Anda di halaman 1dari 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

31150 HULU KINTA


PERAK DARUL RIDZUAN
Laman Web: http://www.ipip.edu.my

CERTIFIED TO ISO 9001-2000


CERT. NO : AR4805

Telefon:
Pejabat
Fax

:
:
:

05-5331311, 05-5335640
05-5332891, 05-5333509
05-5332743

1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN


DIUTAMAKAN

En Mohd Taufik B. Ahmad,


31150 Hulu Kinta ,
Perak Darul Ridzuan

Muhammad Faiz Bin Mohd Sarwani,


Unit K3
31150 Hulu Kinta,
Perak Darul Ridzuan
Tuan,
MEMOHON MAAF ATAS KELEWATAN MENGHANTAR KERJA
KURSUS.
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.
Saya Muhammad Faiz Bin Mohd Sarwani memohon seribu
kemaafan atas kelewatan saya dalam menghantar kerja kursus
LITERASI BAHASA MELAYU
(WAJ 3104).
3.
Untuk pengetahuan pihak tuan, saya mengalami beberapa
masalah yang tidak dapat dielakkan. Pertamanya saya sebenarnya
sudah menyelesaikan tugasan ini pada hari khamis bersamaan 20
September. dimana kami dikehendaki menghantar tugasan pada hari

Jumaat bersamaan 21 September. Pada hari Jumaat tersebut , saya


bertolak ke Kuala Lumpur bagi mengikuti kursus kepimpinan JPP.
Sebelum bertolak saya sudah meminta tolong pada sahabat saya
untuk menyerahkan tugasan saya bersama-sama tugasan mereka. Jadi
saya merasakan mereka sudah menghantar tugasan saya bersamasama tugasan mereka yang lain.
4.
Tetapi apa kan daya, semua yang dirancang tidak sepatutnya
berlaku. Ketika saya mengemas bilik saya menjumpai kotak tugasan
ini. Saya menyangka tugasan saya sudah dihantar pada minggu lepas.
Rupa-rupanya tugasan ini masih ada pada tangan saya yang saya
letakkan di dalam laci almari di bilik.
5.
Saya berharap agar En. Taufik dapat memahami keadaan dan
masalah saya ini. Saya juga berharap agar pihak Tuan dapat
memberikan pertimbangan yang sewajarnya dan memaafkan
kesilapan yang saya lakukan ini. Saya berjanji tidak akan mengulangi
kesilapan saya yang mengambil mudah dalam menyelesaikan kerja ini.
Segala kemaafan dan pertimbangan pihak Tuan saya dahulukan
dengan jutaan terima kasih dan keampunan.
Sekian. Terima Kasih.

Yang Benar,

.................................................
(MUHAMMAD FAIZ BIN MOHD SARWANI)
Unit K3 Pismp

Anda mungkin juga menyukai