Anda di halaman 1dari 57

NAMA PENGKAJI : ZURAINI bT MAT ZIN

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN DEWAN bETA


TAJUK KAJIAN

: MENINGKATKAN KEMAHIRAN PELAJAR DALAM


MEMBEZAKAN HURUF b DAN d

1.0 PENdAHULUAN
Pengenalan
Kajian yang akan dijalankan bertujuan untuk melihat keberkesanan dalam pengajaran Tahun
1 yang bertajuk Kemahiran Membezakan Huruf b dan d dalam tulisan bagi Murid-Murid
Tahun 1. Tajuk yang diperbincangkan dalam bab ini meliputi latar belakang kajian,
pernyataan masalah, tujuan kajian, batasan kajian dan kepentingan kajian.
Proses untuk membezakan huruf b dan d dalam tulisan amat penting bagi pendidikan awal
tahun 1 seseorang murid kerana ia memberi impak yang besar kepada kemahiran menulis dan
membaca yang merupakan satu kemahiran utama dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.
Keupayaan setiap murid untuk menulis dan membaca adalah berbeza antara satu sama lain.
Kita dapati ada murid yang dapat menguasai kedua-dua kemahiran ini dengan baik dan tidak
kurang juga sebaliknya. Oleh itu, satu kajian dijalankan untuk mengenal pasti puncanya.
Seorang guru Tahun 1 perlulah sentiasa berfikir dan membuat keputusan dengan tepat dan
bijak. Guru perlu berkebolehan untuk mengesan dan menggunakan sebarang peluang yang
ada untuk membantu murid-murid menghadapi dan menyelesaikan masalah harian, meneroka
bahan-bahan pembelajaran baru dan membimbing mereka mencari jawapan kepada pelbagai
persoalan. Kejayaan dan keberkesanan sesuatu pendekatan bergantung kepada kefahaman
dan penghayatan guru di bilik darjah. Namun begitu, guru boleh menyesuaikan kandungan
kurikulum dengan keadaan dan situasi. Guru juga mesti mahir tentang psikologi kanakkanak, prihatin terhadap perbezaan mereka, serta peka terhadap perubahan perkembangan
pendidikan terkini. dengan itu, guru dengan mudah dapat melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan amalan yang bersesuaian dengan perkembangan murid (AbP)
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar, pelbagai prinsip pengajaran
telah disarankan, termasuklah penggunaan bahan bantu mengajar yang berkesan, penggunaan

kaedah pengajaran yang menekankan pemusatan dan penglibatan aktif pelajar, perancangan
pengajaran yang bersistematik, pemberian galakan dan rangsangan kepada pelajar dan
sebagainya (Mohamed Sani 2000).
1.2 PENYATAAN MASALAH KAJIAN
Di Sekolah Kebangsaan dewan beta Kota Bharu ( SKdb ) terdapat segelintir murid yang
memasuki Tahun Satu di sekolah ini masih gagal mengenal dan membezakan huruf b dan d.
Murid-murid tersebut telah ditempatkan di kelas khas untuk menjalani pemulihan.
Masalah ini tidak sepatutnya berlaku kerana sejak di tahun 1 lagi murid-murid telah
didedahkan dengan bentuk huruf dan teknik penulisan yang betul. Walaupun setelah setahun
belajar di kelas tahun 1 mereka masih tidak dapat mengecam dan mengenal serta menulis
huruf b dan d dengan baik. Adakah cara guru mengajar selama ini salah atau tidak sesuai
dengan keupayaan intelek mereka? Atau sebab lain yang menyebabkan mereka lambat
menguasai satu-satu kemahiran serentak. Umum mengetahui bahawa murid-murid yang
dihantar ke sekolah ini adalah terdiri daripada murid-murid yang mempunyai latar belakang
keluarga yang berbeza dari segi taraf ekonomi, saiz keluarga, kekerapan ibu bapa membeli
bahan bacaan untuk anak-anak, kurang pendidikan dan perhatian keluarga. Ada antara
mereka yang tingkah lakunya terlalu pasif, suka merendah diri dan tiada keyakinan diri. Hal
ini, menyebabkan mereka tidak dapat mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran dengan
baik.
Pendekatan secara individu di dalam kelas tidak dapat dijalankan kerana bilangan murid yang
ramai. Murid-murid ini perlu mengikuti sesi pembelajaran yang lebih terancang dan sesuai
dengan keupayaan dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial mereka. Guru perlu
mempermudah pengajaran mengikut kemampuan murid dan mempelbagaikan kaedah
pengajaran di samping penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai.
Bagi mengenal pasti isu yang hendak dikaji, satu Kajian Rintis telah dibuat bertujuan untuk
memastikan alat-alat kajian mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi serta
dapat menyelesaikan masalah-masalah yang mungkin berlaku semasa kajian sebenar
dijalankan. Tinjauan awal telah dibuat berdasarkan pemerhatian, latihan bertulis dan lisan di
dalam bilik darjah. Melalui pemerhatian yang dibuat telah dikenal pasti murid tidak berapa
yakin untuk menulis huruf. Murid juga sering menulis secara bertukar iaitu b ditulis d dan d

ditulis b. Hal ini, menyebabkan perkataan yang ditulis tidak boleh dibaca dan tidak
mempunyai makna. Temu bual juga digunakan untuk mendapatkan data awal. Melalui soal
selidik dan temu bual dengan ibu bapa dan murid, didapati murid tidak dapat mengenal
bentuk huruf hanya melalui kad huruf sahaja. berdasarkan maklumat tersebut didapati murid
keliru dan tidak mahir untuk menulis huruf b dan d dengan teknik yang betul. Oleh itu, saya
telah mengenal pasti fokus kajian ini iaitu untuk meningkatkan kebolehan membezakan huruf
b dan d dalam tulisan dengan teknik yang betul bagi murid-murid tahun 1.
Di sesetengah sekolah pengurusan penulisan huruf tidak dilaksanakan dengan baik dan
sistematik. Ada guru yang tidak pernah langsung memberikan perhatian kepada gaya
penulisan pelajar mereka. Ada guru yang sesekali sahaja memberi penekanan dan ada juga
guru yang memberikan sepenuh perhatian hampir setiap hari kepada para pelajarnya
termasuklah hari-hari cuti (Siti Noorazma 2001).
1.3 SOALAN PENYELIdIKAN ATAU KAJIAN
Kajian ini pada dasarnya bertujuan untuk menjawab soalan-soalan berikut:
1.3.1 Adakah murid-murid tahun 1 ini sudah menguasai kemahiran membezakan huruf b dan
d dalam penulisan?
1.3.2 bagaimanakah cara membantu murid-murid tahun 1 meningkatkan kemahiran menulis
huruf b dan d dengan teknik yang betul?
1.3.3 Adakah strategi pengajaran, kaedah dan teknik yang diguna oleh guru dalam bilik
darjah berkesan?
1.4 ObJEKTIF KAJIAN
Objektif umum :
Meningkatkan kebolehan murid membeza dan membaca.
Objektif khusus :
i.

Meningkatkan kemahiran menulis huruf b dan d dengan teknik yang betul.

ii.

Merancang pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk membolehkan murid


meningkatkan kemahiran membezakan, mengenal dan mengecam bentuk huruf b dan
d dengan betul apabila menulis.

iii.

Menilai keberkesanan tindakan yang telah digunakan untuk membantu murid


menguasai kemahiran menulis dengan teknik yang betul.

1.5 KEPENTINGAN PENYELIdIKAN ATAU KAJIAN


Tujuan kajian bagi murid-murid tahun 1 Sekolah Kebangsaan dewan beta adalah satu usaha
untuk menolong murid-murid ini memperlengkap diri mereka dengan pengalaman baru ke
alam persekolahan sebenar terutama bagi mereka yang agak lemah mencapai objektif
pembelajaran yang sepatutnya dikuasai dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam
bilik darjah. biasanya murid-murid tahun 1 perlu didedahkan kepada banyak pengalaman
konkrit dan situasi sebenar bagi membolehkan murid membina gambaran yang jelas dan
seterusnya memahami konsep sebenar apa yang diajar oleh guru.
Biasanya murid-murid yang masuk ke kelas tahun 1 tidak dapat mengenal bentuk huruf,
menyebut dan menulis bentuk dengan teknik yang betul menyebabkan keupayaan membaca
mereka terganggu atau tersekat. Sukatan Mata Pelajaran Pendidikan Islam tahun 1 lebih
menekankan kepada asas mengenal huruf, asas bacaan dan tulisan. Mengenal bentuk huruf
dan teknik menulis dengan betul merupakan kemahiran asas yang dapat membantu murid
membaca dengan mudah.
Masalah ini telah dikenal pasti melalui pemerhatian semasa menulis dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran iaitu murid-murid tidak dapat membezakan bentuk huruf b dan d serta
cara menulis huruf b dan d dengan teknik yang betul. Selain tidak dapat membezakan huruf,
murid-murid juga sering menulis huruf b dan d tertukar.
Masalah ini perlu diatasi kerana kesilapan murid-murid menulis bentuk huruf dan
menulisnya secara tertukar menyebabkan perkataan yang ditulis tidak boleh dibaca dan tidak
mempunyai makna. Hal demikian, akan menjejaskan pembacaan dan penulisan murid-murid
ketika menjawab soalan peperiksaan mahupun membuat latihan bertulis di dalam bilik
darjah.
1.6 bATASAN KAJIAN

Kajian terhadap Kemahiran Membezakan Huruf b dan di dalam Tulisan bagi Murid-murid
Tahun 1 melibatkan 18 orang sampel yang terdiri daripada 25 orang murid tahun 1 Sekolah
Kebangsaan Tengku Mahmud, 22200 besut, Terengganu yang berusia antara 5 dan 6 tahun
terdiri daripada 8 orang lelaki dan 10 orang perempuan. Semua sampel berbangsa Melayu.
Kajian ini mempunyai batasan seperti berikut:
i.

Kajian ini akan menggunakan bilangan murid yang sedikit dan terbatas pada sekolah
ini sahaja. Kajian Rintis telah dilakukan sebelum kajian sebenar yang melibatkan
sampel yang berlainan supaya sampel yang dipilih tidak bosan dan dapat meneka
instrumen yang telah digunakan oleh pengkaji sebelum ini.

ii.

Walaupun pengkaji menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar dan instrumen


yang berdasarkan sukatan Kurikulum Tahun 1 tetapi kualiti pengajaran yang
dirancang mungkin kurang memuaskan dan menjejaskan dapatan kajian.

1.7 KESIMPULAN
Bab ini menghuraikan rasional, objektif dan kepentingan kajian ini. Antara lain, bab ini
merumuskan bahawa murid membentuk konsep yang bercanggah sebelum guru mula
mengajar. Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid bergantung
kepada teknik dan kaedah serta pelbagai bahan bantu mengajar yang menarik yang telah
digunakan oleh guru. Ini dapat meningkatkan kebolehan murid membezakan huruf b dan d
dalam penulisan mereka. Pendidikan tahun 1 adalah umpama taman yang berfungsi
memberi pengalaman yang bermakna kepada murid-muridoleh guru tahun 1.

bAb 11
TINJAUAN LITERATUR : TEORI-TEORI KAJIAN bERKAITAN
2.1 PENdAHULUAN

bab ini membincangkan kajian literatur sama ada dari dalam dan luar negara. di samping itu,
membincangkan

beberapa

penulisan

bersangkutan

yang

berkaitan

dengan

teori

pembelajaran. Penekanan terhadap teknik pengajaran yang mempengaruhi persepsi murid


terhadap keupayaan membezakan huruf b dan d dalam tulisan dengan teknik yang betul bagi
murid-murid tahun 1.
Di Malaysia, tahap penguasaan murid yang rendah dalam 2M merupakan satu isu
pendidikan tetapi kajian-kajian yang berkaitan dengannya masih kurang dilakukan. Setakat
ini beberapa orang pengkaji cuma mengkaji latihan-latihan yang bersesuaian mengikut
persepsi pelajar berkaitan dengan mata pelajaran sains, matematik, biologi dan kimia.
Kajian yang meninjau persepsi pelajar tentang keberkesanan gaya penulisan dan pembinaan
huruf yang betul dalam mata pelajaran ialah kajian yang dijalankan oleh (Nora 1988).

