Anda di halaman 1dari 2

BAB 2 : RINGKASAN ISU YANG DIBINCANGKAN

2.1

Konsep 3 Pillar
Pembangunan Taman Mutiara Sri Gading telah merangkumi 3 aspek utama dalam sesebuah
pembangunan lestari di tapak bina iaitu ekonomi, sosial dan alam sekitar. Dari segi ekonominya,
JCORP sendiri yang bertanggungjawab memajukan kawasan kerajaan negeri Johor ini. Iaitu pada
tahun awal tahun 1980 telah dibina kilang-kilang disekitar kawasan ini seperti Sharp dan
Kamatech. Dengan wujudnya kilang ini di awal penubuhannya telah membuka peluang pekerjaan
kepada penduduk Sri Gading mahupun Batu Pahat. Oleh itu, taraf hidup penduduk setempat
semakin meningkat seiring dengan ekonomi semasa. Setelah Taman Mutiara Sri Gading ini siap,
ia akan menjadi sebuah bandar maju dan membangun dari segi ekonomi dengan wujudnya unitunit komersial. Penduduk setempat boleh membeli keperluan harian, pakaian, dan makanan di
unit komersial ini.
Manakala dari segi alam sekitar pula segala kerja-kerja di tapak bina termaktub di dalam
peraturan EIA (Enviroment Impact Assestment). EIA merupakan satu kajian bagi mengenalpasti,
meramal dan menghuraikan akan kebaikan dan keburukan sesuatu cadangan projek
pembangunan. EIA menuntut keperluan adanya hubungan komunikasi di antara pihak-pihak
terlibat iaitu masyarakat setempat, pemaju dan pihak berkuasa bagi melicinkan keadaan.
Oleh itu, segala kerja yang bertentangan dengan EIA, pihak kontraktor dan Johorland akan
mematuhinya. Setiap bulan akan diadakan satu audit inspection di tapak oleh wakil EIA. Mereka
akan mengambil gambar pada bahagian-bahagian kerja yang melanggar peraturan EIA dan akan
memberikan notis kepada pihak pemaju. Notis ini perlu dibalas dalam masa yang di tetapkan
yang menerangkan sebab-sebab kesalahan dan cara untuk membetulkan kesalahan yang
dilakukan. Selain itu, pada setiap bulan pihak Johorland sendiri akan mengeluarkan satu laporan
mengenai alam sekitar di tapak projek malahan ditambah pula dengan audit oleh pihak EIA,
projek ini sebenarnya sentiasa mengutamakan alam sekitar di dalam pembinaannya.
Selain itu, dari segi sosial pula laluan kereta api laju akan dibina berdekatan Pura Kencana.
Dengan ini ia akan memacu sistem pengangkutan di Taman Mutiara Sri Gading dan mengalakkan
orang ramai masuk ke kawasan ini.

2.2

Pengurusan pembinaan di tapak


Sistem pengurusan yang digunakan di Taman Mutiara Sri Gading adalah sistem hirarki. Sistem
ini meliputi pengelompokan elemen-elemen dalam komponen yang sifatnya homogen

dan

menyusun komponen-komponen ini dalam level hirarki yang tepat. Sistem yang digunakan
adalah kontrak konvensional iaitu contender yang mengikut spesifikasi JKR 203A dan 203B dari
segi kontraknya.
Terdapat seorang SO (supretendent officer) yang paling berkuasa di tapak Taman Mutiara Sri
Gading iaitu Vice President Johorland Berhad, Tuan Haji Razi. Disebabkan beliau yang banyak
mempunyai tugas dan tanggungjawab lain di ibu pejabat Johorland Berhad, seorang SOR
(supretendent officer representative) di lantik di tapak projek iaitu Encik Shaharudin Yunus.
Projek ini termaktub di dalam hirarki bahagian Jabatan Batu Pahat dan Muar, iaitu ketuanya
adalah Puan Zarina Alias. Dibawah beliau terdapat jurutera-jurutera dan salah satu darinya adalah
jurutera di tapak projek ini iaitu Encik Farizan Bin Mohd Fozi. Kemudian, di bawah beliau pula
terdapat 4 orang pembantu teknikal yang menjalankan dan memastikan kelancaran kerja-kerja
pembinaan di tapak mengikut spesifikasi yang di tetapkan.

Anda mungkin juga menyukai