Anda di halaman 1dari 14

HNS 2013

KENEGARAAN
SEMESTER 1, SESI 2015/2016

-TOLONG ISI FULL TAJUK KAJIAN KITA(TUGASAN KUMPULAN)

PENSYARAH : PUAN NORMALINA BINTI ALIAS

AHLI KUMPULAN :
1. NOR FAZIRA BINTI ABD RAHIM

(D20142069037)

2. NURUL IZZATI BINTI MOHAMAD RAZALI

(D20142069033)

3. NUR NADIA ZAFIRAH BINTI MOHD ZAMRI (D20141068216)


4. NOR MARZIAH BINTI MOHD ZAIN

(D20142068976)

5. SITI NUR HAZWANI BINTI RAHIM

(D20142068867)

6. NURUL ATIKAH BINTI IBRAHIM

(D20142068883)

Pengenalan
Ciri utama sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi adalah dengan adanya
pilihan raya bebas yang perlu dipilih oleh rakyat dalam negara tersebut. Pemilihan seseorang
pemimpin melalui amalan demokrasi dapat membentuk sebuah negara yang baik. Tujuan
mengadakan pilihan raya ini adalah untuk memberi ruang kepada masyarakat memilih wakil
yang mampu menyuarakan dan memperjuangkan hak serta pendapat mereka. Pilihan raya
yang pertama pernah terjadi adalah pada tahun 1955 dan telah menjadi titik tolak permulaan
kepada sistem pilihan raya berbentuk demokrasi di negara ini. Hasil daripada pilihan raya
yang pertama dijalankan, kerajaan dapat membuktikan bahawa melalui pilihan raya ini negara
mampu membentuk sebuah kerajaan yang kuat dan stabil. Bukan itu sahaja, pilihan raya ini
juga mampu memupuk semangat kerjasama antara kaum dan berterusan kepada pilihan raya
yang seterusnya. Pilihan raya tidak tertumpu kepada fokus-fokus yang besar sahaja. Di
Malaysia, pelajar universiti juga diberi peluang untuk berpolitik di dalam kampus. Mungkin
skop di universiti agak terhad kerana calon-calon yang ada dalam pilihan raya kampus hanya
memperjuangkan hak pelajar dan bukanlah seperti politik atau pilihan raya di luar. Tetapi
faktor perjuangan dan pegangannya masih sama iaitu memperjuangkan hak-hak pengundi
dengan manifesto yang dinyatakan. Manifesto setiap calon pilihan raya adalah janji mereka
kepada pengundi. Jika mereka tidak mampu menunaikan manifesto, maka mereka dianggap
menipu para pengundi.
Terdapat juga pelbagai sudut dalam pilihan raya iaitu dari sudut positif atau negatif.
Politik kampus merupakan perkara yang tidak asing bagi para pelajar. Meskipun kepada
pelajar baru, mereka akan didedahkan dengan pilihan raya kampus apabila bermulanya musim
pilihan raya atau lebih dikenali dengan demam pilihan raya. Hal ini dapat dilihat apabila
setiap calon yang bertanding akan mengetengahkan manifesto mereka dan menerangkan apa
yang mereka perjuangkan kepada bakal pengundi di kampus. Salah satunya apabila ketika
terjadinya pemilihan ketua wakil pelajar yang akan menerajui Majlis Perwakilan Pelajar
(MPP) dan ketua wakil fakulti sama ada di peringkat universiti atau fakulti. Pilihan raya dan
politik kampus Ini merupakan hal yang wajar dan bukanlah suatu hal yang negatif. Melalui
cara ini, pelajar yang menjadi calon dapat melatih diri untuk lebih berkeyakinan menonjolkan
potensi mereka. Justeru itu, politik kampus ini juga boleh menjadi sesuatu yang positif apabila
penggunaannya ditujukan untuk kepentingan seluruh pihak yang ada di kampus terutama
kepada para pelajar. Namun, apabila hal ini tidak diawasi dengan baik, besar kemungkinan
politik dalam kampus boleh menimbulkan kontroversi.