2.2 TEORI-TEORI bERKAITAN


Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti langkah pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan bagi meningkatkan keupayaan membezakan huruf b dan d dalam tulisan dengan
teknik yang betul bagi murid-murid tahun 1. Fokus kajian saya ialah dalam aspek teknik
penulisan huruf yang betul. di samping murid-murid tidak dapat menulis dengan teknik
yang betul, keupayaan pengamatan mereka juga agak kurang baik. dalam kajian ini saya
menggunakan kaedah gabungan Teori Pembelajaran Bandura dan Teori Pembelajaran
behaviorisme .
2.2.1 TEORI PEMbELAJARAN SOSIAL BANdURA
Mengikut teori ini, kebanyakan kelakuan manusia dipelajari melalui pemerhatian terhadap
pemodelan. Proses peniruan ini melalui empat langkah berurutan yang memerlukan tahap
pengamatan pelajar iaitu tumpuan, penyimpanan, mengingat dan motivasi. Murid-murid

harus memberi tumpuan kepada tingkah laku model iaitu guru untuk membolehkan murid
mempelajari bagaimana cara untuk menulis huruf b dan d yang diajar oleh guru, seterusnya
meniru cara tersebut. Guru telah menggunakan plastisin untuk membentuk huruf b dan d
dengan tujuan menajamkan pengamatan murid (murid perhati dan tiru). Guru akan membuat
tunjuk cara membina huruf menggunakan plastisin yang berbeza warna supaya murid tidak
keliru antara huruf b dan d, sebelum murid melakukannya sendiri. Selain mendapat
pengalaman membina sendiri huruf, ia dapat merangsang otak untuk mentafsir imej yang
dilihat dan dibentuk. Murid-murid berasa seronok kerana dapat membentuknya
menggunakan sentuhan. Murid-murid telah didedahkan cara membezakan bentuk huruf b
dan dengan teknik menulis yang betul pengajaran setiap minggu.
Cara-cara menulis dan membentuk huruf b dan d yang diterima daripada guru akan dienkod
oleh murid ke dalam sistem ingatan dan digunakan semula apabila diperlukan. Apabila
murid sudah mahir membentuk huruf menggunakan plastisin, ia sebagai asas kepada
menulis huruf menggunakan pensel kertas dan menguasai kemahiran tersebut maka ia akan
dapat digunakan pada bila-bila masa yang diperlukan. Melalui proses pemerhatian, murid
akan mempunyai kebolehan menghasilkan bentuk huruf b dan d yang dikehendaki. Setelah
mendapat menguasai kemahiran tersebut, guru akan memberi motivasi dengan cara memberi
peneguhan berupa hadiah, pujian, senyuman atau murid diberi bintang.
2.2.2 TEORI PEMbELAJARAN bEHAVIORISME
Teori Pembelajaran behaviorisme pula menekankan tentang tingkah laku yang dapat dilihat
dan diukur serta perubahan yang berlaku dalam diri seseorang adalah disebabkan oleh
pengalaman. Setelah murid dapat membentuk huruf menggunakan plastisin, mereka akan
mula berasa seronok untuk melakukannya berulang kali dan seterusnya dapat memindahkan
kemahiran tersebut kepada tulisan pensel kertas atau lembaran kerja yang diedarkan.
Pengalaman pembelajaran yang diperoleh oleh murid yang sering diulang-ulang akan
menghasilkan bentuk tulisan b dan d yang lebih cantik dengan teknik yang betul. Guru akan
segera memberi peneguhan berupa pujian, senyuman dan hadiah. Guru berharap murid

tersebut akan mengulangi kemahiran yang sudah dikuasainya dan dapat digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
2.2.3 TEORI VYGOTSKY
Teori Vygotsky memberikan penekanan kepada kepentingan bermain dalam meningkatkan
perkembangan bahasa dan sosial murid-murid(Azizah, 2002). Melalui interaksi sosial
murid-muri dengan orang di sekelilingnya, perkembangan mental, bahasa dan sosial mereka
akan dapat dipertingkatkan. Pendapat Vygotsky ini adalah bertentangan dengan pendapat
yang dikemukakan oleh Piaget kerana beliau berpendapat bahawa murid-murid sendiri yang
mengembangkan kecerdasan dan bahasa mereka. Vygotsky pula menekankan bahawa
interaksi sosial murid-murid memainkan peranan penting dalam perkembangan kognisi.
Oleh itu, guru menggalakkan murid-murid belajar dalam kumpulan untuk membina huruf b
dan d. Murid-murid ini boleh saling membantu untuk menghasilkan bentuk tulisan yang
cantik menggunakan tanah liat. Vygotsky merupakan seorang pendokong konstruktivisme
yang bersifat kolektif. Mengikutnya, zon perkembangan proksimal (ZPd) merupakan
prestasi pelajar yang berada di bawah bantuan orang dewasa atau kerjasama kawan,
menunjukkan kebolehan penyelesaian masalah melebihi daripada kebolehan sendiri dan
akhirnya mampu mencapai perkembangan pada peringkat potensi yang berbeza. Perbezaan
peringkat potensi individu ini adalah berada dalam lingkungan zon perkembangan proksimal
tersebut.
Berdasarkan teori ini, guru dan pengkaji bersepakat mewujudkan aktiviti kumpulan untuk
menarik minat sampel mempelajari teknik menulis huruf b dan d yang dibimbing oleh
pengkaji dan guru kelas. Jelasnya, konsep ini menerangkan perbezaan yang wujud antara
tingkat perkembangan yang dicapai oleh murid-murid dengan cara bekerja sendiri tanpa
bantuan orang lain atau murid-murid menyelesaikan masalah mereka sendiri berbanding
dengan tingkat potensi perkembangan yang dicapai oleh murid-murid yang berada di bawah
panduan dan bimbingan orang dewasa atau dengan kerjasama rakan yang lebih
berkemampuan. Murid-murid akan bekerja dalam kumpulan untuk menyelesaikan tugasan
membina model huruf b dan d yang diberi oleh guru. Mereka akan bekerjasama dan

berlumba-lumba untuk menghasilkan bentuk huruf yang sempurna berbanding dengan rakan
yang lain.
Mengikut teori ini, pengetahuan adalah dibina melalui proses pengaruh antara pembelajaran
terdahulu dengan yang baru. dengan itu murid-murid membina pengetahuan dengan
melibatkan diri mereka secara aktif, menggunakan cara membanding maklumat baru dengan
pengalaman yang sedia ada bagi menyelesaikan masalah yang timbul bagi mencapai
kefahaman terhadap maklumat baru. Guru yang menggunakan pelbagai alat seperti plastisin,
tanah liat, kad tebuk dan pasir lembab untuk membina teknik menulis huruf b dan d akan
menyebabkan berlakunya peneguhan kepada murid semasa membina huruf.
Namun begitu, tidak semua murid-murid mampu menyelesaikan masalah yang dihadapinya
sendiri kerana mereka tidak mampu mengaitkan pengetahuan lama dengan yang baru.
Mereka memerlukan bantuan orang lain. Mengikut Zon Proksimal (ZPd), perkembangan
sepenuhnya bergantung kepada interaksi sosial. didapati murid-murid yang mampu bekerja
sendiri dan berjaya tanpa bantuan orang lain lebih berpotensi untuk mendapatkan
pengetahuan yang banyak dan bermakna berbanding dengan murid-murid yang berkembang
dengan bantuan rakan atau orang dewasa.
Teori Vygotsky mencadangkan agar murid-murid dibantu dengan cara memberikan
penerangan dan komunikasi yang jelas serta melalui kaedah tunjuk cara atau demonstrasi.
Tahap pembelajaran atau perkembangan mental seseorang murid-murid boleh ditingkatkan
melalui scaffolding. Scaffolding merupakan pertolongan atau bimbingan yang diberi oleh
orang yang lebih berpengalaman untuk meningkatkan tahap pembelajaran atau pemikiran
kanak-kanak. Guru mestilah memberikan penerangan yang jelas tentang kaedah dan teknik
yang digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran bagi mempertingkatkan kebolehan
seseorang murid membezakan antara huruf b dan d. Guru tidak boleh cepat berputus asa
apabila murid-murid tidak dapat menguasainya. Sebaliknya, guru mestilah bersabar dan
menggunakan pelbagai kaedah yang sesuai dengan murid.

Proses mental murid-murid berkembang apabila mereka membentuk pertuturan semasa


melakukan aktiviti praktikal. Murid-murid akan membuat semula huruf sekiranya mereka
melakukan kesilapan. Persekitaran di sekeliling murid-murid dapat mempengaruhi
pembelajaran mereka. Murid-murid sebenarnya berpotensi untuk mencapai peringkat
pemikiran aras tinggi dan meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi dengan
baik seandainya mereka diberi bantuan oleh orang dewasa yang berkebolehan.
Kesimpulannya, mengikut konstruktivisme, dalam situasi yang sama ilmu pengetahuan
khasnya bagi perkembangan bahasa, menulis dan interaksi yang diperolehi oleh setiap
murid-murid itu adalah berbeza
2.2.4 FALSAFAH MARIA MONTESSORI
Selain itu, pandangan Maria Montessori iaitu seorang tokoh pendidikan di Rome yang
menyokong Friedrich Wilhelm Froebel bapa Tadika 1873 berpendapat murid-murid
belajar melalui aktiviti bermain. beliau amat mengutamakan latihan daya penglihatan,
pendengaran dan sentuhan yang bertujuan bagi membolehkan murid-murid mendapat
pengalaman dan latihan menggunakan deria dengan cekap. beliau berpendapat, dalam
mendidik kanak-kanak, kita mestilah menghormati murid-murid dan haknya. Oleh itu,
persekitaran yang terancang, kemahiran hidup, disiplin diri dan arahan adalah prinsip
penting dalam pendidikan kanak-kanak. Menurut beliau, pendidikan adalah untuk menolong
murid-murid membentuk serta membantu perkembangan intelek, fizikal, sosial, emosi dan
rohani murid-murid tersebut.
Beliau mengemukakan beberapa konsep asas dalam pembentukan kurikulum murid-murid
pada peringkat awal. Antaranya adalah konsep minda yang mudah menyerap. Guru
menggunakan konsep minda menyerap murid-murid dalam proses membentuk huruf b dan
melalui permainan membentuk huruf menggunakan tanah liat dan bermain pasir lembab
yang diisi ke dalam kotak. Murid akan membina huruf melalui bermain bersama rakanrakan. Pengkaji dibantu oleh guru kelas menggunakan pendekatan bermain sambil belajar
bersama dengan semua sampel untuk mengatasi masalah ini. bahan yang digunakan ialah
kad-kad gambar yang pelbagai bentuk, besar dan berwarna-warni. Pada mulanya, pengkaji

meminta sampel menamakan kad gambar yang ditunjukkan secara individu. Sekiranya salah
seorang sampel gagal menamakan gambar yang ditunjukkan, rakannya akan memberi
bantuan.
Setiap kad gambar yang ditunjukkan akan disebut hurufnya secara berulang kali dengan
sebutan yang betul dan tepat. Kemudian aktiviti ini dijalankan secara pertandingan bagi
memberi lebih semangat dan galakan kepada semua sampel. Setiap kali sampel berjaya
menamakan dengan betul bagi setiap kad gambar yang dipamerkan, satu markah diberikan.
Pada akhir sesi pertandingan markah dijumlahkan. Sebagai ganjarannya, pengkaji
memberikan sejumlah gula-gula yang sama dengan jumlah markah yang dikumpulkan oleh
setiap sampel. Hal ini menimbulkan semangat untuk berusaha meningkatkan penguasaan
membezakan huruf b dan d bagi setiap sampel. Pengkaji telah mengaplikasikan Teori
behaviorisme yang menekankan konsep pengulangan dan ganjaran dalam membantu sampel
membezakan huruf b dan d.
Falsafah Montessori tentang pendidikan berasaskan idea-idea Rousseou, Pestalizzi dan
Froebel yang menekankan potensi semula jadi serta keupayaan murid-murid berkembang
dalam persekitaran yang memupuk kasih sayang dan kebebasan. dalam mendidik muridmurid kita mesti menghormati murid-murid dan haknya. Persekitaran terancang, absorbent
mind, kemahiran hidup,auto-education, disiplin diri dan arahan kendiri adalah prinsipprinsip dalam pendidikan kanak-kanak.
Mengikut Montessori pendidikan adalah untuk menolong murid-murid membentuk serta
membantu perkembangan intelek, fizikal, sosial, emosi dan rohani. Murid-murid menjadi
seronok menggunakan deria mereka bermain sambil belajar dengan pasir lembab dan tanah
liat dengan melakukan aktiviti itu secara bersama-sama. Untuk mencapai matlamat ini
terdapat beberapa prinsip dalam kaedah Montessori (iaitu berdasarkan kepercayaan beliau
terhadap pendidikan awal kanak-kanak). Antaranya ialah :
i.
ii.
iii.

