Anda di halaman 1dari 4

MATLAMAT PENGAJARAN

Pengenalan
Pada 21 Januari 2016, saya telah ditempatkan di Sekolah Jenis Kebangsaan
(Cina) Tshing Nian, Selangor Darul Ehsan. Sebaik sahaja lapor diri, saya telah
diarahkan untuk mengajar enam mata pelajaran bagi Tahun Satu dan Tahun
Dua, iaitu Bahasa Cina, Matematik, Sains, Pendidikan Moral, Pendidikan
Jasmani, Pendidikan Kesihatan dan akhir sekali mendedahkan murid mengenai
pusat sumber.

Fokus Umum
Sepanjang tempoh perkhidmatan ini, saya akan mengutamakan pencapaian
enam aspirasi murid dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP), di samping
menumpukan aspek menjalin hubungan baik antara guru dengan murid dan
murid dengan murid, menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik dan
berkesan, serta menjalin hubungan silaturahim dengan pihak sekolah. Bukan itu
sahaja, saya turut akan menyusun kelas yang sejajar dengan abad ke-21.

Objektif
Menerusi tempoh perkhidmatan ini, saya ingin mencapai perkara-perkara seperti
berikut:
a. Mengutamakan pencapaian enam aspirasi murid dalam pengajaran dan
pembelajaran (PdP).
b. Menumpukan aspek menjalin hubungan baik antara guru dengan murid
dan murid dengan murid.
c. Menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik dan berkesan.
d. Menjalin hubungan silaturahim dengan pihak sekolah.
e. Menyusun kelas yang sejajar dengan abad ke-21.

Langkah-langkah Pelaksanaan
a. Mengutamakan pencapaian enam aspirasi murid dalam pengajaran dan
pembelajaran (PdP)
Pengetahuan:
o Membantu murid menguasai kemahiran literasi dan numerasi
menerusi mata pelajaran yang diajar.
o Sentiasa menggalakkan murid membaca buku-buku selain buku
teks dan buku rujukan yang dibeli oleh pihak sekolah.
Kemahiran Berfikir:
o Menerapkan perasaan ingin tahu dalam kalangan murid dan
menggalakkan mereka mencari jawapan sendiri sementara
membimbing mereka dengan soalan-soalan yang merangsang
pemikiran mereka.
o Menerapkan kemahiran kognitif termasuk penyelesaian
masalah, penaakulan dan pemikiran kreatif dan inovasif semasa
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Kemahiran Memimpin:
o Mewujudkan satu carta organisasi dalam kelas yang
dipertanggungjawabkan, seperti beberapa orang murid dilantik
untuk memimpin rakan sekelasnya dalam melaksanakan tugastugas yang telah diagihkan.
o Semasa proses pengajaran dan pembelajaran pula, muridmurid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melatih
mereka bekerja dalam pasukan di samping membolehkan
mereka mengamalkan ciri kepimpinan.
Kemahiran Dwibahasa:
o Sentiasa memperbetulkan kemahiran berbahasa murid tidak
kira jenis bahasa yang dikatakan oleh mereka.

Etika dan Kerohanian:


o Nilai-nilai murni dterapkan dalam diri setiap murid sepanjang
waktu persekolahan.
o Pengalaman guru turut dikongsi dengan anak murid dari
semasa ke semasa.

Identiti Nasional:
o Selain daripada hafalan Rukun Negara setiap kali perhimpunan
diadakan, rasa bangga sebagai rakyat Malaysia juga diterapkan
dari semasa ke semasa.
o Murid-murid turut digalakkan menjalin hubugan harmoni antara
satu sama lain tanpa mengira etnik, agama atau status
sosioekonomi.
b. Menjalin hubungan baik antara guru dengan murid dan murid dengan
murid.
Menggalakkan interaksi dan pergaulan mesra antara guru dengan
murid melalui pembelajaran berpusatkan murid.
Mengamalkan konsep demokrasi dalam kelas supaya murid dapat
meluahkan idea dan pemikiran secara berkesan.
Menggunakan strategi pembelajaran koperatif semasa PdP agar sifat
saling menghormati, menerima dan bekerjasama dapat diwujudkan
dalam kalangan murid.
c. Menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik dan berkesan.
Menggunakan media seperti LCD projector, pembesar suara Bluetooth
dalam menyampaikan isi pelajaran.
Menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai dan mesra pengguna.
d. Menjalin hubungan silaturahim dengan pihak sekolah.
Sentiasa memberi kerjasama kepada pihak sekolah.
Berkomunikasi dan meminta tunjuk ajar dengan warga sekolah secara
berhemah.
Menjadi contoh teladan yang baik kepada anak murid.
e. Menyusun kelas yang sejajar dengan abad ke-21.
Tempat duduk murid disusun dalam bentuk bilik darjah abad ke-21.

Penilaian Keberkesanan

Selepas melakukan setiap aktiviti atau pengajaran dan pembelajaran, saya akan
mengimbas dan menilai aspek-aspek kekuatan dan kelemahan serta mengambil
langkah untuk memperbaiki kekurangan-kekurangan pada diri sendiri mahupun
faktor dari luar. Selain itu, saya juga akan meminta pandangan daripada orang di
sekeliling agar dapat menilai semua aspek dengan menyeluruh.