Anda di halaman 1dari 11

PENGENALAN

Sebelum membicarakan konsep ilmu perlu diketahui bahawa istilah ilmu dan
pengetahuan mempunyai makna yang berbeza. Dr. Mohamad Hatta menjelaskan perbezaannya
bahawa pengetahuan yang didapati daripada pengalaman disebut pengetahuan pengalaman atau
ringkasnya pengetahuan. Pengetahuan yang didapati dengan jalan keterangan disebut ilmu.
Dalam erti kata lain, pengetahuan merujuk kepada pengalaman yang diperolehi tentang hal-hal
yang biasa dan digunakan untuk kehidupan sehari-harian. Ia juga dinamakan sebagai
pengetahuan biasa. Manakala pengetahuan ilmiah ialah pengetahuan yang mempunyai sistem
dan kaedah tertentu. Ia juga disebut ilmu pengetahuan atau sains.
Menurut Confucius, ilmu ialah Apabila kamu mengetahui sesuatu, meyakinkan yang
kamu sudah tahu, dan apabila kamu tidak mengetahui sesuatu, menunjukkan yang kamu tidak
tahu, (membawa kepada kebenaran dan keyakinan).1

Mengikut perspektif Islam, Franz

Rosenthal dalam karyanya Keagungan Ilmu mentakrifkan ilmu sebagai proses mengetahui,
proses memperoleh, mencari penjelasan, konsep, kepercayaan, ingatan, gerak-geri berkaitan
dengan pembuatan dan hasil intuisi (kesedaran yang disebabkan oleh gerak hati dan bukan
dengan berfikir).2 Beliau membahagikan ilmu kepada beberapa kategori seperti ilmu sebagai
ilmu, ilmu sebagai pendidikan, ilmu sebagai falsafah dan ilmu sebagai cahaya. Sementara itu,
Fadzlullah Haji Shuib dalam karya berjudul Kecemerlangan Ilmu dalam Sejarah dan Tamadun
Islam, menyatakan tentang dua jenis ilmu. Pertama, ilmu yang dianugerahkan oleh Allah untuk
memenuhi kehidupan jiwa, akal dan roh. Ilmu ini juga dikenali sebagai ilmu naqli. Ilmu yang
1Mahayudin Hj. Yahaya dan Ezad Azraai Jamsari, Tamadun Islam, Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd., hlm. 158.
2 Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia,
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.,
hlm. 430.
1

kedua ialah ilmu aqliyyah. Ilmu ini diperoleh melalui pengamatan , pengalaman dan penelitian.
Ia juga melibatkan penggunaan akal dan pancaindera. Ilmu pengetahuan ini dianggap sebagai
cahaya yang mempunyai kaitan langsung dengan akidah dan keimanan tanpa keperluan kajian
Islam menuntut umatnya mencari ilmu, kerana dengan ilmu dapat mengukuhkan akidah dn
keimanan seseorang.
Tamadun Islam awal melahirkan ramai ulama' dan ilmuan dalam segenap bidang ilmu
pengetahuan. Ini kerana, agama Islam menyeru ke arah kesepaduan ilmu dengan tidak
membezakan antara ilmu keagamaan dan keduniaan melainkan dalam bentuk peringkatperingkat keutamaan semata-mata. Oleh kerana itu, cabang ilmu duniawi seperti ilmu matematik,
perubatan, astronomi, falsafah, dan sebagainya merupakan ilmu yang wajib dipelajari oleh
sesetengah individu dalam kalangan umat Islam.
Ilmu tersebut dikenali sebagai ilmu fardhu kifayah di mana jika tiada dalam kalangan
umat Islam yang mempelajarinya, maka seluruh umat Islam akan dipertanggungjawabkan oleh
Allah s.w.t. kerana tidak mempelajarinya. Oleh yang demikian, atas semangat menyahut seruan
agama Islam ke arah kepentingan mempelajari ilmu fardhu kifayah, maka para ulama' Islam yang
mempunyai asas dalam ilmu agama turut mendalami cabang ilmu yang lain seperti ilmu Sains,
Astronomi, Matematik dan sebagainya.
Dengan kenyataan ini, dibuktikan bahawa ajaran Islam mengangkat tinggi darjat ilmu
pengetahuan dan tidak mengenal batas-batas waktu, negara, bahasa atau agama. Wahyu pertama
diturunkan kepada Rasulullah adalah perintah membaca dan menulis., iaitu surah al-Alaq (1-6).
Membaca di sini bererti mengenali, memahami dan berusaha untuk meyakiniNYA. Nabi
Muhammad S.A.W sendiri menitikberatkan kepentingan ilmu berdasarkan percakapan dan