Tetapi sejauh mana makna politik dapat difahami dengan nilai, pemahaman berserta
etika yang tepat oleh mahasiswa di universiti. Penglibatan mahasiswa khususnya yang berada
di Malaysia perlu difahami dengan sedalam-dalamnya supaya tiada unsur negatif yang
menular dan mengubah perspektif masyarakat mengenai mahasiswa itu sendiri. Hubung kait
fakta, sejarah dan juga politik pada zaman awal penubuhan Malaysia perlu diterapkan didalam
diri mahasiswa sebelum mereka memahami apa itu pilihan raya dan politik kampus. Menurut
sudut Islam, politik adalah ilmu dan kemahiran. Politik dikatakan ilmu adalah kerana ia
mempunyai prinsip-prinsip dan disiplin-disiplin tertentu yang keseluruhannya membentuk
ilmu politik. Dalam bahasa arab, politik atau ahli politik dinamakan siasah. Kepimpinan
mahasiswa silih berganti, tetapi ideologi yang dibawa oleh pimpinan mahasiswa terdahulu
tidak terhenti dan sentiasa berterusan sehingga ke hari ini. Ideologi-ideologi ini juga yang
menjadi pegangan supaya mereka tetap dengan pendirian yang dipilih.

Fenomena Pilihan Raya Kampus


Universiti merupakan salah sebuah institusi sosial yang penting dalam sesebuah masyarakat.
Semasa di universiti, pelajar didedahkan dengan pelbagai disiplin dan ilmu baru. Salah satu
aktiviti yang diceburi secara meluas oleh pelajar adalah politik kampus. Calon

yang

mendapat undian tertingi akan dikira sebagai pemenang dlam sesebuah pilihanraya.
Menurut Lipset (1969) dalam Junaidi Abu Bakar (1993), aktiviti politik pelajar merupakan
sebahagian daripada budaya masyarakt kampus yang mempunyai pola, perlakuan, sistem dan
tradisinya sendiri. Perlakuan mereka adalah bebas dan berasaskan prinsip sendiri. Gerakan
yang dilakukan oleh pelajar di universiti meninggalkan banyak kesan penting kepada
kebanyakan negara seperti masalah sosial akibat gerakan pelajar di Indonesia, Thailand, Cuba,
Korea Selatan, Malaysia dan Amerika Syarikat.
Menurut Junaidi Abu Bakar (1993), walaupun golongan pelajar ini gagal untuk membentuk
kerajaan namun gerakan mereka telah membawa perubahan baru sama ada dari aspek politik,
sosial dan ekonomi sesebuah negara. Gerakan pelajar mulai lemah apabila pelbagai peraturan
telah diwujudkan di institusi tinggi. Fenomena pilihan raya kampus banyak dijalankan di
institusi-institusi tinggi termasuklah di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Gerakan kempen
pilihan raya di institusi tinggi di Malaysia mula berubah corak apabila kerajaan menggubal

undang-undang yang dikenali sebagai Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU)
diperkenalkan pada tahun 1971.

Pelaksanaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di Institusi Pengajian Tinggi
AUKU mula diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 1971. Akta ini mengandungi 5 bahagian
dan 27 seksyen dan telah mengalami pindaan pada tahun 1975. AUKU hanya dikhaskan
kepada pelajar di institusi tinggi sahaja. Melalui AUKU, pihak pemerintah dapat mengawal
perjalanan pentadbiran universiti dan kegiatan pelajar. Sejak AUKU diperkenalkan, gerakan
mahasiswa di universiti mulai lemah dan merupakan parut hitam dalam sejarah kebebasan
akademik di Malaysia.
Terdapat dua komponen khusus dalam AUKU iaitu Akta Induk 1971 yang mengandungi
Perlembagaan Universiti. Akta ini hanya boleh dipinda oleh parlimen. Kaedah Tatatertib
Pelajar (1975) dan Kakitangan (1979) juga terkandung dalam AUKU. Kaedah ini perlu
diluluskan oleh majlis universiti sahaja dan diwartakan oleh kerajaan sebelum dilaksanakan.
Bagi kes tatatertib pula, AUKU memperuntukkan kuasa pada jawatankuasa tatatertib, sama
ada tatatertib pelajar atau kakitangan universiti. Jawatankuasa ini menyelesaikan masalah
yang berkaitan dengan disiplin pelajar dan kakitangan. AUKU secara tidak langsung telah
memberi kuasa kepada kerajaan untuk mengawal kegiatan di universiti iaitu menghubungkan
Kementerian Pendidikan dengan pihak universiti.

