Anda di halaman 1dari 12

MEMAHAMI AKIDAH AHLI SUNNAH WA AL- JAMAAH YANG TULIN

PROF . MADYA DR BASRI BIN IBRAHIM


PUSAT PENGAJIAN SYARIAH
FAKULTI PENGAJIAN KONTEMPORARI ISLAM
UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN
21300 KUALA TERENGGANU

PENDAHULUAN

Aqidah Ahli Sunnah wa al-Jamaah merupakan pegangan umat Islam sejak turun temurun.

Ia merupakan satu-satu akidah umat Islam yang sebenar.

Di Malaysia akidah ahli al-Sunnah wa al-Jamaah diisytiharkan sebagai akidah yang menjadi
pegangan umat Islam.

Ajaran yang lain daripada ahli al-Sunnah wa al-Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak
dan undang-undang Islam.

DEFINISI AKIDAH ISLAM


Akidah
ikatan dan simpulan yang kuat
Pegangan yang kuat, utuh, menyakinkan
Kepercayaan atau keimanan yang muktamad tanpa sedikitpun rasa syak dan ragu-ragu
Akidah Islam
Keimanan yang teguh dan bersifat pasti kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala
kewajipan, mentauhidkanNya dan taat kepadaNya, beriman kepada para malaikatNya, para
rasulNya, kitab-kitabNya, hari akhirat, takdir baik dan takdir buruk dan mempercayai seluruh
apa yang telah sahih tentang prinsip-prinsip agama dan usuludin, perkara-perkara ghaib,
beriman dengan apa yang telah menjadi ijmak salafus salih, seluruh berita yang qati, baik
secara ilmiyah mahupun amaliyah, yang telah ditetapkan menurut al-Quran dan al-Sunnah dan
ijmak para ulama. (Aql, 1419)

NAMA-NAMA BERKAITAN DENGAN ILMU AKIDAH

Al-Fiqh al-Akbar dijelaskan oleh imam Abu Hanifah dalam karyanya al-Fiqh al-Akbar

Ilmu al-Nazar wa al-Istidlal bersandarkan kepada manhaj pemerhatian fikiran dan kewarasan
akal sebagai jalan untuk menetapkan asas-asas akidah yang telah sabit dengan nas-nas agama

Tauhid dan sifat- melibatkan perbahasan yang serius dalam ilmu akidah- berkaitan tauhid dan
sifat ketuhanan

Ilmu Aqaid mengkaji akidah-akidah agama dan menetapkannya dengan dalil-dalil yang yakin.

Usuluddin melibatkan prinsip-prinsip pengetahuan agama. Daripada sini muncul perbahasan


tentang cabang-cabang pengetahuan agama

DEFINISI AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Ahli sunnah membawa maksud pendukung sunnah Rasulullah s.a.w

Jamaah merujuk kepada jamaah Rasulullah s.a.w. para sahabat, tabiin, tabi tabiin dan orangorang Islam yang mewarisi islam menurut cara dan pendekatan mereka

Rasulullah s.a.w: dalam hadis riwayat Abu Dawud:


(Sahih menurut al-Albani dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah)

Rasulullah s.a.w bersabda dalam hadis riwayat Malik:







(Sahih menurut al-Albani dalam Sahih al-Jami no: 2068)

[al-Wajiz Fi al-Aqidah al-Salaf al-Salih, hlm. 25]






{


]59: } [


Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di
antara kamu. kemudian jika kamu berlainan Pendapat tentang sesuatu, Maka kembalikanlah
ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada
Allah dan hari kemudian. yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.

PENDAPAT ULAMA TENTANG DEFINISI AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Orang-orang Yang Mengikut Cara Rasulullah, Para Sahabat Dan Sekali-kali Tidak Melakukan
Bidah Dalam Urusan Agama Di Samping, Tidak Menyalahi Cara Rasulullah S.A.W.