perbuatannya.3 Oleh yang demikian, perkembangan ilmu pengetahuan merupakan tonggak


terpenting dalam pembinaan tamadun Islam.
MATEMATIK
Tamadun Islam turut memberikan sumbangan yang besar dalam bidang matematik. Antara
bidang-bidang matematik yang dikembangkan oleh mereka ialah aritmetik, trigonometri dan
aljabar. Dunia Islam telah menyaksikan kemunculan ramai sarjana matematik. Antara mereka
ialah Al-Khawarizmi (780-850M), Abu Shuja Ibn Aslam Ibn Muhammad Ibn Shuja (850-930M),
Al-Kindi (801-870M), Al-Battani (858-929M), Azarkali (1009-87M), Al-Biruni (1017-30M), AlKarkhi (1020M), Ibnu Khaldun (1332M), Thabit Ibnu Qurrah (926-901 M), Umar Khayyam
(1045-1121M), Abu al-Wafa Muhammad Ibn Muhammad al-Buzjani (lahir 940 M), Abu Jaafar
al-Khazin dan al-Kasyi (Ab. Alim Abdul Rahim dan Syed Idrus Syed Mat Zin 1995:169).4
Dalam bidang aritmetik, sistem angka yang dicipta oleh orang-orang Arab masih digunakan
sehingga hari ini. Sistem angka ini dikenali sebagai angka Muslim. Angka-angka ini berasal
daripada angka Hindu. Ini jelas kerana sarjana-sarjana Islam menyebut angka-angka ini sebagai
angka India (al-Hind). Walaupun angka ini berasal dari India, sarjana-sarjana Islam telah
membuat perubahan supaya menjadi sistem angka yang paling praktikal. 5 Sistem angka ini

3 Haji Abdullah Sidek, Islam dan Ilmu Pengetahuan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, 1976, hlm. 137.
4 Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia,
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.,
hlm. 489.
5 Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia,
hlm. 489.
3

selanjutnya berkembang di Eropah. Tokoh yang bertanggungjawab memperkenalkan angka


Islam ke Eropah ialah Gerbet Aurillac.6
Ciptaan Algebra menjadi satu sumbangan bangsa Arab. Mengikut Bammate, Al-Khawarizmi
ialah tokoh yang mempunyai pengaruh yang besar ke atas pemikiran matematik sepanjang
Zaman Pertengahan.7 Kerja-kerja beliau telah diteruskan oleh Thabit Ben Garrah yang telah
memajukan algebra dan orang pertama menyedari aplikasinya ke atas geometri (Bammate,
1981:23). Karya Al-Khawarizmi mengenai sistem nombor telah diterjemahkan ke dalam bahasa
Latin pada tahun 1120 M dengan judul De Numero Indotum.
Sumbangan yang diberikan oleh Al-Khawarizmi dalam bidang aljabar amat besar.
Menurut Al-Khawarizmi, sumbangan beliau adalah untuk tujuan ibadah dan menyelesaikan
masalah-masalah dalam hukum syariah iaitu mengenai faraid, perniagaan dan pembahagian
tanah.8
Masyarakat Islam juga memberikan sumbangan yang besar dalam bidang trigonometri. 9
Malah sarjana-sarjana Islam merupakan tokoh-tokoh yang mempelopori sains trigonometri
seperti aljabar dan geometri analisis. Dalam bidang trigonometri, tokoh-tokoh matematik Islam
memperkembangkan penggunaan sinus-kosinus serta trigonometri sfera secara meluas.

