Anda di halaman 1dari 25

1.

0 PENGENALAN
Revolusi Perancis merupakan salah satu episod yang paling rumit dalam pergelokan
sejarah Eropah. Revolusi perancis

telah mula

berkuat kuasa apabila terdapat sekurang-

kurangnya enam revolusi digabungkan, dimana masing-masing mempunyai kepimpinan yang


tersendiri yang melibatkan kepelbagaian masyarakat, malah semua provokasi tersebut hanyalah
untuk mempertahankan hak masyarakat di dalam

ekonomi, sosial dan politik. 1 Revolusi adalah

satu fakta yang membawa kepada sebuah perubahan yang dilakukan oleh masyarakat yang
bermula di Perancis dan berakhir dengan kejatuhan Maharaja Napoleon.

Perkataan "Revolusi" membawa makna penggulingan kuasa ke atas pengaruh atasan dan
percubaan masyarakat untuk membangunkan sebuah negara baru dan masyarakat yang lebih
baik. Keadaan ini dapat dilihat dengan peralihan masa yang tertentu dimana ia melibatkan
antara regim yang lama dan regim yang baru dimana matlamat utama yang diberikan perhatian
yang ingin dicapai oleh masyarakat perancis melalui revolusi tersebut ialah hak untuk
mendapatkan kebebasan dan juga kesaksamaan.2 Apabila ditinjau struktur pemerintahan Perancis
sebelum berlakunya era revolusi Perancis, pemerintahan Perancis berada di dalam tampuk
pemerintahan yang lemah dimana berlaku ketidakadilan yang diberikan kepada masyarakat yang
melibatkan golongan atasan dan juga bawahan.

. Masyarakat Perancis diletakkan di dalam beberapa struktur sosial yang dibahagikan mengikut
kekuasaan dan latar belakang dimana golongan elit secara tidak langsung dipelopori oleh
golongan bangsawan kaya yang juga disusuli dengan golongan gereja dan agamawan yang
terdiri daripada biara, pendeta dan rahib manakala selebihnya merupakan masyarakat Perancis
yang terdiri daripada golongan

pedagang,petani, buruh dan sebagainya. Apabila melihat

1 M.E.Barlen M.A, The Foundation of Modern Europe 1789-1871, G.Bell and Sons, LTD, London,
1968, hlmn 48.

2 Herbert H.Rowen, From Absolution to Revolution 1648-1848, The Macmillan Company Collier
Macmillan Limited, London, 1968, hlmn 189.
1

peringkat-peringkat struktur social yang dibentuk jelas menunjukkan terbentuknya jurang


diantara masyarakat dan golongan pemerintah dimana kedaan ini telah menyumbang kepada
ketidaksamarataan yang diberikan kepada masyarakat khususnya sehingga membawa kepada
berlakunya tuntutan daripada masyarakat yang menyebabkan tercetusnya revolusi untuk
mempertahankan hak.

Revolusi perancis yang juga lebih dikenali sebagai Revolusi 1789 dimana ia tercetus
dengan membawa kepada suatu impak yang besar kepada kebangkitan masyarakat Perancis
antara tahun 1787 dan 1799 dimana klimak yang pertama telah dicapai pada tahun 1789.
Revolusi perancis 1789 merupakan satu titik permulaan bagi masyarakat perancis dimana ia
diletakkan sebagai suatu sejarah yang penting di dalam pembentukan kuasa di eropah selain
daripada Revolusi Amerika (1776) dan

Revolusi Inggeris (1688). 3 Revolusi ini secara

langsungnya tercetus selama 6 tahun dimana ia bermula dari tahun 1789 manakala berakhir pada
tahun 1799 yang membawa kepada suatu era perubahan yang baru kepada masyarakat Perancis.
Berikutan dengan itu, Revolusi Perancis dianggap sebagai suatu titik pemisahan sempadan di
antara peraturan lama dan juga peraturan baru dimana ia telah ditandai sebagai suatu jangka
waktu yang menyumbang kepada perubahan masyarakat Eropah yang ingin membebaskan diri
daripada dibelenggu regim kuasa pengaruh atasan di dalam struktur pemerintahan. Revolusi
Perancis juga dikatakan sebagai satu langkah permulaan yang diambil oleh pihak Perancis
dimana ia dikatakan titik permulaan peringkat kemerosotan pengaruh dan kedudukan agama
dalam sistem pemerintahan dan pemikiran.4

3 Qasim Ahmad, Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur, 2003, hlmn 1.

4 Ibid, hlmn 1.
2

ISI ISI PENTING


1.0 POLITIK
BERMULA KEJATUHAN SISTEM PEMERINTAHAN MONARKI

Revolusi Perancis dianggap sebagai pemisah diantara peraturan lama atau yang baru
disebabkan oleh berlakunya kemerosotan sistem pemerintahan monarki. Seperti yang dketahui
revolusi perancis 1789 merupakan satu tempoh peralihan dimana ia melibatkan politik dan sosial
masyarakat di dalam sejarah perancis. Negara monarki yang terkenal di eropah pada masa itu
ialah Perancis,Sepanyol,Sweden,Prusia, empayar Austria,Britain dan juga Rusia misalnya.kuasa
negara-negara ini semuanya berlandaskan kepada prinsip warisan dimana ia kekuasaan tersebut
diwarisi secara turun-temurun.5 Struktur pemerintahan kerajaan Perancis lebih kepada
pemerintahan monarki secara mutlak disusuli dengan sistem feudalisme dimana ia diketahui
lebih tertumpu kepada keistimewaan yang diberikan kepada golongan autokrat dan juga paderi
Katolit. Keadaan ini jelas berubah apabila tercetusnya revolusi struktur pemerintahan lebih
berasaskan prinsip kesedaran terhadap nasionalisme, hak rakyat dan juga kewarganegaraan
masyarakat. Tempoh ini berlaku sewaktu Raja Loius XVI memerintah perancis,pada tahun
1789 ,Revolusi Perancis yang dikuasai oleh demokrat dan pendukung republik berusaha untuk
menjatuhkan monarki absolut di Perancis malah kekuasaan gereja Katolik juga dipaksa untuk
menjalani restrukturasi secara radikal dimana perubahan ini disertai dengan keganasan seperti
penindasan dan pembunuhan yang melibatkan kuasa-kuasa besar di Eropah.

Mengikut sejarah eropah perancis merupakan sebuah negara yang sangat berjaya di dalam
mendukung pemerintahan monarki absolutisme. Apabila ditinjau mengenai pemerintahan
5 Qasim Ahmad, Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur, 2003, hlmn 3.

