Anda di halaman 1dari 8

TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS KEJOHANAN

BALAPAN DAN PADANG SKTSW KALI KE 14 2016


Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Encik Amir bin Abdul Samad, Penyelia Kanan
Sukan PPD KMY, diiringi oleh Yang Berusaha En Mohd Effendi bin Abdul Rahman, Guru
Besar SKTSW bersama tetamu kehormat ke Temasya Kejohanan Balapan dan Padang
SKTSW kali ke 14 , tahun 2016.

ACARA PERASMIAN DAN PEMBUKAAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG


SKTSW KALI KE 14 , 2016.
1. Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera, salam satu Malaysia, salam Kedah
serata-rata.
Yang Berbahagia Encik Amir bin Abdul Samad, Penyelia Kanan Sukan PPD KMY,
Mewakili Tuan Pegawai Pendidikan Daerah KMY, Tuan Sheikh Amar bin Sheikh Abd
Rahim,
Yg Berusaha En Mohd Effendi bin Abdul Rahman, GB SKTSW.
Yang Dihormati Encik Shamsulsham bin Shabudin, Naib Yang Dipertua PIBG
SKTSW,
,guru-guru penolong kanan,para pegawai kejohanan balapan dan padang, ahli-ahli
jawatan kuasa PIBG, barisan para guru, murid-murid ,serta hadirin dan hadirat
sekalian.
Selamat datang , ke Temasya Kejohanan Balapan dan Padang , SKTSW kali ke 14
tahun 2016, yang penuh ceria dan bermakna ini.

Mengorak langkah menuju ke depan.


Semangat membara penuh di jiwa,
Berjuang dengan semangat kesukanan,
Menempuh halangan ke puncak jaya.

2. Hadirin dan hadirat yang dihormati.


Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana sekali lagi kita dapat melaksanakan
penganjuran Kejohanan Balapan dan Padang buat kali yang ke 14 bagi tahun 2016.
1

3. Hadirin dan hadirat sekalian.


Kejohanan Balapan dan Padang SKTSW kali ke 14, 2016 dimulakan dengan
perbarisan lintas hormat oleh kontinjen rumah sukan dan unit- beruniform .
( Muzik Berbunyi )
4. Sekarang, majlis dengan segala hormatnya , menjemput Yang Berusaha En Mohd
Effendi bin Abdul Rahman, Guru Besar SKTSW untuk mengiringi Yang Berbahagia
Encik Amir bin Abdul Samad, Penyelia Kanan Sukan PPD KMY bagi menerima
tabik hormat. Dengan segala hormat dipersilakan.
( Bendera di selekoh )
5. Perbarisan lintas hormat Kejohanan Balapan dan Padang SKTSW kali ke 14, 2016
disertai oleh 10 kontinjen. Perbarisan masuk kontinjen dimulai dengan pembawa
bendera kejohanan , diketuai oleh adik Shahril Iskandar bin Sharizal.
6. Seterusnya , diikuti pula dengan Pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah, diketuai
oleh adik Mohd Adam bin Mohd Azhar.
7.

Menyusul pula , ialah kontinjen dari Rumah Temenggung ( Biru) , yang diketuai oleh
adik Tengku Mohd Zafrinajmin bin Tengku Kamal.
Kontinjen ini membawa konsep Lets Get Frozen In Excitement yang menggambarkan
keterujaan untuk menuju kejayaan.
Melangkah gagah putera puteri harapan
Menjunjung tinggi semangat kesukanan
Bersiap sedia hadapi cabaran
Bendera dikibar lambang kemegahan
8. Diikuti pula , oleh Pasukan Pengakap Kanak-Kanak SKTSW ,diketuai oleh adik
Afdhal Daniel bin Malik.
9. Seterusnya , dengan langkah penuh harapan , ialah Kontinjen dari Rumah
Syahbandar ( Kuning) diketuai oleh adik

Mohd Azmeer Arif bin Azhar. Kontinjen

Ini menampilkan motto mereka zorro pahlawan tersohor sebagai simbol perjuangan
agar terus mara ke hadapan.
2

Berkibar bendera warna diraja


Semangat di dada sentiasa membara
Gagah melangkah menempuh bahaya
Dengan semangat berkobar di jiwa
8.

Maju ke hadapan sekarang ialah , kontinjen dari Bulan Sabit Merah Malaysia
SKTSW diketuai oleh adik Abdul Rahman Danish bin Malik.