Orang-orang Yang Berpegang Dengan Sunnah Rasulullah Seperti Pegangan Para Sahabat
Sebelum Golongan Ahli Bidah Seperti Golongan Muktazilah, Jabariyah, Jahmiyah, Jabariyah,
Syiah Dan Seumpamanya.

Mereka Terdiri Daripada Abu Mansur Al-Maturidi, Yang Meninggal Dalam Tahun 333 Hijriyah,
Yanag Menghasilkan Antaranya Kitab Tauhid

Dan Abu Hasan Al-asyari Yang Meninggal Tahun 330 Hijriyah Yang Menghasilkan Karya
Antaranya Al-ibanah, Maqalat Al-Islamiyyin Dan Lain-lain
(Abdul Syukor Husin, ahli al-Sunah wa al-Jamaah, pemahaman semula, hlm. 16, al-Insaf Fi
Haqiqat al-Awliya, hlm. 51 dan Qawaid al-Fiqh, jil. 1, hlm. 197)

GOLONGAN AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH MENURUT JAKIM

Orang-orang yang berpegang dengan al-Quran dan al-Sunnah, mengikut kaedah "manhaj salaf
dan khalaf ( Asyairah dan Maturidiyah)

Orang-orang yang berfahaman sederhana, tidak melampau dan tidak terlalu longgar.

Golongan yang mengutamakan perpaduan dan persaudaraan Islam bukan permusuhan.


Perdamaian bukan peperangan. Tidak memuja pemimpin, tidak taasub, sehingga mengkafir dan
menyesatkan sesama Islam.
(Aizam Masud, 2013)

AKIDAH AHLI SUNNAH WA AL-JAMAAH DI MALAYSIA BERDASARKAN TRADISI

Akidah Ahli Sunnah Wa Al-Jamaah yang diamalkan di Malaysia secara turun temurun ialah
akidah ahli al-Sunnah wa al-Jamaah berdasarkan aliran Asyairah dan al-Maturidiyah. Ia
dijelmakan dalam bentuk pendekatan pengajaran tauhid berteraskan sifat 20 oleh para ulama
zaman berzaman. Begitu juga dengan akidah al-Sanusiyah menerusi buku matn Umm al-Barahin.

Walau bagaimanapun era selepas merdeka menyaksikan akidah berdasarkan manhaj salaf mula
diperkenalkan oleh para ulama.

Tauhid tiga serangkai mula dipelajari bukan sahaja di masjid dan surau bahkan juga diperingkat
kolej dan universiti.

Kementerian pendidikan juga menguna pakai silibus berkaitan dengan tauhid tiga di peringkat
sekolah menengah

Para ulama Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah dalam menetapkan sifat dua puluh tersebut
sebenarnya bersumberkan daripada kajian dan penelitian yang cermat dan mendalam. Terdapat
beberapa alasan ilmiah yang logik serta relevan dengan fakta nas yang sedia ada yang telah
dikemukakan oleh para ulama berhubung latar belakang wajibnya mengetahui sifat dua puluh
yang wajib bagi Allah subhanahu wata`ala,
Antaranya ialah:

Setiap orang yang beriman harus meyakini bahawa Allah ta`ala wajib memiliki semua sifat
kesempurnaan yang layak bagi keagunganNya. Mereka harus meyakini bahawa mustahil Allah
ta`ala memiliki sifat kekurangan yang tidak layak bagi keagungan-Nya. Mereka juga harus
meyakini pula bahawa Allah berkuasa melakukan atau meninggalkan penciptaan segala sesuatu
yang bersifat mumkin iaitu seperti menciptakan, mematikan, menghidupkan, memberi rezki,
mengurniakan kebahagiaan, menimpakan kecelakaan dan lain-lain lagi. Ke semua ini adalah
sekian bentuk keyakinan yang paling dasar yang perlu wujud di dalam hati setiap orang Islam.

