Anda di halaman 1dari 5

ABSTRAK

1.0

Pendahuluan

Remaja sering dilihat berhadapan dengan pelbagai dugaan dan cabaran


dalam proses mereka menempuh alam dewasa. Pada ketika ini, setiap aspek
dalam kehidupan mereka berada pada tahap yang maksimum. Nafsu yang
memuncak, fizikal yang begitu bertenaga serta emosi yang bercelaru
membuatkan setiap langkah yang diambil perlu difikirkan dengan mendalam.
Kesilapan yang dilakukan sewaktu usia remaja akan menghantui masa depan
seseorang individu. Justeru, remaja memerlukan sokongan, dorongan serta
bantuan daripada semua pihak untuk menjalani kehidupan yang positif, optimis
lagi dinamik.
Menurut pandangan beberapa orang ahli psikologi, individu mengalami
usia remaja ketika berumur 12 tahun dan berakhir pada umur 21 tahun.
Menurut Crain (1996) menyatakan tempoh remaja melibatkan pelbagai
perubahan terutama dalam aspek fizikal, sosial, emosi dan pemikiran. Menurut
Shaffer (2001) secara kronologinya, terdapat dua tahap perkembangan pada
peringkat remaja, iaitu peringkat awal dan akhir remaja. Remaja sering dilihat
berhadapan dengan pelbagai dugaan dan cabaran dalam proses mereka
menempuh alam dewasa.
Konflik yang dihadapi oleh remaja itu merupakan sebahagian daripada
pengalaman yang akan membentuk identiti sebenar remaja tersebut. Sekiranya
seseorang remaja berjaya menangani permasalahan yang dihadapi dengan baik
dan teratur, berkemungkinan besar remaja tersebut menjadi individu yang
berjaya adalah tinggi. Antara konflik yang dialami oleh remaja ialah konflik
remaja dengan ibu bapa, konflik kasih sayang, kebebasan, rakan sebaya dana
lam percintaan. Masalah yang dialami ini menyebabkan berlakunya gejala
negatif atau tercetusnya tingkahlaku delinkuen yang menyalahi norma-norma
masyarakat di abad ini.
Kes salah laku remaja biasanya dapat dikesan dengan mudah oleh guru
kerana masalah ini mempunyai kaitan rapat dengan sekolah. Pelajar yang
terlibat dengan masalah tingkah laku delinkuen ini mempunyai tahap
kemahiran lisan yang rendah, tidak dapat menguasai kemahiran membaca,
menulis dan mengira. Oleh sebab itu pencapaian akademik mereka rendah dan
merasakan sekolah merupakan suatu tekanan bagi mereka. Antara kes yang
dilakukan oleh pelajar ialah ponteng sekolah, mencuri, penyalahgunaan dadah,
seks bebas, homoseksual dan sebagainya.

2.0 Definisi Delinkuen

Anda mungkin juga menyukai