Anda di halaman 1dari 11

Mohd Faris Bin Che Mohamad Rahimi

M20161000151
PENGGUNAAN KAEDAH BAGG MENINGKATKAN KUALITI PEMBINAAN
AYAT BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN MURID TAHUN LIMA
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Dalam bab ini pengkaji akan menfokuskan tentang beberapa bahagian subtopik yang
merangkumi latar belakang kajian, pernyataan masalah, objektif dan soalan kajian. Selain itu,
perbincangan dan penelitian dalam bab ini turut melibatkan kerangka konseptual kajian,
batasan kajian dan definisi operasional.
Dalam skop latar belakang kajian, penerangan berkenaan huraian secara umum tentang
kajian yang dijalankan. Oleh hal yang demikian, pemerihalan dalam skop ini adalah pencetus
kepada gagasan dalam pengkajian yang dijalankan. Dalam kajian ini, pengkaji akan
menghuraikan secara umum berkaitan binaan ayat dalam bahasa Melayu .
Pernyataan masalah pula menerangkan tentang isu atau masalah yang hendak dikaji
dalam penyelidikan. Oleh hal yang demikian, pengkaji akan menjelaskan keperluan kajian
yang dijalankan berasaskan hujah dan bukti yang berkaitan. Pernyataan masalah dalam kajian
ini juga akan menerangkan permasalahan yang berlaku dalam proses binaan ayat yang
melibatkan murid-murid tahap dua di sekolah pengkaji.
Selain itu, objektif dan soalan kajian turut dibincangkan bagi menyingkap tentang
persoalan yang ingin dicapai. Di samping objektif kajian yang spesifik, pengkajian akan
melibatkan aspek yang boleh diukur, kebolehcapaian, realistik dan bersesuaian dengan tempoh
kajian dijalankan. Kemudian, skop soalan kajian adalah dibina berasaskan objektif kajian dan
mempunyai perkaitan dengan pernyataan masalah.
Seterusnya dalam bab ini juga akan menfokuskan kerangka konseptual kajian yang
menjelaskan aspek yang berkaitan konsep yang mendasari kajian daripada sumber-sumber
yang berwibawa daripada sarjana, pakar atau penyelidik dalam bidang yang diterapkan.
Kerangka konseptual ini akan dipersembahkan dalam bentuk rajah.
Selanjutnya, pengkajian melibatkan kepentingan kajian yang memperincikan secara jelas
tentang impak kajian dan menjelaskan faedah-faedah yang diperoleh daripada hasil kajian
kepada organisasi, masyarakat, negara, agensi berkaitan dan perkembangan ilmu dalam bidang

Mohd Faris Bin Che Mohamad Rahimi


M20161000151
yang dikaji. Dalam kajian ini, pengkaji akan menfokuskan kepentingan yang akan diperoleh
murid apabila menguasai kemahiran menulis melalui proses pembinaan ayat yang gramatis.
Skop kajian dalam bab ini juga menekankan aspek batasan kajian yang menerangkan
skop dan limitasi kajian. Sebagai contoh dalam bab ini, pengkaji menfokuskan kepada murid
tahun lima dalam proses binaan ayat. Selain daripada itu, bab ini juga akan membincangkan
secara terperinci tentang definisi operasional yang terlibat dalam menjelaskan konsep-konsep
utama dalam konteks kajian.