Para ulama Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah sebenarnya tidak membataskan sifat-sifat


kesempurnaan Allah hanya kepada 20 sifat sahaja. Bahkan setiap sifat kesempurnaan yang layak
bagi keagungan Allah, sudah pasti Allah wajib memiliki sekian sifat tersebut, sehingga sifat-sifat
kamalat (kesempurnaan dan keagungan) Allah itu sebenarnya tidak terbatas pada sembilan
puluh sembilan sahaja sebagaimana yang telah dikatakan oleh al-Imam al-Hafiz al-Bayhaqi.

Para ulama telah membahagikan sifat-sifat khabariyyah, iaitu sifat-sifat Allah yang terdapat di
dalam Al-Quran dan hadis seperti yang terdapat di dalam al-Asma al-Husna, kepada dua
bahagian.
(i) Sifat al-Zat iaitu sifat-sifat yang ada pada Zat Allah ta`ala, yang antara lain adalah sifat 20.
(ii) Sifat al-Af`al, iaitu sifat-sifat yang sebenarnya adalah perbuatan Allah ta`ala, seperti sifat
al-Razzaq, al-Mu`thi, al-Mani`, al-Muhyi, al-Mumit, al-Khaliq dan lain-lain.
Perbezaan antara keduanya adalah, sifat al-Zat merupakan sifat-sifat yang menjadi
Syart al-Uluhiyyah, iaitu syarat mutlak ketuhanan Allah ta`ala.

Dari sekian banyak Sifat al-Zat yang wujud tersebut, maka sifat dua puluh dianggap cukup dalam
memberi kefahaman kepada kita bahawa Allah ta`ala memiliki segala sifat kesempurnaan dan
maha suci Allah daripada segala sifat kekurangan. Di samping itu, kesemua Sifat al-Zat yang
telah terangkum dalam sifat dua puluh tersebut, dari sudut fakta, telahpun ditetapkan
berdasarkan dalil al-Quran, al-Sunnah dan dalil-dalil aqli.

Sifat dua puluh tersebut dianggap cukup kuat untuk menjadi benteng kepada akidah seseorang
daripada terpengaruh dengan faham yang keliru atau menyeleweng dalam memahami sifat
Allah ta`ala.

TAUHID TIGA SERANGKAI ialah:

Tauhid Rububiyah - Mengesakan Tuhan yang mencipta, mentadbir dan memberi rezeki kepada
sekalian alam semesta. Oleh itu sesiapa yang mengatakan ada sesuatu selain Allah yang
mencipta (sepertimana Allah mencipta), atau mentadbir alam ini, atau lain-lain daripada
perbuatan yang berunsur ketuhanan, maka dia telah melakukan Syirik dalam Rububiyah.

Tauhid Uluhiyah atau Ilahiyah - Mengesakan ibadat HANYA untuk Tuhan yang mencipta,
mentadbir dan memberi rezeki kepada sekalian alam semesta. Oleh itu, sesiapa mengalihkan
tumpuan apa-apa bentuk ibadat kepada selain Allah, maka dia telah melakukan Syirik dalam
Uluhiyah.

Tauhid Asma was-Sifat - Mengesakan Nama-Nama dan Sifat-sifat Ketuhanan yang sempurna,
kamil dan mutlak HANYA untuk Tuhan yang mencipta, mentadbir dan memberi rezeki kepada
sekalian semesta alam. Oleh itu, sesiapa yang memberikan walaupun satu sahaja daripada nama
atau sifat Allah yang sempurna kepada selain Allah, maka dia telah melakukan Syirik dalam
Asma was-Sifat.

GOLONGAN YANG TERMASUK KE DALAM AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Golongan ahli kalam seperti Abu Hasan al-Asyari dan Abu Mansur al-Maturidi yang bersih
daripada tasybih, tatil, bidah golongan rafidah, Khawarij, Jahmiyyah , al-Najjariyah dan seluruh
golongan yang mengikut nafsu.

Golonga ahli fiqh termasuk tokoh-tokoh mereka imam fiqh baik yang beraliran al-rayi mahupun
al-Hadis yang bersih daripada tasybih dan tatil termasuk para sahabat terkemuka, imam malik,
al-SyafiI, Ahmad bin Hanbal, al-Awzai, al-Thawri, Ibn Abi Laila, dan murid-murid mereka, ahli
zahir dan seluruh fuqaha yang mengithbatkan sifat dan bersih daripada golongan yang
mengikut hawa nafsu

Golongan ahli hadis, yang bersih daripada golongan yang mengikut hawa nafsu spt al-Bukhari,
Muslim, al-Tirmzii, abu dawud, Ibn mamah dan lain-lain

Golongan ahli bahasa Arab yang bersih daripada golongan yang mengikut hawa nafsu seperti
Khalil al-Farahidi, al-Ala, Sibawaih, al-Akhfasy dan lain-lain

Golongan yang pakar dalam lapangan pembacaan al-Quran, yang menjauhi golongan mengikut
hawa nafsu seperti Hafs, Asim dan lain-lain

Golongan Zuhud dan ahli-ahli sufi, yang berpegang kuat dengan al-Quran dan al-Sunnah spt alJunaid, Rabiah al-Adawiyah, al-Fudail bin Iyad, Hasan al-Basri dan lain-lain.

Golongan yang berjaga di sempadan negara daripada diceroboh oleh musuh.

Golongan rakyat jelata yang mengikut ahli al-Sunnah wa al-Jamaah dan di negara mereka
berjalan syiar ahli al-Sunnah wa al-Jamaah

( al-Baghdadi, al-Farq Bayna al-Firaq, hlm. 253-255)

ISU-ISU UTAMA BERKAITAN DENGAN AHLI SUNNAH WA AL-JAMAAH

Antaranya

IMAN

Iman perlu dimiliki oleh setiap muslim.


Perlu beriman kepada Allah, para malaikat, kitab-kitab, rasul-rasul, hari akhirat dan juga qadak dan
qadar.
Iman itu kepercayaan dalam hati, perakuan dengan lisan dan melakukan amalan dengan anggota badan.
Iman itu boleh bertambah dan boleh berkurang.

PARA NABI DAN RASUL

Nabi diwahyukan dan tidak diperintahkan menyampaikan risalah seperti para rasul.

Rasul diwahyukan dan diminta sampaikan kepada umat manusia.

Disokong dengan mukjizat apabila ada cabaran.

Sesiapa yang mendakwa nabi mempunyai sifat tuhan atau imam-imam mempunyai sifat nabi
atau tuhan adalah kafir.

Ahli al-Sunnah melebihkan para nabi mengatasi para malaikat.

Melebihkan para nabi mengatasi para wali.

Para nabi maksum daripada segala dosa besar dan kecil.

MUKJIZAT DAN KARAMAH

Mukjizat - perkara yang luar biasa yanag berlaku kepada nabi Allah di samping cabaran daripada
kaumnya dan membuktikan kebenaran dakwaan nabi tersebut.

Karamah berlaku kepada para wali dan orang-orang salih dan tidak semestinya ada cabaran.

Mukjizat wajib dizahirkan tapi karamah tidak semestinya.

URUSAN AKHIRAT

Allah s.w.t berkuasa menghancurkan ke semua alam

Allah s.w.t berkuasa untuk menghancurkan sebahagian jisim dan mengekalkan sebahagiannya
lagi.

Allah s.w.t menghidupkan manusia dan juga binatang di akhirat yang akan mati di dunia.

Neraka dan syurga diciptakan Allah dan merupakan makhluk.

Nikmat syurga berkekalan kepada ahlinya, manakala azab neraka kekal kepada orang kafir dan
munafiqin amali.

Orang yang beriman yang berdosa tidak kekal dalam neraka. Yang kekal adalah orang kafir
sahaja.

Mengisbatkan adanya soaljawab di dalam kubur dan azab kubur untuk ahlinya yang berdosa.

Mengisbatkan azab kubur dikenakan kepada orang yang menolak adanya azab kubur.

Mempercayai adanya kolam kauthar, titian, neraca timbangan. Sesiapa yanag tidak percaya
kepada adanya kolam Kauthar, diharamkan daripada meminum air kolam tersebut.

Mengisbatkan adanya syaafat daripada nabi dan daripada orang-orang salih dalam kalangan
umatnya untuk orang mukmin yang berdosa.
( al-Baghdadi, al-Farq Bayna al-Firaq)

KEWAJIPAN MELANTIK KETUA NEGARA


Wajib melantik ketua negara bagi orang-orang Islam, bagi:

Menjaga Islam

Menegakkan agama

Melaksanakan hudud

Menguruskan hal ehwal orang-orang Islam

Melaksanakan segala hak

Menghukum berdasarkan apa yang diturunkan Allah

Menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar

Berdakwah kepada agama Allah

Wajib taat kepada pemerintah yang dilantik dan tidak boleh derhaka

Wajib menunaikan solat di belakang ketua negara, para amir, dan gabnor dan mendokong amar
makruf dan nahyu mungkar yang mereka lakukan samada mereka orang yang baik mahupun
fasik

Perlu berdoa untuk mereka agar dikurniakan dengan kebaikan, istiqamah dan hidayah dan juga
menasihati dan membimbing mereka ke jalan yang lurus.

Haram keluar menentang mereka dengan pedang, jika mereka melanggar hukum Allah yang
tidak mencecah tahap kufur terang-terangan

AKIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH MENURUT IMAM AL-GHAZALI


KEPERCAYAAN TENTANG ZAT ALLAH

Dia adalah tuhan yang maha Esa, tiada sekutu bagiNya. Dialah tuhan yang maha dahulu yang
tidak ada permulaanNya, kekal wujudNya yang tiada pengakhiran. Dia adalah tuhan yang maha
abadi, tiada penghabisannya, maha kekal, tidak binasa sama sekali. Dia tidak akan hilang dan
tidak akan lenyap, bersifat dengan segala sifat keagungan. Tidak akan musnah ataupun terputus
sekalipun dengan berlalunya waktu.

Allah s.w.t adalah tuhan yang maha dahulu dan maha akhir. Maha zahir dan maha batin. Dia
juga adalah tuhan yang maha mengetahui segala sesuatu. Dia bukan sesuatu yang dapat
digambarkan bentuk rupa parasnya. Dia tidak menyamai segala yang wujud dan tidak ada
suatupun benda yang wujud menyerupaiNya. Dia tidak dibatasi oleh penjuru ataupun arah
tertentu, tidak pula dalam lingkungan bumi atau langit.

Dia beristiwa di atas arasy sebagaimana yang difirmankan olehNya dan dengan pengertian yang
dikehendaki olehNya. Dia berada di atas arasy dan langit, bahkan di atas segala sesuatu sehingga
ke dasar tanah dan di atas bumi dan ketinggiannya itu tidak menambahkan jaraknya dengan
arasy atau langit, sebagaimana juga tidak menambahkan jaraknya daripada bumi dan tanah.
Bahkan Dia maha tinggi darjatNya daripada arasy dan langit, sebagaimana Dia maha tinggi
darjatnya daripada bumi dan juga tanah.

Dia adalah tuhan yang maha dekat dengan segala apa yang wujud. Dia lebih dekat dengan
hambaNya berbanding urat leher hambaNya itu sendiri dengan hamba tersebut, sebab
kedekatanNya itu tidak sama dengan dekatnya benda, sebagaimana juga zatNya itu tidak sama
dengan zat segala segala makhluk dan benda. Dia tidak bertempat pada suatu benda dan tidak
juga ada sesuatu bendapun yang bertempat dalam zatNya.

Maha suci Allah daripada dilingkungi oleh sesuatu tempat sebagaimana maha suci Dia daripada
dibatasi oleh masa, bahkan Dia telah ada sebelum terciptanya zaman dan tempat dan sampai
sekarang inipun masih tetap dalam keadaanNya sebagaimana dahulu. ZatNya dapat diketahui
dengan menggunakan akal fikiran, bahkan dapat dikenali dengan penglihatan semasa di syurga
nanti. Hal ini merupakan suatu nikmat daripadaNya serta belas kesihan untuk orang-orang yang
berbakti kepadaNya. Juga sebagai penyempurnaan nikmat yang dikurniakannya iaitu dengan
menyaksikan sendiri wajahNya yang maha mulia.

Dia adalah tuhan yang maha mengetahui bagaimana gerakan sebutir debu di tengah-tengah
cakrawala ini. Dia maha mengetahui apa-apa yang terlintas dalam hati, apa-apa yang tergerak
dalam ingatan ataupun rahsia yang disembunyikan. Semuanya itu dimakluminya dengan sifat
ilmuNya yang dahulu semenjak azali. Sifat yang sedemikian itu telah dimilikiNya dari azali lagi.

Allah s.w.t adalah tuhan yang maha menghendaki terhadap segala benda yang wujud. Maha
pengatur segala yang terjadi, tidak ada suatupun yang berlaku dalam kerajaan dan
pemerintahanNya, melainkan semuanya itu pasti sebab ditetapkan dengan qadak dan
takdirNya, dengan kebijaksanaan dan kemahuanNya. Oleh sebab itu apa saja yang
dikehendakiNya terlaksana dan tidak ada yang dapat menghalangi keputusan yang
ditetapkanNya. Tidak ada suatu makhlukpun yang dapat menyalahkan hukumNya.

Dia adalah tuhan yang Maha bijaksana dalam segala perbuatanNya dan maha adil dalam segala
keputusanNya. Dari itu, semua yang lain daripada Allah s.w.t baik manusia, jin atau malaikat
mahupun langit, bumi, binatang, tumbuh-tumbuhan, benda padat, baik yang dapat dilihat
mahupun yang dapat dirasai, semuanya benda-benda yang dicipta olehNya dengan
kekuasanNya iaitu yang dahulu tidak ada, kemudian dijadikan ada, ditumbuhkan daripada
asalnya belum wujud lalu wujud, sebab sejak azali yang maha Ada itu hanya Allah dan tidak ada
yang lain daripadaNya.

PENCIPTAAN PARA MALAIKAT

Allah menciptakan para malaikat dan menetap tugas tertentu untuk mereka selain yang
bertasbih kepadaNya. Mereka tidak pernah melakukan maksiat kepada Allah, bahkan sangat
taat kepada Allah s.w.t.

Allah s.w.t mengadakan makhluk sesudah itu, sebagai tanda dan bukti kekuasaanNya. Juga
untuk merealisasikan segala sesuatu yang telah dikehendaki olehNya, Juga sebagai kebenaran
kalimahnya sejak azali lagi. Segala sesuatu itu dicipta bukan kerana Allah s.w.t memerlukan atau
berhajat kepadanya.

Allah Azza Wajalla memberi pahala kepada hamba-hambaNya yang beriman dengan sebab
kebaikan yang dilakukannya dan pemberian pahala itu adalah atas dasar kemurahan, kemuliaan
dan telah dijanjikan, bukan sekali-kali kerana dasar Allah berkewajipan melakukan perkara itu.

Sebab tidak ada seorangpun yang dapat mewajibkan sesuatu padaNya untuk dilakukan dan
tidak tergambar sedikitpun suatu penganiayaan yang datang daripadaNya. Demikian pula tidak
ada suatu hak yang merupakan kewajipan untukNya terhadap seseorang, sebab hakNya untuk
ditaati adalah merupakan kewajipan atas seluruh makhluk.