Menghormati murid-murid dan hak mereka.


Konsep kebebasan ( liberty).
Menguasai kemahiran dari mudah ke sukar.

iv.
v.
vi.
vii.
viii.

Murid-murid dididik secara bersepadu dan menyeluruh.


Murid-murid melakukan aktiviti arahan kendiri (self-directed activity).
Pentingnya disiplin diri.
Terdapat tempoh sensitif yang berbeza bagi setiap kanak-kanak.
The absorbent mind' - Murid-murid menyerap masuk pengetahuan dan

ix.
x.

menggunakannya.
Murid-murid belajar dengan lebih baik dalam persekitaran yang terancang.
Auto-education - Setiap rancangan atau persekitaran yang disediakan hendaklah
membolehkan murid-murid belajar secara sendiri.

2.3 PERSEKITARAN YANG TERSEdIA


Persekitaran yang menggalakkan perkembangan murid-murid adalah persekitaran yang
lengkap dengan pelbagai bahan yang akan menyokong pembentukan konsep dan
pengetahuan murid-murid apabila murid-murid memerlukannya. Peranan guru adalah
menunjukkan cara menggunakan bahan pembelajaran tersebut pada masa yang sesuai.
Pelbagai bahan dapat diguna untuk murid menguasai kemahiran membezakan huruf b dan
termasuklah kad tebuk, plastisin, tanah liat, pasir lembab, lembaran kerja, warna dan model.
2.4 dIdIKAN dIRI
Murid-murid mampu memperjelas persepsi mereka dan menyusun pengalaman melalui
aktiviti yang sesuai, apabila persekitaran mereka disusun secara lengkap dengan pelbagai
bahan pembelajaran yang menarik minat mereka. Murid-murid juga berkebolehan
menyusun pengetahuan mereka apabila mereka terlibat dalam sesuatu aktiviti pembelajaran.
Guru tidak perlu mengajar murid-murid secara formal. Guru hanya perlu menunjuk ajar dan
membimbing mereka dalam pemilihan bahan dan aktiviti. Ini kerana murid-murid tidak suka
pendidikan secara formal. Proses pembinaan ilmu membabitkan penglibatan yang aktif
(refleksi/ renungan), pengabstrakan dan penghayatan (amalan). dalam usaha ini proses
berfikir sangat penting dalam membentuk pemikiran asas yang kukuh, kritis dan kreatif
serta kebolehan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. (Nik Aziz, 1996 )
2.5 bAHAN PEMbELAJARAN

Guru hanya menunjuk ajar cara yang betul bagaimana menggunakan alat bahan bantu
tersebut selepas murid-murid memilih aktiviti pembelajarannya secara bebas dan sukarela.
Matlamat kurikulum pada peringkat awal adalah bagi memajukan diri murid-murid daripada
segi penumpuan perhatian, kemahiran memerhati dan meneliti, kesedaran berkenaan
susunan dan peraturan, keseimbangan pergerakan, kesedaran persepsi dan kemahiran
praktikal, konsep matematik, kemahiran bahasa, kemahiran menulis dan membaca,
kebiasaan dengan seni kreatif, pemahaman berkenaan alam semula jadi, pengalaman dan
pemahaman berkenaan sains sosial, pengalaman menggunakan kemahiran berfikir secara
kritis melalui pengalaman menyelesaikan sesuatu masalah. Kebolehan murid-murid menulis
dan mengeja boleh melancarkan bacaan mereka.
Pembelajaran adalah proses atau kegiatan belajar (Teuku Iskandar, 1986) yang berlaku
dalam pelbagai bentuk (Schunk, 1991). Menurut Schunk, pembelajaran melibatkan
pemerolehan dan pengubahsuaian pengetahuan, kemahiran, strategi, kepercayaan dan
tingkah laku. Pembelajaran juga merupakan perubahan tingkah laku atau kebolehan untuk
menunjukkan perlakuan yang dikehendaki hasil daripada latihan ataupun pelbagai bentuk
pengalaman (Evans & brueckner, 1990: Gagne, 1985). bagi Gagne, pembelajaran
merupakan perubahan dari segi kecenderungan atau kemampuan seseorang yang diperoleh
dalam masa yang panjang dan bukannya dikuasai secara mudah mengikut proses
pertumbuhan seseorang. dalam kajian ini, konsep pembelajaran dipadankan dengan aktiviti
dan penglibatan murid sepanjang proses pembelajaran bahasa Melayu.
2.6 TEMPOH SENSITIF
Tempoh sensitif murid-murid adalah tempoh yang paling sesuai untuk murid-murid
menguasai sesuatu kemahiran. Tempoh tersebut dapat dikesan apabila murid-murid
menunjukkan kesediaan dan minat bagi mempelajari sesuatu kemahiran dengan sentiasa
bertanya soalan dan sentiasa tertarik untuk memerhati dan menyentuh sesuatu bahan
pembelajaran. Peranan guru hanya membantu kanak-kanak, bukan memaksa ataupun
menentu arah pembelajaran mereka. Menurut (Lerner, 2003), murid-murid yang bermasalah

pembelajaran tidak matang dan perlu masa untuk belajar dan membesar. dengan lebih masa
dan bantuan yang diperlukan, mereka boleh berjaya dalam akademik.
2.7 KESIMPULAN
Aktiviti pembelajaran melalui kerja berkumpulan di bilik darjah telah banyak dikaji dan
telah memperoleh dapatan-dapatan yang memberangsangkan. Namun kajian ini akan dapat
menjelaskan bagaimana mengatasi masalah penulisan huruf kepada murid tahun 1. Maka
kajian ini akan melihat sejauh manakah keberkesanan teknik yang diperkenalkan akan
membantu proses permulaan menulis untuk murid tahun 1.
Kajian ini menunjukkan bahawa murid-murid yang menghadapi kesulitan terbesar dalam
membaca di Tahun Satu adalah mereka yang mulai bersekolah dengan keterampilan verbal
yang kurang, pemahaman fonologi yang kurang, pengetahuan huruf yang kurang, dan
kurang memahami tujuan dasar dan mekanisme membaca. (Adams 1990, Kamhi & Catts
1989).
Oleh kerana itu, untuk anak yang berisiko tinggi mengalami kesulitan membaca dan
menulis, pengayaan lingkungan tahun 1 dan pengajaran yang baik di Tahun Satu merupakan
faktor penentu bagi keberhasilan dalam bidang membaca dan menulis. Tidak ada waktu
yang sepenting tahun-tahun pertama alam persekolahan kanak-kanak. Oleh kerana itu, fokus
kepada pengajaran penulisan di tahun 1 dapat mencegah kesulitan menulis dan membaca
yang dihadapi oleh kanak-kanak. Apabila murid-murid dapat menguasai kemahiran menulis,
secara tidak langsung mereka akan dapat menguasai kemahiran bacaan dan lisan. Teknik
menulis yang betul dan tepat, membiasakan pelajar mengenal huruf sebagai asas bacaan dan
tulisan dan memahamkan isi pengajaran yang akan disampaikan oleh guru di sekolah. di
samping itu juga penguasaan huruf dapat meningkatkan kebolehan murid-murid membaca
lebih banyak buku dan sumber-sumber lain yang boleh diperoleh di luar sekolah

bAb 111

METOdOLOGI KAJIAN

3.1 PENdAHULUAN
bab ini menerangkan tentang penyelidikan yang telah dilakukan meliputi reka bentuk,
sampel dan instrumen kajian semasa menjalankan kajian. Selain itu, bab ini juga
membincangkan prosedur pemungutan data dan proses menganalisis data yang dijalankan.
Kaedah penyelidikan merujuk kepada bagaimana kita mendapatkan maklumat bagi
mencapai sesuatu matlamat penyelidikan. Ianya turut melibatkan kegiatan mengumpul
maklumat, mengolah, pengajian dan analisis data yang dilakukan secara bersistematik dan
cekap untuk menyelesaikan sesuatu persoalan atau menguji sesuatu hipotesis. Pengumpulan
data dianggap cekap sekiranya kos, waktu dan tenaga yang sama dapat memberikan data
dengan tingkat ketelitian yang tinggi (Supranto 1986). Kegagalan menggunakan kaedah
pengumpulan data yang berkesan boleh menghasilkan maklumat yang tidak tepat, kabur dan
boleh menyebabkan beban maklumat (Mohd Majid 1998: 86). Kajian yang dijalankan ini
adalah untuk mengenal pasti apakah langkah-langkah pengajaran guru dan kaedah
pembelajaran yang lebih efektif bagi mengesan dan meningkatkan keupayaan murid-murid
tahun 1 dalam membezakan huruf b dan dalam tulisan dengan menggunakan teknik yang
betul di kalangan murid-murid tahun 1. Pengkaji telah menggunakan pelbagai teknik
pengajaran dan bahan bantu mengajar yang menarik untuk memastikan objektif pengajaran
tercapai setelah mendapat maklumat tentang permasalahan yang dihadapi oleh murid-murid
melalui alat kajian yang digunakan.
3.2 REKAbENTUK PENYELIdIKAN ATAU KAJIAN
Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang dilakukan di sekolah kebangsaan di negeri
Terengganu yang dipilih secara rawak mudah. Pengumpulan data diperoleh dengan
pemerhatian dan temu ramah dengan murid. Temu ramah dijawab sendiri oleh responden

mengikut masa yang sesuai, dengan ini akan memberikan maklumat yang lebih baik kepada
pengkaji (Mohd Najib 2000).
Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan kerana temu ramah merupakan satu cara untuk
mendapatkan jawapan kepada soalan-soalan kajian. Temu ramah juga merupakan satu cara
yang efektif bagi mendapatkan maklumat daripada responden (Kerlinger 1973). Temu
ramah dan pemerhatian boleh merangkumi pelbagai bidang yang luas serta dirangka dengan
mudah dan jelas. Identiti responden juga boleh dirahsiakan dan secara tidak langsung
responden boleh menjawab soalan yang berkaitan tanpa sebarang keraguan (Mohd Najib
2000).
Mohd Majid (1994) menyatakan bahawa kajian tinjauan dan pemerhatian sering dijalankan
dalam kajian pendidikan. dua jenis tinjauan dan pemerhatian yang penting dan sering
dilakukan dalam bidang pendidikan ialah tinjauan sekolah dan tinjauan komuniti. Kajian
tinjauan bermatlamat untuk mengumpul maklumat mengenai pemboleh ubah. Kajian ini
juga digunakan untuk mengukur pemboleh ubah yang berkait dengan sesuatu fenomena
tanpa menyoal mengapa pemboleh ubah itu wujud. Kaedah pengkajian yang digunakan
dalam kajian ini ialah pengkajian deskritif. Analisis data adalah menggunakan kekerapan
dan peratusan. Penyelidikan deskriptif bertujuan untuk menerangkan sesuatu fenomena dan
mendapatkan maklumat mengenai sesuatu peristiwa yang sedang berlaku, di samping itu, ia
juga bermatlamat untuk menerokai sesuatu bidang yang masih kurang dikaji. (Mohd Majid
1998:96).
3.2.1 Kaedah Pemerhatian Hasil Kerja bertulis
Contoh-contoh tulisan tangan 10 orang murid diambil untuk dibuat kajian. Pengkaji
telah mengenal pasti masalah murid yang tidak dapat membezakan huruf b dan d
apabila melakukan Kajian Rintis. Pengkaji mengarahkan supaya murid menulis 6
huruf mengikut susunan yang terdapat huruf b dan mengikut urutan. Guru kelas turut
memainkan peranan sebagai pemerhati. Hasil tulisan tangan diambil pada 11 Jun
2007. (Rujuk Lampiran A: Tulisan Tangan Murid)