1.2 Latar Belakang Kajian


Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh semua murid sama ada
di sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Pembelajaran Bahasa Melayu dapat membina
rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran murid. Kurikulum
Bahasa Melayu Sekolah Rendah mempunyai matlamat yang jelas bagi menonjolkan murid
yang berketerampilan dari sudut berbahasa dan mampu berkomunikasi untuk memenuhi
keperluan ilmu, perhubungan sosial dan urusan harian.
Dalam sukatan pengajaran Bahasa Melayu menekankan tiga kemahiran yang perlu
dikuasai oleh murid. Kemahiran tersebut ialah kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran
membaca dan kemahiran menulis. Kemahiran menulis merupakan kemahiran terakhir dalam
proses penguasaan bahasa. Konsep menulis secara khusus dikaitkan dengan proses penyaluran
ilmu, idea atau maklumat secara bersistem yang mengambil kira aspek tujuan menulis,
penggunaan bahasa, audiens dan gaya penulisan supaya dapat menggambarkan keadaan, alam
dan kehidupan secara lebih menyeluruh. Dalam kemahiran menulis, murid perlu menguasai
bidang yang paling penting iaitu tatabahasa.
Tatabahasa ialah peraturan yang membina bentuk-bentuk bahasa merangkumi kata, frasa
dan ayat yang betul bagi sesuatu bahasa tertentu (Awang Sariyan, 2002). Contohnya, bahasa
Melayu mempunyai peraturan-peraturan tersendiri untuk membentuk kata, frasa dan ayat.
Peraturan atau tatabahasa inilah yang menentukan salah betulnya sesuatu bentuk bahasa
yang dilahirkan oleh penutur sesuatu bahasa, baik dalam ucapan mahupun tulisan. Penguasaan
dari aspek tatabahasa dapat membantu meningkatkan keupayaan murid khususnya dalam
proses pembentukan kata hinggalah ke proses pembinaan ayat.

Mohd Faris Bin Che Mohamad Rahimi


M20161000151
Penguasaan aspek tatabahasa dalam kalangan murid juga bergantung pada kebolehan
guru dalam teknik pengajaran di dalam bilik darjah. Pemilihan kaedan dan teknik yang
bersesuaian mampu melonjakkan tahap kefahaman murid dalam bidang tatabahasa. Teknik
pengajaran guru yang berkesan di dalam bilik darjah membolehkan murid memahami dan
mengeksploitasi pengalaman sedia ada dalam bidang tatabahasa melibatkan proses
pembentukan ayat dengan cara yang berkesan dan cekap. Oleh yang demikian, peranan guru
adalah untuk memudahkan pembelajaran murid. Bagi memenuhi peranan tersebut, guru bukan
sekadar menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan kondusif, tetapi guru juga
berperanan dalam mencipta pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu bertindak
dalam menzahirkan suasana pembelajaran yang dapat merangsang minat murid di samping
sentiasa memikirkan tahap kemampuan murid.
Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, guru sering berhadapan
dengan murid yang mempunyai tahap kebolehan yang berbeza. Hal sedemikian memerlukan
kepakaran dan kebolehan guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran yang
bermakna dan berkesan. Oleh hal demikian, guru perlu menentukan pendekatan, memilih
kaedah dan menetapkan teknik-teknik yang bersesuaian dengan perkembangan dan kebolehan
murid. Melalui pemilihan aspek tersebut, selain berpotensi dalam merangsang murid untuk
belajar secara aktif, aspek yang dipilih juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau
idea dan berupaya menarik minat murid serta menghasilkan suatu pembelajaran yang
bermakna.
Guru bertindak dalam menarik minat murid dalam suatu pengajaran, pemilihan aktiviti
hendaklah menarik dan mempunyai potensi yang tinggi bagi membolehkan isi pelajaran dan
konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai
akan menjadikan suatu pembelajaran itu menarik dan akan memberi ruang bagi membolehkan
murid terlibat secara aktif sepanjang berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas tanpa rasa jemu dan bosan. Sebagai contoh, pemilihan media berbentuk grafik mampu
meningkatkan minat murid untuk belajar.
1.3 Penyataan Masalah
Sewaktu saya menyemak buku latihan murid Tahun 5 berdasarkan latihan membina ayat, saya
dapati bahawa mereka tidak dapat membina ayat dengan baik. Ayat salah seorang murid dalam
kelas tersebut seperti berikut Ibu beli sayur. Berdasarkan ayat tersebut, terdapat beberapa
masalah yang dilihat berdasarkan konteks pembinaan ayat.

