Anda di halaman 1dari 3

Makanan Nutrisi Untuk Perkembangan

Otak Kanak-Kanak
June 11, 2013 Posted in Meal Shakes, Umum No comments
Salam Pembaca,
Tajuk entry kali ini berkaitan dengan makanan nutrisi untuk perkembangan otak kanak-kanak.
Bagaimana agaknya kita sebagai ibu bapa memberikan kesihatan yang baik untuk untuk anak
kita yang masih kecil? Tahukah kita bahawa mereka lebih memerlukan sumber nutrisi yang
berkhasiat untuk membantu perkembangan otak dan fizikal.
Walaupun saya belum bergelar ibu dan bapa, tapi pada pandangan saya jangan pandang remeh
dengan kesihatan mereka. Sebenarnya mereka memerlukan lebih khasiat nutrisi berbanding kita
orang dewasa. Ini kerana apabila kita memberikan sesuatu yang terbaik untuk mereka terutama
dari segi makanan yang berkhasiat saya pasti anda sebagai ibu bapa gembira bila lihat mereka
membesar dengan sihat dan bijak.
Saya kongsikan di sini satu artikel yang saya ambil dari sini untuk manfaat kita bersama.

Nutrisi Untuk Perkembangan Otak


Otak kanak-kanak memerlukan nutrien yang mencukupi agar dapat berfungsi secara optimum.
Pada peringkat awal usia, otak kanak-kanak berkembang dengan begitu pesat. Hasilnya, pada
usia lima tahun, perkembangan otak mereka sudah mencapai 90 peratus dan kadar tersebut
sangat berkait rapat dengan pemakanannya.
Untuk perkembangan otak, ada beberapa nutrisi penting yang diperlukan. Antaranya ialah DHA
(asid dokosaheksaenoik), zat besi, zink dan asid folik.
DHA
DHA atau asid dokosaheksaenoik merupakan sejenis asid lemak omega-3 yang boleh didapati
dalam setiap sel pada tubuh. DHA penting untuk perkembangan otak, mata dan sistem saraf
pusat. Kajian yang dijalankan oleh Perbadanan Keselamatan Pemakanan Eropah (EFSA)
mendapati kanak-kanak berusia enam bulan sehingga dua tahun memerlukan sebanyak 100
miligram DHA untuk perkembangan otak mereka.
DHA merupakan elemen utama yang diperlukan untuk membentuk sel membran neuron yang
menjadi penghubung antara sel yang lain serta mempengaruhi fungsi neurotransimitter
acetylcholine dan membantu sel otak berhubung. Memberi anak diet harian yang kaya dengan
DHA akan menjadikannya lebih fokus dan dapat memberi penuh tumpuan ketika bermain dan
belajar. Antara makanan yang mengandungi DHA ialah ikan, telur dan ayam.