6 Ibid.
7 Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia,
hlm. 489.
8 Ibid.
9 Ibid.
4

Tokoh yang dianggap sebagai pelopor matematik trigonometri ialah Al-Battani. 10 AlBattani (850-929M) telah memperkenalkan teorem tangen, kotangen, sin dan sinus. Beliau juga
telah menghitung jadual sinus, tangen dan kotangen dari 0 hingga 90 dengan ketepatan yang
baik. Beliau bertanggungjawab memperkenalkan konsep moden dan perlambangan fungsi dan
identiti trigonometri. Al-Battani juga telah menghasilkan sifir kotangen yang pertama.
Selain Al-Battani, muncul tokoh-tokoh matematik Muslim seperti Abu al-Wafa
Muhammad Ibn Muhammad al-Buzjani. Beliau ialah tokoh matematik terulung pada abad ke-10
M. Beliau telah menulis buku yang berjudul Kitab fi ma yah taj ilyah al-kuttab wal-ummal min
ilm al-hisab. Beliau meluaskan tangen dengan membuat sebuah sifir bagi setiap 15 sudut. Selain
itu, Abu al-Wafa juga merupakan tokoh pertama memperkenalkan fungsi sekan dan kosinus.
Seorang lagi tokoh matematik yang terkenal ialah Abu Shuja ibn Aslam ibn Muhammad
ibn Shuja (850-930 M). Sarjana Eropah Levey menganggap Abu Shuja sebagai ahli matematik
yang kedua penting selepas Al-Khawarizmi.11 Karyanya berjudul Kitab al-taraif fil hisab. Buku
ini membincangkan tentang aljabar dan penyelesaian integer persamaan bentuk tak menentu.
ASTRONOMI
Tamadun Islam yang awal turut memberi sumbangan dalam bidang astronomi ke arah
perkembangan ilmu pengetahuan. Di kalangan pemerintah Islam, khususnya pada Zaman
Abbasiyah, kedudukan yang tinggi telah diberikan kepada ahli astronomi. 12 Misalnya, AlMansur, khalifah Abbasiyah kedua telah menjadikan Nawbakht, seorang ahli astronomi

10 Ibid.
11 Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia,
hlm. 489.
12 Ibid.
5

berbangsa Parsi sebagai teman karibnya. Beliau juga meminta Abu Yahya al-Batriq
menterjemahkan tulisan-tulisan Ptolemy ke dalam bahasa Arab.
Abu al-Wafa al-Buzajani ialah tokoh pertama yang membuat penemuan tentang sifat-sifat
pergerakan bulan.13 Pada zaman Umaiyyah, al-Mamun telah membina sebuah pusat pemerhatian
astronomi di Gunung Qaysun dekat Damsyik dan satu lagi di Shammasiyyah di Baghdad. Di
antara ahli-ahli astronomi Islam yang terkenal pada peringkat awal ialah al-Khawarizmi. Beliau
ialah tokoh yang pertama menyediakan takwim yang bertajuk Zij al-Sindhind. Al-khawarizmi
juga menulis tentang alat astrolab Yunani. Alat astronomi ini mengalami pengubahsuaian pada
zaman Abul al-Abbas al-Farghani. Beliau juga merupakan ahli astronomi yang aktif pada abad
ke-9 M di Baghdad. Beliau menulis sebuah karya yang mengandungi ulasan tentang astrolab
dan takwim Zij al-Sindhind.
Muhamad bin Musa telah mencipta astrolabe (jam matahari). Beliau mencipta sebuah alat yang
dapat mengukur bulatan dunia. Pada abad ke-12 Masihi, Abu Solet telah mencipta sebuah alat
yang dapat menimbulkan semua kapal yang sudah tenggelam.14 Al-Biruni pula telah meneliti
garis-garis bujur beberapa kota berdasarkan gerhana-gerhana ecliptics dan jarak antara dua kota
yang diketahui garis bujur dan garis lintangnya masing-masing. Beliau juga dibuktikan bahawa
telah menciptakan metoda artfisial untuk menentukan terjadinya gerhana di mana-mana. AlBiruni juga menulis buku-buku mengenai astronomi dan komet.15