3.2.2 Soal Selidik


Instrumen kajian dijalankan kepada ibu bapa atau penjaga murid tahun 1 dalam
bentuk soal selidik borang maklumat murid. Soal selidik tentang tabiat murid juga
diadakan untuk mengetahui sejauh mana murid berminat untuk belajar menulis.
(Rujuk Lampiran E). Ia telah dilaksanakan pada 20 Jun 2007. Soal selidik maklumat
murid mengandungi latar belakang keluarga responden. (Rujuk Lampiran b: borang
Maklumat Murid ).
3.2.3 Temu bual
Kaedah temu bual juga turut dilakukan dengan mentadbir sebanyak 4 soalan kepada
lima orang murid yang terpilih sahaja. Soalan temu bual adalah berbentuk soalan
terbuka. Soalan temu bual yang disediakan kepada penjaga pula adalah dalam bentuk
soalan tertutup yang memerlukan jawapan Ya atau Tidak. Masa dan tempat temu
bual ditetapkan oleh guru. Temu bual telah dijalankan pada 12 Jun hingga 14 Jun
2007. Pengkaji telah menyediakan transkrip verbatim untuk memperoleh maklumat
daripada sampel untuk menilai gaya belajar mereka. Perbandingan secara berterusan
digunakan untuk menganalisa data (Gay 1996). (Rujuk Lampiran d(1) hingga d(5):
Temu bual murid). Manakala temu bual dengan ibu bapa untuk mengkaji sejauh mana
minat murid terhadap aktiviti penulisan. (Rujuk Lampiran E)
3.2.4 Ujian Pra dan Pos
Guru juga mengadakan Ujian Pra dan Pos dalam Kajian Rintis sebelum dilakukan
dalam kajian sebenar. Ujian Pra diadakan 24 Jun 2007 dan Ujian Pos pada 12 Julai
2007. Ujian ini melibatkan Ujian Kemahiran Mendengar, Ujian Kemahiran Lisan dan
Ujian Kemahiran Menulis. Sebanyak 10 soalan bagi setiap kemahiran dijalankan ke
atas seramai 10 orang sampel. Ujian ini dijalankan dalam kelas tahun 1 dan telah
diawasi dengan teliti oleh guru dan pengkaji untuk mengelakkan daripada sebarang

peniruan. Ujian yang diberi kepada murid perlu menepati huraian Kurikulum Tahun 1
Kebangsaan.
Soalan hanya berkisar kepada kebolehan murid membezakan huruf b dan d. Sampel
dikehendaki menulis dengan mengisi tempat kosong bagi huruf b dan d yang sesuai
berpandukan gambar. (Rujuk Lampiran H: Ujian Kemahiran Menulis Huruf). Selain
itu, sampel juga dikehendaki mewarna kotak huruf yang disebut oleh guru untuk
menguji kemahiran mendengar sampel. (Rujuk Lampiran F(1) dan F(2): Ujian
kemahiran membaca secara lisan huruf yang ditunjuk oleh guru untuk menguji
kemahiran membaca atau menyebut huruf. (Rujuk Lampiran G: Ujian Kemahiran
Membaca Huruf) .

3.3 SAMPEL KAJIAN


Kajian Rintis yang melibatkan sampel seramai 10 orang terdiri daripada 25 orang murid
yang terdiri daripada 5 orang lelaki dan 5 orang perempuan yang berusia antara 5 dan 6
tahun telah dilakukan sebelum kajian sebenar. Sampel yang dipilih dalam Kajian Rintis dan
kajian sebenar adalah berlainan. Ini bertujuan supaya sampel tidak bosan dan dapat meneka
instrumen yang telah digunakan oleh pengkaji semasa membuat Kajian Rintis.
Kajian sebenar melibatkan seramai 18 orang sampel terdiri daripada 25 orang murid kelas
tahun 1 Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud, 22200 besut, Terengganu yang terdiri
daripada 8 orang lelaki yang berusia 5 dan 6 tahun dan 10 orang perempuan yang berusia 5
dan 6 tahun. Subjek-subjek kajian dikenal pasti dengan bantuan guru kelas. Semua sampel
berbangsa Melayu dan sihat tubuh badan sebagaimana lampiran borang kesihatan. (Rujuk
Lampiran C: borang Kesihatan Murid) Sampel kajian ini akan menggunakan bilangan
pelajar yang sedikit dan terbatas pada sekolah ini sahaja.
3.4 INSTRUMEN KAJIAN

Dalam kajian ini, instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik yang perlu dijawab
oleh ibu bapa atau penjaga murid berdasarkan soalan-soalan yang dibina seperti dalam
Lampiran E. Selain itu, ibu bapa juga perlu mengisi borang maklumat murid. Kajian ini
bersifat kuantitatif dan kualitatif. Pengkaji juga menjalankan pemerhatian pada peringkat
awal hasil kerja bertulis murid. Selain itu, kaedah temu bual dengan murid digunakan untuk
mendapat maklumat tentang permasalahan kajian. di samping itu Ujian Pra dan Pos
dijalankan kepada sampel yang terpilih.
3.5 PROSEdUR PENGUMPULAN dATA
Pengkaji telah mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada bahagian Perancangan dan
Penyelidikan dasar Pendidikan (EPRd), Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Guru besar
Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud dan guru kelas yang hendak dikaji sebelum
menjalankan satu-satu kajian. (Lampiran Surat Kebenaran disertakan). Pengkaji juga perlu
membuat janji temu dengan sampel sebelum menjalankan sesi temu bual. Kerahsiaan
sampel menjadi tanggungjawab pengkaji daripada diketahui oleh umum tanpa menyebut
nama murid yang terlibat.
3.6 ANALISIS dATA
Penganalisisan data kuantitatif dilakukan dengan menggunakan statistik deskriptif. Statistik
deskriptif dilakukan dengan menentukan min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan
untuk melihat tahap kefahaman di kalangan murid serta membandingkan Ujian Pra dan
Ujian Pos antara pelajar kumpulan eksperimen dan kawalan. Manakala bagi kumpulan
kawalan, pengkaji hanya menggunakan peratusan untuk melihat keputusan ujian.

Merujuk jadual 3.1 di atas, didapati hanya 50% murid-murid tahun 1 yang dapat menulis
dengan teknik yang betul huruf b dan d. Ini menunjukkan 50% lagi murid-murid gagal
menguasai kemahiran menulis huruf. Analisis Kajian Rintis diguna pakai untuk
menjalankan kajian seterusnya.
3.7 TINdAKAN YANG dIJALANKAN
Dalam merancang proses Pengajaran dan Pembelajaran untuk mengatasi masalah murid ini,
pengkaji telah mengambil kira kesediaan pembelajaran, keupayaan I.Q, kesediaan fizikal
(psikomotor) dan afektif (emosi dan sikap) yang dimiliki oleh murid-murid tahun 1 ini.
Kesediaan pembelajaran mengikut Jean Piaget ialah the level of mental development
necessary to benefit from experiences. Ia bermaksud murid-murid tidak akan dapat
memahami sesuatu konsep, jika tahap pemikirannya belum sampai ke tahap itu. Saya
berpendapat keupayaan murid-murid membezakan huruf b dan akan dapat dipertingkatkan
lagi sekiranya:
i.

Kemahiran pengamatan murid ditingkatkan.

ii.
iii.

Latih tubi membentuk huruf dilakukan.


Latih tubi menulis huruf dengan teknik yang betul dilaksanakan.

Daripada tinjauan yang dibuat pada peringkat awal kajian, pengkaji telah merangka tindakan
yang dilaksanakan melalui tiga kali pengajaran dan pembelajaran dalam kelas (30 minit satu
sesi) dibantu oleh guru kelas. Pada sesi pertama dan kedua pengajaran dan pembelajaran,
guru membuat latih tubi untuk mempertajam pengamatan sebelum aktiviti berikutnya
dijalankan. Mengapakah pengamatan ini penting? Murid yang lemah dalam pengamatan
sebenarnya menyukarkan murid tahun 1 ini untuk menguasai sesuatu konsep, contohnya
untuk mengenal dan mengecam sesuatu bentuk huruf itu agar kekal dalam ingatannya.
dalam sesi ini aktiviti pengecaman (aktiviti mewarna), pengasingan (cari dan kumpul)
dilakukan dan di rekod dalam borang senarai semak. Kad-kad tebuk digunakan untuk
menguatkan lagi pengamatan murid.
Dalam sesi pengajaran yang ketiga dan keempat guru menggunakan plastisin untuk
membentuk model huruf b dan dengan teknik penulisan yang betul untuk merangsang minat
murid kepada proses Pengajaran dan Pembelajaran. Selain itu, ia dapat merangsang minda
murid-murid dalam membuat pengecaman kepada model yang dibina. Guru juga memberi
pengalaman kepada murid belajar sambil bermain iaitu membina bentuk huruf b dan d
menggunakan pasir lembab, plastisin dan tanah liat. Secara tak langsung dapat mengubah
domain afektif mereka serta memberi pengalaman pendidikan kepada mereka.
Apakah yang dimaksudkan dengan pengalaman pendidikan? Menurut Krathwohl (1971),
Pengalaman pendidikan bermaksud mengadakan satu siri persekitaran yang membolehkan
pelajar mempelajari tingkah laku baru, memperbaiki atau menghapuskan tingkah laku
semasa dan melatih tingkah laku ini sehingga ke peringkat atau tahap yang diingini. Kerja
membina model dilakukan berulang-ulang kali dengan bantuan guru dengan mengikut
langkah atau teknik penulisan yang betul. Setelah model huruf b dan dibina, murid akan
cuba membuat padanan bagi huruf awal kepada kad-kad gambar yang disediakan.
Contohnya seperti gamba rajah di bawah:

Pada sesi kelima dan keenam pengajaran dan pembelajaran, murid melakukan aktiviti
menulis secara berpandu dan terancang oleh guru secara individu atau kumpulan kecil.
Murid-murid melakukan aktiviti-aktiviti yang dapat membantu mereka dalam teknik
penulisan iaitu:
i.
ii.
iii.

Menyambung titik-titik bagi membentuk huruf b dan d.


Menulis huruf yang disebut oleh guru berulang kali.
Melengkapkan suku kata ejaan bagi gambar-gambar yang mengandungi huruf b dan
d.

3.8 PELAKSANAAN TINdAKAN dAN PENILAIAN


Tindakan yang dirancang telah dijalankan dalam jangka masa dua minggu dan
menggunakan empat masa pengajaran (120 minit). Satu sesi pengajaran mengambil masa
tiga puluh minit. Selain itu, guru juga mengajar sampel bermain sambil belajar semasa
aktiviti kreativiti dan estetika iaitu selama satu sesi pengajaran (60 minit). Selepas
menjalankan lima sesi Pengajaran dan Pembelajaran ke atas 10 orang murid tahun 1, satu
latihan Pasca Pengajaran dan Pembelajaran telah diadakan bertujuan untuk menilai
kemajuan murid.
Dalam aspek tulisan, guru melakukan penilaian menggunakan kaedah bertulis sebagaimana
lampiran lembaran kerja yang diberi kepada murid. Setelah dianalisis daripada Latihan
Pasca

Pengajaran

dan

Pembelajaran,

secara

keseluruhannya

keupayaan

murid

membezakan huruf b dan d dalam tulisan dapat dipertingkatkan. Melalui tindakan-tindakan

yang telah dijalankan oleh guru, satu keputusan Ujian Pra dan Pos telah diperoleh
Keputusan ujian itu menunjukkan kadar peningkatan penulisan yang memberangsangkan.
Peningkatan kebolehan murid menulis secara individu itu dapat dilihat seperti yang terdapat
dalam (Jadual 3.2: Rumusan Ujian Pra Kemahiran Mendengar, Membaca dan Menulis) dan
(Jadual 3.3: Rumusan Ujian Pos Kemahiran Mendengar, Membaca dan Menulis) seperti di
bawah:

Merujuk jadual rumusan di atas, berlaku peningkatan kepada kemahiran yang diuji kepada
sampel. Peratusan bagi setiap kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar, kemahiran
membaca huruf, dan menulis huruf b dan d adalah meningkat jika dibandingkan dengan
keputusan Ujian Pra.
Setiap kemahiran berbahasa murid-murid adalah saling berkait dalam membentuk
pengalaman belajar mereka. Pengkaji mendapati murid-murid yang mempunyai tahap
kemahiran berbahasa yang tinggi dapat menguasai kemahiran menulis dengan mudah. Ini
dapat dilihat hasil daripada keputusan ujian bagi sampel 1 dan 3. Manakala murid-murid
yang lemah kemahiran mendengar akan mempengaruhi kemahiran bacaan mereka,
seterusnya kemahiran menulis. Ini boleh dirujuk kepada sampel 4 yang hanya mendapat
80% markah dalam kemahiran menulis kerana tidak cemerlang dalam kemahiran
mendengar dan membaca huruf.
Murid-murid mestilah diberi arahan yang jelas oleh guru sebelum sesuatu Pengajaran dan
Pembelajaran dijalankan. Selain itu, murid-murid mestilah berkeadaan sentiasa bersedia
untuk belajar supaya kemahiran mendengar mereka boleh ditingkatkan. daripada keputusan
Ujian Pra dan Pos didapati kemahiran mendengar hanya 72% iaitu meningkat 31%
daripada Ujian Pra iaitu 41%. Manakala kemahiran membaca 82% daripada 50%. Ujian
Kemahiran Menulis dapat mencapai 91% berbanding dengan 50% dalam Ujian Pra.
Pengkaji telah membuat analisis yang lebih terperinci dengan keputusan ujian kemahiran
menulis sebagaimana (Jadual 3.5: Analisis Ujian Pra dan Pos Ujian Menulis bagi Kajian
Rintis) sebagaimana di bawah:
Jadual 3.4: Keputusan Ujian Pra dan Pos Ujian Menulis bagi Kajian Rintis

