Anda di halaman 1dari 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS IPOH
JURNAL
Bilangan Jurnal

: Ke- 2

Minggu Praktikum

:2

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 07 MAC 2014 HINGGA 11 MAC 2014


Tajuk Jurnal

: Masalah Pemilihan Aktiviti Pengajaran

1. Masalah /Peristiwa :
Minggu ini, setelah beberapa menjalani sesi pembelajaran dan pembelajaran
Bahasa Melaysia, saya mendapati bahawa terdapat beberapa aktiviti yang saya
jalankan agak membosankan murid-murid kelas CERIA 7. Saya sangat khuatir jika
objektif pembelajaran yang saya hendaki tidak tercapai melalui pengajaran dan
pembelajaran. Saya juga tidak dapat memikirkan aktiviti yang sesuai dengan tahap
pencapaian mereka memandangkan ini pertama kali saya mengajar tahap satu
dengan sistem KSSR.
2. Analisis :
Saya dapati masalah ini timbul adalah kerana kekeliruan saya mengenai tajuk yang
saya pilih dengan aktiviti yang saya laksanakan. Ada di antara murid-murid yang
tidak pernah menjalani aktiviti-aktiviti yang saya laksanakan. Ini mengakibatkan
mereka tidak memahami butir-butir permainan dan aktiviti. Namun begitu, pasangan
praktikum saya telah memberi semangat dan mencadangkan beberapa aktiviti dan
tips untuk menarik perhatian murid-murid semasa di dalam kelas. Saya juga telah
berjumpa dengan guru pembimbing serta guru-guru yang lain untuk meminta
pandangan dan pendapat mengenai cara-cara mengajar dan aktiviti yang sesuai
untuk mengajar Bahasa Melaysia khususnya tatabahasa.
Saya turut berbincang dengan guru pembimbing supaya saya tidak
melakukan kesilapan lagi dalam mengajar di dalam kelas. Beliau banyak membantu
dalam memberi pendapat dan strategi untuk menarik minat murid melibatkan diri
semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Alhamdulillah, strategi yang
diberikan membantu saya semasa mengajar di dalam kelas

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS IPOH
3. Cadangan Tindakan Susulan :
a) berbincang dengan guru pembimbing dan guru-guru Bahasa Melaysia
yang lain mengenai aktiviti yang menarik dan sesuai untuk murid-murid
kelas tersebut
b) membaca daripada pelbagai sumber mengenai ilmu pedagogi untuk
meningkatkan pengetahuan tentang kaedah, teknik dan aktiviti yang
sesuai dijalankan bagi murid-murid
c) mendapatkan bimbingan daripada pensyarah pembimbing mengenai
aktiviti yang menarik yang boleh dijalankan kepada murid-murid.
4. Tempoh Masa Tindakan Susulan :
Masalah ini dapat diselesaikan dalam masa seminggu iaitu sekurang-kurangnya di
waktu Bahasa Melaysia yang seterusnya. Setelah menganalisis masalah ini, saya
berbincang dengan rakan-rakan dan saling bertukar-tukar idea dan pendapat. Pada
pendapat saya, tempoh praktikum ini sepatutnya digunakan untuk membuat kajian
dan eksperimen kepada murid-murid dengan menggunakan pelbagai kaedah, teknik
dan pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Apa yang saya dapati ialah dengan menggunakan aras yang sama dengan
kebolehan murid dan aktiviti serta permainan yang menarik menjadikan pengajaran
dan pembelajaran sesuatu yang menyeronokkan. Murid-murid dapat menimba
pengalaman belajar secara terus dan belajar cara belajar menerusi permainan dan
aktiviti yang menarik. Saya berharap saya dapat meningkatkan pengetahuan dalam
bidang pedagogi suapaya saya dapat menyediakan aktiviti yang menarik dan
bermakna bagi murid-murid.
Disemak oleh Guru Pembimbing :

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia :

Tandatangan :......................................

Tandatangan :......................................

Nama

: ......................................

Nama

:......................................

Tarikh

:....................................

Tarikh

:......................................

Anda mungkin juga menyukai