Ayat tersebut betul dalam


3

Mohd Faris Bin Che Mohamad Rahimi


M20161000151
pembinaan ayat tunggal. Namun, masalah yang dapat dikenal pasti ialah murid menggunakan
perkataan kata akar iaitu "beli". Sedangkan, penggunaan imbuhan "mem-" lebih tepat dan
menunjukkan kata kerja bagi perbuatan ibu iaitu membeli. Selain itu, ayat ini juga terlalu
ringkas jika dibandingkan dengan tahap murid ini. Murid hanya menyatakan secara asas ibu
membeli sayur namun tiada peluasan dalam ayat tersebut. Peluasan yang dimaksudkan ialah
keadaan fizikal "ibu" mahupun jenis "sayur" yang dibeli. Contoh ayat yang boleh dibina
berdasarkan peluasan ayat ialah "Ibu Ahmad sedang membeli sayur kangkung di pasar tani."
Ayat ini tidak mengubah makna dan juga menerangkan keadaan ibu yang membeli sayur
dengan lebih jelas.
Konteks pembinaan ayat ini adalah suatu perkara asas kepada murid dalam membina ayat
mahupun menulis karangan. Bagi murid tahun 5, tahap murid membina ayat sudah mampu
mencapai membina ayat yang gramatis dan menepati hukum DM (diterang dan menerangkan).
Justeru, bagaimana pula dengan murid tahun 5 yang masih tidak dapat mencapai tahap
membina ayat berdasarkan tahap sebenar mereka?
Jika dilihat pada waktu kini, guru-guru di sekolah banyak menggunakan teknik yang
biasa dalam pembinaan ayat seperti penggunaan asas subjek dan predikat. Contohnya, Ali ada
bola.. Jelas ayat tersebut adalah tepat. Namun, bagi peringkat murid tahun 5, ayat tersebut
tidak lagi sesuai untuk mereka memandangkan mereka sudah mampu membina ayat yang lebih
kompleks dan gramatis. Oleh itu, bagi meningkatkan kegramatisan ayat, penekanan terhadap
peluasan subjek dan predikat perlu diajar agar murid dapat menghasilkan ayat yang baik dan
berkualiti. Selain itu, rasional dalam pembinaan ayat yang baik ini bertujuan untuk
meningkatkan penulisan karangan yang baik. Lebih-lebih lagi penulisan karangan adalah
subjek teras dalam peperiksaan UPSR.
Saya menggunakan beberapa pendekatan kepada murid, contohnya dengan membina
ayat berdasarkan gambar dan juga membina ayat dengan mengisi tempat kosong. Namun,
murid masih lagi tidak dapat mengubah cara pembinaan ayat mereka. Mereka juga masih
mengulangi masalah yang sama iaitu tidak dapat membina ayat dengan baik.
Bagaimana pendekatan yang harus saya terapkan bagi menangani masalah murid dalam
membina ayat secara gramatikal? Adakah cara saya selama ini mampu membantu mereka
meningkatkan kemajuan murid dalam kemahiran membina ayat?
Saya berbincang dengan guru berpengalaman di sekolah saya yang telah mengajar lebih
15 tahun berkenaan masalah ini. Menurut beliau, murid-murid ini masih perlu dibimbing
4

Mohd Faris Bin Che Mohamad Rahimi


M20161000151
dalam pembinaan ayat yang baik dan berkualiti. Namun, apakah tindakan dan juga bimbingan
yang perlu diberikan kepada murid-murid tersebut? Saya telah berusaha untuk menggunakan
pelbagai cara dan kaedah dalam pengajaran saya, namun murid masih tidak dapat membina
ayat dengan baik dan mencapai tahap yang sepatutnya. Oleh yang demikian, saya berpendapat
bahawa lemahnya murid dalam membina ayat adalah disebabkan oleh kurangnya
perbendaharaan kata untuk diaplikasikan dalam pembinaan ayat bahasa Melayu.
Selain itu juga, kurangnya membaca dalam kalangan murid juga penyumbang kepada
masalah ini dan menyebabkan perbendaharaan kata kurang ketika membina ayat. Penyelesaian
yang bersifat lebih kreatif dan juga kritis perlu dalam membantu meningkatkan kualiti
pembinaan ayat murid.
Oleh itu, kepekaan guru terhadap masalah ini perlu di ambil serius agar perkara ini dapat
di atasi seterusnya dapat membantu murid dalam meningkatkan kualiti penulisan ayat.
Langkah-langkah yang tepat dan juga konsisten perlu bagi menjadi pemangkin kepada
keberkesanan strategi yang akan dilaksanakan.
1.4 Objektif Kajian
1.4.1 Objektif Umum
1.4.1.1 Murid-murid dapat meningkatkan kemahiran menulis Bahasa Melayu terutama
dalam pembinaan ayat dengan menggunakan kaedah BAGG.
1.4.2 Objektif Khusus
1.4.2.1 Murid dapat meningkatkan kualiti pembinaan ayat dengan menggunakan kaedah
BAGG.
1.4.2.2 Pengkaji dapat mengenal pasti sama ada murid menunjukkan respon positif
terhadap kaedah BAGG dalam proses pembinaan ayat.