AUKU dan Tatatertib Pelajar


Universiti tempatan boleh menggubal undang-undang tatatertib yang berkaitan dengan
pelajarnya dengan adanya AUKU. Peruntukan ini bertujuan untuk menyelesaikan masalah
disiplin pelajar universiti dapat diselesaikan tanpa melibatkan campur tangan pihak lain
seperti polis. Polis boleh campur tangan dengan universiti jika kes tersebut adalah kes
jenayah. Menurut Junaidi (1993), Seksyen 16 (1), AUKU memperuntukkan, Majlis
Universiti adalah mempunyai kuasa untuk membuat apa-apa kaedah tatatertib sebagaimana
yang difikirkannya perlu dan mustahak untuk pelajar-pelajar, kaedah-kaedah tetatertib yang
dibuat di bawah seksyen kecil ini hendaklah disiarkan dalam Warta.

Disiplin dalam kalangan pelajar boleh dibahagikan kepada dua komponen iaitu disiplin pasif
yang merangkumi sikap, kelakuan dan perbuatan seseorang pelajar menurut syarat, norma
atau kebiasaan yang dibentuk untuk kepentingan sendiri dan tidak ada peraturan bertulis yang
menentukannya. Komponen kedua ialah disiplin yang merangkumi sikap, kelakuan atau
perbuatan menurut peraturan bertulis yang digubal oleh pihak berkuasa untuk mengawal
kesejahteraan sesebuah institusi pengajian tinggi dan komponen ini diistilahkan disiplin aktif.
Jika pelajar tidak mengikut peraturan yang digubal, mereka boleh dihukum. Mahasiswa yang
didapati bersalah akan dikenakan hukuman sama ada diberi amaran, didenda, digantung
pengajian atau dibuang dari universiti. Selepas AUKU digubal, semua kegiatan mahasiswa
diletakkan di bawah kawalan Bahagian Hal- Ehwal Pelajar yang diketuai oleh timbalan naib
canselor dan beberapa unit seperti unit perhubungan pelajar, unit runding kesihatan pelajar,
unit sukan, unit kebudayaan dan unit kerohanian dan kebajikan.

Kesan AUKU Terhadap Kehidupan Pelajar Universiti


Pelaksanaan AUKU di institusi pengajian tinggi telah mendatangkan beberapa kesan terhadap
kehidpan pelajar di universiti. Dari aspek AUKU dan Persatuan pelajar, sejak AUKU
dikuatkuasakan pada tahun 1975, semua persatuan mahasiswa telah dibubarkan oleh pihak
universiti. Jika mereka ingin menubuhkan semula persatuan yang dibubarkan, mereka perlu
memohon semula kelulusan daripada naib canselori.
Sebelum AUKU dikuatkuasakan, kegiatan pelajar dikawal terus oleh majlis universiti. Selepas
AUKU digubal, semua kegiatan mahasiswa diletakkan di bawah kawalan Bahagian HalEhwal Pelajar yang diketuai oleh timbalan naib canselor dan beberapa unit seperti unit
perhubungan pelajar, unit runding kesihatan pelajar, unit sukan, unit kebudayaan dan unit
kerohanian dan kebajikan.
Penyertaan pelajar dalam politik juga terbatas. Kehidupan mahasiswa di institusi pengajian
tinggi dikawal secara khusus oleh Kaedah dan Tatatertib pelajar (1975). Sebelum AUKU
(1975) digubal, penyertaan mahasiswa dalam arena politik nasional adalah meluas. Sebagai
contoh, dalam pilihan raya umum tahun 1969 dan 1974, para siswa mengemukakan manifesto
sendiri dan mengadakan kempen secara besar-besaran. Pemimpin mereka dengan lantang
telah mengkritik kelemahan dasar program yang dijalankan. Penglibatan mahasiswa dalam
poltik mulai dikawal dan dikongkong selepas penubuhan AUKU (1975). Mahasiswa yang

