Anda di halaman 1dari 15

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBQE2203
AL-QIRAAT

NAMA

NO.MATRIKULASI

NURHAYATI BINTI ISKAANDAR

760905125652001

NO.KAD PENGENALAN

760905-12-5652

NO.TELEFON

0135456150

E-MAIL

nurhayati.iskandar76@gmail.com

NAMA TUTOR

USTAZ WAN AZMI BIN WAN OMAR

PUSAT PEMBELAJARAN

PPT OUM TAWAU

SEMESTER SEPTEMBER 2015

HBQE2203 Al-QIRAAT

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0

PENDAHULUAN

2.0

PENGENALAN TALAQQI DAN MUSYAFAHAH


2.1

2
3

KONSEP TALAQQI MUSYAFAHAH PADA


ZAMAN RASULULLAH DAN PARA SAHABAT

3.0

SEJARAH TERJADINYA PERBEZAAN QIRAAT

4.0

KHILAF FARSY HURUF BAGI QIRAAT TUJUH

5.0

4
6

DALAM SURAH AL-FALAQ

PENUTUP

12

RUJUKAN

13

HBQE2203 Al-QIRAAT

1.0

PENDAHULUAN
Ilmu Qiraat adalah merupakan salah satu daripada ilmu-ilmu asas di dalam memahami

cara bacaan yang mutawatir daripada Rasulullah S.A.W yang diambil oleh para sahabat baginda
secara Talaqqi dan Musyafahah secara langsung daripada Baginda S.A.W dan diambil oleh
rasulullah secara talaqqi dengan jibril A.S. Ilmu ini amat berkait dengan bahasa serta penggunaan
kalimah al-quran kerana ianya berkisar tentang perubahan baris,harakat,al-Naqlu,al-Ibdal,hazaf
dan,ithbat dan sebagainya.
Perkara yang tidak boleh disangkalkan, bahawa metod utama dalam menerima dan
mengambil al-Quran oleh imam qurra dan para ulama adalah dengan jalan talaqqi dan almusyafahah (membaca secara bersemuka) dan bersandar kepada sanad yang silsilahnya sampai
kepada Rasulullah agar keaslian ilmu terpelihara.
Oleh itu,dalam tugasan ini membincangkan berkenaan talaqqi musyafahah dalam
mempelajari al-quran al-karim serta bacaan qiraat dan akibat berlakunya perbezaan wajah bacaan
qiraat.Ianya juga mengupas tentang bacaan surah al-falaq mengikut kaedah bacaan-bacaan imam
qiraat yang berkaitan dengan farasy huruf surah al-falaq.

2.0

PENGENALAN TALAQQI DAN MUSYAFAHAH


2

HBQE2203 Al-QIRAAT

Talaqqi pada bahasa bermaksud pertemuan secara berhadapan atau bersemuka. Manakala
menurut istilah, ialah pertemuan antara guru dan murid secara bersemuka. Lebih mudah ialah,
guru membacakan sepotong ayat kepada sekumpulan murid dan kemudian murid mengikut
bacaan guru secara berhadapan dengan guru beramai-ramai. Kaedah ini juga dilakukan oleh
baginda Rasulullah s.a.w. dengan malaikat Jibril sekali dalam setahun, dan pada di akhir
hayatnya baginda melakukannya 2 kali dalam setahun.
Manakala, musyafahah pula bermaksud sebutan daripada mulut ke mulut yang
diambil dari pergerakan dua bibir dan pada istilah bermaksud murid menerima pengajaran
melalui sebutan guru, melihat pergerakan bibir guru dan menyebutnya mengikut guru. Sebagai
contoh, seorang guru membaca sepotong ayat kepada seorang murid, dan kemudiannya murid itu
mengikut contoh bacaan guru secara individu.
Di dalam musyafahah terdapat dua cara yang lazim digunakan dalam proses
pembelajaran dan pengajaran membaca al-Quran. Pertama adalah dengan cara guru membacakan
ayat di hadapan murid dan didengari murid sahaja. Cara ini disebut al-Mutaqaddimin. Manakala
cara kedua pula, murid membaca di hadapan guru dan guru hanya menyemak serta membetulkan
mana-mana bacaan yang salah. Cara ini sering disebut sebagai cara al-Mutaakhirin.
Dalam kaedah talaqqi musyafahah, murid yang mempelajari al-Quran mesti berhadapan
secara langsung kepada gurunya. Hal ini kerana, setiap guru al-Quran atau salasilah guru alQuran sanadnya adalah bersumberkan daripada Rasulullah s.a.w. Di sinilah terletaknya
kepentingan berguru di dalam membaca al-Quran secara talaqqi musyafahah iaitu langsung dari
mulut ke mulut dengan bersemuka secara langsung.
Seperti sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra yang
bermaksud:
Sesungguhnya Allah s.w.t. menyuruhku agar membacakan al-Quran kepadamu. Jawab Ubay,
Allah memilihku dan menyebut namaku di sisimu? Jawab Nabi s.a.w., Allah s.w.t. telah
memilih dan menamakan kamu disisiku. Maka Ubay pun menangis.