13 Ibid.
14 Mahayudin Haji Yahaya, 2001, Tamadun Islam, Terbitan Fajar Bakti, hlm. 379.
15 Abdel Halim Montaset (Penyunting), Sumbangan Tamadun Islam Kepada Ilmu
dan Kebudayaan: Ilmu Pengetahuan Alam, hlm. 200.
6

Ahli-ahli astronomi Islam mempunyai pandangan yang berbeza dengan astronomi Ptolemy.
Umpamanya ahli-ahli astronomi Islam di Sepanyol tidak bersetuju dengan teori gerhana yang
dikemukakan oleh Ptolemy. Sementara itu, Nasir al-Din al-Tusi mengkritik sistem Ptolemy
dalam bukunya Memorial of-Astronomy. Beliau mengemukakan model baru dengan meletakkan
bumi di pusat sfera kitaran planet.
Sementara itu, ahli-ahli astronomi Islam juga mencipta beberapa peralatan astronomi. 16
Salah satu daripadanya ialah astrolab. Terdapat tiga jenis astrolab

iaitu jenis satah, jenis

memanjang, dan jenis sfera. Selain itu, terdapat juga sejenis alat astronomi yang dikenali sebagai
torquetum yang digunakan untuk mengukur jarak dan sudut. Alat ini dicipta oleh Jasbir bin
Aflah. Sementara itu, Muhammad ibn al-Urdi telah mencipta Glob Samawi sbelum abad keempat
belas masihi.
Daripada huraian-huraian di atas, jelas ternyata tokoh-tokoh astronomi Islam telah memberikan
sumbangan amat besar dalam bidang astronomi.17 Malah, ilmu astronomi Islam turut tersebar ke
benua Eropah pada Zaman Pertengahan.
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN
Pengajian falsafah skolastik Islam, bermula dengan peringkat mutakallimin (700-900 M) dan
diikuti oleh peringkat falsafah Islam (850-1200 M). Kepentingan membaca dan menulis memang
terasa benar oleh masyarakat Islam kerana ia ditekankan dalam al-Quran di mana dinyatakan
bahawa membaca adalah sebagai alat utama untuk memperoleh ilmu pengetahuan, mempertajam
buah fikiran dan meluaskan pemandangan. Pada tahun 749 Masihi, kilang kertas yang pertama
16 Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia, hlm. 480.

