Peraturan-Peraturan Wajib Bagi Anggota Keselamatan
Polis Bantuan 1. Setiap anggota wajib mematuhi waktu kerja yang ditetapkan. 2. Anggota yang bertugas shift siang dan malam mesti melapor diri 10 minit lebih awal daripada waktu bertugas. 3. Setiap anggota mesti berpakaian kemas mengikut etika pakaian Polis Bantuan. 4. Setiap anggota mesti bekerjasama dalam menjalankan tugas dan mengelakkan daripada pergaduhan di tempat kerja. 5. Membuat pemeriksaan dan catatan terhadap semua kenderaan pelawat yang masuk/keluar di kawasan kilang. 6. Membuat rondaan mengikut masa yang ditetapkan oleh pihak pengurusan kilang. 7. Anggota hendaklah mematuhi peraturan-peraturan asas kilang sawit termasuk memakai PPE (Safety Shoes, Safety Helmet and etc) semasa membuat rondaan. 8. Setiap anggota bertanggungjawab menjaga keselamatan harta majikan. 9. Anggota bertanggungjawab untuk mencegah kesalahan-kesalahan jenayah yang berlaku dalam lingkungan kawalan. 10.Anggota tidak dibenarkan tidur semasa bertugas. 11.Anggota tidak dibenarkan meninggalkan pos semasa pertukaran shift, anggota mesti menunggu pengganti melapor diri terlebih dahulu. 12.Anggota tidak dibenarkan sama sekali mengetip kad perakam waktu (punch card) orang lain dalam waktu kerja. 13.Anggota tidak dibenarkan meninggalkan barangan persendirian di pos kawalan. 14.Anggota wajib mencatat atau merekod sesuatu perkara/laporan di dalam buku yang telah disediakan sewaktu menjalankan tugas. 15.Anggota perlu memastikan keadaan di bawah jagaan dalam keadaan selamat. Sebarang kejadian yang tidak baik berlaku di dalam kilang hendaklah dilaporkan kepada ketua pos dan ketua pos mesti melaporkan kepada pihak pengurusan. 16.Anggota tidak dibenarkan bermain handphone / games semasa bertugas. * Peraturan-peraturan untuk Polis Bantuan akan dikemaskini mengikut keperluan semasa. * Pihak pengurusan akan mengambil tindakan sewajarnya jika didapati ada anggota yang melanggar peraturanperaturan yang ditetapkan.