Anda di halaman 1dari 2

PORTUGAL seri 2-2 dengan AS

MANAUS Brazil, 22 Jun- Perlawanan Piala Dunia Kategori G, menyaksikan pasukan Amerika Syarikat
seri 2-2 dengan pasukan Portugal di Stadium .
Portugal bermula dengan baik apabila ia menjaringkan gol seawal minit ke-5 menerusi pemain sayap
kanan Louis Nani hasil hantaran daripada rakan sepasukannya Miguel.
Pihak lawan terus cuba melakukan serangan terhadap gawang lawan, namun percubaan dari pasukan AS
untuk mencari gol penyamaan tidak membuahkan hasil apabila percubaan-percubaan mereka
diselamatkan oleh penjaga gol Portugal.
Masuk babak kedua, AS terus melancarkan serangan dan memperolehi sepakan sudut.
Sepakan sudut yang diambil oleh rakan sepasukan iaitu Zusi membuahkan hasil apabila Jermaine Jones
menyempurnakan hantaran daripada rakan sepasukan serta dapat menghasilkan gol penyamaan pada
minit ke-64.
Portugal cuba mencari gol kemenangan dengan melakukan asakan ke atas pasukan lawan.
Pasukan Portugal mendapat peluang di hadapan pintu gol AS, namun sepakan percubaan dapat
diselamatkan oleh penjaga gol AS Tim Howard.
Pada minit ke-80 pasukan AS sekali lagi melakukan serangan terhadap kubu pasukan lawan, akhirnya
memperolehi gol kedua, apabila hantaran Zusi didalam kotak penalti disambut oleh ketua pasukan mereka
Dempsey.
Tidak menyerah kalah, Portugal bangkit untuk mencari gol penyamaan apabila usaha mereka
menghasilkan gol penyamaan pada minit tambahan ke-95, hasil hantaran Cristiano Ronaldo
disempurnakan oleh Varela yang menanduk bola ke gawang gol AS

SENARAI PEMAIN AS

SENARAI PEMAIN PORTUGAL