17 Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia,


hlm. 480.
7

didirikan di kota Baghdad yang menunjukkan bahawa kesusasteraan dalam kalangan masyarakat
Islam telah mengalami perkembangan.18 Khalifah Ma misalnya, telah mendirikan satu taman
bacaan umum Baitul Hikmah dengan mendatangkan kitab ilmu Yunani, Suryani, Parsi, Hindi,
Qibti (Mesir Kuno) dan lain-lain. Ketika inilah Baghdad menjadi pusat pendidikan ilmu
pengetahuan dan kesenian. Ini kerana Baghdad adalah sumber pengetahuan untuk Timur dan
Barat. Dalam gedung Baitul Hikmah itu disediakan tempat yang khusus untuk menterjemahkan,
menyalin, belajar mengarang dan membaca.19
Sarjana Barat Sedillot misalnya, telah menyatakan bahawa Sekolah Baghdad pada permulaannya
memiliki keistimewaan yang tersendiri kerana mempunyai semangat ilmiah yang bersungguhsungguh dan menguasai segala-galanya.20 Istilah Arab seperti Sukkar (sugar), Kimia (alchemy),
Arsyek (cheque) dan banyak lagi telah dipinjam oleh bahasa Eropah. Sepanjang ingatan saja
cerita-cerita di Hikayat seribu satu malam dari zaman Harus Rashid, Alf Lilah Wa Lailah, karya
Mubassi Ibn Fatik yang diterbitkan sebanyak 300 kali dalam pelbagai bahasa Eropah dengan
judul Arabian Nights. Ketika inilah falsafah Islam mulai mengalami perkembangan dan memberi
sumbangan dengan menghasilkan ahli falsafah Islam yang masyur.21
Dunia Islam telah melahirkan ramai ahli falsafah terkenal dalam bidang astronomi, matematik,
fizik, kimia, perubatan dan sains am. Antara mereka termasuklah Al-Kindi, Al-Farabi, Ibnu Sina,
18 Marzuq, Muh Abd. Al-Aziz, Islamic art : Its History and Features, Baghdad, 1965,
hlm. 144.
19 Marzuq, Muh Abd. Al-Aziz, Islamic art : Its History and Features, hlm. 144.

20 Ismail Saad, (Penyelaras), Pengenalan Tamadun Islam Dalam Ilmu Perubatan,


(Kuala Lumpur : DBP), hlm. 58.
21 Haji Abdullah Sidik, Islam dan Ilmu Pengetahuan, hlm. 149.
8

Al-Ghazali dan lain-lain. Nama sebenar Al-Kindi ialah Abu-Yusuf Ya-qub ibn-Ishaq. Beliau ialah
antara orang yang pertama mendapat gelaran fuilosuf dalam Islam. Antara hasil karya beliau
ialah Kitab Falsafah Ula, Madkhalul Manthiq, Al-Manazhirul Falaqiyah, Al-Ghidza Wad Dawa
Al-Mukhlik, An Nafsu Jauharun Basithun, Ilmu Akhlak dan beberapa kitab lain. Peranan beliau
yang terpenting ialah sebagai penghurai karya-karya falsafah klasik Yunani yang diterjemahkan.
Beliau juga perintis teori muzik.
Nama sebenar Al-Farabi ialah Muhammad ibn Muhammad ibn Tarkhan Abu-Nasr alFarabi. Al-Farabi memberikan sumbangan penting kepada ilmu pengetahuan melalui bukunya
Ihsa al-Ullum atau Katalogus Ilmu Pengetahuan. Beliau berkemampuan menguasai pelbagai
bahasa. Kemampuan Al-Farabi tidak sekadar itu, malah beliau juga memiliki ilmu pengetahuan
yang terdalam dalam bidang perubatan, sains, matematik dan sejarah. Namun, keterampilannya,
sebagai seorang ilmuan terulung lebih dalam bidang falsafah. Bahkan kehebatannya dalam
bidang ini mengatasi ahli falsafah Islam yang lain seperti Al-khindi dan Ibnu Rusyd.
Selain daripada itu, tokoh falsafah yang lain ialah Ibnu Sina. Beliau dilahirkan di
Bukhara dan menghabiskan sebahagian besar hidupnya di Parsi. Tokoh ini percaya bahawa alam
ini kurniaan Tuhan dalam bentuk jiwa, minda dan tubuh. Ibnu Sina juga percaya bahawa jiwa
manusia adalah abadi. Ibnu Sina telah menghasilkan buku Al-Qanun fifth-Thibb atau Buku
Pedoman Kedoktoran yang kemudian telah digunakan secara meluas oleh kalangan doktordoktor di Negara-negara Islam dan Eropah. Pada abad ke-16 M, buku ini telah mempunyai
pengaruh yang besar ke atas golongan doktor. Ia juga telah digunakan pada abad ke-19 M
khususnya untuk mengkaji tentang penyakit saraf. Ia juga mengajar tentang kaedah pembedahan
dan dinyatakan perlunya penirmalaan dengan cara pembersihan luka.
SENI MUZIK

