Anda di halaman 1dari 9

METODOLOGI DAKWAH DALAM AL-QURAN

KEISTIMEWAAN DAN KEBERKESANAN DAKWAH MENERUSI


AYAT AL- KAUWNIYYAT
Wan Sofiah binti Wan Ahmad P81827

PENGENALAN
Al Quran diturunkan oleh Allah bukan sahaja untuk menggesa manusia agar
membacanya, malah menuntut manusia bagi melakukan pengamatan, penelitian
dan pengkajian terhadap ayat ayat suci tersebut bagi menambah keimanan
mereka. Kajian ini berfokus kepada keistimewaan dan keberkesanan dakwah
menerusi ayat kauwniyah. Kajian ini juga akan mendatangkan beberapa contoh
ayat kauwniyyat yang telah diakui oleh para sainstis Barat melalui kajian
emperikal.
Membaca ayat kauwniyyat ( ayat mengenai fanomena alam ) tanpa memiliki
pengetahuan sains sebagai alat bantuan , adalah sukar kerana tidak dapat
memahaminya dengan sempurna. Melalui ilmu sains, istilah istilah mengenai
perkembangan manusia di dalam al-Quran seperti alaqah ( seketul daging),
mudghah ( seketul daging ), izam ( tulang ) dan lahm ( daging ) menjadi lebih
mudah dan jelas untuk difahami.( Nor Azizah binti Baharom. 1997 m/s 13)

DEFINISI KAUWNIYYAT
Ayat ayat Al- Quran terbahagi kepada 2 :
1. Qauliyah : berbicara tentang hukum, sejarah dan lain- lain
2. Kauwniyyah : ayat yang berbicara tentang alam semesta yang mana ayat
ini memerlukan kajian dan analisis. Hanya mampu dihuraikan oleh orang
orang tertentu sahaja.
Dr Yunahar Ilyas dalam bukunya Kualiyah Aqidah mendefinasikan alam adalah
segala sesuatu yang ada di bumi, manakala semesta adalah seluruh.

PEMBAHAGIAN AYAT KAUWNIYYAT


1. Manusia dan Haiwan
2. Tumbuhan
3. Langit dan Bumi
PROSES KEJADIAN MANUSIA
Surah Al Mukminun : Ayat 14

"Kemudian Kami mengubah air mani (nutfah) menjadi segumpal darah


beku (alaqah)
lalu Kami jadikan darah beku itu menjadi seketul daging (mudghah)"
lalu Kami mengubahkan pula daging (mudghah) itu menjadi tulang
(izam)dan kemudiannya Kami membalutkan tulang itu dengan daging"

Berdasarkan surah Al- Mukminun ayat 12 hingga 14, manusia iaitu Nabi Adam
dan keturunannya berasal dari tanah. Selepas itu, berlakunya beberapa rantaian
proses kejadian manusia sebagaimana yang disebut di dalam di atas. Setelah air
mani ditempatkan selama 4 bulan di dalam rahim, Allah meniupkan roh kepada
ciptaanNya itu. Perkara ini ditegaskan oleh Ibnu Abbas, Al- Shabi, Abu al- Aliyah,
Abu Dahak dan Ibn Zaid.( Maimun binti Sulaiman. 2006. m/s 17 )

HAIWAN : LEBAH





68. dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah Engkau membuat
sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunanbangunan Yang didirikan oleh manusia.
69. kemudian makanlah dari Segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan
(yang Engkau sukai), serta Turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu Yang
diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (dengan itu) akan keluarlah dari
Dalam badannya minuman (madu) Yang berlainan warnanya, Yang mengandungi
penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada Yang
demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang
Yang mahu berfikir.(Drs H. M Darwis Hude,. 2002. Muka surat 98 )

PROSES FOTOSINTESIS TUMBUHAN


Dan [Aku bersumpah] dengan malam, apabila ia menarik, dan oleh subuh
apabila ia bernafas

(Surah At-Takwiir : ayat 17-18)


Produktiviti fotosintesis diukur oleh tahap pengeluaran oksigen. Waktu
pagi, apabila sinaran Matahari yang paling tertumpu kepada tumbuhan
Pada waktu subuh, daun mula berpeluh, dan berlaku peningkatan
fotosintesis
Pada sebelah petang ia berlaku sebaliknya; dalam erti kata lain proses
fotosintesis menurun, dan respirasi meningkat kerana apabila suhu naik,
peluh juga akan meningkat. Pada waktu malam, suhu menurun dan
menyebabkan penurunan peluh dan kilang itu berehat.
Ayat "apabila ia bernafas," adalah merujuk kepada aktiviti bernafas,
pernafasan, atau bernafas secara mendalam.
Istilah ini terutama menekankan cara bahawa pengeluaran oksigen
bermula pada waktu pagi, dan bahawa tahap oksigen, penting untuk
pernafasan, dijana pada masa itu.

