Anda di halaman 1dari 6

Teks Emcee Mesyuarat Agung PIBG 2016

BI

AGENDA

TEKS

Pendaftaran ibu bapa

Mohon perhatian kepada semua hadirin, majlis kita akan bermula sebentar sahaja lagi, diminta para hadirin

L
mengambil tempat.
Ketibaan tetamu

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, Tn Hj Sharif Mahada Bin Hj Sharif Atar, Pegawai Pendidikan Daerah

jemputan
Nyanyian Lagu

Sandakan dan diiringi oleh Guru Besar serta YDP PIBG SK St Mary Town ke tempat duduk utama.
Nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku dengan iringan muzik. Hadirin diminta bersedia.

Negaraku dan Sabah


Tanah Airku
Kata Alu-aluan

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.
Bismilahhirahmanirahim...
Yang Berbahagia, Tn Hj Sharif Mahada Bin Hj Sharif Atar, Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan
Yang Berusaha,
Puan Maureen Lai, Guru Besar Sekolah Kebangsaan St Mary Town
Encik Shamsul Kamal Bin Hj Rafiee, Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan St Mary
Town

Teks Emcee Mesyuarat Agung PIBG 2016

Yang Dihormati,
Barisan Guru Penolong Kanan
Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG
Barisan pendidik,
Seterusnya, Tuan-tuan, Puan-puan hadirin sekalian
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... dan selamat pagi.
Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini, dengan izin serta limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-___ tahun 2016 ini.
Pihak majlis serta seluruh warga SK ST Mary Town, turut sama merakamkan ucapan terima kasih yang tidak
terhingga kepada hadirin dan hadirat khususnya kepada Yang Berbahagia, Tn Hj Sharif Mahada Bin Hj Sharif
Atar, kerana sudi meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan Mesyuarat Agung PIBG pada hari ini.
Bacaan Doa

Garam ada kicap pun ada,


Sayang lada terlupa bagi;
Pantun ada ucapan pun ada,
Sayang tiada berdoa lagi.

Teks Emcee Mesyuarat Agung PIBG 2016


Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh
_________________________________. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
.......................................
Majlis mengucapkan terima kasih kepada ____________________________ atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
Ucapan Alu-aluan oleh

Seterusnya, majlis menjemput Guru Besar SK St Mary Town, Pn Maureen Lai untuk menyampaikan ucapan alu-

Guru Besar

aluan.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan
.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn Maureen Lai atas ucapan alu-aluan itu tadi.

Ucapan Perasmian

Kini tibalah masa , untuk kita mendengar amanat dan ucapan yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia, Tn
Hj Sharif Mahada Bin Hj Sharif Atar, Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan dan seterusnya merasmikan
Mesyuarat Agung PIBG SK ST Mary Town kali ke___ bagi tahun 2016.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Tn Hj Sharif

Teks Emcee Mesyuarat Agung PIBG 2016


Mahada Bin Hj Sharif Atar, atas ucapan dan perasmian itu tadi. Semoga segala amanat dan ucapan itu tadi dapat
kita hayati dan ambil tindakan bersama.
Majlis Penyampaian

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada AJK PIBG sesi 2015/2016. Untuk itu, majlis

Cenderahati AJK PIBG

menjemput Yang Berbahagia, Tn Hj Sharif Mahada Bin Hj Sharif Atar, dengan diiringi Pn Maureen Lai untuk

sesi 2015/2016

menyampaikan cenderahati tersebut.


Dipersilakan....
En. Shamsul Kamal Bin Haji Rafiee YDP PIBG
En. ___________________________ NYDP PIBG
Pn. ___________________________ Setiausaha
Pn. ___________________________ Bendahari
AJK Ibu Bapa

AJK Guru

Teks Emcee Mesyuarat Agung PIBG 2016

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Tn Hj Sharif Mahada Bin Hj Sharif Atar
Sebagai tanda terima kasih dan kenang-kenangan, dipersilakan Pn Maureen Lai untuk menyampaikan sedikit
cenderahati kepada Yang Berbahagia, Tn Hj Sharif Mahada Bin Hj Sharif Atar.
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar.
Majlis Penutup

Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu tadi, maka selesailah sudah Majlis Perasmian Mesyuarat
Agung PIBG SK ST Mary Town, kali ke-___ bagi tahun 2016.
Dari mana asalnya, usah diusul
Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.
Saya mewakili AJK PIBG dan SK ST Mary Town, merakamkan penghargaan terima kasih kepada Yang
Berbahagia, Tn Hj Sharif Mahada Bin Hj Sharif Atar atas kesudian meluangkan masa pada pagi ini untuk
merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-____. Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa, guru-guru dan Tuantuan dan Puan-puan sekalian.

Teks Emcee Mesyuarat Agung PIBG 2016


Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Seterusnya, saya serahkan kepada En. Shamsul Kamal Bin Hj Rafiee untuk meneruskan agenda Mesyuarat
Agung PIBG SK St Mary Town, kali ke-__________ bagi tahun 2016.

Anda mungkin juga menyukai