Zat
Besi
Zat besi sangat penting untuk memudahkan pembentukan hemoglobin dalam sel darah merah
dan mencegah anemia. Ketahuilah bahawa otak kanak-kanak sensitif terhadap paras zat besi
yang rendah. Kekurangan zat besi yang berlaku di kalangan kanak-kanak boleh merencatkan
keupayaan pembelajaran mereka. Pada masa yang sama, kekurangan tersebut turut menyebabkan
mereka hilang tumpuan, wujud simptom Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD),
pucat dan lesu. Penyelidik mendapati zat besi membantu meningkatkan aktiviti neurotransmiter
di dalam otak. Sumber makanan yang kaya zat besi ialah seperti daging merah, hati, limpa, ikan
bilis, tauhu dan tempe.
Zink
Zink penting untuk fungsi otak yang betul dan kekurangan zat besi dikaitkan dengan kelemahan
kognitif. Kekurangan zink akan menyebabkan tumbesaran kanak-kanak terbantut, penurunan
fungsi imuniti dan kurang selera makan. Daging dan makanan laut adalah sumber terbaik zink.
Kekacang, germa gandum, bijirin penuh, makanan laut dan daging mempunyai kandungan zink
yang tinggi.
Asid
Folik
Asid folik yang juga dikenali sebagai folate merupakan mineral yang diperlukan untuk
pertumbuhan sempurna bagi seseorang kanak-kanak. Asid ini penting bagi pembinaan DNA
dalam setiap sel. DNA berperanan sebagai penyimpan maklumat bagi sel tersebut. Kanak-kanak
yang kekurangan asid folik akan letih, lesu, kurang tumpuan, cepat marah dan pelupa. Sayursayuran hijau adalah sumber asid folik yang terbaik.
Makanan yang perlu dielakkan :
1.
Makanan
Bergaram
Makanan yang mengandungi terlalu banyak garam bukan sahaja menjadi pemangkin kepada
masalah tekanan darah tinggi dan arteriosclerosis tetapi juga boleh merosakkan arteri. Keadaan
ini seterusnya memberi kesan kepada bekalan darah ke tisu otak yang akan menyebabkan sel-sel
otak mengalami ischaemia dan hypoxia yang menyebabkan hilang memori dan otak terencat.
Keperluan garam bagi tubuh ialah 7 gram untuk orang dewasa dan kurang daripada 4 gram
sehari bagi kanak-kanak. Oleh itu, ibu bapa dinasihatkan agar kurangkan memberi anak makanan
yang banyak garam seperti jeruk dan makanan ringan.
2.
Makanan
Yang
Mengandungi
MSG
Kajian perubatan menunjukkan bahawa ibu hamil yang selalu makan makanan yang
mengandungi MSG atau monosodium glutamate pada peringkat akhir kehamilan boleh
menyebabkan kekurangan zink pada bayi yang dikandunginya. Kekurangan zink boleh
menyebabkan gangguan otak, pertumbuhan terencat, disleksia serta daya tahan penyakit terjejas.
Tanda seseorang kanak-kanak itu kekurangan zink dapat dilihat apabila mereka tiada selera,
hilang deria rasa dan susah sembuh. Oleh yang demikian, World Health Organization
menggalakkan agar wanita hamil dan kanak-kanak tidak diberi makanan yang mengandungi
MSG.

3.
Plumbum
Kandungan plumbum yang tinggi dalam tubuh sangat membahayakan. Plumbum boleh
mengganggu fungsi otak manusia. Kanak -kanak yang terlibat dengan masalah ini boleh menjadi
hiperaktif dan mendapat sawan. Umumnya, plumbum yang terdapat di persekitaran boleh
diperoleh daripada tanah yang tercemar, serpihan-serpihan cat, debu yang mengandungi
plumbum, air yang dimasak atau disimpan di dalam bekas yang mengandungi plumbum, buahbuahan terutama yang berasid yang diletakkan dalam bekas berplumbum dan pensel warna serta
warna air (apabila dimasukkan ke dalam mulut).
Dari segi biologi, plumbum sebenarnya tidak mempunyai apa-apa nilai dalam tubuh walaupun di
dalam kepekatan yang paling kecil. Oleh itu kepekatan yang paling sesuai bagi kandungan
plumbum dalam darah ialah sifar. Kanak-kanak lebih terdedah kepada bahaya dan keracunan
plumbum kerana plumbum mudah diserap oleh tubuh yang sedang berkembang.
Pengumpulannya di dalam badan yang sedang membesar akan mengganggu pertumbuhan
semula jadi sel-sel di dalam tubuh.
Kanak-kanak mudah terdedah kepada kandungan plumbum tinggi terutama bagi yang gemar
memasukkan apa juga barangan ke dalam mulut mereka. Kanak-kanak juga berupaya menyerap
50 peratus plumbum lebih tinggi berbanding orang dewasa. Kadar penyerapan ini meningkat
sekiranya seseorang kanak-kanak itu mengalami kekurangan zat makanan. Kajian perubatan
menunjukkan bahawa plumbum boleh membunuh sel otak dan merosakkan otak.

Anda mungkin juga menyukai