HBQE2203 Al-QIRAAT

Selain itu, beberapa dalil dari al-Quran yang membuktikan bahawa kaedah talaqqi
musyafahah telah diamalkan sejak zaman kerasulan nabi Muhammad s.a.w. lagi hingga ke
zaman moden ini. Antaranya ialah firman Allah s.w.t. di dalam al-Quran,(Surah al-Qiyamah:
Ayat 16-18)
Maksudnya: Janganlah Engkau (Wahai Muhammad) - kerana hendakkan cepat
menghafaz Quran Yang diturunkan kepadamu - menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum
selesai dibacakan kepadamu). Sesungguhnya Kamilah Yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran
itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); Oleh itu, apabila Kami telah
menyempurnakan bacaannya (kepadamu, Dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut
bacaannya itu;
Dalam Surah al-Isra juga, Allah s.w.t. berfirman dalam ayat 106;
Maksudnya: Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya Engkau membacakannya
kepada manusia Dengan lambat tenang; dan Kami menurunkannya beransur-ansur.

2.1

KONSEP KAEDAH TALAQQI MUSYAFAHAH PADA ZAMAN RASULULLAH


DAN PARA SAHABAT
Kaedah Talaqqi musyafahah ialah kaedah mempelajari bacaaan al-Quran yang tertua iaitu

berdepan secara langsung di antara guru dengan murid seperti mana yang dipraktikkan oleh Jibril
a.s. kepada Rasulullah s.a.w. Hal ini jelas melalui peristiwa di Gua Hira ketika al-Quran mulamula diturunkan kepada Rasullullah s.a.w. seperti yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari. Dalam
peristiwa itu, Jibril membaca terlebih dahulu bacaan ayat suci al-Quran dan didengari oleh
Rasulullah s.a.w. Kemudian Rasulullah s.a.w. meniru bacaan tersebut dengan diperhatikan oleh
Jibril.Setelah itu Rasulullah s.aw.telah mengajarkan al-Quran kepada para sahabat r.a seperti
mana yang telah beliau terima dari Amin al-Wahy iaitu Jibril a.s. Baginda telah mengajarkan alQuran tersebut dengan sifatnya yang sama seperti mana yang diterimanya serta menggalakkan
para sahabat r.a melaziminya serta mempelajarinya. Baginda s.a.w juga turut menekankan
beberapa sahabat r.a supaya mereka memperhalusi bacaan al-Quran sehingga mereka menjadi
pembaca al-Quran yang hebat di antaranya Ubay bin Kaab, Abdullah bin Masud, Zaid bin
Thabit, Abu Musa al-Asyari, Uthman bin Affan, Ali bin Abu Talib, Abu Darda, Muadz bin Jabal
4

HBQE2203 Al-QIRAAT

dan lain-lain lagi. Rasulullah s.,a.w sentiasa meminta para sahabat r.a supaya memperdengarkan
bacaan mereka kepadanya, dan kadangkala Rasulullah s.a.w. meminta mereka memperdengarkan
bacaan mereka sesama sahabat r.a.
Rasulullah s.a.w. meminta supaya diperdengarkan bacaan al-Quran kepadanya supaya
perkara tersebut menjadi salah sebuah sunnah dan boleh diikuti serta diamalkan.
Berkemungkinan juga bertujuan supaya para sahabat dapat mentadabbur serta memahami ayatayat yang dibacakan kerana yang mendengar lebih dapat mentadabbur kerana tidak terjejas
tumpuannya berbanding pembaca yang lebih menumpukan terhadap bacaannya. Nabi
Muhammad s.a.w turut menggesa umat Islam ketika itu supaya mempelajari alQuran secara
berguru dalam erti kata bertalaqqi daripada sahabat-sahabat yang mutqin lagi mahir.
Kita boleh mengambil sumber talqin berdasarkan dengan apa yang pernah dilakukan oleh
Jibril a.s yang mentalqinkan bacaan kepada baginda s.a.w setiap kali turunnya wahyu. Para
sahabat r.a turut mengambil bacaan dari Rasulullah s.a.w dalam erti kata talqin sepertimana Ibn
Masud r.a yang mengambil bacaan dari Rasulullah s.a.w sebanyak 60 surah.
Begitu juga sebahagian dari para sahabat r.a telah ditalqinkan bacaan al-Quran oleh
Rasulullah s.a.w secara langsung atuu pun mubasyarah, dan sebahagian lain mengambil bacaan
Rasulullah melalui solat. Bahkan kaedah talqin ini juga telah dipraktikkan kebanyakan qurra
terdahulu seperti Imam al-Kisaie ketikamana terlalu ramai murid yang belajar dengannya, lalu
disediakan baginya sebuah mimbar supaya dia dapat mentalqinkan bacaanya kepada muridmuridnya. Begitu juga Imam Ibn al-Jazari turut mentalqinkan bacaannya kepada muridnya yang
terlalu ramai ketika mana beliau berada di Qahirah dan tidak berkesempatan untuk mengajarkan
bacaannya terhadap setiap murid, lalu apabila ditalqinkan bacaan maka semua muridnya
membacakan kembali bacaan yang ditalqinkan.

