Anda di halaman 1dari 4

REFLEKSI

Yang kurik itu kundi,


Yang merah itu saga;
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.
Salam sejahtera dan salam perpaduan.
Saya Nagamma A/P Sinnathamby guru pelatih dari unit Pengajian Melayu ambilan
Januari 2014 Semester 6, diberi kerja kursus pendek kumpulan bagi mata pelajaran
KOKURIKULUM-PERSATUAN (WAJ 3131). Sebelum kita memulakan bicara, saya sebagai
seorang peserta program ini ingin merungkaikan serba sedikit tentang kerja kursus ini..
Bagi melaksanakan kerja kursus ini, kami telah merancang dan melaksanakan satu
lawatan yang penuh ekspedisi. Dengan ini saya sangat bersyukur dan berasa berpuas hati
dengan penglibatan saya dalam lawatan ini. Untuk pengetahuan, lawatan ini telah
dilaksanakan pada 05 Oktober 2016 (Rabu) hingga 07 Oktober 2016 (Jumaat), bertempat di
Tasik Kenyir, Kuala Berang, Terengganu yang dianggotai oleh 100 orang guru pelatih dari
empat unit iaitu Bahasa Melayu, Pemulihan, Bahasa Cina dan Sains.
Dalam membuat tugasan ini, saya telah diamanahkan untuk membina satu refleksi
berdasarkan pengalaman yang diperoleh ketika lawatan ini. Hasilnya, saya berjaya
mengumpul maklumat dari heterogen sumber tentang tugasan ini. Saya

mula merasai

kepentingan lawatan ini terhadap diri saya kerana saya dapat belajar nilai berdikari serta
kemahiran berfikir. Melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya peroleh,
dengan izin Tuhan yang Maha Kuasa, saya akan praktik sebaik mungkin dan akan saya
turunkan ilmu ini kepada para pelajar nanti. Setelah saya banyak membuat pencarian
maklumat, saya berharap ilmu ini akan terus bermanfaat kepada para pelajar. Saya dapat
mengetahui pro dan kontra aktiviti lawatan ini.
Justeru, sebelum melaksanakan lawatan ini, kami telah menubuhkan satu organisasi
untuk menguruskan program ini. Beberapa siri mesyuarat telah diadakan dalam usaha untuk
melicinkan program ini. Jika terdapat kemusykilan, kami akan merujuk kepada pembimbing
WAJ 3131 iaitu Pn.Thirumagal A/P Nakar Sallapan. Lawatan kali ini adalah agak istimewa
kerana mendedahkan kami kepada alam realiti yang penuh cabaran untuk kami hadapi
pada masa kelak dari segi hubungan antara ahli yang pelbagai bangsa dan unit. Kami juga
memilih ahli jawatankuasa bagi organisasi tersebut. Jadi, saya dipilih sebagai AJK Disiplin.
Semasa melaksanakan projek lawatan ini, kami melaksanakan aktiviti berdasarkan
jadual pelaksanaan yang dirancang. Pada hari kedua, kami telah melaksanakan lawatan ke

Taman Tema Air Tasik Kenyir dan ke Taman Herba. Dalam proses pembinaan seorang guru
yang cemerlang dan seimbang, memerlukan beberapa perkara yang penting. Apa yang
penting, seseorang yang melalui proses menjadi guru hendaklah memahami domain
pembangunan diri yang seimbang, seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, memahami konsep, nilai dan etika keguruan,memahami citra diri sebagai
seorang insan guru dan membina pemikiran yang positif dan motivasi yang tinggi terhadap
profesion keguruan itu sendiri. Jadi, ini dapat saya ketahui dan pelajari melalui aktiviti di
Taman Tema Air iaitu cabaran Wipe Out. Melalui ini juga saya dapat melalui pelbagai
dugaan bagi sampai ke penghujung permainan ini dan hasilnya saya berjaya. Bukan itu
sahaja, saya dapat mengeratkan lagi hubungan tali persaudaraan antara rakan seunit
dengan saling tolong-menolong dan bersama-sama mengatasi cabaran berikut. Aktiviti
lawatan Taman Herba pula dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan saya agar tidak lagi
seperti katak di bawah tempurung. Saya dapat mengetahui pelbagai jenis tanaman herba
dan fungsinya serta berpeluang minum kacip fatimah yang merupakan sejenis herba tenaga
kewanitaan.
Melalui projek ini, kami selaku bakal pendidik sentiasa menjadikan diri kami fleksibel
semasa menjalankan tugas. Ini kerana tugas guru kini bukan sahaja sebagai penyampai
ilmu, tetapi terdapat beberapa tugas sampingan yang boleh membebankan diri sendiri jika
tidak diurus dengan baik dan sempurna. Ini bermakna,seorang guru itu perlu tahu mengurus
perubahan diri yang berlaku ke atas diri mereka, organisasi yang ada di sekolah dalam
bidang kurikulum ataupun ko-kurikulum juga persekitaran sektor pendidikan itu sendiri.
Lawatan ini juga mampu memimpin saya untuk menjadi seorang guru yang baik dan
memimpin saya dalam membina pemikiran yang positif dan rasional serta dapat
memotivasikan diri saya dalam profesion guru itu sendiri. Misalnya, walaupun kami tidak
dapat melaksanakan aktiviti ke Santuri Kelah kerana segelintir rakan sekumpulan sakit tetapi
masih kami dapat melaksanakan aktiviti dalam kumpulan(LDK) sambil berada di houseboat.
Apa yang saya pelajari di sini adalah sebagai bakal guru kita perlu sentiasa bersedia dalam
menghadapi apa jua cabaran dari segi fizikal dan mental serta mampu membuat keputusan
yang bernas.
Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa objektif kerja kursus ini telah
berjaya dicapai. Saya berharap program seperti ini akan dapat diteruskan pada masa akan
datang kerana ini merupakan kaedah yang baik untuk membentuk insan guru yang
berakhlak mulia, berkasih sayang, mempunyai semangat juang yang tinggi, dapat
menyesuaikan diri dalam apa-apa jua keadaan, dan juga dapat mengatasi sebarang
cabaran atau rintangan, lantas melahirkan guru yang seimbang dan cemerlang. Bukan itu
sahaja, diharapkan program ini turut akan menyediakan mental dan rohani guru pelatih agar

mereka akan bersedia untuk berkhidmat dan berbakti untuk negara. Sebagai penutup
bicara, saya dapat memahami konsep sebenar membuat kerja kursus ini serta kualiti yang
harus ada pada seorang guru dalam menerajui tanah air bak kata pepatah yang bermula
dengan pemudi tiang negara,.

Guru yang berkarakter adalah guru yang cerdas, mandiri serta berwawasan luas.
(Usman, 2006).

Anda mungkin juga menyukai