Anda di halaman 1dari 6

BAB 5

KEKAYAAN EKONOMI SABAH MENARIK MINAT


SYARIKAT BORNEO UTARA BRITISH

5.1 SYARIKAT BORNEO UTARA BRITISH BERTAPAK


DI SABAH

 Sabah menarik perhatian pelabur-pelabur Barat dari Negara Britain, Amerika


Syarikat, Belanda, dan Sepanyol kerana kekayaan ekonominya.
 Ini menyebabkan syarikat-syarikat asing bertapak di Sabah.

Tahun 1865
 Sultan Brunei memberikan konsesi selama 10 tahun kepada wakil Amerika Syarikat, iaitu C.L.
Moses.
 Moses kemudian menjual konsesi tersebut kepada The American Trading Company yang
diketuai oleh Torrey dan Harris.
 Torrey menjual haknya kepada Overbeck.

Tahun 1877
 Overbeck meminjam wang daripada syarikat Alfred Dent dan Edward Dent.
 Perjanjian antara Sultan Brunei dengan Overbeck dan Dent, iaitu pajakan dibaharui.

Tahun 1878
 Overbeck dan Dent menandatangani perjanjian dengan Sultan Sulu.
 Kawasan dari Sungai Pandasan hingga ke Sungai Sibuku diserahkan kepada Overbeck dan
Dent.

Tahun 1880
 Overbeck menjual haknya kepada Alfred dan Edward Dent.
 Dent menubuhkan Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad.
 Saham dijual untuk menambahkan modal perniagaan.
 Persatuan berusaha mendapat Piagam Diraja daripada kerajaanBritish untuk memperkukuh
kedudukan dan memajukan perniagaan.

Tahun 1881
 Persatuan Sementara Borneo Utara British mendapat piagam daripada kerajaan British.
Tahun 1882
 Syarikat itu dinamakan Syarikat Borneo Utara British (SBUB)
 SBUB diberikan kuasa mentadbir Sabah.
 Kerajaan British telah menetapkan beberapa syarat yang mesti diikuti oleh SBUB.
i) SBUB mesti menerima nasihat daripada kerajaan British.
ii) SBUB hendaklah memerintah Sabah dengan adil dan saksama.
iii) SBUB hendaklah memelihara agama, adat istiadat, dan undang-undang masyarakat
tempatan.
iv) SBUB mestilah melantik pegawai yarg diakui oleh kerajaan British.
v) SBUB tidak boleh menyerahkan wilayah Sabah kepada sesiapa tanpa persetujuan
daripada kerajaan British.

Tahun 1888
 SBUB menandatangani Perjanjian Perlindungan Borneo Utara.
 Melalui perjanjian tersebut, Sabah menjadi negeri naungan British.
 British mengawal hal-ehwal luar Sabah.
5.2 SYARIKAT BORNEO UTARA BRITISH (SBUB)
MENGUKUHKAN KUASA DI SABAH

 Dalam carta organisasi pentadbiran SBUB di atas, didapati bahawa:


(a) Dari segi pemerintahan, SBUB diketuai oleh Gabenor.
(b) Gabenor dibantu oleh Majlis Penasihat.
(c) SBUB menubuhkan beberapa jabatan untuk melicinkan urusan pentadbiran.
(d) Sabah dibahagikan kepada beberapa residensi yang diketuai oleh seorang
Residen.
(e) Pegawai Daerah merupakan ketua bagi peringkat daerah.
(f) Beliau dibantu oleh Ketua Anak Negeri yang digelar Orang Kaya-Kaya.
(g) Ketua kampung yang digelar Orang Tua menguruskan hal-ehwal kampung.
(h) Didapati bahawa SBUB mengekalkan penglibatkan peribumi dalam
pentadbiran di peringkat daerah dan kampung. Ini disebabkan oleh:
(1) Golongan ini memahami adat dan budaya masyarakat tempatan.
(2) SBUB tidak mampu menggaji ramai pegawai Eropah.
(3) SBUB menghadapi masalah kewangan.
 SBUB juga mewujudkan Mahkamah Majistret dan Mahkamah Anak Negeri.