9.

Melalui di hadapan sekarang, ialah kontinjen dari Rumah Laksamana


(hijau), diketuai oleh adik Syamil Rafiqi bin Mohd Zaidi. Kontinjen dari rumah
Laksamana membawa tema Kesatriaan Terbilang dengan motto mereka
Laksamana Pasti Boleh.
Mara mereka penuh harapan
Siap sedia hadapi cabaran
Bendera dikibar lambang kemegahan
Mercu kejayaan pasti ditawan

10. Sekarang menyusul pula, kontinjen dari Pandu Puteri Tunas SKTSW, diketuai oleh
Adik Nur Fatin Najwa bt Khairul Azman.
11. Kontinjen yang mara ke hadapan sekarang , ialah dari Rumah Bendahara
( merah) dengan

mengetengahkan Boboboi Api yang menggambarkan semangat

waja yang membara. Kontinjen ini diketuai oleh adik Fahimah Humaira bt Abd Halim. .
Langkah mereka langkah pahlawan
Pantang menyerah sebelum berlawan
Terus mara maju ke hadapan
Bersiap sedia hadapi cabaran.
12. Akhir sekali ,kontinjen yang maju ke hadapan ialah Pasukan Puteri Islam, yang
diketuai oleh adik Nur Haziqah bt Azizan.
13. Begitulah tadi selesainya acara lintas hormat oleh kontinjen rumah sukan dan
unit beruniform. Untuk makluman hadirin , seramai 196 orang peserta telah
menyertai acara lintas hormat sebentar tadi.
3

14. Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Yang Berbahagia Encik Amir bin
Abdul Samad, Penyelia Kanan Sukan PPD KMY atas kesudian menerima tabik hormat
sebentar tadi.
(Ucapan aluan pengerusi )
Pergi berhuma di tanjung rokan
Sebelum pulang mengail ikan
Kehadiran yang Berbahagia Kami alu-alukan
Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan
15. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada

atas kesudian meluangkan masa menghadirkan diri untuk memeriahkan lagi serta
merasmikan temasya kejohanan Balapan dan Padang kali ke 14 SKTSW bagi tahun 2016.
Mawar di taman mekar nan indah
Harum mewangi jambangan kasturi
Terukir senyuman terbayang di wajah
Kejohanan kita bertambah seri
Pohon rokan di atas kota,
Di atas papan batang jerami
Tampil lah tuan kami meminta
Bersama ucapan kata perasmi

16. Hadirin dan hadirat yang dihormati,


Sekarang majlis dengan segala hormatnya , mempersilakan Yang Berusaha Encik
Mohd Effendi bin Abdul Rahman bagi mengiringi Yang Berbahagia Encik Amir bin
Abdul Samad, Penyelia Kanan Sukan PPD KMY untuk merasmikan dan melancarkan
Gimik Kejohanan Balapan dan Padang

SKTSW kali ke 14, 2016. Dengan segala

hormatnya dipersilakan.

(Menaikkan Bendera Kejohanan)


7. Hadirin yang dihormati sekalian.
Kini , tibalah pula kepada upacara menaikkan bendera Kejohanan Balapan dan
Padang SKTSW kali ke 14, 2016 . Upacara ini diketuai oleh Adik Shahril Iskandar
bin Shahrizal. Dipersilakan.
18. Begitulah tadi selesainya upacara menaikkan bendera kejohanan, sebagai
simbol

bermulanya kejohanan balapan dan padang SKTSW kali ke 14 bagi tahun

2016.
. 19. Hadirin dan hadirat yang dihormati ,
Majlis diteruskan lagi dengan bacaan ikrar kejohanan yang akan diketuai oleh adik
Muhd Kholil bin Ahmad Azian. Dipersilakan.
20.

Begitulah tadi selesainya majlis pembacaan ikrar kejohanan sebagai tanda


komitmen semua peserta kepada kejohanan ini.

21.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Encik Amir bin

Abdul Samad, Penyelia Kanan Sukan PPD KMY atas kesudian menyempurnakan Gimik
Pelancaran dan Perasmian Kejohanan Balapan dan Padang SKTSW kali ke

14, 2016

sebentar tadi.

22. Seterusnya , kita akan menyaksikan pula perarakan keluar kontinjen rumah
sukan dan unit beruniform dari padang ke khemah masing-masing.

