali Shahida tinggal
di rumahnya walau apa pun jadi. Hal ini menunjukka bahawa bapa Rasika sangat berpegang
kepada ajaran Hindu dan sangat mementingkan taraf sosial tidak kira umur mahupun jantina.
Media massa merupakan salah satu bentuk kemajuan teknologi maklumat dan
komunikasi. Melalui media massa yang semakin banyak berkembang membolehkan
maklumat tersebar dengan mudah di masyarakat. Maklumat dalam bentuk apapun boleh
disebarkan dengan mudah dan cepat sehingga mempengaruhi cara pandang, gaya hidup, serta
budaya suatu bangsa. Media massa mampu memberikan impak positif dan negative terhadap
masyarakat bergantung kepada cara pemikiran dan penilaian masyarakat itu sendiri terhadap
sesuatu isu. Pengaruh media tersebut berkaitan dengan aspek-aspek lain seperti sifat
komunikasi, kandungan atau maklumat daripada media itu sendiri, serta tanggapan dari
masyarakat. Sebagai contoh, Chand Nawab yang merupakan wartawan terkenal di Pakistan
yang pada mulanya menyangka Pawan merupakan pengintip dan perisik dari India. Setelah
mengekori Pawan, dia akhirnya mengetahui bahawa Pawan datang ke Pakistan membawa
pengorbanan yang besar untuk menghantar Shahida pulang ke pangkuan keluarga. Chand
Nawab berusaha bersama-sama Pawan untuk menjejaki tempat tinggal Shahida. Pelbagai
usaha yang dilakukan oleh wartawan tersebut terutama dalam bidangnya yang melibatkan
media massa. Dia sering memuat naik segala laporan mengenai usaha Pawan dengan
berharap semua masyarakat dapat membuka minda dan mengubah cara pemikiran mereka.
Setelah berjaya menemukan ibu Shahida,dia mengongsikan bagaimana titik peluh Pawan
menemukan ibu Shahida. Akhirnya,seluruh mayarakat India dan Pakistan membuka minda
sedikit demi sedikit dan menyokong Pawan. Seluruh warga India dan Pakistan bersatu untuk
membantu Pawan pulang ke India.
Nilai murni yang ditekankan dalam Bajrangi Baijaan adalah kejujuran. Hal ini dapat dilihat
apabila seorang penganut Hindu(Pawan) yang sangat jujur dan tidak pernah berbohong walau
dalam keadaan apa sekalipun. Pawan masih mahu mendapatkan keizinan dari pihak berkuasa
Pakistan untuk menyeberangi sempadan Pakistan walaupun sudah berjaya memasukinya
secara haram. Walaupun diugut untuk ditembak Pawan masih tetap berkeras untuk
mendapatkan keizinan dan teguh dengan pendirian agamanya sehinggakan pihak berkuasa

Pakistan menganggapnya gila. Kejujuran Pawan akhirnya dapat membuka hati ketua pihak
berkuasa tersebut untuk mengizinkan Pawan meneruskan perjalanan.
Pengajaran yang diperoleh daripada filem Bajrangi Baijaan ialah kita mestilah berusaha
bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti putus asa dalam melakukan sesuatu. Pengorbanan
dan usaha Pawan untuk menghantar Shahida pulang ke Pakistan jelas menunjukkan dia
merupakan seorang yang sangat gigih walaupun terlalu banyak karenah untuk Pawan
mendapatkan passport ke Pakistan. Pawan tetap ingin menghantar Shahida pulang ke
pangkuan keluarganya walaupun secara haram. Sepanjang di Pakistan,Pawan melalui banyak
cabaran dan rintangan namun itu sedikit pun tidak mematahkan semangat Pawan walaupun
sering diburu oleh pihak polis. Kegigihan Pawan juga jelas dilihat apabila Pawan berusaha
mencari pekerjaan dan mengumpul duit untuk membeli sebuah rumah yang diminta oleh ayah
Rasika untuk mengahwini anaknya. Selain itu juga, kegigihan Pawan juga terpancar apabila
Pawan tetap ingin mengambil peperiksaan sebanyak sebelas kali setelah gagal berulang kali
meskipun dimarahi oleh ayahnya.
Kesimpulannya, filem Bajrangi Baijaan memberikan impak yang sangat besar kepada
penonton yang menontonnya. Filem ini sangat berkait rapat dengan tamadun India dan
sejarah peperangan India-Pakistan terdahulu. Pada pendapat saya, filem ini sangat
menitikberatkan nilai kasih sayang sesame manusia meskipun masing-masing terikat dengan
berlainan agama dan negara. Nilai kasih sayang yang tinggi dalam diri setiap individu dapat
mengubah pendirian dan mentaliti masyarakat. Berlainan agama tidak membataskan sesorang
individu untuk bersatu padu dan membentuk keharmonian yang sejati. Perkembangan
teknologi juga sangat membantu dalam pembentukan masyarakat yang bersatu padu dan
mampu mengubah sejarah terdahulu agar tidak berulang kembali.

Anda mungkin juga menyukai