Anda di halaman 1dari 4

1.

PENGENALAN
1.1 Maksud Rasuah
Merujuk dalam Kamus Bahasa Melayu Online, rasuah merupakan satu tindakan
pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan
faedah dirinya sendiri. Hal ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan
memperoleh apa-apa yang dikehendakinya itu. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang telah
diberikan kepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap
pilih kasih dalam tindakannya. Biasanya, rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan pintas
seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah atau dengan erti kata lain mahu menjadi kaya
dalam masa singkat. Kebiasaannya orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan
buruk yang akan terjadi, sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka.
Sebagai umat Islam, keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT harus dititikberatkan dalam
apa juga urusan. Islam sangat melarang umatnya daripada mengamalkan budaya ini.
Rasuah menurut bahasa Latin berasal daripada perkataan curroptio iaitu daripada kata
kerja corrumpere yang membawa maksud busuk, rosak, menggoyahkan, memutar belit, dan
menyogok. Dalam bahasa Arab perkataan rasuh bermaksud al-risywah. Di dalam al-Quran,
rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti
merompak, menipu dan memeras ugut. Secara keseluruhannya rasuah merupakan satu perilaku
yang sangat terkutuk dan dibenci bukan sahaja oleh agama malah kemanusiaan sekalipun.
Rasuah juga boleh ditakrifkan seperti berikut:

Wang, derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan
mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa
manfaat seumpama itu yang lain;

Apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apaapa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa
sifat;

Apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi


atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya;

Apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau
peratusan;

Apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau
benda berharga;

Apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-apa
penalti atau ketidakupayaan yang dikenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa
tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak
sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan
apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi;
Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang

mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan daripada pihak berkuasa atau sesebuah syarikat
selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama iaitu meminta atau
menerima rasuah, menawar atau memberi rasuah, membuat tuntutan palsu, dan menyalahguna
jawatan atau kedudukan. (SPRM: 2016)
Menurut Cikgu Sue (2009), perlakuan rasuah dalam erti kata memberikan sesuatu kepada
orang yang berkuasa dengan harapan untuk mendapat keistimewaan sebagai balasan, sudah lama
wujud dalam sejarah manusia. Isu rasuah terutama bagi negara yang sedang membangun seperti
Malaysia adalah satu isu yang cukup emosional. Polemik mengenainya boleh menimbulkan
pelbagai reaksi seperti marah, meluat, benci, jijik dan juga kekecewaan. Amalan rasuah yang kini
menjadi budaya di sesetengah negara ada kalanya turut dianggap sebagai perkara biasa di
kalangan rakyat Malaysia. Gejala negatif ini telah menjadi duri dalam daging sehingga
menimbulkan implikasi buruk lain sehingga boleh memporak-perandakan masyarakat dan turut
menggangu sistem pentadbiran negara.

1.2 SEJARAH DAN AMALAN RASUAH


Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab, al-risywah. Dalam al-Quran, rasuah
digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga jenayah lain seperti merompak, memeras
ugut dan menipu. Di negara ini, dari segi undang-undang, semua perbuatanmemberi dan
menerima suapan adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah. Rasuah
bukanlah satu fenomena baru. Ia suatu fenomena universal tanpa batasan waktu dan tempat.
Tiada negara boleh mendakwa bebas daripada jenayah rasuah. Kewujudannya bermula sejak
sejarah peradaban manusia yang dinodai oleh sifat-sifat tamak dan haloba. Rasuah merupakan
satu jenayah berat yang mudah menular ke dalam sistem hidup masyarakat.
Sejarah rasuah bermula sejak awal kehidupan manusia bermasyarakat lagi, iaitu pada
tahap organisasi kemasyarakatan yang rumit mulai wujud. Gejala rasuah telah membelenggu
manusia sejak beribu tahun lamanya. Kegiatan rasuah yang berlaku adalah berbeza-beza pada
waktu dan tempat yang berlainan. Terdapat banyak catatan kuno yang menceritakan tentang
gejala rasuah yang telah berlaku dimasa lalu contohnya mengenai masalah penyuapan terhadap
para hakim dan tingkah laku para pegawai pemerintah. Kegiatan rasuah ini terus menular dan
berlaku sehingga kini dan telah meninggalkan pelbagai kesan yang negatif kepada sesebuah
negara. Misalnya Empayar Rom, Empayar Uthmaniah, Dinasti Ming dan sebagainya yang tidak
terurus pentadbirannya sehingga menyebabkan tentera dan kakitangan awamnya terpaksa
mengamalkan rasuah sehingga akhirnya meruntuhkan pemerintahan negara tersebut.
BIBLIOGRAFI
Apa Itu Rasuah. (2016, Oktober 1). Diakses pada Oktober 3, 2016, daripada SPRM Malaysia:
http://www.sprm.gov.my/index.php/pendidikan/kenali-rasuah
Carian PRPM @ DBP Malaysia. (2008). Diakses pada Oktober 3, 2016, daripada PRPM DBP:
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=rasuah
Cikgu Sue. (2009, Mei 25). Rasuah. Diakses pada Oktober 3, 2016, daripada Blogspot:
http://pengajianamkertas2-cikgusue.blogspot.my/2009/05/rasuah.html#!/tcmbck

Pena Cinta. (2013, Jun 15). Tingkatan Enam. Diakses pada Oktober 3, 2016, daripada Blogspot:
http://tingkatanenam.blogspot.my/2013/06/rasuah-faktor-kesan-dan-langkah.html

Anda mungkin juga menyukai