Anda di halaman 1dari 2

ESEI: MENGGALAKKAN GOTONG-ROYONG....!

Soalan:
PENDAHULUAN:

Gotong-royong telah menjadi amalan turun-temurun masyarakat Melayu.

Kehidupan mereka tidak dapat lari daripada semangat tolong-menolong, sandarmenyandar ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Namun sayang seribu kali sayang, kini amalan gotong-royong semakin dilupakan
terutamanya dalam kalangan pelajar.

Pelbagai langkah yang boleh dilaksanakan bagi menggalakkan amalan gotong-royong


dalam kalangan pelajar.

ISI-ISI PENTING:

Ibu bapa sewajarnya menanamkan amalan gotong-royong kepada anak-anak sejak di


dalam buaian lagi.

Ibu bapa juga mestilah lebih mempamerkan teladan yang baik terhadap anak-anak
mereka.

Anggota keluarga juga perlu memainkan peranan menggalakkan anak-anak


mendekatkan diri dengan aktiviti gotong-royong.

Guru-guru di samping tugas hakiki mendidik anak bangsa, seharusnya sentiasa


memberikan nasihat dan tunjuk ajar tentang kelebihan gotong-royong.

Kementerian Pelajaran melalui pihak sekolah mestilah memperbanyak aktiviti yang


mendorong pelajar menjalankan aktiviti gotong-royong.

Masyarakat sekeliling sentiasa menyokong segala program yang diatur untuk tujuan
tersebut di samping menjadi cerminan kepada golongan pelajar.

Peranan media massa menyebarkan maklumat tentang kepentingan gotong-royong


kepada golongan pelajar melalui kempen-kempen yang berkesan.

Golongan pelajar juga perlu sedar betapa berfaedahnya amalan gotong-royong ini jika
sentiasa diutamakan.

Golongan pendakwah boleh membantu menyemaikan amalan ini dalam kalangan


pelajar.

PENUTUP:

Kesimpulannya, semua pihak perlu lebih komited menyemaikan amalan gotongroyong dalam kalangan pelajar agar amalan yang mulia ini terus hidup dalam
kalangan pelajar.