Pengkaji telah membuat analisis data seperti jadual 3.5 di bawah berpandukan kepada
Ujian Kemahiran Menulis (Jadual 3.4) seperti berikut :

berdasarkan analisis Ujian Pra hanya 3 orang murid lemah untuk menulis huruf b dan d
dengan betul, 3 orang berada di tahap sederhana, 3 orang berada di tahap baik dan hanya
seorang yang cemerlang dalam membezakan huruf b dan d dalam tulisan dengan betul. Ini

menunjukkan 50.0% murid belum menguasai sepenuhnya kemahiran menulis huruf b dan
d dengan betul dan masih mengalami kekeliruan. Namun begitu, jika dibandingkan dengan
analisis Ujian Pos terdapat peningkatan sebanyak 41% di mana kesemua murid berada di
tahap cemerlang iaitu 91%. Kesimpulannya kemahiran murid dalam membezakan huruf b
dan d dalam tulisan telah meningkat dan keadaan ini mungkin boleh dikaitkan dengan
tindakan yang telah dijalankan oleh guru dan pengkaji.
3.9 REFLEKSI KAJIAN
dalam aspek tulisan, setelah lima kali sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan, ada
murid yang berjaya ditingkatkan kebolehan mereka untuk menulis dengan teknik yang
betul. daripada Kajian Tindakan ini, pengkaji mendapati kelemahan murid untuk
menguasai kemahiran menulis dengan teknik yang betul sememangnya ada kaitan dengan
keupayaan kemahiran pengamatan mereka.
Setelah membuat refleksi terhadap Pengajaran dan Pembelajaran ini, saya berpendapat
konsep atau teknik menulis huruf dengan betul perlu diajar bukan sahaja dengan kaedah
tunjuk cara malah penggunaan alat bantu mengajar diperlukan di peringkat awal tahun 1
agar mereka dapat membuat pengecaman yang betul dan kekal dalam ingatan.
Sekiranya guru hanya mengajar menggunakan papan tulis, murid mudah jemu dan tidak
memberikan perhatian terhadap pengajaran guru. Penggunaan kad gambar yang besar, jelas
dan berwarna-warni dapat menarik minat murid dan membantu murid mengenal huruf
dengan lebih mudah lagi. Kaedah belajar sambil bermain sangat menyeronokkan murid
untuk mengambil bahagian. Kesimpulannya 10 orang sampel mengakui bahawa
penggunaan kad gambar mampu menarik minat mereka dan memudahkan mereka
menyebut perkataan tersebut. Keputusan pendapat ini mengukuhkan lagi tindakan guru
menggunakan kad-kad yang bergambar sebagai satu kaedah pengajaran yang
memberangsangkan.

Murid-murid ini juga amat sesuai diajar dalam bilangan yang kecil supaya guru dapat
mengesan masalah mereka dengan lebih awal sama ada dari segi intelek, emosi, rohani dan
jasmani. Pengesanan yang lebih awal dapat membantu guru memilih kaedah dan teknik
menulis yang sesuai supaya dapat dikuasai oleh murid.
4.0 KESIMPULAN
Kajian ini menggunakan reka bentuk KuasiEksperimen yang tidak membenarkan pengkaji
memisahkan kumpulan mereka. Pengkaji hanya dapat mengelaskan murid-murid kepada
dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan eksperimen. Kumpulan kawalan telah
menjalani Kajian Rintis manakala kumpulan eksperimen akan digunakan dalam kajian
sebenar nanti. Sampel kajian kawalan diminta mengambil Ujian Pos setelah menduduki
Ujian Pra. Langkah yang sama akan dijalani oleh kumpulan eksperimen apabila kajian
sebenar diadakan.

bAb IV
DAPATAN KAJIAN
4.1 PENGENALAN
Bab ini akan melaporkan dapatan dan tafsiran data yang telah dikutip daripada kajian ini.
Kajian ini melibatkan 18 orang murid di tahun 1 Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud,
sebuah sekolah kategori luar bandar di daerah besut, Terengganu yang terdiri daripada 25
orang murid kelas tahun 1. Kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh mana murid dapat
membezakan huruf b dan d dalam penulisan.
Ujian Pra Kemahiran Mendengar diadakan pada 2 Februari 2009 dan Ujian Pasca pada 9
Februari 2009. Ujian Kemahiran Membaca Huruf juga diadakan pada 2 Februari 2009
manakala Ujian Pasca pada 9 Februari 2009. Ujian Pra Kemahiran Menulis diadakan pada

9 Februari 2009 dan Ujian Pasca pada 12 Februari 2009. Ketiga-tiga ujian ini diadakan
untuk melihat sejauh mana terdapat kesinambungan atau perkaitan yang menyebabkan
berlakunya masalah kepada murid tahun 1 dalam membezakan huruf b dan d.
Data dikutip daripada maklum balas ibu bapa atau penjaga murid melalui soal selidik
borang maklumat murid, Ujian Pra dan Ujian Pos. Soal selidik latar belakang murid adalah
untuk mengetahui latar belakang murid dan perkaitannya dengan kajian.
Manakala temu bual pula dijalankan untuk mengetahui minat dan persepsi murid terhadap
penulisan huruf. Ujian Pra dan Ujian Pos dijalankan untuk mengetahui sejauh mana murid
dapat membezakan huruf b dan d dan minat mereka untuk belajar menulis.
Data yang telah dikumpulkan dianalisis dengan menggunakan program Excel dan secara
manual untuk mendapatkan jawapan kepada beberapa persoalan kajian. Persoalan kajian ini
adalah seperti berikut:
i.

Adakah murid-murid tahun 1 ini sudah menguasai kemahiran membezakan huruf

ii.

b dan d dalam penulisan?


Bagaimanakah cara membantu murid-murid tahun 1 meningkatkan kemahiran

iii.

menulis huruf b dan d dengan teknik yang betul?


Adakah strategi pengajaran, kaedah dan teknik yang digunakan oleh guru dalam
bilik darjah berkesan?

4.2 PROFAIL PELAJAR


Lapan belas orang pelajar telah terlibat dalam kajian ini. Lihat Jadual 4.1 bagi mengetahui
taburan pelajar tersebut, yang diperoleh daripada borang maklumat murid. Ibu bapa atau
penjaga sampel terdiri daripada keluarga yang pelbagai status ekonomi dan taraf
pendidikan.

Jadual 4.1 di atas menunjukkan bahawa semua murid adalah berbangsa Melayu dengan
bilangan pelajar lelaki seramai 8 orang dan perempuan seramai 10 orang.

Jadual 4.2 di atas menunjukkan, ibu sampel bekerja sendiri sebanyak 17%. Manakala 17%
lagi dalam sektor awam dan 11% di sektor swasta. Selebihnya, 55% ialah suri rumah
tangga sepenuh masa.

Berdasarkan borang maklumat murid, didapati bahawa 66% (12) daripada pelajar adalah
terdiri daripada keluarga yang bekerja sendiri dengan pendapatan kurang dari RM500.00
sebulan, 17% (3) adalah daripada keluarga yang bekerja dengan kerajaan dengan
pendapatan kurang daripada RM1000.00 sebulan dan 17% (3) lagi bekerja dengan pihak
swasta dengan pendapatan lebih dari RM1000.00 sebulan. Secara umumnya sebahagian
besar sampel datang dari keluarga miskin.

Latar belakang keluarga pula menunjukkan 90% daripada ibu bapa pelajar berpendidikan
sehingga tahap sekolah menengah sahaja dengan kebanyakannya berkelulusan setakat SPM
. 9% peratus daripada ibu bapa pelajar merupakan lulusan sekolah rendah manakala 1%
tidak pernah bersekolah dan buta huruf.
Dari aspek agihan pelajar, seramai 11 orang (61%) pelajar tahun 1 tidak menerima
pendidikan formal sebelum mereka memasuki tahun 1. Hal ini berlaku kerana sebahagian
besar mereka berumur 5 tahun . Jika yang berumur 6 tahun pun, disebabkan taraf hidup,
mereka juga tidak menerima pendidikan sebelum tahun 1. Hanya segelintir sahaja atau
seramai 7 orang (39%), yang menerima pendidikan di lain-lain institusi sebelum memasuki
tahun 1. Seorang (6%) mendapat pendidikan di TASKI AbIM, 2 orang (11%) menerima
pendidikan di PASTI dan 4 orang (22%) yang telah menerima pendidikan di TAbIKA
ketika berumur 5 tahun. Agihan tersebut digambarkan pada jadual 4.4 di bawah.

4.3 TAHAP KEMAJUAN MURId


4.3.1 Kemahiran Mendengar Jadual

dalam Ujian Kemahiran Mendengar pengkaji telah mengarahkan sampel mewarna huruf b
dan d yang disebut secara lisan oleh guru sementara murid mewarna kotak huruf yang
didengarnya. (Rujuk lampiran: F(1) dan F(2)). Tulisan sampel diberi markah berdasarkan
ketepatan mewarna huruf sama ada huruf b atau d. Ini bererti kebolehan menulis juga
diukur melalui kebolehan mendengar semasa menjalani ujian-ujian tersebut. Ia tidak
menggambarkan keseluruhan kebolehan penulis yang dimiliki oleh sampel. Kemungkinan
murid meneka memang tidak dapat diketepikan. Mengikut analisis yang diperolehi seramai
5 orang (50%) murid cemerlang semasa Ujian Pra dan meningkat kepada 15 orang (83%)
selepas Ujian Pos dijalankan. Murid sederhana seramai 5 orang (28%) dan selepas Ujian
Pos hanya tinggal seorang lagi pada tahap sederhana. Manakala 2 orang murid (11%)
lemah tetapi prestasi meningkat apabila tidak ada murid yang gagal selepas Ujian Pos.
4.3.2 Kemahiran Membaca

Soalan Ujian Kemahiran Membaca mengandungi 25 item aneka pilihan huruf tetapi diuji
hanya 10 item yang dipilih oleh pengkaji kepada sampel. dalam ujian kemahiran membaca,
pengkaji telah menyuruh sampel menyebut atau membaca dengan nyaring huruf b dan d
dan beberapa huruf lain yang ditunjukkan oleh guru secara lisan.
bacaan sampel diberi markah berdasarkan ketepatan sampel menyebut huruf sama ada b
atau d dan huruf lain yang ditunjuk oleh pengkaji. Ini bererti kebolehan menulis juga
diukur melalui bacaan huruf. Ujian dijalankan secara individu. Pengkaji telah membulatkan
jawapan salah yang diberi oleh sampel.
Keputusan ujian mendapati kebolehan murid membezakan huruf b dan d juga dipengaruhi
oleh kemahiran sampel membaca huruf. Sampel 8 didapati hanya dapat mengenali dan
membaca lima huruf termasuk b dan d yang ditunjukkan kepadanya secara rawak. Situasi
ini mempengaruhi kebolehan sampel 8 untuk membezakan huruf b dan d dalam tulisan
kerana dia tidak dapat membezakan bacaannya antara b dan d apabila disuruh oleh guru.
Seramai 8 orang murid (44%) cemerlang dalam Ujian Pra tetapi meningkat kepada 14
orang (78%) selepas Ujian Pos. Semasa Ujian Pra seramai 5 orang murid (28%) berada di
tahap sederhana dan hanya seorang murid (5%) selepas Ujian Pos. Pencapaian ternyata
meningkat apabila tidak ada murid (0%) yang lemah semasa Ujian Pra mahupun Ujian Pos.