Pada abad ke-12, didapati karya-karya penting yang dihasilkan oleh orang Islam tentang
muzik telah diterjemahkan ke bahasa Latin.22 Terjemahan ini dilakukan di Toledo. Ahli muzik
Eropah, Franco of Cobogne (tahun 1190) telah mengikut jejak langkah al-Kindi dalam bidang
seni muzik. Setelah itu, muncul pula John of Garland dengan karyanya berjudul Ochetus yang
mengkaji tentang nada suara yang diambil daripada kaedah nada suara muzik Arab.
PERUBATAN
Tamadun Islam, memberi kedudukan yang tinggi kepada ilmu dan amalan perubatan. Dari segi
kandungan perubatan Islam, ia terbahagi kepada dua. Pertama teori dan kedua amalan. Teori
terbahagi kepada lima bahagian dan salah satunya mengkaji anggota tubuh badan yang dikenali
sebagai fisiologi. Amalan pula terbahagi kepada tujuh bahagian iaitu penyembuhan, sains
pergigian, obstetrik, ginekologi, sains mata, penyakit kanak-kanak dan psikiatri.
Apabila melihat pada bidang perubatan, tokoh terkenal ialah Ibn Sina. Ibn Sina dilahirkan
pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 Masihi.

Tulisan beliau Al-Qanun fial Tibb

merupakan tulisan perubatan yang teragung. Ia menjadi buku rujukan ilmu perubatan yang
mutlak selama beberapa abad dan tidak ada bandingan sehinggalah abad 19 M. Selama 700
tahun buku itu merupakan satu-satunya buku perubatan yang menjadi piawaian kepada orang
lain.
Selain itu, tokoh yang terkenal pada bidang ini ialah Al-Razi. Al-Razi menulis lebih
daripada 200 buah buku teks tentang perubatan dan falsafah. Beliau sentiasa mengikuti
perkembangan pemikiran semasa, lebih-lebih lagi di dalam bidang klinik kedoktoran. Beliau
merupakan orang pertama membezakan penyakit colitis, memulas perut, cacar dan campak.
Beliau telah menulis sebuah risalah yang terbahagi kepada 14 bahagian dan dianggap sebagai
22 Wan Abdul Rahman Latif, Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001, hlm. 74.
10

tinggalan terbaik di dalam ilmu kedoktoran Islam.23 Di dalam risalahnya itu beliau telah
menjelaskan mengenai campak dan cacar dan menerangkan hubungan bintik-bintik merah
dengan peningkatan suhu panas. Beliau menambah lagi pemeriksaan harus dilakukan ke atas
hati, denyutan jantung, proses pernafasan dan lain-lain.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, Tamadun Islam yang awal sememangnya telah menyalurkan sumbangan yang
tidak ternilai dalam perkembangan ilmu pengetahuan. Sebagaimana kita mengetahui Tamadun
Islam adalah sebuah tamadun yang wujud berlandaskan kitab suci al-Quran yang diwahyukan
oleh Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W. Nabi Muhammad S.A.W adalah seorang
yang berperanan sebagai utusan Allah S.W.T untuk menjaga keamanan dunia dan kebajikan umat
Islam. Setelah Nabi Muhammad S.A.W menerima wahyu yang pertama, tugas utama baginda
yang lakukan ialah membina masjid yang berperanan sebagai pusat penyebar agama dan tempat
mengajar ilmu kepada para pelajar. Ini adalah asas kepada perkembangan Islam yang seterusnya
telah memberi sumbangan ke arah perkembangan ilmu pengetahuan manusia umumnya.
Keadaan ini menyebabkan mereka telah memberi sumbangan dalam bidang matematik,
perubatan, astronomi, falsafah dan sebagainya.

23 Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Penerbit Universiti Malaya, hlm. 96.
11

Anda mungkin juga menyukai