Anda di halaman 1dari 9

Manual Standard Kompetensi Digital (Digital Competency

Standards DCS) 2016

Kementerian Pendidikan Malaysia dan Malaysia Digital Economy Corporation


(MDEC), sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang
giat menjayakan Pembestarian Sekolah Gelombang 4: Konsolidasi dan Kelestarian
(2011-2020). Fokus utama
Pembestarian
Sekolah
(2016-2020)
ialah
penambahbaikan secara sistemik melalui pemantapan infrastruktur teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT); peningkatan kemahiran dan kompetensi digital serta
pemikiran komputasional pelajar melalui KSSR dan KSSM; dan penilaian pelajar
berasaskan keberhasilan, melalui salah satu inisiatif Digital Malaysia iaitu Digital Tech
@ Schools.
Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards DCS), yang
bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital pelajar dalam domain kognitif,
teknologi dan etika telah dibangunkan dan dirintis di 24 sekolah terpilih pada tahun
2015. Instrumen penilaian DCS dalam bentuk gamifikasi (gamification) telah ditambah
baik berdasarkan hasil kajian rintis tersebut. Pada tahun ini, 400 sekolah terlibat dalam
pelaksanaan Fasa 1 Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards
DCS). Penilaian ini akan dilaksanakan pada 1 18 November 2016.
Klik Portal Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards DCS)
untuk mengakses instrumen penilaian ini. Portal ini hanya boleh diakses melalui
pelayar web Google Chrome.

DCS melibatkan dua jenis responden seperti berikut:


Sekolah Rendah SSQS dan IKM:
Tahun 3

sebuah (1) kelas hadapan dan sebuah (1) kelas tengah.

Tahun 6

sebuah (1) kelas hadapan dan sebuah (1) kelas tengah. (Jika pelajar
Tahun 6 tidak datang ke sekolah, pelajar Tahun 5 boleh diambil)

Sekolah Rendah Young Innovate:


Young Innovate senarai nama pelajar adalah seperti senarai edaran BTP.

Sekolah Menengah SSQS dan IKM:


Tingkatan 3 sebuah (1) kelas hadapan dan sebuah (1) kelas tengah. (Jika pelajar
Tingkatan 3 tidak hadir ke sekolah, pelajar Tingkatan 2 boleh diambil)
Tingkatan 5 sebuah (1) kelas hadapan dan sebuah (1) kelas tengah. (Pelajar
Tingkatan 5 boleh digantikan dengan Tingkatan 4)

Sekolah Menengah Young Innovate:


Young Innovate senarai nama pelajar adalah seperti senarai edaran BTP.

LANGKAH 1
Dapatkan token daripada PKG tuan/puan dan klik URL ini : http://www.dcs.funsco.re/

Log Masuk dengan ID dan Password yang diberikan oleh PKG

LANGKAH 2
Buat atau daftar ID guru (ID guru akan digunakan untuk membuat token kelas dalam
DCS bilangan pelajar terpulang kepada jumlah pelajar yang ada dalam kelas-kelas
tersebut)

Daftarkan guru untuk mendapatkan token pelajar

Log out dan masukan Username dan Password sementara dan satu link akan diberi
untuk log masuk sebagai guru.

Gunakan ID dan Password yang diberi. kiranya ID sementara tadi akan terbatal

LANGKAH 3
Log masuk ID guru untuk generate kelas.

Masuk dan generate kelas tuan/puan

Pilih jenis kelas (ada keterangan di situ)

Masukan nama kelas dan bilangan pelajar dan klik Generate Class

Selesai. Boleh edarkan kepada pelajar-pelajar dan minta para pelajar log masuk
dengan ID yang diberikan.

Gunakan ID dan Password untuk menjawab soalan dalam bentuk permainan Tapir Hero

LANGKAH 4
Contoh paparan pelajar bila dapat ID dan Password: mereka akan diminta log masuk
dengan ID sementara dan no. IC diperlukan untuk pengesahan responden (cikgu
sekolah rendah mungkin perlu mendapatkan no MyKid daripada pejabat atau APDM).

Contoh log masuk ID pelajar

Selepas itu para pelajar diminta melengkapkan no. IC atau MyKID.

Masukan ID, no. IC atau myKID dan emel YES 1BestariNet para pelajar kerana link
activation akan dihantar ke emel tersebut

kredit image: http://cyclopicbricks.blogspot.my/2013/09/moc-tapir.html

Anda mungkin juga menyukai