Anda di halaman 1dari 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS IPOH
JURNAL
Bilangan Jurnal

: Ke - 1

Minggu Praktikum

:1

Tarikh Peristiwa / Kejadian

: 31 Mac 2013 HINGGA 4 April 2014

Tajuk Jurnal

: Masalah Komunikasi dan sosial

1. Masalah /Peristiwa:
Pada 31 Mac 2014 saya telah mengalami sedikit masalah untuk komunikasi dan
sosial

dengan pihak sekolah iaitu bagaimana cara untuk menyesuaikan diri

dengan keadaan persekitaran sekolah yang baru. Saya tidak dapat untuk
berinteraksi dengan warga sekolah, menyesuaikan diri dengan bahasa pertuturan
murid pendidikan khas dan kesukaran untuk mendapatkan maklumat yang
diperlukan untuk praktikum daripada pengurusan sekolah.
2.Analisis
Masalah ini timbul kerana sikap malu dan rendah diri yang ada pada diri saya.
Saya malu untuk bertanya kerana jika sebelum ini saya hanya menjalani
Pengalaman Berasaskan Sekolah ( PBS ) tetapi pada kali ini saya bergelar guru
pelatih di sebuah sekolah untuk tempoh satu bulan. Ia sesuatu yang baru bagi
saya. Masalah bahasa komunikasi dan sikap malu menjadi kekangan untuk saya
menguruskan dan menyesuaikan diri di sekolah.
3. Cadangan Tindakan Susulan
a) Saya patut merujuk guru pembimbing untuk mengetahui cara menguruskan
diri dan mengetahui keadaan persekitaran sekolah yang berbeza 100%
daripada persekitaran IPG.
b) Saya harus mendapatkan panduan agar saya dapat melaksanakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna lebih-lebih lagi salah sebuah
kelas yang saya ajar memerlukan tahap pengurusan tingkah laku yang tinggi.
c) Saya perlu belajar cara komunikasi yang berkesan dan berkenaan hubungan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS IPOH
interpersonal dan intrapersonal.
d) Saya harus membuang perasaan negatif dalam diri saya dan mengelakkan
prasangka untuk mengatasi masalah pengurusan diri dan komunikasi.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan


Saya cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu iaitu sehingga 4 April
2014. Pengurusan diri dan komunikasi yang berkesan adalah tungak utama
dalam memastikan keselesaan dan wujudnya hubungan baik dengan warga
sekolah

Disemak oleh Guru Pembimbing


oleh Pensyarah Penyelia
Tandatangan :..............................................
Tandatangan :..............................................
Nama
Nama

:..............................................
:..............................................

Tarikh
Tarikh

:..............................................
:..............................................

Disahkan

Anda mungkin juga menyukai