Kajian tindakan kemahiran menulis ini bertujuan meninjau tahap kebolehan menulis di
kalangan murid-murid tahun 1 Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud serta peranan ibu
bapa dan persekitaran keluarga dalam membantu mereka belajar menulis. Kebolehan
menulis diukur dengan mentadbirkan Ujian Pra dan Ujian Pos Menulis. Kedua-dua ujian
dibina oleh pengkaji sendiri. Ujian tersebut adalah melengkapkan suku kata yang
melibatkan penggunaan huruf b dan d berdasarkan gambar yang diberi. Sampel
dikehendaki menulis perkataan atau huruf yang tepat berdasarkan gambar.
berdasarkan analisis Ujian Pra hanya 3 orang murid (17%) lemah untuk menulis huruf b
dan d dengan betul, 1 orang berada di tahap sederhana (5%), 5 orang (28%) berada di tahap
baik dan 9 orang (50%) yang cemerlang dalam membezakan huruf b dan d dalam tulisan
dengan betul. Ini menunjukkan 17% murid belum menguasai sepenuhnya kemahiran
menulis huruf b dan d dengan betul dan masih mengalami kekeliruan. Namun begitu, jika
dibandingkan dengan analisis Ujian Pos terdapat peningkatan yang ketara iaitu sebanyak
83% murid berada di tahap cemerlang dan 11% pada tahap sederhana. Manakala hanya 6%
sahaja berada di tahap lemah.

Kesimpulannya, apabila dibuat perbandingan antara Ujian Pra dan Ujian Pos kemahiran
murid dalam membezakan huruf b dan d dalam tulisan telah meningkat dan keadaan ini
mungkin boleh dikaitkan dengan tindakan yang telah dijalankan oleh guru dengan bantuan
pengkaji. berdasarkan data di atas, dapatlah dirumuskan bahawa tahap kebolehan menulis
murid-murid tahun 1 adalah pada tahap yang memuaskan. didapati juga ada murid yang
menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam kebolehan menulis manakala ada
sebilangan kecil yang jauh ketinggalan di belakang yang memerlukan bimbingan dan
perhatian yang khusus daripada guru dan sokongan daripada ibu bapa dan ahli keluarga
yang lain.
Perbandingan tahap penguasaan murid boleh dilihat dengan jelas melalui perbandingan
rumusan Ujian Pra dan Pos bagi ketiga-tiga kemahiran yang perlu dicapai oleh murid.(Sila
Rujuk Jadual 4.8 dan 4.9) di bawah.

4.3 PERbANdINGAN UJIAN PRA dAN POS

berdasarkan rumusan Ujian Pra dan Pos Kemahiran Mendengar, Membaca dan Menulis,
dalam

jadual

5.0

di

atas

didapati

pencapaian

murid-murid

tahun

agak

memberangsangkan. dalam Ujian Pra, min pencapaian sampel dalam kemahiran


mendengar ialah 69.44% dan Ujian Pos ialah 89.44%. Ini menunjukkan peningkatan
sebanyak 20%. Manakala Ujian Kemahiran Membaca memperoleh 76.11% dalam Ujian
Pra dan telah meningkat sebanyak 13.89% kepada 90.00% semasa Ujian Pos.

Perbandingan analisis data Ujian Pra dan Pos bagi kemahiran menulis huruf b dan d
meningkat sebanyak 13.34% iaitu daripada 73.33 kepada 86.67%. Sisihan piawai bagi
setiap ujian mengecil menandakan peningkatan pencapaian yang boleh dibanggakan.
Selepas ujian, kesemua murid dapat menulis dan membezakan huruf mengikut
kemampuan masing-masing. Paling sedikit murid hanya dapat menguasai 3 soalan
menulis huruf b dan d. Hal ini berlaku kepada individu yang sama. Kemungkinan
individu tersebut merupakan seorang murid gagap yang mempengaruhi keputusan
ujiannya. Mungkin ini adalah halangan terpencil jika dibandingkan dengan tahap
penguasaan murid lain yang mencapai sasaran 100% seramai 10 orang selepas Ujian Pos
dijalankan dan 5 orang mendapat 80-90% markah. Ini menunjukkan 15 orang sampel
mendapat gred A daripada 18 orang sampel eksperimen. Manakala hanya 2 orang murid
mendapat 40-50% markah dan seorang mendapat 30% markah.
4.3.1 Tahap kemahiran mendengar sampel kajian
Jadual 5.1: Keputusan Ujian Kemahiran Mendengar 47

berdasarkan skor Ujian Kemahiran Mendengar yang diperoleh, kemahiran mendengar sampel
kajian adalah pada tahap yang baik. daripada 18 orang sampel kajian 83 % (15) memperoleh skor
yang lebih baik daripada min. Min skor ialah 69.44 dan sisihan piawai ialah 6.19.
Pola pencapaian ujian tersebut memberi implikasi bahawa sebilangan besar sampel kajian
menunjukkan tahap penguasaan kemahiran mendengar yang baik atau cemerlang. Manakala ada
sekumpulan kecil murid-murid terlalu lemah dalam pengamatan mereka. Skor-skor Ujian
Kemahiran Mendengar sampel ditunjukkan dalam Jadual 5.1 dan analisisnya dalam Jadual 4.5.
4.3.2 Tahap kemahiran membaca/ menyebut
Jadual 5.2: Ujian Pra dan Pos Kemahiran Membaca

Kemahiran Membaca adalah hampir sama dengan Ujian Kemahiran Mendengar. bagi
Ujian Pra, nilai sisihan piawai ialah 5.46 manakala bagi Ujian Pos ialah 4.15. Pengecilan
nilai sisihan piawai ini menunjukkan teknik mengajar guru yang berkesan. Kebanyakan
sampel kajian menunjukkan pencapaian yang memuaskan. (Sila rujuk Jadual 4.6). Min
keseluruhan ialah 90.00% bagi Ujian Pos dan Ujian Pra ialah 76.11%. Pola pencapaian
sampel kajian dalam ujian ini adalah hampir sama dengan Ujian Kemahiran Mendengar.
Ini bererti sebahagian besar sampel kajian menunjukkan kebolehan bacaan yang baik atau
cemerlang dan sebilangan kecil pula lemah atau sangat lemah dalam membaca. Sampel
yang cemerlang dalam Ujian Mendengar akan menguasai Ujian Kemahiran Membaca
kerana semua jenis ujian ini saling kait-mengait.
4.3.3 Tahap kemahiran menulis sampel kajian.
Jadual 5.3: Ujian Pra dan Pos Kemahiran Menulis

Pra, nilai sisihan piawai ialah 7.15 manakala bagi Ujian Pos ialah 5.45. berdasarkan data
di atas, pengecilan nilai sisihan piawai ini dapatlah dirumuskan bahawa tahap kebolehan
menulis murid-murid tahun 1 Kebangsaan Tengku Mahmud pada tahap yang memuaskan.
didapati juga ada murid yang menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam kebolehan
mendengar, membaca dan menulis. Manakala ada sebilangan kecil yang jauh ketinggalan
di belakang yang memerlukan bimbingan dan perhatian khusus.

4.4 KATEGORI PENCAPAIAN MURId


dalam huraian mengenai masalah tersebut, sampel dibahagikan kepada murid
berpencapaian tinggi, sederhana dan berpencapaian rendah. Murid yang skornya sama
atau di atas min dianggap berpencapaian tinggi dan mereka yang di bawah min dianggap
dalam kumpulan berpencapaian rendah. Pembahagian ini dibuat secara arbitrari dan
bertujuan untuk memudahkan perbincangan.
4.4.1 Murid berpencapaian tinggi
Terdapat 9 orang murid yang dikaji markah ujian menulisnya sudah cemerlang di
peringkat Ujian Pra. Analisis jawapan mengikut item menunjukkan pada
keseluruhannya murid kumpulan ini tidak menghadapi sebarang masalah dalam
ujian tersebut. Murid-murid yang berpencapaian cemerlang boleh menulis dan
membaca dengan lancar tanpa mengeja. Perkataan-perkataan mudah yang
terdapat

dalam

lembaran

kerja

adalah

terlalu

senang

untuk

mereka

menyelesaikannya. Seramai 9 orang murid boleh digolongkan dalam kategori


tersebut. Sebagai kesimpulan, murid cemerlang tidak mengalami sebarang
masalah dalam ujian membezakan antara b dan d dalam tulisan yang
dibincangkan di atas. Situasi ini mungkin berpunca daripada:
i.

Sikap ibu bapa murid terhadap pentingnya kebolehan menulis dan

ii.
iii.

membaca di kalangan anak-anak mereka.


Usaha ibu bapa dalam membantu anak belajar menulis.
Persekitaran rumah yang menggalakkan minat menulis dan membaca
anak.

4.4.2 Murid berpencapaian sederhana


Murid berpencapaian sederhana yang seramai 1 orang tidak ada peningkatan
dalam Ujian Pasca walaupun sudah dibimbing oleh guru secara individu. Markah
yang diperoleh murid ini tidak menunjukkan kemajuan apabila dibandingkan
dengan sampel lain walaupun guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran

yang menggunakan pelbagai teknik seperti kad tebuk, plastisin dan bercerita.
Sebagai kesimpulan, masalah murid dalam ujian membezakan antara huruf b dan
d dalam tulisan yang dibincangkan di atas mungkin berpunca daripada:
i.

Kurang mahir mengeja (mendekod) perkataan. Ini menyebabkan murid


tidak dapat memanfaatkan huruf yang disebut secara lisan yang dikuasai

ii.

untuk menjawab item yang disediakan.


Pengalaman menulis yang terhad
perbendaharaan

iii.

pandang

(sight

menyebabkan

vocabulary)

yang

penguasaan
rendah

jika

dibandingkan dengan murid berpencapaian tinggi.


Pengetahuan am yang rendah jika dibandingkan dengan murid
berpencapaian tinggi. Ini mungkin disebabkan

pendedahan

dan

pengalaman yang terhad dalam kehidupan murid tersebut.


4.4.3 Murid berpencapaian rendah
Murid berpencapaian rendah dalam Ujian Pra ialah mereka yang skornya
di bawah min iaitu 30 markah. Seramai 3 orang murid tergolong dalam
kumpulan ini. Setelah diteliti jawapan yang diberi mengikut item, dan
berdasarkan pemerhatian semasa mereka menjalani ujian, hanya 3 orang
murid tidak dapat membezakan b dan d. Kesalahan tersebut mungkin
disebabkan pendedahan murid kepada penulisan agak terbatas. Umumnya
saya dapati murid-murid yang dikaji menghadapi masalah-masalah seperti
berikut:
i.

Tidak mengenali huruf dan tidak tahu atau salah menyebut huruf

ii.

dalam susunan huruf atau secara rawak. (Rujuk: Lampiran G)


Dapat menyebut huruf dengan betul tetapi tidak tahu atau salah

iii.

menulis huruf yang disebut. (Rujuk: Lampiran F(1) dan F(2))


Tidak atau kurang menguasai kemahiran asas menulis, mengeja
dan membatang perkataan dengan betul. (Rujuk: Lampiran H)