ingin menyertai sebarang aktiviti di luar kampus mestilah mendapatkan kelulusan bertulis
daripada naib canselor. Selain itu, mahasiswa juga tidak dibenarkan mengadakan sebarang
perhimpunan atau demonstrasi sama ada di dalam atau di luar kampus.
Pada masa kini, aktiviti yang dijalankan oleh mahasiswa hanya tertumpu di dalam kawasan
kampus sahaja seperti sukan, berpersatuan, mengadakan forum atau seminar dan menyertai
politik kampus.Aktiviti politik kampus boleh mendatangkan kesan negatif terhadap perpaduan
pelajar.

Kesan Kempen Pilihan Raya Kampus Kepada Pelajar

Kajian kes: Fenomena pilihanraya kampus di UPSI


Pilihan Raya Kampus merupakan satu acara bagi memilih wakil pelajar dalam kerusi
kepimpinan pelajar di bawah Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) melalui proses pembuangan
undi. Setiap mahasiswa dan mahasiswi UPSI boleh mengundi sesiapa sahaja calon pilihan
mereka tanpa sebarang paksaan dan sekatan.
Terdapat sebanyak 29 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya kampus yang terdiri
daripada 5 kerusi untuk calon umum, 18 kerusi untuk calon fakulti yang terdiri daripada 2
kerusi bagi setiap satu fakulti iaitu FSK, FSKIK, FBK, FPE, FPTV, FSSK, FPPM, FMSP,
FSMT. 2 kerusi bagi calon pasca siswazah, 4 kerusi untuk calon Etnik iaitu Cina, India, Sabah
dan Sarawak. Kajian yang dijalankan adalah tentang fenomena pilihan raya kampus dalam
kalangan pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Objektif Kajian
Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji telah mengemukakan beberapa objektif sebagai
panduan dan rujukan iaitu:
i.
ii.

Mengenalpasti tahap pengetahuan pelajar berkaitan pilihan raya kampus


Menilai tahap penglibatan pelajar dalam pilihan raya kampus

Metodologi Kajian
Metodologi kajian merujuk kepada perancangan dan pemilihan metodologi atau kaedah yang
perlu dibuat dengan teliti bagi memastikan data yang telah dikumpul bersesuaian dengan
objektif kajian yang dicapai.
Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah rujukan perpustakaan, soal selidik dan
temu bual. Kaedah soal selidik dan temubual ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap
pengetahuan pelajar berkaitan pilihan raya kampus dan menilai tahap penglibatan pelajar
dalam pilihan raya kampus.

Lokasi
Kajian yang dijalankan ini adalah melibatkan pelajar-pelajar UPSI , Tanjong Malim Perak.
Universiti yang terletak di Tanjung Malim, Perak ini mempunyai dua kampus iaitu Kampus
Sultan Azlan Shah dan Kampus Sultan Abdul Jalil Shah. UPSI juga mempunyai empat kolej
kediaman iaitu Kolej Harun Aminurrashid, Kolej Ungku Omar, Kolej Zaba dan Kolej
Aminuddin Baki. Terdapat juga Unit Kediaman Luar Kampus (UNKL) yang menguruskan
pelajar yang tinggal di luar kampus.

Alat Kajian
Kajian ini menggunakan teknik tinjauan dengan menyediakan borang soal selidik. Kaedah ini
bertujuan untuk mendapatkan maklumat berdasarkan borang soal selidik yang telah dirangka
dalam kajian ini berdasarkan kepada objektif kajian. Terdapat dua bahagian dalam borang soal
selidik iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A mengandungi item-item berkaitan
dengan maklumat umum Responden iaitu semester, fakulti, kursus dan jantina.
Bahagian B pula mengandungi maklumat yang berkaitan dengan objektif kajian yang
dijalankan yang bertujuan untuk mendapatkan data tentang pandangan mahasiswa terhadap
kempen pilihan raya kampus iaitu di Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI.
Skala yang digunakan dalam borang soal selidik adalah seperti berikut:
1