Jenis tumbuhan mengikut tempat dan iklim


kemudian Kami belah-belahkan bumi dengan belahan yang sesuai
dengan tumbuh-tumbuhan (Surah Abasa : 26 )
Jenis tumbuhan terbahagi mengikut tempat dan iklim
Contohnya :
1. pokok kaktus di padang pasir
2. Teratai kolam/ tasik
3. Hutan Bareal kawasan salji
4. Paya bakau di pinggir laut/ sungai
5. Hutan hujan tropika di kawasan khatulistiwa
6. BungaRafflesia di kepulauan Borneo

FANOMENA DI BUMI
1. Kewujudan Alam Semesta
2. Alam mempunyai Permulaan ( Al Anbiya : 30 )

30. dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai Bahawa
Sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda
Yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? dan Kami jadikan dari air, tiaptiap benda Yang hidup? maka mengapa mereka tidak mahu beriman?

3. Alam Semesta yang Mengembang ( Al - Zaariyat : 47 )

dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan Yang


adil untuk (menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari kiamat;
maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikitpun; dan jika
(amalnya) itu seberat biji sawi (sekalipun), nescaya Kami akan
mendatangkannya (untuk ditimbang dan dihitung); dan cukuplah
Kami sebagai Penghitung.
47.

4. Penciptaan Alam dalam 6 Masa






7. dan Dia lah Yang menjadikan langit dan bumi Dalam masa, sedang
"ArasyNya, berada di atas air (ia menjadikan semuanya itu untuk menguji
kamu: siapakah di antara kamu Yang lebih baik amalnya. dan Demi
sesungguhnya! jika Engkau (Wahai Muhammad) berkata: "Bahawa kamu akan
dibangkitkan hidup kembali sesudah mati" tentulah orang-orang Yang ingkar
akan berkata: "Ini tidak lain, hanyalah seperti sihir Yang nyata (tipuannya)".
5. Bumi Berbentuk Sfera
6. Bukit dan Gunung sebagai Peneguh Bumi
An- Naba : 6-7




Maksudnya : Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai
hamparan? dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya?

7. Proses Kejadian Air


(An-Nabak : 13 )


13. dan Kami telah mengadakan matahari menjadi lampu Yang terang-benderang
cahayanya?
( Al-Hijr : 22 )



22. dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka
Dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan
kamu meminumnya; dan bukanlah kamu Yang (berkuasa menurunkannya atau)
menyimpannya.
( An-Nur : 43 )
( Az-Zumar : 21 )
( Yasin: 80 )
( Al-Mukminun : 18 )
( Al-Mursalat : 27 )

8. Sukar Bernafas di Altitud yang Tinggi


Pada altitud yang tinggi, tekanan udara semakin rendah. Menurut sains
perubatan, altitude 1 500 meter dan ke atas mula memberi kesan kepada
manusia. Pada ketinggian 2 400 meter, manusia akan mengalami beberapa
sintom seperti Altitude Sickness ( telinga tersumbat), High Altitude
Pulmonary Ederma ( HAPE ), High Altitude Cerebral Ederma ( HACE ), hypoxia (
kurang tekanan oksigen dalam badan ), borotrauma dan banyak lagi. Pada
ketinggian 8 000 meter ( Gunung Everest 8848 meter ) dan ke atas, para saintis
menggelar zon ini sebagai death zone ( zon maut ). Hampir semua manusia
tidak dapat diselamatkan pada aras ketinggian ini, melainkan dengan

menggunakan alat bantuan pernafasan atau kabin yang ditekankan dengan


tekanan normal. Pada aras ketinggian ini, kandungan oksigen adalah kurang.
Keadaan ini menyebabkan manusia sesak nafas, berisiko untuk lumpuh dan mati
kerana oksigen tidak sampai ke otak, saraf dan paru paru.





125. maka sesiapa Yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk
kepadanya nescaya ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk
menerima Islam; dan sesiapa Yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya,
nescaya ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah
ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah
menimpakan azab kepada orang-orang Yang tidak beriman.
West, JB. 2002.
FANOMENA DI LANGIT
1. Awan Mempunyai Lapisan Tertentu





43. tidakkah Engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak
perlahan-lahan,
kemudian
Dia
mengumpulkan
kelompok-kelompoknya,
kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? selepas itu Engkau melihat
hujan turun dari celah-celahnya. dan Allah pula menurunkan hujan batu dari
langit, dari gunung-ganang (awan) Yang ada padanya; lalu ia menimpakan hujan
batu itu kepada sesiapa Yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa
Yang dikehendakiNya. sinaran Kilat Yang terpancar dari awan Yang demikian
keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan.
Pengkategorian jenis jenis awan mula diperkenalkan oleh Luke Howard pada
tahun 1802 sebagai memudahkan kaji cuaca. Menurut beliau, pada asalnya
hanya terdapat 5 jenis awan namun, setelah beberapa tahun bilangan jenis awan
telah ditambah oleh beberapa ahli meteorologi menjadi 10 jenis. Antaranya ialah
Ludwig Kaemtz (1840), Emilien Renou (1855) dan beberapa orang lagi. ( Office
National Meteorology (1932)
Teori Big Bang
2. Matahari dan Akhir Hayatnya