tersebut ia telah pun muncul sewaktu Richellieu(1624-1643) dan Mazarin6 mengambil alih
kekuasaan perancis ,keadaan ini berlangsung apabila raja louis xii mengambil alih kekuasaan
pada tahun 1610 hingga 1643 dimana parlimen perancis telah dibekukan malah kesempatan ini
diambil oleh raja telah untuk menggunakan kekuasaannya dengan bertindak menjalankan secara
keseluruhan tampuk pemerintahan

tanpa batasan. Pada masa pemerintahan beliau terdapat

beberapa milikan militer yang dikatakan telah berjaya memantapkan struktur pemerintahan
seperti berjaya mencabut kekuasaan para raja vazal yang berkuasa di dalam ekonomi feudalisme.
Pemerintahan ini berjaya diteruskan oleh keturunannya iaitu Raja Louis XVI telah berjaya
mengankat dirinya sebagai cest moi (negara adalah saya) malah beliau tiada batasan di dalam
kekuasaannya di dalam struktur pemerintahan.7 Sewaktu pemerintahan Raja Louis XVI golongan
rakyat ditindas dengan teruk oleh oristokrat dimana mereka ini menggunakan kuasa dengan
memeras ugut rakyat dengan meletakkan cukai tinggi malah hasil tersebut digunakan untuk
kemewahan. Rakyat dikerah untuk bekerja mendapatkan hasil malah dikenakan hukuman yang
keras jika tidak mampu mendapatkan hasil. Pemerintahan absolut monarki membawa raja
menjadi seorang yang hanya menginginkan kemewahan malah kekuasaan beliau tiada batasan
kepada masyarakat.8
Pembinaan Penjara Batille
Pembinaan Penjara Bastille dibangunkan sebagai satu lambang untuk menunjukkan kuasa
absolutisma raja dan golongan aristokrat dan kekuasaan raja dimana mereka akan diseksa selama
berada di dalam penjara tersebut malah kejatuhannya di merupakan suatu isyarat menandakan
kemerosotan kuasa raja dimana ia juga memberi kesan sehingga membawa kepada perpecahan
negara serantau.9 Tambahan lagi, rakyat telah dibelenggu oleh kekejaman kekuasaan raja absolut
dimana mereka terpaksa menanggung kekejaman cukai yang tinggi yang dikenakan oleh rakyat
6 Martyn P.Pollack, Voltaire The Age of Loius XVI, Everymens Library, New York, 1961, hlmn 52.
7 Denis Richards, An Illustred History of Modern Europe 1789-1984, Longman Group UK Limited,
Singapore, 1938, hlmn 9.

8 Albert Soboul, The French Revolution 1787-1799 ( From Storming of the Bastille to Napoleon),
Vintage Books A Division of Random House, New York, 1975, hlmn 79.

tanpa batasan, Pergolakan Revolusi Perancis ini boleh ditandai apabila berlaku penyerangan ke
atas Penjara Bastille oleh masyarakat perancis pada 14 Julai 1789. Jika melihat dari sudut politik,
kemusnahan penjara Bastille merupakan suatu peristiwa yang penting buat masyarakat perancis
dimana ia dibangunkan adalah semata-mata untuk dijadikan tempat para banduan dipenjaarakan
tanpa pengadilan. Bangunan ini merupakan lambang order lama bagi kekuasaan raja-raja
perancis. Apabila berlakunyn kejatuhan penjara Bastille ini, maka disini bermulanya kejatuhan
pemerintahan lama dan

kemusnahan ini memperlihatkan kelemahan rejim lama di dalam

mengukuhkan kekuasaannya. Meskipun berlaku penyerangan ke atas penjara Bastille tersebut


dimana ia telah dilakukan dengan pemberontakan rakyat namun jika tidak diselangi dengan
kuasa para prajurit atau pejuang ,Revolusi Perancis tidak menjadi mudah untuk dilakukan.10
Kelemahan kewibawaan Raja Loius XVI
Selain itu,kelemahan kewibawaan Raja Loius XVI telah menyebabkan beliau mengambil jalan
mudah untuk menegakkan kembali Estates-General yang telah dibekukan sewaktu pemerintahan
loius xiii yang dibantu oleh dua orang menteri iaitu Turgot dan Necker. Estates-General tersebut
dibangunkan pada 15 Mei 1789 adalah untuk persidangan dewan rakyat malah kesempatan ini
untuk dibantu dirinya untuk menyelesaikan masalah kewangan negara akibat daripada
kebankrapan yang berlaku.11 Persidangan tersebut memberi impak yang besar kepada golongan
estet ketiga dimana ia mampu mengubah struktur corak pemerintahan namun apabila

21

September 1788, parlimen Paris telah menetapkan bahawa perikatan di antara estet perlu
dikekalkan seperti biasa dimana ia bermula dari tahun 1614 dan ini telah menyebabkan perikatan
di antara golongan bangsawan dan borjuis itu berkecai.12

9 M.E.Barlen M.A, The Foundation of Modern Europe 1789-1871, G.Bell and Sons, LTD, London,
1968, hlmn 60.
10 Qasim Ahmad, Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur, 2003, hlmn 15.

11 Paul A.Gagnon, France Since 1789, Harper & Row Publishers, New York, Evanston and London,
1964, hlmn 2.

Walaupun begitu, persidangan tersebut tidak mendapat persetujuan malah menghadapi


kegagalan disebabkan oleh berlaku perbezaan pendapat diantara anggota-anggota yang terlibat
seperti golongan borjuis misalnya yang menginginkan keadilan untuk memperjuangkn hak
masyarakat di dalam pemerintah. Akibat daripada kegagalan tersebut, rakyat mengambil
keputusan untuk memberontak dengan diketuai oleh Mirabeau dan Sieyes dimana mereka secara
beramai-ramai mengadakan mogokan untuk membantah tradisi undian yang menggunakan blok.
Mereka ingin menggubal perlembagaan untuk negara Perancis. Sumpah Padang Tenis
Sumpah Padang Tenis
Sumpah Padang Tenis merupakan permulaan pemberontakan rakyat dan secara tidak
langsung dewan rakyat telah ditukar ke Perhimpunan Kebangsaan 1789. 13 Persidangan telah
dilakukan 17 jun 1789 sebagai satu langkah untuk mengukuhkan struktur politik Perancis
dimana ia juga memberi kesempatan kepada golongan lain untuk mengambil bahagian akhirnya
dengan bergabungnya golongan ini dewan tersebut telah ditukarkan kepada Assemble Nationale
Consstituante(Dewan Kontitusi Nasional).14 Pembentukan Dewan Kontitusi Nasional adalah satu
bentuk awal yang melibatkan Parlimen dimana kesempatan tersebut diambil untuk
mengembalikan semula kuasa yang diambil oleh raja.

PERATURAN BARU
Pembentukan Dewan Nasional
Dewan Kontitusi Nasional dianggap sebagai satu usaha yang dibangunkan oleh
masyarakat untuk mengambil kembali kekuasaan namun ia

dibantah oleh raja sehingga

12 Albert Soboul, The French Revolution 1787-1799 ( From Storming of the Bastille to Napoleon),
Vintage Books A Division of Random House, New York, 1975, hlmn 120.
13 Carlton J.H Hayes, Eropah Moden Hingga 1870, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1971,
hlmn 574.