Sangat Tidak Setuju (STS)

Tidak Setuju (TS)

Tidak Pasti (TP)

Setuju (S)

Sangat Setuju (SS)

Sampel Kajian
Kajian ini melibatkan seramai tiga puluh orang pelajar UPSI yang terdiri daripada pelajar
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP).
Jadual 1: Responden yang terlibat

Bilangan Responden

Program

Semester

15 orang

ISMP (Pendidikan Khas)

10 orang

ISMP (Pendidikan Awal Kanak-kanak)

5 orang

ISMP (Pendidikan Seni)

Pilihan Raya Kampus


Kajian ini adalah berdasarkan kepada pilihan raya kampus sesi 2014/ 2015 yang telah
diadakan pada 11 Disember 2014 yang lalu. Pilihan raya kampus akan diadakan setiap tahun
atau sesi pengajian bagi memilih wakil kepimpinan dalam Majlis Perwakilan Pelajar di
sesebuah Universiti.

Dapatan Kajian
Dalam dapatan kajian yang dijalankan, bahagian ini membincangkan tentang analisa data dan
memaparkan hasil penemuan kajian yang telah dilakukan daripada borang soal selidik yang
telah diisi oleh responden.

Demografi responden

Jantina
Untuk menjalankan kajian kes tentang fenomena pilihan raya kampus di UPSI, seramai 30
orang responden yang terlibat terdiri daripada pelajar UPSI iaitu seramai 30 orang mewakili
13 orang responden lelaki dan 17 orang responden wanita.
Jadual 2: Jantina Responden yang terlibat
Jantina
Lelaki
Wanita

Nilai
13 orang
17 orang

Peratus
43 %
57 %

Analisa terhadap pandangan mahasiswa dan mahasiswi UPSI terhadap fenomena


pilihan raya kampus dan pandangan terhadap AUKU. Hasil daripada kajian soal selidik dan
temu bual yang dijalankan didapati bahawa mahasiswa UPSI mempunyai pelbagai tanggapan
terhadap fenomena pilihan raya di kampus dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
Berdasarkan kajian yang dijalankan, terdapat seramai 25 orang mahasiswa dan
mahasiswi UPSI yang terdiri daripada 15 orang pelajar lelaki yang mewakili sebanyak 50%
manakala 33% pelajar wanita yang suka mengambil tahu tentang perkembangan pilihan raya
UPSI. Selebihnya adalah tidak pasti. Selain itu, semua responden yang terlibat menjalankan
tanggungjawab sebagai mahasiswa dan mahasiswi dengan mengundi calon yang sesuai
semasa pilihan raya kampus diadakan. Manakala kempen pilihan raya yang diadakan adalah
bertanding secara adil dan tidak menggunakan sebarang unsur rasuah bagi memenangi pilihan
raya yang dipertandingkan.
AUKU sesuai dijalankan di UPSI juga dipersetujui oleh seramai 43% pelajar wanita
dan 57% pelajar lelaki. Hal ini kerana, menurut responden, AUKU mengandungi hak dan
tanggungan pelajar serta kakitangan universiti yang menjadi panduan pada perjalanan sistem
pentadbiran di universiti. Terdapat seramai 15 orang pelajar yang menyatakan bahawa AUKU
menyekat kebebasan akademik mahasiswa iaitu seramai 33% pelajar lelaki dan 17% pelajar
wanita dan selebihnya adalah tidak menyokong bahawa AUKU menyekat kebebasan
akademik mahasiswa. Ini menunjukkan bahawa mahasiswa dan mahasiswi UPSI mempunyai
pengetahuan yang banyak dalam bidang AUKU.

