Anda di halaman 1dari 3

10 KEMUSYKILAN ANDA DI BULAN RAMADHAN

ANDA BERTANYA, USTAZ MENJAWAB (cadangan letak nama ust zamri atau ust syed
kadir dengan izin mereka)
S1 . Kenapa diwajibkan kepada umat Islam berpuasa pada bulan
Ramadhan?
J1. Rukun Islam terbahagi kepada 5, iaitu :
Pertama ; Mengucap kalimah Syahadah
Kedua ; Solat 5 waktu
Ketiga ; Menunaikan zakat
Keempat ; Puasa di bulan Ramadhan
Kelima ; Menunaikan Haji
Oleh itu, difardhukan ke atas kita umat Islam menunaikan rukun Islam yang
keempat iaitu berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan berdasarkan Firman
Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah dalam ayat 183 yang bermaksud :
Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa
sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mudahmudahan kamu semua beroleh Ketaqwaan.
S2. Apakah erti puasa yang sebenarnya?
J2. Erti puasa ialah menahan diri daripada makan dan minum atau lapar dan dahaga
atau apa juga yang boleh membatalkan puasa bermula dari terbit fajar(waktu
imsak) sehingga terbenam matahari (waktu maghrib).
Selain itu, umat Islam juga wajib menahan syahwat dan dilarang melakukan
hubungan(bersetubuh) dengan pasangan sepanjang tempoh berpuasa.
S3. Puasa menahan diri daripada lapar dan dahaga. Apakah tujuan utama
berpuasa?
J3. Tujuan utama berpuasa ialah mendidik manusia agar menjadi hamba Allah yang
bertaqwa. Taqwa pula bermaksud memelihara diri dari azab Allah dengan
mengerjakan segala suruhan dan perintah dan menjauhi segala larangan Allah SWT.
S4. Apa istimewanya bulan Ramadhan?
J4. Terlalu banyak keistimewaan, limpah Rahmat dan keampunan dari Allah SWT di
bulan Ramadhan, antara yang disebutkan di dalam Al-Quran dan hadis Baginda
Nabi SAW:
i.

Manusia berlumba-lumba melakukan amal kebaikan. Dalam bulan


Ramadhan akan dibukakan pintu syurga, dan ditutup pintu neraka dan

ii.

iii.

dirantai syaitan-syaitan yang menghasut manusia daripada melakukan


perkara dosa dan maksiat.
Alangkah mulia dan begitu indahnya Ramadhan apabila bulan ini dikaitkan
dengan penurunan Al-Quran. Al-Quran merupakan petunjuk dan pedoman
yang menjelaskan diantara yang benar dan yang salah. Disunatkan bagi
kita umat Islam banyak membaca Al-Quran dan meneliti serta memahami
makna-makna pada ayat suci Al-Quran ini.
Antara keistimewaan yang dinanti-nanti dan menjadi idaman setiap umat
Islam yang dahagakan ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada
Allah SWT ialah, Malam lailatul Qadar. Maka, seeloknya kita
memperbanyakkan Qiamullail (bangun malam) dan melaksanakan solat
dan amalan-amalan sunat yang lain.

S5. Apakah hukum orang yang makan ketika berpuasa kerana terlupa,
kemudian dia teringat kembali yang dia sedang berpuasa?
J5. Sah puasanya, asalkan dia berhenti daripada makan dan membuang sisa
makanan yang masih ada di dalam mulut.
Sabda rasulullah SW : Sesiapa yang makan atau minum dalam keadaan
terlupa, maka jangan berbuka puasa. Maka sesunggunya itu adalah rezeki yang
diberi Allah SWT kepadanya.
S6. Apakah hukumnya bagi seorang perempuan yang mengandung atau
menyusukan anak membatalkan puasanya?
J6. Harus dia membatalkan puasanya dengan 2 sebab :
i.

ii.

Kerana keuzuran dirinya sendiri.


Sekiranya dia berbuka kerana menjaga kesihatan dirinya, maka dia wajib
qadha puasa selepas bulan Ramadhan.
Kerana menjaga kesihatan anak
Sekiranya dia berbuka puasa kerana mahu menjaga kesihatan anaknya,
maka wajib ke atas dirinya qadha (menggantikan puasa) dan wajib ke
atas dirinya untuk membayar fidyah dengan kadar 1 cupak beras untuk
sehari.

S7. Apakah hukum meninggalkan berpuasa bagi orang yang bersalin?


J7. Hukumnya wajib dia meninggalkan puasa. Perempuan yang bersalin akan
mengeluarkan darah nifas dan haram ke atasnya puasa kerana darah nifas yang
keluar. Maka wajib ke atasnya qadha (menggantikan) puasa pada bulan-bulan
lain.

Sekiranya perempuan bersalin tidak ada darah nifas, maka harus dia
meninggalkan puasa dengan niat menjaga kesihatannya dan wajib ke atasnya
qadha (ganti) puasa pada bulan-bulan lain.
S8. Apakah hukum bersahur?
J8. Hukum bersahur adalah sunat. Amalan bersahur ini membezakan puasa
seorang Islam dengan puasa orang kafir kerana orang kafir yang berpuasa tidak
bersahur.
S9. Apakah hukum menunaikan solat terawih, dan bilakah waktunya?
J9. Solat terawih hukumnya sunat mukkad. Ianya termasuk dalam solat yang
sangat digalakkan bagi menghidupkan amal ibadah dan menghiaskan malammalam bulan Ramadhan.
Waktu solat terawih adalah selepas solat Isyak dalam bulan Ramadhan dan habis
waktunya selepas masuk waktu Subuh. Bilangan rakaat solat Terawih adalah 8
rakaat atau 20 rakaat atau 36 rakaat.
S10. Apakah kita dibenarkan memberus gigi selepas waktu subuh?
J10. Amalan memberus gigi selepas waktu subuh ketika berpuasa tidak
membatalkan puasa. Adapun, Imam Syafie berpandangan perbuatan bersugi
atau memberus didi bagi menghilangkan bau mulut ketika berpuasa adalah
makruh.

Anda mungkin juga menyukai