14 Paul A.Gagnon, France Since 1789, Harper & Row Publishers, New York, Evanston and London,
1964, hlmn 3.

membawa kepada pergelutan untuk

membubarkan

dewan tersebut. Pembubaran tersebut

disebabkan Raja Loius XVI mengganggp bahawa pengisytiharaan pembentukan dewan


kebangsaan oleh estet ketiga sebagai suatu yang tidak sah di sisi undang-undang. Raja Loius
XVI meminta untuk mengadakan persidangan bagi ketiga-tiga estet untuk menubuhkan satu
bentuk sistem monarki berpelembagaan namun ia semata-mata untuk mengekalkan status estet di
perancis namun tidak mendapat sambutan seperti yag diharapkan. 15 Berikutan itu, beliau terpaksa
akur dengan mengambil keputusan untuk menjadikan dewan rakyat tersebut sebagai
perhimpunan perwakilan kebangsaan dimana pemimpin-pemimpin bekerjasama kearah
pembentukan sistem demokrasi masyarakat.16
Pemerintahan Raja Berpelembagaan
Kejatuhan pemerintah monarki secara tidak langsung telah digantikan dengan
pemerintahan beraja berpelembagaan pada tahun 1791. Namun, kejayaan ini tidak dikecap
dengan jangka masa yang panjang kerana di dalam usaha merealisasikan usaha-usaha
kebangsaan yang dilakukan oleh golongan revolusi, munculnya penentengan daripada kaum
radikal dimana mereka menganggap bahawa revolusi dijalankan secara tidak menyeluruh. 17
Dalam keadaan demikian , wujudnya kesatuan yang dipelopori oleh pemimpin radikal golongan
pertengahan untuk petani bandar dimana mereka ini dibantu oleh parti politik yang dikenali
sebagai Jacobin. Walaupun begitu, kelemahan pemimpin menyumbang kepada pemberontakan
tetapi keadaan tersebut berjaya dipatahkan oleh kaum Jacobin dimana mereka membantah
golongan yang menentang pemerintahan secara berpelembagaan tersebut. Akhirnya pada tahun
1792, Perancis telah dijadikan sebagai sebuah kerajaan Republik dimana ia bermula pada 22 Sep
1792 sebagai tahun pertama pemerintahan Republik.18 Walaupun begitu, pergelutan demi
pergelutan akhirnya membawa kepada kejayaan masyarakat dimana Dewan Nasional tersebut
15 Qasim Ahmad, Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur, 2003, hlmn 14-15.

16 Carlton J.H Hayes, Eropah Moden Hingga 1870, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1971,
hlmn 575.
17 Ibid, hlmn 592

mengisytiharkan bahawa ia sistem feudal telah dimansuhkan secara keseluruhannya dan ini
menjadi suatu kebanggaan kepada masyarakat perancis dimana sekaligus berjaya meruntuhkan
tembok pertahanan raja seperti penjara Bastille dan keruntuhan pemerintahan absolut monarki.19

Penyerangan masyarakat perancis ke atas penjara Bastile sebenarnya merupakan tindak balas
masyarakat untuk memerangi tindakan raja yang mengecap kemewahan dengan mempergunakan
masyarakat untuk mengaut keuntungan.Deklorasi Hak-Hak Manusia dan Warganegara20
merupakan satu simbol mercu kepada masyarakat untuk menjalankan pemberontakan pada 26
ogos 1789 dimana ia telah berjaya membahagikan seluruh Eropah secara meluas bersertakan
prinsip-prinsip yang dibangunkan.21 Deklorasi tersebut dibangunkan dimana ia lebih memihak
kepada masyarakat perancis untuk memiliki hak keamanan ,kemerdekaan,perlindungan daripada
sebarang penindasan dan lain-lain lagi.22 Kebebasan, persamaan dan persaudaraan merupakan
slogan yang dibangunkan berikutan dengan pencetusan Revolusi Perancis 1789 dimana ia
membawa perubahan yang besar kepada masyarakat. 23Di dalam kontrak deklorasi ini juga
masyarakat didedahkan dengan konsep persamaan dimana ia diberi kebebasan kepada
masyarakat untuk memiliki hak seperti kebebasan beragama malah hak untuk berbicara.
18 Ibid, hlmn 595-604.

19 Albert Soboul, The French Revolution 1787-1799 ( From Storming of the Bastille to Napoleon),
Vintage Books A Division of Random House, New York, 1975, hlmn 149.

20 Paul A.Gagnon, France Since 1789, Harper & Row Publishers, New York, Evanston and London,
1964, hlmn 13.
21 George Rude, Revolutionary Europe 1783-1815, Collins ST James Place, London, 1964, hlmn 106.
22 Denis Richards, An Illustred History of Modern Europe 1789-1984, Longman Group UK Limited,
Singapore, 1938, hlmn 22.

23 D.C Somervell, Modern Europe 1871-1950, Methuen & CO. Ltd. London, 1940, hlmn 1.

Prinsip prinsip kemerdekaan persamaan telah digunakan di dalam konstitusi Perancis


yang baru dimana pada dasarnya ia beri jaminan hak-hak masyarakat malah menekankan
mengenai batasan kekuasaan raja. Pengenalan kepada deklorasi ini bukan sahaja untuk negera
Perancis semata-mata malah ia juga dijadikan pegangan daripada kesemua negara untuk
digunakan sepanjang masa.24 Dengan mengusung semangat pencerahan dan slogan
kebebasan,persamaan dan persaudaraan maka pemerintahan regim lama telah ditumbangkan
pada 14 Julai 1789.25

2.0 EKONOMI
STRUKTUR MASYARAKAT FEUDALISMA
Revolusi Perancis dianggap sebagai pemisah di antara peraturan lama dan peraturan baru
adalah disebabkan oleh pengakhiran bagi sistem feudalisme yang diamalkan oleh masyarakat di
Perancis. Ia dianggap sebagai pemisah kerana dengan berlakunya revolusi tersebut, secara tidak
langsung feudalisme yag diamalkan oleh masyarakat perancis dikatakan telah digantikan dengan
struktur pemerintahan yang lebih baik iaitu pengenalan kepada sistem masyarakat terbuka telah
digunakan menggantikan sistem yang lama. Jika dtinjau dengan lebih mendalam konsep
feudalisme ini, kedudukan seseorang itu sebenarnya dilihat daripada pelbagai sudut iaitu lebih
kepada berlandaskan kuasa yang dimiliki, hak dan juga kesitimewaan yang dapat dilihat diwarisi
secara turun temurun. Namun sebaliknya apabila sistem tersebut ditukarkan kepada sistem yang
lebih terbuka, masyarakat tidak lagi dinilai berdasarkan hak, kuasa dan keistimewaan namun
lebih tertumpu kepada bakat dan kemampuan yang dimiliki oleh seseorang itu untuk mencapai
kejayaan.26

24 Andre Maurois, A History of France, Jonathan Cape Thirty Bedford Square, London, 1949, hlmn
276.

25 Prof Dr. Syofyan Saad, Peranan Golongan Ketiga dalam Revolusi, Uhamka Press, Jakarta, 2004,
hlmn 6.
9

Perancis telah mula muncul sebagai sebuah negara yang kuat pada abad ke-16 hingga
abad ke-18 dimana ekonominya lebih berlandaskan kepada ekonomi kapitalisme dan juga
merkantilisme malah ekonomi secara feudalisme dikekalkan oleh raja-raja perancis kelihatan
jelas masih digunakan atas tujuan mengekalkan kekuasaan mereka di dalam ingin menguasai dan
memonopoli pucuk ekonomi perancis. Penguasaan raja dan juga golongan bangsawan terhadap
petani memberi impak yang besar kepada ekonomi perancis dimana mereka ini diletakkan di
kedudukan yang dominan didalam sistem ekonomi negara malah secara tidak langsung diberi
faedah seperti memiliki estet ataupun menjadi tuan tanah kepada para petani malah bebas
daripada belenggu cukai yang tinggi.27 Keadaan ini menjadi suatu penindasan kepada golongan
bawahan seperti petani akibat daripada keistimewaan dan hak yang diberikan oleh para raja di
eropah kepada golongan bangsawan.28 Para petani ini perlu menyumbang banalities iaitu bayaran
untuk perkhidmatan yang telah disediakan oleh

golongan bangsawan untuk kepentingan

peribadi mereka.

Sebelum berlakunya Revolusi Perancis pada tahun 1789 yakni pada zaman pemerintahan
Raja Loius XVI, masyarakat berada di bawah kekuasaan mutlak golongan raja dan juga
bangsawan misalnya. Hal demikian telah menyebabkan struktur social masyarakat perancis
misalnya telah dibahagikan mengikut peringkat-peringat kuasa dan juga hak keistimewaan.
Masyarakat perancis dibahagikan mengikut estet pertama dan kedua kebiasaannya dipelopori
26 Qasim Ahmad, Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur, 2003, hlmn 1

27 Denis Richards, An Illustred History of Modern Europe 1789-1984, Longman Group UK Limited,
Singapore, 1938, hlmn 10.

28 Antara hak dan keistimewaan yang diberikan kepada golongan bangsawan dan pembesar daerah
misalnya seperti pengecuaian cukai, berhak di dalam pengutan pajak,hakim daerah, ketua di dalam tentera
sekaligus meletakkan golongan ini sebagai badan kerajaan untuk menjawat jawatan tinggi. Lihat, Qasim
Ahmad, Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur, 2003, hlmn 4.
10

oleh golongan raja dan juga bangsawan dan juga paderi29 secara tidak langsung jumlah bagi
kedua-dua estet tersebut dianggar sebanyak 300 000 orang daripada 25 juta masyarakat. 30
manakala bagi golongan estet III pula dikuasai oleh golongan bourjuis yang terdiri daripada
petukang, pemodal, golongan professional seperti peguam dan doctor dan kebanyakkannya dari
golongan ini terdiri daripada para petani. Secara amnya, golongan petani merupakan penduduk
yang tertinggi dimana sebanyak 95% daripada 25 juta orang di perancis.31

Penindasan kepada rakyat


Namun begitu, golongan estet III ini merupakan golongan yang mengalami kemiskinan yang
teruk disebabkan oleh penindasan yang dilakukan oleh golongan atasan. Dengan kata lain, ahli di
dalam golongan ini terdiri daripada petani yang miskin sehinggalah saudagar antarabangsa yang
kaya. Sesetengah masyarakat terpaksa menjadi hamba yang dijual mahupun dibeli apabila tanah
yang didiami oleh tidak mampu dipertahankan bagi malangsaikan cukai malah mereka ini juga
tidak mempunyai tanah individu sehinggakan terpaksa menyewa dan berkerja di tanah milik
golongan bangsawan.32 Kelemahan ini secara tidak langsung telah dimonopoli oleh golongan
bangasawan untuk mengenakan cukai-cukai tertentu bagi menjamin kewangan mereka.
Golongan petani misalnya terpaksa menyerahkan 50% daripada hasil pertanian mereka sebagai
29 Estet Pertama kebiasaannya terdapat pihak-pihak yang dianggap paling berkuasa. Namun begitu, estet
ini juga memiliki pihak berkuasa gereja berserta biskop dimana mereka ini merupakan golongan yang dianggap
sebagai golongan yang kaya malah mereka ini juga dilepaskan daripada sebarang cukai yang dikenakan sepertimana
yang dletakkan kepada petani. Lihat, Qasim Ahmad, Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2003, hlmn 4.

30 Denis Richards, An Illustred History of Modern Europe 1789-1984, Longman Group UK Limited,
Singapore, 1938, hlmn 10.

31 Prof Dr. Syofyan Saad, Peranan Golongan Ketiga dalam Revolusi, Uhamka Press, Jakarta, 2004, hlmn
5.

32 Qasim Ahmad, Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur, 2003, hlmn 4-5.

11

pembayaran cukai yang dikenakan. Antaranya seperti cukai tanah tailleyang dikenakan
mengikut daerah33 dan jumlah pendapatan seta harta-harta yang dimiliki oleh individu itu sendiri
namun bagi golongan kaya,mereka dikecualikan daripada cukai tersebut sebaliknya golongan
petani perlu menanggung bebanan tersebut sehingga mampu membawa kepada hutang yang
berlebihan. Hal ini secara tidak langsung membantutkan usaha para petani untuk membangunkan
pertanian mereka.

Ia tidak menghairankan jika golongan petani telah dikenakan cukai yang berlebihan dan
lebih yang berat sebagai perbelanjaan kerajaan Perancis pada abad ke-18 malah keadaan ini
menyumbang kepada kemewahan yang paling besar oleh golongan atasan. 34 Selain itu, cukai
keluarga juga turut dikenakan kepada ketua keluarga politax serta cukai harta vingtieme
sebanyak 5% daripada hasil pendapatan yang diperolehi namun sekali lagi memperlihatkan
bahawa golongan kaya seperti paderi dan bangsawan secara langsungnya terlepas dari
dibelenggu cukai-cukai tersebut.35 Keadaan bertambah teruk apabila petani khas yang dilantik
untuk memungut hasil cukai secara paksaan terpaksa menanggung beban yang sama sekiranya
mereka tidak berjaya menyempurnakan tugasan tersebut dimana mereka perlu menyerahkan
wang sendiri sebagai gantian ataupun diberi pilihan untuk dipenjarakan. Cukai garam gabelle
merupakan sebuah cukai yang dianggap suatu penindasan yang berat bagi masyarakat perancis. 36
Misalnya mengikut undang-undang perancis, individu yang berumur 7 tahun ke atas perlu
membeli sebanyak tujuh pound garam dalam masa setahun malah keadaan tersebut dianggap
33 Albert Soboul, The French Revolution 1787-1799 ( From Storming of the Bastille to
Napoleon),Vintage Books A Division of Random House, New York,1975, hlmn 62
34 Denis Richards, An Illustred History of Modern Europe 1789-1984, Longman Group UK Limited,
Singapore, 1938, hlmn 11.

35 John Lough M.A, An Introduction Eighteenth Century France, Longman Group Limited, London,
1960, hlmn 49.
36 Denis Richards, An Illustred History of Modern Europe 1789-1984, Longman Group UK Limited,
Singapore, 1938, hlmn 10

12

sebagai kewajipan bagi golongan tersebut untuk mengelakkan diri daripada didenda. 37 Keadaan
bertambah buruk apabila individu tersebut dikenakan cukai mengikut jumlah sebenar garam
yang dibeli.38 Mengikut taksiran, kira-kira 10 000 daripada mereka setiap tahun dipenjarakan,
2000 dihukum menjadi hamba abdi, dan beberapa ratus dilaksanakan atas kesalahan melanggar
undang-undang garam semata-mata.39 Petani juga dikenakan cukai feudal seigneur kerana
menggunakan kilang-kilang gandum, dapur yang dimiliki oleh golongan atasan malah
kesempatan ini juga digunakan oleh pihak gereja untuk mengenakan cukai perkhidmatan tentera
selama 6 tahun. Golongan bourjuis dan saudagar juga turut menghadapi keadaan yang sama
akibat daripada penguasaan golongan bangsawan sehingga membantutkan kedudukan mereka.

Golongan bourjuis tidak dibenarkan untuk berkhidmat didalam pentadbiran Perancis,


ketenteraan, diplomatik walaupun mereka ini juga memiliki sedikit kuasa politik dan dianggap
memiliki kedudukan yang baik, mempunyai kekayaan dan terpelajar. Namun, penguasaan
golongan bangsawan telah membataskan hak dan kedudukan mereka sebagai golongan
professional.40 Golongan saudagar dan pengusaha juga mengalami kemerosotan ekonomi ekoran
kewangan perancis yang semakin merosot akibat bantuan perancis di dalam perang kemerdekaan
amerika pada zaman pemerintahan Raja Loius XVI. Sewaktu pemerintahan beliau, negara
mengalami hutang yang tinggi akibat pembaziran di istana Varsellies dan juga kelemahan
pentadbiran Perancis.41 Kemerosotan ini menyebabkan kerajaan terpaksa meminjam wang
daripada golongan bourjuis,gereja untuk mengembalikan ekonomi negara namun menjadi
37 Ibid, hlmn 10.

38 John Lough M.A, An Introduction Eighteenth Century France, Longman Group Limited, London, 1960, hlmn
49.

39 Denis Richards, An Illustred History of Modern Europe 1789-1984, Longman Group UK Limited,
Singapore, 1938, hlmn 11.

40 Ibid, hlmn 11

13

kebimbingan kepada pihak bourjuis apabila institusi kewangan Perancis sememangnya dilanda
masalah sebelum tahun 1789 lagi kerana kedegilan golongan bangsawan untuk melepaskan hak
mereka di dalam pengecualian cukai malah keadaan tersebut merupakan suatu ancaman buat
golongan bangsawan untuk mempertahankan kedudukan mereka.42
PERATURAN BARU
Kebangkitan Pemberontakan Masyarakat terhadap Feudalisme
Menjelang tahun 1789, akibat ketidaksanggupan masyarakat menanggung risiko dan bebanan
cukai,kemelesetan ekonomi akibat kekurangan makanan, tanaman tidak menjadi, Revolusi
Perancis telahpun dilancarkan dengan mendapat sokongan daripada golongan bourjuis dan juga
masyarakat Perancis dimana mereka bangkit menentang rejim feudal pada tahun 1789.
Pencetusan Revolusi dibangkitkan dengan mudah apabila masyarakat telah digabungkan dengan
golongan yang turut ditindas seperti golongan borjuis disebabkan ketidakadilan di dalam
kedudukan sosial dan politik dan aktiviti ekonomi malah mereka juga tidak terlepas dikenakan
beban cukai berlebihan yang dikenakan ke atas mereka disebabkan oleh menanggung beban hak
pengecualian cukai bangsawan dan paderi yang tidak berkesudahan malah peraturan-peraturan
perdagangan yang dikenakan oleh persatuan dan kerajaan dilakukan secara sewenangwenangnya tanpa batasan.43 Apabila meletusnya revolusi tesebut, secara langsungnya berakhir
41 Dalam tahun 1786, hutang negara yang berbunga sebanyak 600 000 000 dan kerajaan telah berhutang
sebanyak 250 000 000 setahun malah keadaan ini bertambah rumit apabila pegawai-pegawai kewangan mengalami
masalah yang besar untuk mendapatkan pinjaman baru. Lihat, Carlton J.H Hayes, Eropah Moden Hingga 1870,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1971, hlmn 569.

42 Pada ketika ini, golongan bourjuis yang kaya raya dikatakan sering melibatkan diri di dalam
permasalahan kewangan negara seperti memberi sumbangan kepada tabung kewangan negara. Hal ini telah
menyebabkan raja loius ke-xvi telah mengurniakan mereka gelaran sebagai ganjaran atas pertolongan yang
diberikan. Keadaan ini mengundang kebimbingan kepada golongan bangsawan untuk mengekalkan kedudukan dan
hak mereka sebagai golongan yang diletakkan di estet I. keadaan ini mengundang kerisauan para bangsawan lama
apabila segala hak dan keistimewaan yang diberikan kepada para bangsawan baru akan diperturunkan kepada
keturunan mereka sahaja. Lihat, Qasim Ahmad, Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2003, hlmn 7.

43 Paul A.Gagnon, France Since 1789, Harper & Row Publishers, New York,Evanston and London, 1964,
hlmn 4.

14

sistem feudalisme dimana ia menyumbang kepada perkembangan industri moden malah


pengenalan kepada sistem perdagangan bebas telah diperkenalkan serta sistem cukai telah
diselaraskan secara konsisten. Selain itu, perubahan dapat dilihat dari sudut pemilihan tanah yang
lebih. Kawalan terhadap ekonomi perdagangan, industri dan pertanian telah dilonggarkan malah
ia juga menyumbang kepada pemansuhan dimana keadaan ini mampu membantu individu untuk
membebaskan diri daripada kekejaman sistem ekonomi masyarakat.44
3,0 SOSIAL
KONSEP SUSUN LAPIS MASYARAKAT
Tanpa kita menafikan sama sekali unsur perbezaan di kalangan negara eropah, kita
didedahkan dengan struktur sosial yang mana ia dibahagikan kepada tiga susun lapis dimana ia
memperlihatkan perbezaan di antara susun lapis tersebut. 45 Susun sosial masyarakat eropah pada
abad ke-18 lebih tertumpu kepada perbezaan taraf antara masyarakat dimana ia diletakkan
sebagai Estet Pertama, Estet Kedua dan juga Estet Ketiga.46 Undang-undang tradisional telah
meletakkan golongan gereja dan bangsawan sebagai golongan yang mendapat keistimewaan
daripada raja-raja eropah manakala yang selebihnya merupakan rakyat jelata eropah dimana ia
juga

dibahagikan

kepada

beberapa

struktur

peringkat

sosial

seperti

golongan

borjuis,saudagar,pedagang dan juga para petani, buruh.47 Bagi golongan Estet Pertama ia telah
dikuasai oleh golongan paderi dan biskop dimana pada ketika itu, institusi gereja dianggap
sebagai satu institusi yang penting di dalam pembentukan masyarakat perancis. 48 Melihat dari
sudut keistimewaan yang diberikan, golongan in secara tidak langsung bebas daripada segala
44 Donald J.Harvey, France Since the Revolution, The Free Press, London, 1698, hlmn 36.

45 Qasim Ahmad, Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur, 2003, hlmn 3-4

46John Lough M.A, An Introduction Eighteenth Century France, Longman Group Limited, London,
1960, hlmn 99.
47 Albert Soboul, The French Revolution 1787-1799 ( From Storming of the Bastille to Napoleon),Vintage
Books A Division of Random House, New York,1975, hlmn 33.

15

cukai yang membebankan masyarakat, berkhidmat di dalam tentera malah atas keistimewaan
tersebut golongan ini dikenali sebagai satu institusi yang tinggi di dalam struktur sosial
masyarakat.

Gereja merupakan sebahagian besar kuasa penting di perancis yang mengikat masyarakat
di bumi malah memberi

jaminan

keselamatan di syurga kepada masyarakat. 49 Sebelum

berlakunya Revolusi Perancis 1789, golongan ini dikatakan terdiri daripada 100 000 ribu orang
daripada 24juta masyarakat yang tinggil di Perancis. Melihat daripada struktur sosial, golongan
ini juga dipecahkan kepada beberapa kumpulan iaitu golongan atasan misalnya yang terdiri
daripada pop,ketua paderi,rahib dan biskop50 yang memiliki keistimewaan sebagai status
golongan yang mempunyai kedudukan sosial yang tinggi malah kebanyakkan mereka ini diberi
keistimewaan memiliki tanah-tanah yang banyak.51 Manakala keadaan tersebut berbeza dengan
golongan bawahan dimana kehidupan sosial mereka boleh disamakan dengan masyarakat
bawahan. Kedudukan golongan ini dapat dilihat melalui perbezaan dari sudut kenaikan pangkat
malah gaji diberi berdasarkan pangkat dan kedudukan.

Hal ini telah mewujudkan suatu jaringan hubungan yang berbeza walaupun berada di
dalam tampuk institusi gereja yang sama. Dari sudut peranan pula, golongan atasan merupakan
48 . Qasim Ahmad, Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur, 2003, hlmn 4

49 M.E.Barlen M.A, The Foundation of Modern Europe 1789-1871, G.Bell and Sons, LTD, London,
1968, hlmn 23.

50 Jawatan Biskop di Perancis merupakan salah satu jawatan yang juga mempunyai kepentinga di dalam
institusi gereja. Perlantikan Biskop ini dipersetujui oleh Paus di Kota Vatican dimana mereka ini perlu memegang
kepaa da sumpah untuk mempertahankan agamanya.

51 John Lough M.A, An Introduction Eighteenth Century France, Longman Group Limited, London, 1960, hlmn
99.

16

tunggak utama yang memainkan peranan yang besar didalam perkembangan institusi gereja.
Misalnya, mereka diberi tugas untuk menyelaraskan segala urusan pentadbiran dan kebanyakan
mereka ini tinggal di mahkamah untuk menguruskan hal ehwal negara. 52 agenda gereja yang
terbahagi kepada dua peringkat iaitu peringkat Pusat dan Tempatan. Keadaan ini mempengaruhi
kadar gaji yang diberikan dimana golongan atasan mendapat sebanyak E2560 setahun namun
berbeza pula dengan golongan bawahan tersebut dimana mereka ini hanya memperolehi
sebanyak E30 dan E70 setahun. Keadaan ini memberi impak yang besar kepada golongan
bawahan seperti ulama dimana kehidupan sosial mereka disekatakan dengan golongan miskin
seperti petani malah ada di kalangan mereka yang lebih miskin disebabkan kedudukan mereka
yang diasingkan dengan golongan atasan atas sebab perbezaan status.53 Tambahan lagi, golongan
ini tidak diberi keistimewaan untuk mendapatkan cukai tithe yang dikenakan oleh golongan
gereja kepada masyarakat petani untuk persaraaan hidup. Secara keseluruhannya, golongan
bawahan ini kebanyakannya dipenuhi dengan para paderi,rahib, imam dimana mereka ini
dikatakan golongan yang datang dari luar bandar.54

Golongan bangsawan diletakkan di dalam kedudukan yang kedua terpenting di dalam


pemerintahan perancis pada ketika itu. Mengikut anggaran, golongan bangsawan ini sebanyak
400 ribu orang daripada penduduk masyarakat. Mereka ini merupakan golongan yang diberi
keutamaan dimana mendapat hak keistimewaan untuk menjawat jawatan kerajaan di dalam
pentadbiran pusat malah mereka ini juga berkepentingan di dalam organisasi ketenteraan dan
institusi gereja. Dari sudut hak keistimewaan, mereka ini diberi hak pembahagian tanah dimana
mereka mempunyai sebanyak 30% tanah yang dikecualikaan daripada cukai kerajaan. Tambahan
52Albert Soboul, The French Revolution 1787-1799 ( From Storming of the Bastille to Napoleon),Vintage
Books A Division of Random House, New York,1975, hlmn 41.

53 M.E.Barlen M.A, The Foundation of Modern Europe 1789-1871, G.Bell and Sons, LTD, London,
1968, hlmn 25.

54 Denis Richards, An Illustred History of Modern Europe 1789-1984, Longman Group UK Limited,
Singapore, 1938, hlmn 10.
17

lagi, tanah-tanah tersebut bukanlah diusahakan sendiri oleh tuan tanah namun ia dikerjakan oleh
masyarakat yang dibayar upah untuk menjaga tanah tersebut sehingga mendapat pulangan hasil
pertanian.

Dari sudut pendapatan misalnya, hasil cukai dan sewaan merupakan pendapatan mereka
namun ia juga turut bergantung kepada hasil yang didapati daripada para petani yang
menggunakan tanah mereka. Pendapatan mereka bukan sahaja semata-mata hasil yang didapati
oleh masyarakat namun ia juga boleh didapati dalam bentuk cukai yang lain seperti cukai
barangan yang melibatkan cukai garam, pakaian,arak,roti dan sebagainya malah mereka juga
mendapat hasil pendapatan tersebut melalui bayaran oleh masyarakat didalam menggunakan
tempat untuk menyimpan hasil pertanian. Disebabkan kedudukan dan status yang tinggi di dalam
masyarakat telah menyebabkan timbul persengketaan diantara golongan bangsawan dan borjuis
disebabkan oleh hak-hak yang diberikan menunjukkan ketidakadilan di dalam memberi hak-hak
keistimewaan masyarakat.

Hak dan Keistimewaan yang diberikan


Golongan bangsawan juga boleh dikategorikan sebagai beberapa kelompok iaitu
bangsawan tradisional nobble de epee dan juga bangsawan baru iaitu nobble de robe yang
dipilih di kalangan para borjuis dimana ia dianggarkan seramai 350 000 ribu orang daripada
separuh masyarakat yang tinggal di perancis. 55 Golongan bangsawan baru ini diberi nilai
keistimewaan yang tinggi di dalam struktur sosial masyarakat dimana mereka ini diberi
kelebihan untuk memegang jawatan yang tinggi dan pangkat kerajaan yang telah dikhaskan
kepada mereka malahan kedudukan mereka di luar negara juga dijamin sebagai Duta Perancis
malah keadaan tersebut dilihat diwarisi secara turun-temurun. Namun, keadaan ini sama sekali

55 Albert Soboul, The French Revolution 1787-1799 ( From Storming of the Bastille to Napoleon),Vintage
Books A Division of Random House, New York,1975, hlmn 35.

18

berbeza dengan bidang kuasa bangsawan tradisional dimana mereka hanya bergantung kepada
pendapatan daripada tanah yang mereka miliki di luar negara.56

Krisis antara Golongan Bangsawan Baru dan Lama


Kehidupan mereka berbeza dengan bangsawan baru dimana keterbatasan dari sudut kuasa
politik terhad di wilayah mereka disebabkan kuasa tersebut dimonopoli oleh pegawai diraja yang
dilantik. Oleh itu, tidak mustahil sebilangan mereka ini bekerjasama dengan masyarakat untuk
mengadakan revolusi bagi menggulingkan kekuasaan raja dan golongan atasan demi
menegakkan hak mereka. Sebagai menghadapi cabaran baru, para bangsawan tradisional
membentuk kumpulan sekukuh puak gereja atau Estet Pertama dimana mereka menuntut
golongan mereka ini diutamakan di dalam jawatan kerajaan namun keadaan ini sebaliknya
apabila puak Nobelle De Robe dan borjuis tidak menyenangi akan keadaan taraf sosial mereka
lebih tinggi berbanding mereka yang diletakkan sebagai kelompok yang kaya.57 Disini jelas
ketidakadilan menjadi tembok kepada pencetusan Revolusi Perancis.

Estet ketiga Tier Estate merupakan kelompok masyarakat perancis yang merupakan
tunjang utama kepada meletusnya revolusi perancis 1789. Secara amnya, golongan ini terdiri
daripada golongan borjuis, saudagar, pedagang dan juga para petani dan buruh dimana mereka
ini kebanyakkan mencari hasil perncarian melalui aktiviti ekonomi. Kelompok besar daripada
penduduk- ialah kaum petani dimana mereka ini diletakkan sebagai kelompok yang miskin.
Golongan ini mewakili sebanyak 80% daripada penduduk di perancis dimana ia dipecahkan
kepada 75% di negeri-negeri Jerman namun sebanyak 95% kebanyakkannya tinggal di Eropah
Timur.58

Pada abad ke-18

merupakan masa bangkitnya kemakmuran golongan borjuis di

perancis . mereka telah berkembang lebih cepat dalam kekayaan dan pendidikan malah golongan
56 Qasim Ahmad, Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur, 2003, hlmn 9.

57 Ibid, hlmn 7-8.

19

ini memiliki cita-cita tinggi, berbakat, serta kekuatan mereka mampu dilihat memberi impak
yang besar kepada pentadbiran negara.59

Golongan burjuis merupakan penggerak kepada revolusioner di perancis dimana mereka


ini menerima kesan akibat daripada ketidakadilan di dalam pemberian hak sebagai golongan
yang mempunyai kedudukan yang baik di dalam struktur masyarakat berbanding golongan
bawahan seperti petani.60 walaupun tidak mengalami beban ekonomi petani, pengecualian
mereka dari kedudukan rasmi pada ketua tentera, tentera laut dan perkhidmatan diplomatik sama
sekali menunjukkan status dan kedudukan mereka tidak berfungsi.Mereka tidak diberi
kesempatan untuk bersuara mengenai sistem yang digunakan oleh kerajaan dimana ia dianggap
sebagai suatu peraturan yang membebankan para petani dan masyarakat malah mereka tidak
diberi hak-hak kebebasan beragama.61 Selain itu, masyarakat perancis juga terdiri daripada
peniaga yang memainkan peranan di dalam mengumpul hasil kekayaan melalui perdagangan
dan pelaburan, mereka menguasai pelabuhan dan bandar-bandar di eropah barat. Di Perancis
misalnya pengaruh mereka tidak sehebat golongan atasan namun mereka berusaha untuk
bersaing dengan golongan bangsawan, peguam dan borjuis demi mendapatkan hak dan
kedudukan yang baik di dalam sosial masyarakat.62

58 M.E.Barlen M.A, The Foundation of Modern Europe 1789-1871, G.Bell and Sons, LTD, London,
1968, hlmn 10.

59 Paul A.Gagnon, France Since 1789, Harper & Row Publishers, New York,Evanston and London,
1964, hlmn 4.
60 Denis Richards, An Illustred History of Modern Europe 1789-1984, Longman Group UK Limited,
Singapore, 1938, hlmn 12.

61 Ibid, hlmn 11.

62 M.E.Barlen M.A, The Foundation of Modern Europe 1789-1871, G.Bell and Sons, LTD, London,
1968, hlmn 8-9.
20

PERATURAN BARU
Peralihan struktur Masyarakat Setelah Revolusi dan Kesannya terhadap Golongan Atasan.
Apabila meneliti sejarah pemberontakan masyarakat terhadap sistem pemerintahan
monarki, kajayaan besar yang dimiliki oleh masyarakat di atas perhimpunan kebangsaan itu
merupakan satu titik tolak kepada penghapusan secara berpelembagaan sistem feudal dan
perhambaan masyarakat dimana ia dibantu oleh golongan istimewa dengan mengambil satu
langkah yang berani kearah memperjuangkan hak persamaan dalam masyarakat. Di dalam
perhimpunan tersebut telah mengisytiharkan bahawa persamaan cukai untuk semua golongan
dan menghapuskan bayaran dan perhambaan untuk kaum feudal yang ditindas. Keadaan ini
memberi impak kepada golongan atasan seperti golongan bangsawan dan paderi dimana mereka
perlu melucutkan hak-hak yang telah diberikan kepada mereka malah hak perhambaan telah
dihapuskan, mahkamah bangsawan juga telah ditekan untuk pengadilan serta segala zakat dan
kesemua hak keistimewaan kaum seperti penjualan jawatan kerajaan kepada orang atasan,zakat
dan semua jenis hak keistimewaan kaum gereja telah ditarik balik untuk mengelakkan sebarang
penindasan semula masyarakat.63

4.0 AGAMA
Seperti yang diketahui sebelum tercetusnya Revolusi Perancis 1789, peranan gereja
sebagai sebuah institusi negara dianggap sebagai penaung utama kepada pemerintahan negara.
Oleh sebab itu, golongan yang dipilih dipisahkan daripada masyarakat demi menjaga status dan
kedudukan mereka sebagai kelompok yang terkenal mempunyai kekuasaan di dalam mengawal
sesebuah negara.64 Meninjau sudut kepentingan institusi ini, menjelang abad-10, kebanyakkan
63 Carlton J.H Hayes, Eropah Moden Hingga 1870, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1971,
hlmn 581.

64 Albert Soboul, The French Revolution 1787-1799 ( From Storming of the Bastille to Napoleon),Vintage
Books A Division of Random House, New York,1975, hlmn 38.

21

bangsa eropah misalnya selain kaum yahudi telah memeluk agama Kristian maka secara
langsungnya berakhirnya kegiatan pengkristianan masyarakat secara beramai-ramai. Untuk
mengukuhkan kedudukan, pihak gereja menegaskan bahawa institusi gereja tidak tertakluk
kepada bidang kuasa kerajaan. Institusi agama di perancis amat kaya dan kukuh kedudukannya.
Ia mengendalikan rumah anak yatim,universiti, harta serta lain-lain lagi. Daripada sumber
kekayaan ini, institusi ini membayar gaji para pekerja agamanya. Institusi ini merupakan salah
satu sasaran yang kuat daripada masyarakat ketika tercetusnya revolusi atas alasan kekayaan
yang dimiliki tersebut dianggap tidak didapati secara adil.65

Hak dan Keistimewaa yang diberikan


Dari segi ekonomi, institusi gereja tidak juga dikecualikan daripada mendapat hak
keistimewaan dari sudut hak tanah, cukai,agama dan sebagainya. 66 Dari sudut hak tanah
misalnya, institusi gereja memonopoli sebanyak 10% daripada keseluruhan tanah masyarakat
malah dikecualikan cukai kerajaan. Tanah-tanah yang dimiliki oleh institusi tersebut telah
disewakan kepada golongan petani dan juga masyarakat yang memerlukan untuk diusahakan
secara produktif namun hasil daripada pertanian tersebut perlu diserahkan kepada institusi gereja
sebagai bayaran dimana petani perlu menyerahkan sebanyak 1/10 daripada hasil tersebut kepada
institusi gereja untuk diberikan kepada dikri Raja pada tahun 1779 1794. 67 Hasil-hasil sewaan
dan pertanian menjadi tunggak utama yang menyumbang kepada dana pendapatan mereka malah
keadaan tersebut digunakan untuk membiayai segala penubuhan institusi pendidikan, hospital
65Qasim Ahmad, Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur, 2003, hlmn 4.

66 Harta-harta institusi gereja ini bukanlah semata-mata hanya terletak di kawasan bandar-bandar dan di
kawasan luar bandar. mereka memiliki banyak bangunan bandar yang besar yang mempunyai kapasiti yang tinggi
dimana ia disewa kepada masyarakat namun hasilnya dikutip dengan nilai dua kali ganda sebagai pendapatan
mereka. Lihat
Albert Soboul, The French Revolution 1787-1799 ( From Storming of the Bastille to
Napoleon),Vintage Books A Division of Random House, New York,1975, hlmn 38-39.