Pelaksanaan AUKU adalah untuk kepentingan pemerintah juga dipersetujui oleh


responden. Hal ini dapat dilihat bahawa sebanyak 63% pelajar lelaki dan 37% pelajar
perempuan menunjukkan sangat setuju dengan penyataan ini. Kebanyakan pelajar sangat
setuju bahawa pelaksanaan AUKU memberi kesan kepada pelajar. Kajian mendapati bahawa
sebanyak 53% pelajar lelaki dan 47% pelajar perempuan yang minat melibatkan diri dalam
persatuan yang dianjurkan oleh persatuan pelajar atau pihak universiti yang membolehkan
mereka mendapat peluang untuk mengetahui tentang AUKU. Ini menunjukkan bahawa
mahasiswa dan mahasiswi UPSI minat dalam melibatkan diri dalam persatuan yang
dianjurkan oleh universiti.
Seterusnya ialah sebab utama pelajar mengundi adalah menjalankan tanggungjawab
sebagai mahasiswa di universiti. Penyataan ini disokong oleh pelajar dengan menunjukkan
bahawa sebanyak 63% pelajar lelaki dan 37% pelajar perempuan yang menyatakan sangat
setuju iaitu mereka mengundi kerana merasakan tanggungjawab mereka untuk mengundi.
Seterusnya adalah faktor utama mengundi adalah dipaksa oleh pihak pentadbiran. Penyataan
ini disokong oleh beberapa orang pelajar sahaja iaitu seramai 3 orang pelajar lelaki dan 10
orang pelajar perempuan. Hal ini kerana, menurut mereka, jika tidak mengundi dalam pilihan
raya kampus, mereka tidak akan diberi peluang untuk menetap di kolej kediaman UPSI.
Pelajar juga menyatakan sangat setuju dengan penyataan pilihan raya kampus
memainkan peranan penting dalam pentadbiran UPSI. Hal ini dapat dilihat sebanyak 37%
pelajar lelaki dan 63% pelajar perempuan yang bersetuju dengan pendapat ini. Menurut
mereka, wakil pelajar yang dipilih dalam pilihan raya kampus akan melaksanakan dan
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar terutamanya berkaitan dengan
keselesaan pelajar sama ada dalam bidang akademik mahupun kebajikan pelajar. Media massa
mempengaruhi pemilihan calon juga dipersetujui oleh pelajar iaitu sebanyak 53% pelajar
lelaki dan 47% pelajar perempuan yang sangat setuju dengan penyataan ini. Menurut mereka,
ramai calon-calon yang bertanding cuba mempengaruhi pelajar melalui media massa seperti
Facebook.
Selain itu, pengaruh latar belakang calon juga memainkan peranan dalam proses
pengundian. Penyataan ini sangat dipersetujui oleh mahasiswa iaitu sebanyak 100% pelajar
lelaki dan perempuan menyokong penyataan ini. Menurut mereka, biasanya calon yang
bertanding mempunyai latar belakang yang baik dan bagus dalam bidang akademik, sukan
dan persatuan. Latar belakang yang bagus ini menarik perhatian pelajar untuk memilih bakal

pemimpin mereka di universiti supaya dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab yang
diberikan dengan baik.