5.3 SYARIKAT BORNEO UTARA BRITISH (SBUB)


MENGEKSPLOITASI HASIL BUMI DI SABAH

Hasil Tradisional Menyumbang Kewangan SBUB


 Hasil bumi yang banyak terdapat di Sabah dieksploitasi oleh SBUB.
 Sarang burung ialah hasil eksport tradisional SBUB yang sangat menguntungkan.
 Sagu mentah dieksport ke Singapura dan Eropah.
 Hasil laut seperti trepang dieksport ke China.
 Aktiviti mengusahakan hasil laut seperti trepang, sirip ikan yu, dan mutiara
dijalankan oleh orang Bajau.
 Penduduk tidak menikmati hasil tanaman mereka kerana SBUB mengenakan cukai
seperti cukai tanah, kepala, lesen perahu,dan senjata.
Hasil Pertanian Dagangan Meningkatkan Keuntungan SBUB
 SBUB mengusahakan tanaman tembakau dan getah.
1) Tembakau
 Mutu yang terbaik di dunia. Mendapat pasaran di Belanda dan Amerika
Syarikat.
 Cukai eksport dikecualikan untuk menggalakkan penanamannya.
 Diusahakan di Pulau Banggi, Teluk Marudu, Lahad Datu, Tawau,dan
Sandakan.
2) Getah
 Ladang getah dibuka di Beaufort, Jesselton, dan Tenom dengan pembinaan
landasan kereta api di tempat ini.
 SBUB menggalakkan penanaman getah dengan memberikan empat peratus
dividen dan pengecualian cukai eksport selama 50 tahun kepada pengusaha.
 Buruh Cina dan Jawa mengusahakan tanaman getah.

Pembalakan Menguntungkan SBUB


 Sabah kaya dengan sumber kayu balak seperti seraya, ramin, kapur, belian, dan
meranti.
 Kegiatan pembalakan dijalankan di tempat-tempat seperti Sandakan, Lahad Datu, dan
Tawau.
 Hasil balak dieksport ke China, Singapura, Britain, dan Australia melalui Pelabuhan
Sandakan.

Perlombongan Menggalakkan Kemasukan Pelabur


 Lombong emas dijalankan oleh orang Cina di Sungai Segama.
 Arang batu diusahakan di Silimpopon dan Labuan oleh Syarikat Cowie Harbour Coal.
 Mangan diusahakan di Teluk Marudu oleh Syarikat British Borneo Exploration dan
dieksport ke Britain.

5.4 PERUBAHAN SOSIAL SYARIKAT BORNEO UTARA


BRITISH (SBUB) DI SABAH

Pengangkutan
 Landasan kereta api dibina menghubungkan Weston ke Beaufort dan disambung
ke Jesselton dari Tenom ke Malalap.
 Jalan raya dibina di bandar-bandar seperti Jesselton, Sandakan, Lahad Datu, dan
Tawau.
 Syarikat Perkapalan Straits Steamship memulakan perkhidmatan pada tahun
1890.
Pendidikan
 SBUB kurang memberikan perhatian kepada pendidikan, hanya menyediakan
pendidikan peringkat rendah kerana masalah kewangan dan menganggap bidang
pendidikan tidak menguntungkan.
 Mubaligh Kristian menubuhkan Institut Byron di Sandakan.
 Jabatan Pelajaran telah menubuhkan Sekolah Latihan bagi anak-anak Ketua
Anak Negeri untuk melatih mereka menjadi pegawai pentadbiran peringkat
rendah.
 Sekolah Melayu yang pertama dibina di Kota Belud.
 Sekolah Cina dibina sendiri oleh masyarakat Cina.

Pembandaran
 Beberapa bandar seperti Sandakan, Kudat, dan Jesselton bekembang kesan
daripada perkembangan ekonomi.

Anda mungkin juga menyukai