67 Ibid, hlmn 39.

22

dimana ia juga bertujuan untuk mengembangkan ajaran Kristian dan memberi penekanan yang
kuat mengenai ajaran Kristian katolik yang menjadi pegangan kepada masyarakat perancis pada
ketika itu.

Pengecualian cukai dan juga hak keistimewaan yang diberikan kepada institusi ini
menimbulkan rasa ketidakpuasan hati masyarakat terutamanya golongan bangsawan bawahan,
borjuis serta masyarakat perancis kerana menerima kesan yang medalam daripada peraturan
tersebut. Misalnya institusi gereja diberikan dengan kekayaan yang besar dan tanah yang luas.
walaupun biara yang berlebihan telah dibubarkan, harta yang ditinggalkan secara tidak langsung
dimonopoli oleh golongan gereja di kebanyakan bandar dan kampung. 68Akibat keadaan ini,
tahun 1789 merupakan suatu fenomena buat pengaruh institusi gereja dimana rakyat bangkit
menuntut bela atas kekejaman dan ketidakadilan pemerintahan perancis dimana institusi gereja
menjadi salah satu faktor kepada meletusnya revolusi perancis.

PERATURAN BARU
Kuasa Gereja Dilumpuhkan
Kemegahan institusi gereja sebagai pusat pemerintahan yang penting di dalam negara
akhirnya membawa kepada kemerosotan apabila berlakunya revolusi perancis. perhimpunan
kebangsaan yang dilakukan atas semangat masyarakat untuk memperjuangkan autoriti mereka di
dalam mendapatkan hak mereka itu akhirnya berjaya melumpuhkan kuasa gereja sebagai sebuah
institusi yang terkenal. Tanah kepunyaan gereja yang berjumlah satu perlima daripada perancis
telah diputuskan oleh dewan perhimpunan untuk merampasnya kesemua sekali dan digunakan
untuk sebagai jaminan mengeluarkan wang kertas iaitu assignats. Kerajaan bersetuju untuk
membayar gaji tetap kepada golongan paderi sebagai tanda membayar semula sebahagian
daripada kerugian seluruh tanah yang dirampas. Berikutan itu, pada November 1789, harta-harta
gereja dirampas kesemua sekali malah ahli-ahli agama dan biara turut menerima kesan apabila
68 M.E.Barlen M.A, The Foundation of Modern Europe 1789-1871, G.Bell and Sons, LTD, London,
1968, hlmn 25.

23

mereka ditindas pada tahun 1790.69 Kerajaan mengambil inisiatif untuk membangunkan
Perlembagaan Sivil Gereja pada Julai 1790 didalam usaha untuk memperkukuhkan kuasa dan
tindakan mengambil alih atau melucutkan kuasa yang dimiliki oleh pihak gereja.70
Pembentukan Perlembagaan Sivil Gereja
Perlembagaan Sivil Gereja telah dirangka pada 12Julai dimana ia telah diterima secara
terbuka oleh Raja. Pengenalan kepada perlembagaan tersebut direka untuk menyusun semula
struktur sosial dan hak keistimewaan paderi. 71Perlembagaan Sivil Gereja dibangunkan dengan
mengambil biskop dan paderi sebagai badan awam dimana mereka dipilih oleh masyarakat dan
diberi gaji oleh kerajaan walaupun mendapat kekangan daripada raja dimana beliau enggan
mematuhi perlembagaan tersebut72 yang menginginkan hak keistimewaan gereja dirampas
sedemikian.73 Pada bulan Ogos tahun 1789, berlaku pengisytiharaan Hak-Hak Manusia dan
Warganegara dimana mereka yang tidak menganut mazhab Katolik telah dibenarkan untuk
menjawat jawatan awam. Keadaan ini memberi suatu impak yang besar kepada masyarakat

69 Carlton J.H Hayes, Eropah Moden Hingga 1870, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1971,
hlmn 587.

70 Qasim Ahmad, Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur, 2003, hlmn 21

71 Donald J.Harvey, France Since the Revolution, The Free Press, London,1968, hlmn 37.
72 Semua langkah anti-gereja ini terutamanya perlembagaan sivil gereja telah memecahkan perpaduan
hierarki gereja khasnya dan rakyat perancis. Perlantikan biskop disahkan oleh pihak pemerintah, Paus di Kota
Vatican tidak mempunyai kuasa untuk membantah perlantikan tersebut. Semua paderi misalnya dilantik melalui
pilihanraya dan hanya mereka yang mendapat kelulusan daripada biskop sahaja yang boleh menjadi calon. Sebagai
langkah untuk memastikan wujudnya sokongan pihak gereja terhadap pemerintah, semua ahli gereja mesti
mengangkat ikrar taat setia kepada pemerintah. Semua ahli gereja yang menyokong peraturan baru ini dinamakan
ahli gereja perlembagaan manakala mereka yang membantah akan dinamakan sebagai ahli gereja yang ingkar. Lihat,
Qasim Ahmad, Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,
2003, hlmn 21

73 Carlton J.H Hayes, Eropah Moden Hingga 1870, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1971,
hlmn 587-588.

24

dimana dahulu masyarakat tiada pilihan untuk mendapatkan kebebasan beragama sebaliknya kini
mereka dibebaskan daripada dibelenggu kezaliman dari sudut keagamaan.74

5.0 KESIMPULAN
Secara tuntasnya, revolusi perancis 1789 merupakan suatu krisis yang besar berlaku di
perancis yang membawa kepada pengaruh yang besar kepada masyarakat dunia. Pembentukan
sesebuah piagam yang termeterai pada 27 Ogos 1789 menunjukkan bahawa masyarakat telah
bebas daripada kezaliman struktur pemerintahan perancis. Secara jelasnya, pergelutan demi
pergelutan telah menyebabkan berlakunya perubahan yang besar kepada masyarakat dimana ia
menyumbang kepada pembentukan sesebuah

negara yang bersifat monarki absolut kepada

sebuha negara yang mementingkan hak masyarakat dengan menjalankan pemerintahan secara
demokrasi. Dari sudut ekonomi misalnya, penindasan kepada masyarakat melalui kekejaman
pungutan cukai yang menggunakan rakyat sebagai hamba untuk mendapatkan keuntungan
beralih arah apabila meletusnya revolusi perancis 1789, masyarakat didedahkan dengan keadilan
yang saksama dimana mereka tidak lagi dilihat berdasarkan status mahupun hak keistimewaan
malah dilihat dari sudut bakat dan kemampuan mereka. Selain itu,berlakunya perkembangan
industry moden, perdagangan secara bebas dan sebagainya hasil daripada kesungguhan
masyarakat yang ingin menggulingkan kuasa pemerintahan perancis.
Dari sudut sosial pula, perbezaan status merupakan titik permulaan berlakunya revolusi
dimana rakyat dikecam dengan kejam untuk mendapatkan hasil bagi golongan atasan. Namun,
keadaan tersebut juga turut berubah apabila berlakunya revolusi dimana sistem perhambaan,
perbezaan status , hak untuk beragama jelas tidak lagi membelenggu masyarakat. Begitu juga
dengan isntitusi gereja dimana mereka tidak lagi menjadi badan utama di dalam pembentukan
negara malah kedudukan mereka telah diselaraskan dengan struktur sosial masyarakat yang lain.
Kelincahan masyarakat di dalam pemberontakan akhirnya membuahkan kejayaan dimana
mereka sekaligus telah berjaya mengubah secara langsung corak pemerintahan negara Perancis.

74Qasim Ahmad, Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur, 2003, hlmn 21.
25