TENTANG PENURUNAN KITAB-KITAB DAN PERUTUSAN PARA NABI DAN NABI MUHAMMAD S.A.W

Allah s.w.t mengutuskan para rasul dan diberikan bukti kebenaran mereka dengan berbagaibagai mukjizat yang nyata. Para rasul itulah yang menyampaikan kepada umatNya apa-apa yang
menjadi perintah Allah, laranganNya, janji serta ancamanNya. Oleh kerana itu, semua makhluk
wajib membenarkan apa yang mereka bawa dan mereka ketengahkan itu.

Allah s.w.t telah mengutuskan seorang nabi yang ummi, tidak pandai membaca dan menulis
daripada keturunan Quraisy iaitu Muhammad s.a.w dengan membawa risalah Tuhan kepada
seluruh umat dan golongan bangsa Arab ataupun lainnya, daripada golongan bangsa jin dan
manusia. Allah s.w.t telah menutup kerasulan dan kenabian itu dengan mengutuskan baginda
s.a.w. Jadi baginda s.a.w adalah rasul yang terakhir, sebagai seorang pemberi khabar gembira
dan menakutkan, mengajak ke jalan yang benar dan agama Allah dengan izinNya dan juga
sebagai pelita yang memberi cahaya.

TIDAK MENGHUKUM KAFIR KEPADA SAUDARA SEISLAM SENDIRI

Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah beriman bahawasanya tidak boleh mengkafirkan seseorangpun


dari kalangan ahli kiblat dengan sebab sesuatu dosa yang dilakukannya seperti zina, mencuri,
meminum arak dan lain-lain.

TIDAK MENGHUKUM MASUK NERAKA KEPADA SESEORANG SAUDARA SEISLAM DENGAN


MUDAH

Ahli al-Sunnah Wa al-Jamaah juga tidak menghukumkan seorangpun dari kalangan ahli tauhid
dan yang berpegang teguh dengan iman sebagai ahli syurga mahupun neraka kecuali yang telah
diperakui oleh Rasulullah s.a.w sebagai bakal menjadi penghuni syurga. Apa yang mereka mahu
ialah mengharapkan agar orang-orang yang melakukan dosa juga akan dimasukkan ke dalam
syurga dan khuatir kalau-kalau mereka diazab dalam neraka.

Mereka juga menyakini Allah s.w.t akan mengeluarkan satu golongan daripada neraka setelah
mereka terbakar hangus dengan sebab syafaat yang diberikan oleh nabi s.a.w sebagai
mempercayai riwayat-riwayat yang bersumberkan daripada Rasulullah s.a.w. Mereka juga
beriman dengan kewujudan neraka dan Allah s.w.t akan bertanya kepada setiap hamba pada
hari mahsyar dan menghisabnya.

TENTANG PARA SAHABAT RHM

Ahli al-Sunnah Wa al-Jamaah menyatakan pemimpin yang termulia sesudah Rasulullah s.a.w
ialah Abu Bakar al-Siddiq r.a. Allah s.w.t telah memuliakan agama ini dengan beliau, mengatasi
orang-orang yang murtad.

Abu Bakar diakui oleh seluruh umat Islam dalam kepimpinan, sebagaimana Rasulullah s.a.w
sendiri mengangkatnya untuk menjadi imam dalam solat di waktu baginda s.a.w sakit.

Orang-orang Islam mengangkatnya sebagai khalifah atau pengganti Rasulullah s.a.w, kemudian
Umar bin al-Khattab r.a dan selepasnya Uthman bin Affan. Sesungguhnya orang-orang yang
membunuh Uthman r.a telah melakukan perbuatan tersebut berdasarkan kepada penderhakaan
dan penganiyaan.

Setelah kematian beliau, Ali bin Abi Talib r.a telah diangkat menjadi khalifah. Keempat-empat
khalifah itu merupakan imam-imam sepeninggalan Rasulullah s.a.w dan kekhalifahan sahabat
baginda adalah merupakan pengganti kenabian.

Kita mencintai para sahabat Rasulullah s.a.w yang lain-lain dan tidak perlu kita mengungkitungkit perselisihan yang pernah timbul di antara mereka.

Selain daripada itu segala perselisihan yang berlaku dalam kalangan kita sendiri, wajiblah dirujuk
kepada al-Quran, sunnah Rasulullah dan juga Ijmak atau persepakatan seluruh orang-orang
Islam dan apa-apa yang seerti dengannya.

TIDAK BOLEH MELAKUKAN BIDAH DALAM PERKARA IBADAH

Ahli al-Sunnah Wa al-Jamaah mempercayai tidak boleh mengadakan-adakan sesuatu yang baru
dalam urusan agama dalam hal-hal yang tidak diiizinkan oleh Allah s.w.t untuk kita
mengadakannya. Juga tidak boleh menggunakan nama Allah s.w.t untuk sesuatu yang kita tidak
ketahui.

)2549 : (




BERSEDEKAH UNTUK ORANG ISLAM YANG TELAH MENINGGAL

Ahli al-Sunnah juga mempercayai bersedekah untuk orang-orang Islam yang telah meninggal
dunia ataupun mendoakan untuk mereka mengandungi manfaat dan Allah s.w.t akan
memberikan manfaat itu kepada mereka dengan sebab sedekah atau doa yang dilakukan itu.

KARAMAH ORANG-ORANG SALIH

Ahli al-Sunnah juga mengatakan orang-orang yang salih memperolehi kelebihan daripada Allah
s.w.t dengan tanda-tanda yang diperlihatkan olehNya kepada mereka.

KESIMPULAN:
Akidah ahli sunnah adalah akidah yang benar
Akidah ahli al-Sunnah adalah yang pertengahan
Wajib kepada umat Islam berpegang teguh dengan akidah ahli al-Sunnah wa al-Jamaah.
Orang yang tidak beraqidah ahli al-Sunnah wa al-Jamaah, adalah orang yang berada di
landasan hidup yang tidak benar.

RUJUKAN:
Abd Shukor Husain, 1998. Ahli Al-Sunnah Wa Al-Jamaah Pemahaman Semula. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Aql Nair bin Abd al-Karim, 1419H, Buhuth Fi al-Aqidah Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah,
Saudi: Dar al-Asimah.
Al-Athari, Abdullah bin Abd al-Hamid, 2011, al-Wajiz Fi Aqidah al-Salaf al-Salih, Ahli alSunnah Wa al-Jamaah, al-Iskandariyyah: Dar al-Qayyimah.
Al-Badr, Abd Razzaq bin Abd al-Muhsin, 2015, Tauhid Rububiyah, Uluhiyah Dan Asma;
Dan Sifat, Bidaah Dan Menyerupai Triniti?, Terjemahan Prof Madya Dr Basri dan raanrakan, Kuala Lumpur: al-hidayah Publisher Sdn Bhd.
Duri, Qahtan, 1996, Usul al-Din al-Islami, Amman: Dar al-Fikr.
Mohd Aizam Masud, 2013, Diskusi Isu Aqidah Dan Pemikiran Semasa. Putra Jaya:
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Al-Baghdadi, Abd al-Qahir bin Tahir bin Muhamaad, t.th. Al-farq bayna al-Firaq, Misr: alMaktabah al-taufiqiyyah.
Al-Ghazali, Abu Hamid, 1986, Mukhtasar Ihya Ulum al-Din, Beirut; Muasasah al-Kutub
al-Thaqafiyyah.
Al-Ghazai, Abu hamid, t.th, Majmuah rasail al-Imam al-Ghazali, Misr: Maktabah alTaufiqiyyah.
Said Ibrahim, 1996, Aqidah Ahli al-Sunnah Wa al-Jamaah, Kuala Lumpur: Dar al-Marifah.

Anda mungkin juga menyukai