1.5 Soalan Kajian


1.5.1 Adakah kaedah BAGG ini dapat meningkatkan kualiti pembinaan ayat murid?
1.5.2 Adakah murid memberi respon positif terhadap penggunaan kaedah BAGG dalam
proses binaan ayat?

Mohd Faris Bin Che Mohamad Rahimi


M20161000151
1.6 Kerangka Konseptual Kajian
Kata

Klausa

Tatabahasa

Frasa

Ayat

Subjek

Predikat

Kaedah
BAGG

Peluasan Subjek

Peluasan Predikat

Pembinaan ayat yang gramatis dalam kalangan murid tahun lima.

Mohd Faris Bin Che Mohamad Rahimi


M20161000151
1.7 Kepentingan Kajian
Kajian ini dapat memberi gambaran awal kepada guru tentang persepsi dan tindak balas murid
terhadap pengajaran Bahasa Melayu yang dijalankan. M,elalui gambaran awal tersebut, guru
dapat membuat persediaan awal sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran.
Guru perlu merefleksikan diri bagi mengenal pasti kelemahan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, membaiki dan menjalankan kaedah yang baharu bagi meningkatkan kefahaman
murid terhadap pengajaran yang dilaksanakan. Melalui penelitian tersebut, pengkaji mencuba
dan melaksanakan tindakan yang dirancang serta ingin menilai tahap keberkesanan
penggunaan gambar terhadap gaya penulisan murid-murid.
Selain daripada itu, kajian ini dapat mengatasi kelemahan murid membina ayat dalam
Bahasa Melayu melalui

kaedah bina ayat guna gambar (BaGG). Penerapan kaedah ini

membantu murid dalam menguasai bagaimana membina ayat subjek dan predikat dalam
Bahasa Melayu yang betul. Pengkaji mengesyorkan penggunaan gambar kepada semua guru
bahasa adalah bertujuan untuk mengatasi masalah penggunaan ayat Bahasa Melayu. Maka
mengaplikasikan bahan rangsangan seperti gambar dapat memberikan impak yang positif
dalam pembinaan ayat Bahasa Melayu.
Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah bagi mata pelajaran yang
diterbitkan pada tahun 2003 menggariskan bahawa kemahiran menulis merupakan keupayaan
murid menulis perkataan dan membina ayat serta dapat mengeluarkan idea melalui pelbagai
jenis penulisan. Hal ini termasuk penulisan berkaitan pengalaman peribadi yang dilalui, bahan
sastera serta bahan berunsur ilmu. Penulisan yang dibuat perlu menggunakan ayat yang
gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul. Dalam bidang penulisan yang mempunyai perkaitan
dengan membina ayat ialah :
i.

menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam penulisan;

ii.

membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan majmuk;

iii.

membina dan menulis ayat tunggal dan majmuk.

Hasil kajian yang ini diharapkan dapat membantu murid-murid serta guru-guru yang
mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu khususnya dalam menguasai kemahiran membina
ayat melalui peluasan subjek dan predikat. Antara kepentingan kajian ini ialah:
i.