(At-Takwir :1)

1. apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap);
(At-Takwir : 15-16 )

15. oleh itu, Aku bersumpah Dengan bintang-bintang Yang tenggelam
timbul;
16. Yang beredar, juga Yang tetap pada tempatnya;

3. Matahari Bersinar dan Bulan Bercahaya


Surah Yunus : Ayat 5
Dialah yang menjadikan matahari bersinar, dan bulan bercahaya, dan
Dialah yang menetapkan tempat - tempat orbitnya, agar kamu
mengetahui bilangan tahun, dan perhitungan (waktu). Allah tidak
menciptakan demikian itu melainkan dengan benar. Dia menjelaskan
tanda- tanda ( kebesaranNya) kepada orang orang yang mengetahui
Bersinar : merujuk kepada pengeluaran cahaya yang bersumberkan dirinya
sendiri
Bercahaya : merujuk kepada cahaya yang diambil bersumberkan benda
lain .
4. Black Holes dan Kejadian Bintang
( Al-Fussilat : 11)



11. kemudian ia menunjukkan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit
sedang langit itu masih berupa asap; lalu ia berfirman kepadanya dan
kepada bumi: "Turutlah kamu berdua akan perintahKu, sama ada Dengan
sukarela atau Dengan paksa!" keduanya menjawab: "Kami berdua sedia
menurut - patuh Dengan sukarela"
5. Bintang yang Menembus
( At-Thariq : 1-3)

1. Demi langit dan "At-Taariq"; 2. dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia "At-Taariq" itu? 3. (At-Taariq) ialah bintang Yang menembusi (sinaran cahayanya);

6. Pertukaran Siang dan Malam


Ali Imran: 190


190. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran
malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan
keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal;

KEISTIMEWAAN AYAT KAUWNIYYAT


menunjukkan kebesaran Allah dalam mencipta alam semesta dan Dia
menjadikan alam semesta tidaklah menjadikannya sia-sia melainkan ada
keistimewaan dan kepentingannya kepada manusia.
menceritakan tentang proses kejadian serta alam temasuk kejadian
manusia lebih awal sebelum kemunculan ilmu sains.
KEBERKESANAN DAKWAH MENERUSI AYAT KAUWNIYYAT
Menambah keimanan orang Mukmin
* meningkatkan rasa syukur dan merasai sifat kehambaan orang beriman
kepada Allah

Menjadi penyebab orang kafir mengakui kebenaran agama Islam


* kebiasaannya melalui hasil kajian sains yang bertepatan dengan ayat Al-Quran

KESIMPULAN
Ayat Kauwniyah merupakan satu mukjizat yang diperoleh daripada Al-Quran.
Melalui penelitian terhadap tafsir dan kajian sains, manusia dapat menemui
keajaibannya sekaligus menambah keimanan. Bagi yang bukan Islam, apabila
meneliti ayat Kauwniyah secara ilmiah, mereka akan mengakui kebenaran AlQuran.

RUJUKAN
Drs H. M Darwis Hude, Drs H. Hasan Basri, Drs H. Maftuchin Abbas, Drs H
Muntaha Azhari Al- Hafizh. 2002. Cakrawala Ilmu dalam Al- Quran. Jakarta :
Pustaka Firdaus. Muka surat 98

Jenkins Martin D. , Groombridge Brian. 2007. World Atlas of Biodiversity Earth


Living in the 21st Century. World Conservation Monitoring Centre , United Nations
Environment Programme.
Maimun binti Sulaiman. 2006. Disertasi : Pengaruh Amalan Wanita Hamil
terhadap Pembentukan Minda dan Sahsiah Anak : Kajian di Shah Alam. Bangi :
UKM m/s 17
Nor Azizah binti Baharom. 1997. Tesis : Kejadian Manusia Berdasarkan Perspektif
Wahyu dan Sains . Bangi: UKM.
Office National Meteorology (1932) International Atlas of Clouds and of States of
the Sky. Paris
West, JB. 2002. Highnest Permanent Human Habitation. High Altitude Medical
Biology 3

Surah yunus : 5
Surah an- nahl : 12
Al- anbiya : 30
Anbiya : 32
Al- hajj : 18
65
Al furqan : 61-62
Fathir : 41
Yasin : 38-40
Fushilat : 9-12
Az-zariyat: 47-48
Ar-Rahman : 33

Anda mungkin juga menyukai