HBQE2203 Al-QIRAAT

3.0

SEJARAH TERJADINYA PERBEZAAN QIRAAT


Ulama Qiraat mengistilahkan (menta'rifkan) ilmu Qiraat ini sebagai: "Satu ilmu yang

menerangkan kaedah-kaedah membaca kalimah-kalimah dalam al-Quran dan perbezaanperbezaan yang wujud dari kalimah itu serta bersandarkan kepada orang yang membawa bacaan
itu". Maka Qiraat adalah bentuk-bentuk perbezaan dari sudut bahasa dan sebutan yang Allah swt
sendiri membenarkan perbezaan bacaan itu sebagai kemudahan dan keringanan kepada hambahambanya yang mempunyai pelbagai latarbelakang terutamanya dari kalangan masyarakat Arab
untuk membaca al-Quran. Qiraat adalah perbezaan lafaz wahyu itu pada segi huruf dan cara
menuturkannya. Maka orang yang ingin mengetahuinya dengan mempelajarinya iaitu dengan
melalui jalan talaqqi dan musyafahah iaitu secara berguru yakni guru yang mengetahui
tentangnya Dalil Pembuktian Datang dari hadis-hadis Rasulullah saw seperti berikut:Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas ra menyatakan: Telah bersabda
Nabi s.a.w: "Malaikat Jibril as telah membacakan kepadaku dengan satu huruf (bentuk bacaan)
lalu aku mengulang bacaan itu, aku sentiasa meminta Jibril supaya menambahkan lagi huruf
yang lain (meminta Jibril a.s supaya mohon dari Allah swt bentuk bacaan yang lain) dari ayat
tersebut dan beliau menambahkan sehingga kepada tujuh huruf".
Perbezaan atau khilaf bacaan ini juga dapat dilihat sepertimana yang berlaku di antara
Umar Ibnu Al-khattab dengan Hisyam bin Hakim bin Hakim.Umar Ibnu Al-Khattab telah
mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang khilaf yang berlaku itu untuk mendapatkan jawapan
tersebut,namun Rasulullah mengiktiraf kedua-dua bentuk bacaan tersebut dengan sabdanya: Sesungguhnya al-Quran ini diturunkan dengan tujuh huruf dan bacalah kamu
mengikut apa yang mudah darinya (al-Bukhari & Muslim).
Hadis ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan bacaan semasa hayat Rasulullah s.a.w
serta hadis lain menyebutkan dari Ibnu Abbas r.a menjelaskan bahawa Rasulullah s.a.w telah
meminta supaya Jibril a.s menambah huruf atau wajah bacaan hinggalah terhasil kesemuanya
dengan jumlah sebanyak tujuh huruf (al-Bukhari& Muslim).
6