Kepentingan kepada murid


a. Mengenal pasti daerah kelemahan murid dalam Bahasa Melayu.
7

Mohd Faris Bin Che Mohamad Rahimi


M20161000151
b. Membantu murid tahun lima menguasai kemahiran membina ayat melalui
peluasan subjek dan predikat.
c. Meningkatkan peratusan markah ujian dan peperiksaan murid khususnya
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan bagi murid tahun lima.
d. Menyediakan kemahiran menulis berbantukan bahan rangsangan
berbentuk gambar kepada murid tahun lima.
ii.

Kepentingan kepada guru


a. Membantu guru-guru mengatasi masalah kelemahan murid dalam
penguasaan kemahiran membina ayat melalui peluasan subjek dan
predikat.
b. Membantu guru-guru mengenal pasti kaedah yang bersesuaian untuk
mengajar kemahiran membina ayat melalui peluasan subjek dan predikat.
c. Membantu guru-guru untuk merancang pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan dan dapat meningkatkan pencapaian murid dalam ujian dan
peperiksaan khususnya dalam kertas Bahasa Melayu Penulisan Bahagian
A.

1.8 Batasan Kajian


Saya dapat mengesan pelbagai masalah yang dihadapi murid dalam pembinaan ayat. Melalui
ayat yang tidak gramatis perkara tersebut akan menyebabkan penulisan karangan yang menjadi
teras dalam peperiksaan UPSR akan merosot. Oleh yang demikian, saya hanya akan memberi
fokus kajian kepada masalah membina ayat dengan peluasan subjek dan predikat. Mereka
masih tidak dapat membina ayat yang baik walaupun diberikan gambar situasi serta perkataan
yang tersedia.
Walaupun banyak kelemahan dan masalah yang dihadapi oleh murid-murid saya dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu tetapi saya telah memfokuskan kajian ini kepada masalah dalam
pembinaan ayat subjek dan predikat. Sebilangan murid tidak tahu membina ayat kerana tidak
faham yang mana satu subjek dan yang mana satu predikat. Ada juga murid-murid yang tidak
mampu untuk melakukan peluasan ayat iaitu ayat tidak dapat dibangunkan dengan penambahan
imbuhan. Keadaan ini berlaku setiap kali pengajaran dan pembelajaran, menyebabkan saya
kerap kali memberhentikan pengajaran saya untuk membantu murid-murid tersebut
menyiapkan latihan mereka.
8

Mohd Faris Bin Che Mohamad Rahimi


M20161000151
Usaha dalam membantu murid membina ayat melalui peluasan subjek dan predikat, saya
yakin murid boleh membina ayat dengan gramatis dan berkualiti seterusnya membantu mereka
dalam menulis karangan. Hal ini seterusnya akan dapat meningkatkan prestasi mereka dalam
ujian yang dijalankan.
1.9 Definisi Pengoperasian
1.9.1 Definisi Kaedah
Kaedah bermaksud satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Menurut
pandangan Abu Saleh (1988) kaedah ialah satu jalan untuk mencapai objektif pengajaran.
Pandangan tersebut menjelaskan bahawa kaedah ialah satu siri tindakan sistematik dengan
tujuan mencapai objektif pelajaran.
1.9.2 Definisi Ayat
Ayat merupakan unsur penting dalam kajian bahasa. Setiap bahasa mempunyai ayat yang
berbagai-bagai bentuk dan bilangan yang tidak terhad. Unsur yang terkandung dalam ayat ialah
klausa dan bilangan klausa dalam sesuatu ayat akan menentukan jenis ayat tersebut, sama ada
ayat tunggal atau ayat majmuk.
1.9.3 Definisi Gambar
Gambar ialah imej atau kesamaan fizikal sebagai perwakilan suasana, orang, haiwan atau
benda yang dicat, diukir atau cara salinan lain. Salinan ini boleh dilihat pada bentuk dan warna
daripada sesuatu yang diwakili.
1.9.4 Definisi Meningkatkan
Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2007: 1694), meningkatkan bermaksud meninggikan
kedudukan (taraf dan lain-lain), membesarkan (pengeluaran dan lain-lain) dan memperhebat.
1.9.5 Definisi Kualiti
Kualiti diertikan sebagai kecemerlangan, keunggulan, ketinggian nilai dan mutu. Dalam
kalangan tokoh-tokoh kualiti pula dirujuk sebagai produk atau perkhidmatan yang ada ciri-ciri
komersil, memenuhi kehendak pelanggan, sesuai untuk kegunaan, berdaya saing, tanpa
kecacatan dan menghampiri kesempurnaan. Secara ringkasnya, kualiti ialah sesuatu yang
dipandang baik.
1.9.6 Definisi Bahasa Melayu
9

