Anda di halaman 1dari 1

Rumusan

Sebagai penggulungan, jelas bahawa sekularisme merupakan salah satu fahaman yang
amat bertentangan dengan ajaran agama Islam. Fahaman sekular yang menular perlulah
dibendung dengan sebaik mungkin agar tidak merosakkan generasi serta pemikiran masyarakat
Islam pada masa hadapan. Pendidikan berteraskan agama Islam perlu ditekankan dengan lebih
mendalam agar segala bentuk fahaman yang masuk dan bertentangan dengan ajaran Islam dapat
ditepis supaya tidak menguasai pemikiran dan gaya hidup masyarakat Islam khususnya di
Malaysia ini. Didalam agama Islam, tidak ada pemisah antara agama dengan hal ehwal
pentadbiran, sosiobudaya, ekonomi dan pendidikan. Semua perkara adalah bersabit dengan
agama dan tidak boleh dipisahkan sama sekali. Hal ini kerana, agama Islam syumul dan
sempurna. Segala perkara perlu merujuk kepada agama Islam agar kehidupan yang dijalani
berlandaskan akidah dan syariat Islam yang sebenar. Oleh itu, marilah kita bersama-sama
berpegang teguh kepada ajaran agama Islam yang sebenarnya serta berpegang kepada ajaran alQuran dan Sunnah yang ditinggalkan.