Semasa menjalani ujian, murid-murid ini mengambil masa yang lama dan
teragak-agak untuk menyebut sesuatu huruf, suku kata atau perkataan.
Murid-murid ini memerlukan pengesahan pengkaji kerana kurang yakin

terhadap tulisan diri sendiri. Sepanjang ujian, hanya beberapa perkataan


boleh dieja dengan betul dan itu pun setelah dibantu oleh pengkaji. Muridmurid ini boleh menulis tetapi kurang lancar kerana terpaksa berhenti
untuk mengeja perkataan yang tidak dikenalinya.
Dalam kemahiran menulis (Rujuk: Lampiran A), sampel 8 tidak dapat
menulis kesemua huruf kecil a hingga e secara urutan manakala apabila
diminta membaca atau menyebut secara rawak dia seolah-olah keliru dan
masih tertukar antara b dan d. Sampel 8 boleh menulis huruf besar secara
urutan dan bila diminta membaca atau menyebut secara rawak dia masih
tertukar antara b dan d. Pengkaji dapat membuat rumusan bahawa sampel
8 boleh membaca huruf dengan lancar secara urutan dan agak kurang
cekap apabila diuji secara rawak.
Terdapat 10 soalan kemahiran menulis yang diuji kepada sampel 8.
Kemahiran menulis suku kata pertama kv berdasarkan gambar, sampel 8
menulis suku kata pertama kv bu sebagai du menjadikan perkataannya
yang sebenar buku sebagai duku. Hal ini berlaku kerana dia masih
keliru antara huruf b dan d walaupun pada hakikatnya dia tahu gambar
tersebut adalah buku. Pengkaji membuktikan yang sampel 8 tahu akan
gambar yang ditunjukkan kerana pengkaji telah meminta sampel 8
menyebut nama objek dalam gambar (buku). Masalah yang sama iaitu
kekeliruan sampel 8 terhadap huruf b dan d berlaku lagi menyebabkan dia
melengkapkan perkataan bubu menjadi budu. begitu juga apabila
menjawab soalan-soalan yang seterusnya. Sampel hanya berjaya
menjawab 3 daripada 10 soalan. Kemungkinan soalan yang betul adalah
jawapan yang diteka oleh sampel.
Untuk menulis bahasa huruf, murid-murid perlu memiliki kemahiran
mendekod iaitu membatang dan membunyikan suku kata. Sekiranya
kemahiran mendekod tidak dikuasai dengan baik, murid-murid tidak dapat

memanfaatkan perbendaharaan lisan yang dikuasai untuk membantunya


menulis perkataan yang tidak dikenali.
Selain itu, kemungkinan sampel yang berpencapaian rendah dalam Ujian
Pra Menulis mempunyai pengalaman yang terhad. Ini menjelaskan
masalah sesetengah murid yang tidak suka menulis dan membezakan
huruf seperti hasil temu bual dengan sampel mendapati kebanyakannya
merasa malas untuk menulis dan cepat putus asa. Tidak ada masa khas
diperuntukkan oleh ibu bapa untuk mengajar anak menulis. Ini bererti
kebanyakan ibu bapa sedar pentingnya menulis kepada anak tetapi
bermasalah melaksanakannya dengan tekal. Antara punca masalahnya
ialah kekurangan masa dan kebosanan. Hasil temu bual juga mendapati
kakak dan abang kepada sampel yang bersekolah juga memainkan peranan
dalam membimbing adik mereka menulis dan membezakan huruf
terutamanya b dan d. Selain ibu bapa, kakak dan abang juga menjadi
model kepada adik dan mempengaruhi sikap adik terhadap menulis.
4.5

PERANAN IbU bAPA dAN KELUARGA MEMbANTU ANAK-ANAK bELAJAR


MENULIS.
Hasil daripada sesi temu bual dengan murid mendedahkan beberapa perkara yang
berhubung dengan peranan ibu bapa dan persekitaran keluarga dalam membantu mereka
belajar menulis.
i.

didapati mengajar menulis kepada anak tidak diamalkan oleh kebanyakan ibu

ii.

bapa tetapi hanya segelintir yang berbuat demikian semasa di rumah.


Abang atau kakak kepada sampel kajian yang sudah bersekolah juga memainkan

iii.

peranan dalam membantu mereka belajar menulis.


Ibu bapa yang anaknya mahir menulis didapati suka berbincang dan memberi
galakan tentang pengalamannya dalam membimbing anak menulis dan berbangga
akan kejayaan anaknya.

iv.

Walaupun masih di peringkat tahun 1, kebanyakan murid yang ditemu bual


menganggap adalah seronok untuk belajar menulis dan membaca, sekiranya diberi

v.

pujian atau bintang.


Masih ada ibu bapa yang tidak menyediakan buku untuk anak menulis apatah lagi
membimbing mereka semasa proses pra menulis kepada anak.

4.6 KESIMPULAN
Hasil temu bual dengan murid didapati ada ibu bapa telah memainkan peranan yang aktif
dalam membantu anak mereka belajar mengenal huruf seterusnya menulis. Namun
demikian didapati ada sebilangan kecil ibu bapa yang kurang prihatin terhadap perkara
tersebut yang menyebabkan punca anak-anak mereka ketinggalan. Kebanyakan murid
tahun 1 Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud menunjukkan pencapaian yang baik dalam
ujian menulis. Ini boleh dikaitkan dengan persekitaran keluarga yang kondusif yang
membantu mereka belajar menulis sebagaimana yang digambarkan dalam sesi temu bual
dengan murid-murid.

bAb V
RINGKASAN dAN RUMUSAN
5.1 PENdAHULUAN
dalam bab ini, perbincangan akan saya tumpukan kepada rumusan terhadap keputusan
yang diperoleh daripada kajian yang bertajuk Kemahiran Membezakan Huruf b dan d
dalam Tulisan bagi Murid-Murid Tahun 1. Instrumen kajian ini terdiri daripada borang
maklumat murid, temu bual, kertas Ujian Pra dan kertas Ujian Pos.

Latar belakang murid diperoleh daripada borang maklumat murid. Soalan temu bual
dengan ibu bapa pula digunakan untuk mendapatkan maklum balas tentang minat dan
persepsi murid terhadap penulisan ketika berada di rumah.
Ujian Pra ditadbirkan untuk melihat setakat mana kefahaman murid terhadap kemahiran
yang diajar secara chalk and talk. Manakala Ujian Pos pula ditadbirkan untuk
mengesan tahap penguasaan dan pencapaian murid terhadap kemahiran yang sama
selepas beberapa teknik, kaedah dan strategi yang dijalankan oleh guru untuk mengatasi
masalah kajian.
Soalan Ujian Pra dan Ujian Pos adalah terdiri daripada kemahiran dan bentuk soalan
yang sama. Ujian ini memerlukan pelajar menjawab soalan dengan mengisi ruang kosong
dengan suku kata yang mengandungi huruf sama ada b atau d dalam kemahiran menulis.
Oleh itu, dalam kajian ini perbincangan akan memperkatakan dengan lebih lanjut tentang
persoalan kajian, implikasi dapatan, saranan serta cadangan untuk kajian lanjut yang
boleh dijalankan kelak.
5.2 RINGKASAN dAPATAN
Ujian Pra dan Ujian Pos yang ditadbirkan dalam kajian ini adalah untuk melihat sejauh
mana murid dapat membezakan huruf b dan d dalam penulisan dan mempertingkatkan
kefahaman dan pencapaian terhadap kemahiran yang diajar. dapatan kajian yang telah
dianalisis dapat memberikan jawapan kepada persoalan kajian yang berikut:
5.2.1 Adakah murid-murid tahun 1 ini sudah menguasai Kemahiran Membezakan
Huruf b dan d dalam Penulisan?
i.

Hasil dapatan kajian menunjukkan murid-murid dapat menguasai kemahiran


membezakan huruf b dan d iaitu merujuk kepada Ujian Pra dan Ujian Pos
Kemahiran Menulis, di mana sisihan piawai semakin mengecil iaitu daripada
7.15 kepada 5.45.

ii.

Murid-murid juga dapat menulis huruf dengan bentuk yang cantik dan teknik

iii.

menulis yang betul.


Selain itu, murid-murid dapat menguasai kemahiran motor halus mereka apabila
dapat membentuk huruf menggunakan plastisin, tanah liat dan pasir lembab.

5.2.2 Bagaimanakah cara membantu murid-murid tahun 1 meningkatkan


kemahiran menulis huruf b dan d dengan teknik yang betul?
Hasil daripada percubaan pengkaji terdapat beberapa cara bagi membantu muridmurid menguasai kemahiran menulis huruf b dan d dengan teknik yang betul
seperti di bawah:

5.2.2.1 Peranan Guru


i.

Guru memainkan peranan penting dalam membimbing murid-murid


menulis

menggunakan

pelbagai

kaedah

pengajaran

yang

menyeronokkan supaya murid suka belajar. Antaranya belajar sambil


bermain dengan menggunakan peralatan.
ii.

Guru menyuruh murid meniru huruf dengan menyambung titik-titik


untuk membantu murid-murid menulis.

iii.

Guru mengajar murid-murid membentuk huruf menggunakan


plastisin

yang

berlainan

warna

supaya

murid-murid

dapat

membezakan dan mengenali huruf b dan d.


iv.

Kepelbagaian teknik membentuk huruf b dan d seperti menggunakan


pasir basah yang diisi dalam kotak menyeronokkan murid-murid dan

v.

menguatkan motor halus mereka.


Guru melatih murid mengecam huruf menggunakan gambar yang

vi.

menarik.
Kaedah individu ditekankan oleh guru tahun 1 dalam bimbingan
menulis kerana kebolehan menulis dan cara belajar membaca murid
tahun 1 adalah berbeza.

vii.

Guru menekankan kemahiran mendekod iaitu mengeja dan


membatang perkataan dalam membimbing murid-murid yang lemah

viii.

menulis seterusnya memberi impak kepada membaca.


Guru tahun 1 hendaklah memaklumkan kepada ibu bapa murid
tentang kebolehan menulis anaknya dari semasa ke semasa.

5.2.2.2 Peranan Ibu bapa


i.

Peranan Ibu bapa atau adik-beradik yang mengajar sampel menulis


di rumah secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran
menulis huruf peringkat awal kepada kanak-kanak.

ii.

Ibu bapa yang menyediakan bahan atau membeli buku rujukan untuk
anak-anak belajar dapat menanam minat murid-murid menulis.

iii.

Ibu bapa atau penjaga yang sentiasa mengambil berat akan anakanak mereka sentiasa berhubung dengan guru tahun 1 untuk
mengetahui tahap kemajuan anak-anak mereka dan sama-sama
mencari jalan mengatasinya.

5.2.3

Adakah strategi pengajaran, kaedah dan teknik yang digunakan oleh guru
dalam bilik darjah berkesan?
Hasil daripada dapatan kajian, didapati strategi pengajaran, kaedah dan teknik
yang digunakan oleh guru dalam bilik darjah adalah berkesan.
i.

Pembelajaran secara Hands on, Minds on atau learning through


experience ini nyatalah dapat menambahkan kefahaman serta minat murid
terhadap kemahiran ini kerana mereka terlibat secara langsung aktiviti
membentuk huruf menggunakan plastisin, membina huruf dengan pasir

ii.

lembab dan mengecam huruf dengan kad tebuk.


Pengkaji mendapati pelajar kelihatan gembira dan bermotivasi untuk
menjawab lembaran kerja kerana mereka sudah dapat menguasainya

iii.

berbanding semasa guru menjalankan pengajaran secara chalk and talk.


Berdasarkan analisis temu bual dan maklum balas murid, didapati minat
murid untuk menulis timbul apabila mereka diberi pujian oleh guru atau

ibu bapa apabila tulisan mereka cantik. Mereka juga merasa teruja dan
bermotivasi untuk terus menulis apabila guru memberi bintang yang
iv.

berupa satu ganjaran.


Strategi pengajaran guru yang pelbagai menyebabkan murid-murid tidak

v.

merasa bosan untuk belajar.


Kaedah kumpulan yang diguna oleh guru dapat membantu murid-murid
berinteraksi dengan kawan-kawan untuk menyelesaikan sesuatu masalah
atau melakukan aktiviti membentuk huruf. Manakala kaedah bimbingan
individu dapat membantu murid-murid mengatasi masalah menulis

vi.

dengan lebih cepat.


Teknik bermain sambil belajar menyeronokkan murid. Teknik bercerita
yang digunakan oleh guru dalam bilik darjah dapat menarik minat muridmurid untuk belajar.

Dengan peningkatan minat dan motivasi, pelajar akan belajar lebih tekun,
memberi perhatian penuh semasa pengajaran dan pembelajaran (P&P) sedang
berlangsung serta melibatkan diri secara aktif. Keadaan ini dapat membantu
pelajar menguasai sesuatu kemahiran dengan berkesan. Hasil ini adalah
bersamaan dengan dapatan yang diperoleh oleh dewer & Tammy (1996),
Hartman & Virginia (1995) yang menunjukkan bahawa murid lebih berjaya
apabila bergiat secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran.
5.3 IMPLIKASI dAPATAN
Kajian ini menunjukkan hubungan yang positif antara kaedah dan teknik pembelajaran
yang pelbagai dengan pencapaian dan minat murid terhadap kemahiran menulis. Adalah
diharapkan, dapatan kajian ini dapat memberikan kesedaran kepada guru-guru tahun 1
tentang peri pentingnya kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran diaplikasikan
dalam bilik darjah.

Kaedah pengajaran secara spoon feed atau chalk and talk tidak begitu sesuai untuk
mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif kepada murid kerana pelajar tidak
terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pembelajaran secara koperatif melalui aktiviti bermain membolehkan murid terlibat
secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran dan ini secara tidak langsung dapat
menambah minat dan menjadi faktor untuk memotivasikan pelajar untuk belajar menulis.
Akhir sekali, untuk memastikan murid dapat menulis dengan berkesan, pihak guru tahun
1 perlu menyediakan bahan dan alatan yang cukup dan berfungsi selain menyediakan
bilik darjah yang kondusif dan selamat kepada murid-muridnya.
Pihak kementerian pelajaran juga disarankan memantau keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran murid-murid tahun 1 supaya wawasan negara untuk melahirkan modal
insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dapat direalisasikan.
5.4 CAdANGAN
5.4.1 Cadangan kepada Guru Tahun 1.
i.

