Anda di halaman 1dari 2

Berikan definisi proses-proses fonologi bahasa Melayu yang berikut :

a. Pengglotisan
Pengglotisan membawa maksud Hentian glotis, atau letupan glotis tak bersuara, ialah
sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam banyak bahasa lisan. Hentian glotis terdapat
dalam bahasa Melayu dalam bentuk huruf k di akhir perkataan atau di akhir suku kata
yang diikuti konsonan, contohnya tidak /tida/. Dalam bahasa Inggeris, konsonan ini
diwakili oleh tanda sempang dalam kata seruan uh-oh!, dan juga tanda koma atas atau
okina dalam nama Hawaii bagi sesiapa yang ingin menyebut sebutan aslinya dengan
sebaik-baiknya.
b. Pengguran konsonan /r/
Pengguguran ialah proses yang menghilangkan atau meluluhkan sesuatu segmen sama
ada konsonan ataupun vokal. Sekiranya peluluhan itu melibatkan konsonan, maka proses
tersebut dinamakan pengguguran konsonan, dan sekiranya bunyi vokal yang terlibat,
maka proses yang berlaku itu dinamakan pengguguran vokal. Pengguguran konsonan
berlaku apabila satu suku kata yang berakhir dengan konsonan (KVK,VK) bertemu
dengan suku kata yang bermula dengan (KV,KVK), maka terbentuklah rangkap konsonan
(KVKK,

VKKV).Maka,pengguguran

dilakukan

untuk

menghapuskan

rangkap

ini.Pengguguran konsonan /r/ berlaku dalam dialek Utara.Kelainan Bahasa yang berbeza
dari segi sebutan,kosa kata,dan tatabahasa.Biasanya dialek hanya diguna pakai dalam
situasi tidak rasmi.Pengguguran Konsonan r berlaku dan perkataan yang diakhiri dengan
huruf /r/ akan digantikan dengan fonem /q/ atau /gh/.Contoh perkataan
Perkataan sebutan Baku
1. Leher
2. Orang
3. Biar
4. Tarik

Perkataan sebutan Utara


Lehiaq
Oghang
Biaq
Taghik

c. Asimilasi
Bahasa yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi biasanya mengalami
perubahan dan perkembangan, baik dari segi bunyi, bentuk, mahupun makna. Biarpun
berlaku perubahan, bahasa tersebut tetap difahami oleh penuturnya bersesuaian dengan
perkembangan zamannya. Bahasa selalu berkembang dalam masyarakat yang
berkembang Dalam proses perkembangannya, suatu bahasa tidak dapat lari daripada
menerima kata-kata asing yang kemudian menjadi sebahagian dari kosa kata bahasa

tersebut. Tidak ada satu pun bahasa di dunia ini yang sudah memiliki kosa kata yang
lengkap. Bahasa Inggeris yang merupakan bahasa global sekalipun, tidak terlepas dari
menyerap kata dari bahasa Yunani, Latin, Perancis, dan bahasa-bahasa lain.
Percampuran ini dinamakan asimilasi Bahasa.

d. Penrendahan vocal
Perendahan Vokal ialah proses vocal tinggi menjadi vocal rendah.Dalam BM vocal
tinggi /i/ dan /u/ mengalami perendahan vocal kepada /e/ dan /o/ apabila vocal tinggi itu
berada pada suku kata tertutup di akhir kata.Contoh perkataan /buluh/ - (buloh).

e. Geminasi
Berlaku apabila kata yang diakhir oleh konsonan kecuali konsonan likuida /l/ dan /r/ yang
menerima imbuhan akhiran /an/ atau /i/.
Contoh: /tanam + an/ [tanamman], /atas + an/ [atassan], /masuk + an/ [masukkan]
[masokan], /dapat + an/ [dapattan], //dapat + i/ [dapatti], /masuk + i/ [masukki] [masoki],
/atas + i/ [atassi].

Anda mungkin juga menyukai