Anda di halaman 1dari 1

Langkah-langkah yang diambil oleh Malaysia dalam usaha untuk memajukan

ekonomi negara
Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh Malaysia dalam usaha untuk
memajukan ekonomi negara ialah dengan menguasai pelbagai kemahiran. Selain
itu, masyarakat juga sepatutnya melengkapkan diri dengan ilmu
pengetahuan supaya lebih mahir dalam melakukan sesuatu perkara.
Seterusnya, pihak berkuasa bertanggungjawab menjaga keamanan negara dan
mengekalkan kedaulatan negara.
Rakyat mestilah bersatu padu untuk mengukuhkan perpaduan kaum. Rakyat juga
perlu bersikap kreatif dan inovatif untuk menghasilkan produktif yang
cemerlang. Kerajaan perlu menggalakkan pelaburan asing di negara kita untuk
menambahkan bilangan tenaga mahir yang terdiri dari rakyat Malaysia.
Penduduk Malaysia harus mengurangkan kerenah biokrasi kerana hal ini akan
mencemarkan nama baik negara. Dengan ini kerajaan dapat meluaskan
pasaran ke peringkat antarabangsa dari segi eksport dan import.
Di samping itu, melakukan penyelidikan dan pembangunan juga boleh diambil
dalam usaha menjadikan negara hub halal. Justeru kerajaan dapat memperatkan
hubungan diplomatik antara negara-negara yang maju seperti Korea, Jepun dan
Britain. Kerajaan juga perlulah menambah institusi pengajian tinggi untuk
melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Dengan adanya
generasi seperti ini, dapatmeningkatkan kecekapan pentadbiran kerajaan
Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai