Anda di halaman 1dari 3

Sekolah merupakan agen untuk menyampaikan kebudayaan dan sebahagian

daripada fungsi pengajaran adalah untuk melahirkan nilai-nilai kebudayaan. Ini


bermakna proses sosialisasi murid merupakan satu fungsi yang sah serta positif
untuk dikendalikan oleh pihak sekolah. Guru bukan sekadar penyampai ilmu, malah
perlu juga sebagai agen sosial kerana mereka perlu memupuk sikap, nilai dan
sahsiah murid yang sempurna selaras dengan Aspirasi Sistem Pendidikan yang
berkehendakkan murid mempunyai Identiti Nasional menjelang 2025.

Identiti Nasional adalah identiti yang dapat dilihat kepada rakyat Malaysia yang
berpegang teguh dengan prinsip-prinsip Rukun Negara. Berpegang teguh kepada
prinsip ini adalah perlu untuk kejayaan masa depan Malaysia yang terdiri dari
pelbagai bangsa. Sebagai agen sosial guru perlu menanam dalam diri murid supaya
setiap dari mereka akan berbangga dikenali sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira
etnik, agama dan status sosio ekonomi. Sebagai agen sosial guru juga perlu
menanam semangat patriotik dalam diri setiap murid dengan cara memahami sejarah
negara, dan berkongsi aspirasi yang sama untuk masa depan negara. Demi
mewujudkan identiti nasional yang sebenar, semangat kukuh cintakan tanah air
diperlukan. Identiti nasional akan dapat dicapai bukan hanya melalui belajar
memahami, tetapi juga perlu menerima serta menghayati hakikat kepelbagaian.

Bagi memenuhi nilai-nilai yang dinyatakan di atas guru perlu merancang aktiviti
mengikut kreativiti selaras dengan nilai-nilai yang ingin yang diterapkan. Untuk
melahirkan murid berbangga dikenali sebagai rakyat Malaysia, guru boleh
merancang aktiviti seperti membuat lawatan ke tempat-tempat yang menjadi
kebanggaan Malaysia seperti KLIA. Seterusnya murid diminta membuat banding
beza kemudahan yang terdapat di Malaysia dengan negara lain.

Semangat patriotik seperti cintakan tanah air pula, boleh diterapkan melalui aktiviti
ko-kurikulum seperti aktiviti perkhemahan. Aktiviti yang melibatkan semua murid
tanpa mengambil kira bangsa, agama dan status sosio ekonomi perlu dirancang
dengan teliti. Melalui aktiviti ini, hubungan baik akan terbina seterusnya dapat
bekerjasama dan berkongsi aspirasi yang sama untuk masa depan negara.

Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri dari pelbagai bangsa. Oleh itu pelajar
perlu di ajar belajar memahami, menghayati serta menerima hakikat kepelbagaian
bangsa itu. Di sini guru perlu mendedahkan kepada pelajar tentang budaya bangsabangsa yang terdapat di Malaysia. Ini dapat dilaksanakan secara tidak langsung
melalui pelaksanaan PdP. Apabila terdapat pendedahan yang berterusan, pelajar
akan memahami seterusnya menghayati budaya yang pelbagai. Lama kelamaan

mereka dapat menerima hakikat bahawa mereka berada dalam sebuah negara yang
terdiri dari pelbagai bangsa dan perlu menghormati antara satu sama lain.

Guru perlu sedar bahawa rakyat Malaysia perlu mempunyai perasaan tidak berbelah
bahagi tentang identiti nasional, berpegang teguh dengan prinsip Rukun Negarauntuk
perpaduan dan masa depan Malaysia. Sebagai agen sosialisasi guru perlu
menjadikan pencapaian matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
sebagai sebabagian daripada agenda pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam
atau di luar bilik darjah demi memenuhi tuntutan tersebut

Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Oleh itu, terdapat pelbagai budaya,
pelbagai adat resam, pantang larang dan amalan hidup berbeza-beza. Maka adalah
penting pemupukan perpaduan kaum dijnak-jinakkan di peringkat sekolah lagi. Guru
adalah orang yang penting dalam memainkan peranan tersebut di sekolah. Guru
harus wujudkan interaksi yang baik antara guru dengan murid, murid dengan murid
melalui proses pengajaran dan pembelajaran.
Hujah-hujah lain:

Guru hendaklah mengambil daya usaha untuk menunjukkan kemesraan


Guru hendaklah bersedia melayani murid-murid mengikut kebolehan dan sifat
mereka yang berlainan
Memberikan pendedahan tentang kepelbagaian sosiobudaya kepada muridmurid.
Menggalakkan aktiviti yang melibatkansemua murid-murid.
Mlenghormati dan memahami keadaap sosial murid-murid
Guru hendaklah mengadakan suasana demokratik di dalam kelas

Perincikan kesan kepelbagaian budaya kepada Negara kita.

Rujuk Rubrik Pemarkahan.

Kepelbagaian budaya di Malaysia merujuk kepadamasyarakat yang terdiri daripada


pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan sebagainya. Setiap
kaum mempunyai budaya mereka yang tersendiri dan diamalkan sejak turun
temurun. Selain itu, setiap budaya berbeza dari segi agama, bahasa, kepercayaan
dan sistem nilai. Gabungan semua kaum yang ada di Malaysia ini menghasilkan satu
masyarakat yang majmuk di bawah payung perpaduan bagi membina Negara
bangsa yang harmoni dan sejahtera.
Selain itu, kepelbagaian budaya yang wujud di Malaysia ini ialah merupakan
pemangkin kepada keharrnonian masyarakat yang wujud sekarang ini. Dalam erti
kata lain, semua kaum di Malaysia perlulah berganding bahu dalam mewujudkan
perpaduan tanpa mengira pandangan politik, status ekonomi, sosial dan sebagainya.
Apabila semua jurang ini dirapatkan nescaya Malaysia dapat membina Negara

yangharmoni dan mengelakkan perpecahan seperti perkauman dan sebagainya.


Tambahan lagi, kepelbagaian budaya yang kaya di Malaysia ini sebenarnya
mengandungi potensi yang hebat bagi meningkatkan kreativiti, ciptaan, ilmu,
teknologi, penghasilan ekonomi dan sebagainya jika sumber tenaga kreatif dalam
kalangan generasi muda yang terdiri daripada kaum-kaum yang berbeza yang saling
bekerjasama antara satu sama lain. Kerjasama dan perhubungan antara kaum ini
banyak membantu dalam meningkatkan tahap ekonomi dan sosial di Negara kita.
Hujah-hujah lain

Perpaduan antara kaum, mewujudkan satu kelompok rakyat Malaysia yang aman
dan damai. Dengan adanya perpaduan kaum, semua kaum dapat hidup dalam satu
komuniti tanpa rasa takut.

Konsep Satu Malaysia, perpaduan antara kaum akan menjadi benteng yang kukuh
bagi menghalang pepecahan kaum di Malaysia

Penghayatan prinsip Rukun Negara bertujuan untuk memupuk rasa hormat dan cinta
kepada Negara, membentuk kepercayaan dan sebagainya.

Pendedahan aspek-aspek kewarganegaraan dalam mata pelajaran Pendidikan Moral


contohnya, diharap dapat memupuk sifat kewarganegaraan dalam kalangan pelajar
supaya memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam masyarakat
yang berbilang kaum.

Anda mungkin juga menyukai