Mohd Faris Bin Che Mohamad Rahimi


M20161000151
Bahasa Melayu ialah bahasa yang digunakan sebagai bahasa pengantar bagi sekolah-sekolah
di Malaysia. Bahasa Melayu juga ialah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi bagi negara
Malaysia.

1.10

Kesimpulan

Kerajaan cukup sedar bahawa pendidikan merupakan kaedah paling berkesan untuk
memajukan taraf Bahasa Melayu supaya dapat diterima umum. Usaha pertama dalam bidang
pendidikan dapat dilihat pada Laporan Penyata Razak yang mencadangkan supaya Bahasa
Melayu dijadikan bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan dan diajar di sekolah jenis
kebangsaan. Ekoran daripada itu, Pendidikan Bahasa Melayu amat penting dalam proses
pembelajaran dan pengajaran di sekolah juga dalam bidang pembinaan ayat Bahasa Melayu.
Dalam konteks pembinaan ayat, penggunaan bahasa merupakan satu langkah utama
semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kemahiran bahasa digunakan dalam
teknik penulisan terutamanya ketika murid membina ayat. Kenyataan tersebut jelas dinyatakan
dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah dan Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu Sekolah Menengah. Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5 telah
menetapkan bahawa murid-murid dapat menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan
berunsur pengetahuan dengan menggunakan proses penulisan yang sesuai.
Kita juga melihat Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah sebagai bahan
rujukan terpenting bagi mencapai objektif pengajaran Bahasa Melayu. Berdasarkan bahan
rujukan berkenaan, guru-guru mampu mencapai matlamat yang diingini iaitu membolehkan
kanak-kanak membina ayat dan mengeluarkan buah fikiran untuk mewujudkan proses
pembinaan ayat yang lebih luas lagi. Sekiranya murid-murid tidak mampu menguasai
tatabahasa, kosa kata, makna dan sistem bahasa, maka, murid-murid akan mengalami
kesukaran untuk membina ayat dengan betul yang memerlukan idea kreatif daripada muridmurid itu sendiri.
Apabila kita melihat Akta Pendidikan 1996, skop mata pelajaran Bahasa Melayu
menjurus kepada sekolah rendah dianggap sebagai medium atau wadah untuk merealisasikan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berbunyi:
Pendidikan

di

Malaysia

ialah

suatu

usaha

berterusan

ke

arah

memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk


10

Mohd Faris Bin Che Mohamad Rahimi


M20161000151
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelk, rohani, emosi dan
jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulai, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta membeikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan
di Malaysia. Kandungan yang terdapat dalam FPK secara jelas menyatakan tujuan dan
matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Oleh itu, untuk melahirkan insan yang baik,
seimbang dan bersepadu, peranan guru-guru di sekolah rendah haruslah menetapkan minda dan
pemikiran mereka terutamanya untuk mengatasi masalah dalam kemahiran menulis.
Tuntasnya, guru Bahasa Melayu mempunyai peranan yang besar dalam merancang
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Guru Bahasa Melayu juga merupakan individu
yang menjadi penggerak dan pendorong pengajaran dan pembelajaran, pembimbing murid,
pencetus idea, dan mentor. Sekiranya seseorang guru itu kurang berkemampuan untuk menjadi
seperti yang dinyatakan, kemungkinan besar murid juga gagal untuk menguasai bidang Bahasa
Melayu yang diajarkan. Walhal penguasaan bahasa merupakan elemen terpenting yang perlu
dikuasai oleh murid khususnya dalam kemahiran menulis. Apabila kemahiran menulis tidak
dapat dikuasai oleh murid, impaknya kemahiran murid dalam aspek pembelajaran yang lain
juga akan terbatas.

11

Anda mungkin juga menyukai