ACARA SUKAN BERMULA

23. Hadirin sekalian


Acara-acara balapan sempena Kejohanan Balapan dan Padang SKTSW 2016 akan
berlangsung sebentar lagi. Untuk itu, diminta semua pegawai kejohanan untuk
melaporkan diri di bahagian urusetia sekarang.
24. Sekarang ini , diumumkan kedudukan rumah-rumah sukan sehingga kini

..

25.

Acara pertama yang akan berlangsung sebentar lagi ialah ( lihat pada senarai
buku program.)

( Penyampaian hadiah untuk enam acara pertama oleh perasmi)


26. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada

yang telah sudi menyempurnakan majlis sebentar tadi. Sebagai tanda penghargaan, majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan En Mohd Effendi bin Abdul Rahman, Guru Besar
SKTSW untuk menyampaikan cenderahati kepada

Majlis dengan ini mempersilakan.

Tanam laguni tumbuh kelapa,


Terbit bunga pohonnya mati,
Budimu tuan kami tak lupa,
Sudah terpahat di dalam hati.

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN BALAPAN DAN


PADANG SKTSW KALI KE 14, 2016
6

Dijemput semua peserta dan semua ahli rumah sukan untuk bergerak ke padang dan
berada di hadapan untuk acara penyampaian hadiah dan majlis penutupan
kejohanan.
Assalamualaikum W B T, Salam Sejahtera, Salam Satu Malaysia, Salam Kedah
Serata-rata.
1. Yang Berusaha En Mohd Effendi bin abd Rahman, Guru Besar SKTSW,
Yang Dihormati Pn Maznah bt Mashoor, GPK 1,
Yang Dihormati Tn Hj Ishak bin Arshad, GPK HEM,
Yang Dihormati En Rosmadi Maula Ramli, GPK Kokurikulum,
Yang Dihormati Pn Zakiah bt Zakaria , Penolong Kanan Petang,
Guru-guru, dan murid-murid sekalian.
2.

Hadirin dan hadirat yang dihormati.


Alhamdulillah, kita telah selesai melaksanakan semua acara sukan bagi
kejohanan balapan dan padang pada tahun ini dengan jayanya. Kepada perserta
yang Berjaya, tahniah diucapkan dan kepada yang tidak Berjaya, tahun hadapan
cuba lagi.

3. (Penyampaian Hadiah)
Bagi mengiktirafkan kejayaan para
peserta, pihak majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En Rosmadi Maula
Ramli, Pen Kanan Kokurikulum, mengiringi Yang Berusaha En MOhd Effendi bin Abd
Rahman, Guru Besar SKTSW untuk menyampaikan hadiah. Majlis dengan ini
mempersilakan.
( Penyampaian hadiah dimulakan. Rujuk senarai penerima hadiah)
4. Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha En Mohd Effendi bin
Abd Rahman, Guru Besar SKTSW atas kesudian menyempurnakan majlis sebentar
tadi.

(Ucapan Perasmian Penutupan)


5.

Hadirin dan hadirat sekalian.

Untuk menyempurnakan majlis penutupan Temasya Kejohanan Balapan dan Padang


pada kali ini, majlis sekali lagi menjemput En Rosmadi Maula Ramli, GPK Kokurikulum
bagi mengiringi Yang Berusaha En Mohd Effendi bin Abd Rahman, Guru Besar
SKTSW untuk

menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis

Penutupan Kejohanan Balapan dan Padang kali ke 14, 2016. Majlis dengan ini
mempersilakan.
5. Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas
ucapan sebentar tadi.
(Penurunan Bendera Kejohanan)
6. Kini kita akan menyaksikan upacara penurunan bendera dan acara penyerahan
bendera kejohanan kepada Tuan Guru Besar. Dipersilakan.
7. Begitulah selesainya majlis penutupan Temasya Kejohanan Balapan dan Padang
SKTSW kali ke 14, tahun 2016.
8.

Sekali lagi, syabas dan tahniah kepada pasukan dan peserta-peserta yang Berjaya,
kepada yang kurang Berjaya, teruskan usaha, jangan berputus asa.

9. Bagi mengakhiri majlis kita pada hari ini, diminta semua berdiri tegak untuk
menyanyikan lagu Negaraku.

10.Akhir kata, semoga kita bersua kembali pada temasya tahun hadapan.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah , dan setiap kesilapan dan
kekurangan datangnya daripada kami sendiri. Assalamualaikum dan berjumpa
lagi .
8

Anda mungkin juga menyukai