Guru-guru tahun 1 perlu mendapat latihan lanjutan atau latihan


peningkatan ikhtisas paling kurang hingga peringkat ijazah bagi
memantapkan tahap profesionalisme guru. Pastikan guru tahun 1 adalah
guru siswazah terlatih yang mempunyai kelayakan dalam bidang

ii.

Pendidikan Awal Kanak-kanak.


Latihan dalaman juga hendaklah sentiasa diberikan dari semasa ke semasa

iii.

untuk meningkatkan ilmu dan menambah kemahiran guru-guru tahun 1.


Guru tahun 1 perlu menghadiri bengkel, perbincangan atau seminar

iv.

tentang pendidikan awal kanak-kanak.


Guru memberikan galakan dan sokongan kepada pelajar untuk belajar
menulis tanpa kesalahan melalui pemberian imbuhan yang bersesuaian
dan mewujudkan keseronokan melalui bermain sambil belajar.

v.

Maklumat wujudnya masalah kebolehan murid-murid untuk membuat


perbezaan b dan d ketara di kalangan murid-murid tahun 1 harus
disampaikan kepada pihak sekolah khasnya guru bahasa Melayu Tahun
Satu murid-murid tersebut.
Murid-murid yang lemah perlu diberi latih tubi aktiviti pra menulis

vi.

sebagaimana yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran bahasa Melayu


Tahun Satu.

5.4.2 Cadangan kepada Pihak Sekolah


i.

Menyediakan bilik darjah yang sesuai, selesa dan selamat serta

ii.

mesra pelajar kepada kanak-kanak.


Memastikan alatan dan bahan pembelajaran adalah mencukupi

iii.

kepada semua pelajar dan dapat berfungsi dengan baik.


Menyediakan persekitaran yang kondusif kepada murid-murid
seperti kawasan play scape yang selamat supaya mereka seronok

iv.

datang ke sekolah.
Memaklumkan tahap kebolehan menulis murid-murid oleh guru
tahun 1 kepada guru-guru Tahun Satu yang menerima muridmuridnya untuk menjamin kesinambungan dan mutu bimbingan
menulis.

5.4.3 Cadangan kepada Pejabat Pendidikan daerah


i.

Memantau pengurusan dan penyelenggaraan serta penggunaan

ii.

bahan bantu mengajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran.


Mengadakan aktiviti yang sesuai dengan murid-murid tahun 1
yang dapat membantu pengajaran dan pembelajaran di dalam

iii.

kelas.
Pemantauan rapi dan penelitian ke semua tahun 1 dengan
melibatkan semua aspek kekuatan dan kelemahan perlu dikenal

pasti untuk tindakan susulan di samping dapat menentukan kualiti


iv.

sesuatu institusi dan kakitangannya.


Pegawai Khas Tahun 1 di Pejabat Pendidikan daerah juga mesti
bertanggungjawab membantu, menyelia, mengawasi memantau
serta mampu menasihati guru-guru dalam melaksanakan P & P di
tahun 1 daerah berkenaan.

5.4.4 Cadangan kepada Jabatan Pelajaran Negeri /Kementerian Pelajaran


Malaysia
i.

Lantikan pegawai pakar serta berkemahiran di peringkat Jabatan


Pendidikan Negeri mampu memenuhi kehendak dan menyelami masalah
guru serta boleh komunikasi dua hala adalah penting untuk perkembangan
pengajaran dan pembelajaran lancar di tahun 1. Guru-guru tahun 1 yang
berkebolehan inovatif, dan berpengalaman seharusnya diberi ruang untuk
mendapat pengiktirafan dan keistimewaan dalam kelompok mereka tanpa
menghadkan bilangan atau kuota. dengan cara ini, barulah guru tahun 1
akan merasa dihargai dan bersemangat untuk mengajar.

ii.

Kementerian seharusnya menyenaraikan dan menyedia serta menyusun


kursus dan latihan susulan untuk guru secara berkala dan seragam untuk
seluruh Malaysia, merangkumi pengetahuan dan kemahiran yang
dipertingkatkan. Penekanan harus diberi kepada penggunaan dan
pengendalian ICT, bahasa Inggeris dan paling penting kepada kemahiran
muzik merangkumi pengendalian alatan juga lagu kanak-kanak. Muzik
dan nyanyian dengan murid-murid tahun 1 memang penting sebagai
sumber dan medan penyampaian P & P yang paling berkesan. Corak
latihan perguruan yang menumpukan aspek teori, kurang latihan amali dan
demonstrasi menyebabkan ada kegagalan dalam memenuhi kehendak
perkembangan kanak-kanak

iii.

Kementerian seharusnya memberi peruntukan yang lebih banyak kepada


bahagian tahun 1 seperti menaikkan peruntukan perkapita murid untuk
murid menikmati lebih banyak pembaharuan peralatan guna terus untuk
mempercepatkan penguasaan pembelajaran mereka. Peruntukan yang
besar juga patut diberi kepada JPN dan PPd untuk menganjurkan program
peningkatan dan pemantapan pengajaran dan pembelajaran untuk guruguru tahun 1. Usaha ini untuk mempertingkatkan minat mereka seperti
mengadakan kursus dalaman, bengkel peningkatan pengajaran dan
pembinaan

5.5 CAdANGAN UNTUK KAJIAN LANJUTAN


i.

Membuat kajian lanjutan tentang permasalahan yang sama dengan persekitaran

ii.

geografi yang berbeza di negara ini yang melibatkan sampel yang lebih besar.
Menjalankan kajian ini dengan membandingkan tahap pelaksanaan pengajaran dan

iii.

pembelajaran di kelas tahun 1 KEMAS dan tadika swasta.


Menjalankan semula kajian ini dan membandingkan tahap pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran antara dua buah sekolah berdekatan atau dalam daerah atau 2 buah

iv.

negeri.
Mengkaji dan menilai permasalahan lain yang wujud dalam meningkatkan
penguasaan murid dalam mengendalikan pengajaran dan pembelajaran di tahun 1.

Adalah diharapkan kajian-kajian yang akan dijalankan pada masa hadapan dapat
mengukuhkan lagi dapatan kajian ini dan dilaksanakan dengan lebih meluas dalam P&P
tahun 1 khususnya dalam penulisan. Adalah juga diharapkan, kajian ini dapat membantu
perancang kurikulum, guru-guru dan pihak lain yang berkaitan. Semoga kajian ini dapat
membantu terutama guru-guru baru menangani masalah pelajar agar lebih mudah menguasai
teknik dan kaedah supaya murid dapat membezakan antara huruf b dan d.
5.6 KESIMPULAN

Pada keseluruhannya, murid-murid tahun 1 Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud


menunjukkan pencapaian yang baik dalam ujian menulis yang dijalankan. Namun masih
terdapat sekumpulan kecil yang menghadapi masalah dalam menguasai kemahiran asas
menulis khasnya mendekod perkataan yang mengandungi huruf b dan d. Murid-murid ini
juga mempunyai pengetahuan am yang terhad dan tidak menyedari faedahnya.
Kajian tindakan ini dapat membantu guru mengetahui amalan sendiri yang tidak berkesan
di samping mengenal pasti masalah pembelajaran murid. Melalui kajian ini satu kaedah
pengajaran telah dapat dilaksanakan dengan berkesan. Ini dibuktikan melalui keputusan
dapatan yang menunjukkan hasil yang baik. Kajian ini amat penting dilakukan bagi
memantapkan pengajaran di samping meningkatkan prestasi murid menguasai sesuatu
kemahiran. Kajian ini juga perlu menjadi amalan bagi setiap guru demi meningkatkan
kecemerlangan diri dan pendidikan negara.
Guru juga dapat melakukan perubahan agar dapat membantu murid menguasai kemahiran
serta menambah ilmu guru tersebut. Guru sebagai pengkaji mestilah berani melakukan
anjakan paradigma demi kecemerlangan semua pihak.
Selain itu, sikap kerjasama amat perlu bagi menghasilkan sesuatu perkara dengan
cemerlang umpama kata pepatah Sepakat Membawa berkat. Harapan kita agar dapat
menghasilkan idea-idea yang lebih bermutu dan seterusnya menjadi warga yang bukan
sahaja cemerlang tetapi gemilang dan terbilang.

RUJUKAN
Adams, M.J. (1990). beginning to read: Thanking and learning about
print. Cambridge, MA, MIT press.
Azizah Lebai Nordin & Zainun Ishak. 1999. Pendidikan Tahun 1 Untuk Guru.
Kuala Lumpur : Utusan Publications & distributors Sdn. bhd.
Buku Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas,(1999),
Jabatan Pendidikan Khas.Kementerian Pendidikan Malaysia.Kuala Lumpur : Percetakan
Watan Sdn.bhd.
dr. david Lim Chong Lim,dr. Nor Azizah Salleh (UKM), Prof Madya dr. Saat
Yasin. (2007). Modul HbEF2503, Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan. (2nd.ed.).
Kuala Lumpur. Open University Malaysia.
Encik Azizi Ahmad,Encik Mohd Isha b. Awang. (2006). Pengukuran dan Penilaian dalam
Pendidikan.Kuala Lumpur: Meteor doc.Sdn.bhd.
Hassan Mohd. Ali. 1999. Panduan Mendidik Anak-anak Tahun 1.
Kuala Lumpur: Sabha dTP Services Sdn. bhd.
Huraian Kurikulum Tahun 1 Kebangsaan.(2006). Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia. .
Kamhi, A.G. & Catts, H.W. (1989). Language and reading: Convergences, divergences,

and development. In A.G Kamhi and H.W. Catts (eds.). Reading disabilities A
developmental Language Perspective. boston MA, College-Hill Press: 1-34.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 1996. Laporan Kajian Impak Pendidikan Tahun 1 Kepada
Murid Tahap Satu - Sekolah Rendah. Seminar Kebangsaan Pendidikan Tahun 1. Pulau
Pinang: bahagian Perancangan dan Penyelidikan dasar Pendidikan.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003. Huraian kurikulum Tahun 1 Kebangsaan 2003.
Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.
Lerner, J. (2003). Learning disabilities theories, diagnosis, and teaching Strategies (9th. ed.).
boston: Houghton Miffin Company.
Mohd.Azhar Abd. Hamid, Mohd. Nasir Markom, Othman A.Kasim, (2004). Permainan Kreatif
untuk Guru & Jurulatih.Pahang: PTS Publication & distributors Sdn. bhd.
Mohd. Majid Konting 1998. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur
dewan bahasa dan Pustaka. Nik Aziz Nik Pa. 1988. Aktiviti Membina Refleksi dan
pengabrakan : Perspektif Pendidikan Murid-muridterbiar. Jurnal Pendidikan Islam. 2(8) : 28-38
Nik Aziz Nik Pa . (1996) . Konsep Maktab Perguruan bestari. Kertas kerja dibentangkan
di Seminar Maktab Perguruan bestari, di Kuala Lumpur dalam Jurnal Pendidikan Guru.
Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah. 2003. Panduan Pendidikan Tahun 1. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & distributors Sdn.bhd.
Prof. dr.Khadijah Rohani Mohd Yunus, Puan Razali, Puan Ramlah Jantan. (2006). Psikologi
Pendidikan.Kuala Lumpur: Meteor doc. Sdn.bhd.

Prof. Madya dr.Puteri Zabariah Megat A.Rahman, (UPM), (2006). Modul HbPS 1103,
Pengenalan Pendidikan Awal Kanak-kanak, Kuala Lumpur. Open University Malaysia.
Rohaty bt Mohd Majzub, Abu bakar bin Nordin.(1994). Pendidikan Tahun 1.
Kuala Lumpur.
Rohaya Hj. Yahya. (1996). Kaedah Montessori.Kuala Lumpur:
Utusan Publication & distributor Sdn. bhd.
Sinclair, A . & Papandropoulou, I . b. (1984) Learning to read and skilled reading :
multiple systems interacting within and between the readers and the test. In Language
Awareness and Learning to Read (downing , J. & Valtin, P, eds.) 79 - 92 .berlin : Springer
Verlag