Strategi yang diambil oleh calon pilihanraya

Kelebihan dan Kelebihan Pilihanraya Kampus

Kesimpulan

Kajian ini telah memenuhi objektif kajian dan menjawab persoalan kajian. Dapatan
kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara AUKU sesuai dijalankan di
UPSI dan AUKU menyekat kebebasan akademik mahasiswa. Mahasiswa dan mahasiswi juga
suka mengambil tahu tentang perkembangan pilihan raya di UPSI. Pelaksanaan AUKU adalah
untuk kepentingan pemerintah supaya tiada sebarang masalah semasa pilihanraya dijalankan
atau dilaksanakan di kampus. Oleh itu, setiap universiti perlukan AUKU untuk memastikan
tiada sebarang unsur-unsur negatif yang boleh menyebabkan pentadbiran universiti terganggu.
Mahasiswa dan mahasiswi yang terlibat sebagai responden memahami tugas mereka semasa
berada di universiti dan apabila kempen pilihan raya bermula. Pihak-pihak yang terlibat akan
memainkan peranan masing-masing dan memastikan pilihan raya berjalan mengikut waktu
yang ditetapkan. Para pengundi juga memahami tanggungjawab mereka untuk keluar
mengundi. Meskipun pengundi yang keluar untuk mengundi bukanlah 100 peratus, tetapi
masih berada pada tahap yang memuaskan.
Secara keseluruhannya hasil kajian ini menunjukkan bahawa tahap kesedaran pelajar
terhadap kewujudan serta peranan dan tanggungjawab MPP adalah masih berada pada tahap
sederhana. Hal ini kerana, majoriti pengundi dapat mengenali calon yang bakal memimpin
mereka hanya melalui media sosial iaitu facebook kerana mereka jarang ke kawasankawasan dimana kempen pilihan raya dijalankan. Tambahan pula, tidak semua pelajar akan
mengetahui tentang kewujudan bakal pemimpin mereka kerana calon-calon ini tidak
didedahkan secara besar-besaran seperti ahli politik diluar. Skop mereka lebih kecil dan hanya
berada di kawasan kampus serta hanya untuk pentadbiran universiti. Ini bermakna pihak MPP
dan universiti perlu mempertingkatkan kesedaran pelajar terhadap MPP. Di samping itu
persepsi pelajar terhadap keseluruhan proses pilihanraya juga adalah agak tinggi. Oleh itu
masih banyak lagi ruang yang perlu diperbaiki bagi memastikan proses pilihanraya berjalan
dengan teratur dan telus.
Terdapat banyak kebaikan atas kajian yang dijalankan terhadap pelajar UPSI mengenai
pilihan raya kampus ini. Mereka juga dapat didedahkan dengan AUKU atau Akta Universiti
dan Kolej Universiti. Masih ada diantara pelajar yang tidak peka dengan dengan pilihan raya
kampus dan tanggungjawab mereka. Oleh itu, semua pihak yang terlibat perlu ada kesedaran
untuk mendedahkan mengenai pilihan raya kampus kepada para pelajar universiti. Menurut
Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) sesi 2010/2011,
Saudara Lt M Ahmad Muzammil Bin Muhd Hairi, beliau mengatakan: Pilihanraya kampus
mengajar dan memberi pengalaman kepada mahasiswa berkaitan dengan proses-proses

pilihanraya yang serupa dengan pilihanraya umum. Ini secara tidak langsung
menimbulkan kesedaran politik dan memberikan peluang kepada mahasiswa untuk
memilih pucuk pimpinan mereka. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) adalah pemimpin
kepada golongan mahasiswa dan mahasiswi sesebuah universiti. MPP bukanlah satu badan
yang dikawal oleh mana-mana pihak tetapi perlulah berdiri di atas semangat kepimpinan dan
integriti serta tanggungjawab dalam menjalankan tugas. Tidak kira siapa pun yang menjadi
wakil mahasiswa dalam tampuk pemerintahan MPP tetapi pemimpin itu mestilah adil dan
saksama dalam menghidupkan budaya ilmu dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi.
Pemimpin itu juga perlu membawa pemerintahannya kearah intelektual di samping
membangkitkan persoalan tanggungjawab dan hak mahasiswa ke arah membudayakan ilmu di
segenap ruang universiti. Pemimpin yang berwawasan mampu menjadikan universiti sebagai
sebuah institusi ilmu yang disegani.
Kesimpulannya, menjadi wakil mahasiswa di kerusi MPP bukanlah satu perkara yang
boleh dibangga-banggakan tetapi ia memegang seribu satu harapan untuk seluruh mahasiswa
dan mahasiswi di universiti serta pilihan raya di universiti juga amat penting untuk
memastikan pemilihan pemimpin berjalan lancar.

(RUJUKAN ----https://gerakanmahasiswapantaitimur.wordpress.com/2012/09/29/pilihanrayakampus-mahasiswa-pemimpin-sistem/)
Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) sesi
2010/2011, Saudara Lt M Ahmad Muzammil Bin Muhd Hairi, Pilihanraya kampus
mengajar dan memberi pengalaman kepada mahasiswa berkaitan dengan proses-proses
pilihanraya yang serupa dengan pilihanraya umum. Ini secara tidak langsung
menimbulkan kesedaran politik dan memberikan peluang kepada mahasiswa untuk
memilih pucuk pimpinan mereka.