HBQE2203 Al-QIRAAT

Hadis di atas ini juga, menunjukkan bahawa bentuk-bentuk bacaan yang berbeza itu
adalah kehendak Rasulullah sendiri agar Allah s.w.t menurunkan satu-satu ayat al-Quran dengan
pelbagai bentuk bacaan supaya memudahkan umatnya yang terdiri dari pelbagai kabilah dan
peringkat umur untuk membaca al-Quran dengan kesesuaian lidah mereka. Ini dikhususkan
kepada kaum Arab sahaja, kerana ketika itu, dengan turunnya ayat-ayat Allah s.w.t ini, bangsa
Arab ramai yang mula masuk agama Islam sedangkan mereka dari pelbagai kabilah, daerah dan
peringkat umur. Sudah tentu lidah antara mereka mempunyai perbezaan dalam menuturkan
bahasa arab itu sendiri apatah lagi al-Quran yang datang untuk mereka baca dan berpegang
dengannya.
Para ulama telah melontarkan pandangan mereka dalam menghuraikan maksud dari
sabda Rasulullah s.a.w itu yakni berkaitan dengan "7 huruf" sehingga pandangan mereka
mencapai sekitar 40 pendapat. Masing-masing mengemukakan hujah mereka yang tersendiri.
Pendapat yang masyhur di kalangan para ulama qurra terdapat tiga pendapat iaitu, pendapat
pertama ialah tujuh Bahasa Arab bagi menerangkan satu makna.Antara ulama yang berpegang
dengan pendapat ini ialah al-Imam Ibnu Jarir al-Tabari dan sufyan Ibnu Uyaynah. Mereka
berpendapat al-quran diturunkan dengan menggunakan tujuh bahasa dan Rasulullah s.a.w
diperintahkan membacanya mengikut bahasa-bahasa tersebut.Adapun tujuh bahasa yang berbeza
dalam menerangkan sesuatu lafaz yang berbeza tetapi membawa maksud yang sama.
Pendapat kedua ialah tujuh bahasa Arab yang digunakan dalam al-Quran.Antara ulama
yang berpegang dengan pendapat ini ialah al-Imam al-Bayhaqi dan al-Imam Mahmud alAlusi.Pendapat mereka mengatakan bahawa al-Quran tidak terkeluar daripada tujuh bahasa yang
paling fasih dalam bahasa Arab di kalangan bangsa Arab.Namun demikian ianya bukan semua
kalimah dalam al-Quran menggunakan tujuh bahasa tersebut.Sebaliknya ketujuh-tujuh bhasa
tersebut tersebar di pelbagai tempat di dalam al-Quran.
Pendapat imam qurra yang ketiga ialah tujuh bentuk perbezaan dalam al-Quran bagi
sesuatu kalimah.Antara ulama yang berpegang dengan pendapat ini ialah al-Imam al-Razi,alBaqillani,Ibnu al-Jazari dan Ibn Qutaybah.Pendapat mereka mengatakan bahawa walau sebanyak
7

HBQE2203 Al-QIRAAT

mana sekalipun perbezaan yang terdapat pada sesuatu kalimah dalam al-Quran,ia tetap tidak
terkeluar daripada tujuh bentuk. Sebagaimana pendapat yang dilontarkan oleh Abu al-Fadhl alRazi dalam kitabnya al-Lawa'ih adalah seperti berikut : sebagaimana hadis di atas ialah
tidak terkeluar dari tujuh corak ikhtilaf yang ada dalam Qiraat : Pertama - Perubahan kata nama
dari segi ifrad, tathniah, jamak, tazkir dan taknis. Kedua - Perubahan kata perbuatan dari segi
madhi, mudhari' dan amr. Ketiga - Bentuk-bentuk i'rab. Keempat - Pengurangan dan
penambahan. Kelima - Mendahulukan atau kemudiankan. Keenam - Penggantian. Ketujuh Perubahan dialek samada fath, imalah, tarqiq, tafkhim, idgham, izhar dan seumpamanya".
Pendapat ulama yang lain, antaranya seperti berikut : " Yang dimaksudkan dengan tujuh
huruf itu ialah tujuh bentuk bacaan qiraat dan hal ini hanya sedikit sangat berlaku dalam alQuran seperti pada ayat 60, surah al-Maidah : ( ) dan ayat 23, surah al-Isra' : (
) . Kebanyakan kalimah hanya dua, tiga, empat bentuk sahaja. Secara jawapannya :
Dimaksudkan ialah ada perbezaan bentuk kalimah dalam al-Quran dari satu bentuk, dua, tiga dan
sehingga mencecah tujuh bentuk adalah tahap yang paling maksimum".
Sejarah telah jelas penurunan ayat al-Quran berserta dengan tujuh huruf semenjak dari
zaman Rasulullah s.a.w lagi. Para sahabat dibacakan setiap seorangnya dengan satu huruf sahaja
kemudian mereka bertebaran ke seluruh pelusuk dunia yang dibuka dengan membacakan huruf
yang telah dipelajari dari Baginda s.a.w tanpa mereka ketahui bacaan
huruf sahabat yang lain. Ini berkembang dengan anak murid masing-masing yang mempelajari
bacaan al-Quran sedangkan di tanah pembukaan Islam yang lain mempunyai bacaan yang lain
pula tanpa mereka ketahui kerana para sahabat r.a pada masa itu bertebaran membawa dakwah
risalah Islam ke seluruh alam. Namun ada juga di antara para sahabat yang mengambil dari
Baginda s.a.w dengan dua huruf atau lebih, kemudian mereka bertebaran ke suluruh dunia.
Hal ini berterusan dari tabi'in kepada tabi' tabi'in sehingga sampai kepada satu umat yang
mula mengambil ketekunan dalam masalah ini. Diperselisihkan oleh ulama bahawa ia bermula di
tanah suci Mekah atau Madinah Munawwarah kerana kebanyakkan surah adalah surah Makki,
sebahagian besarnya. Namun, boleh juga dikatakan selepas hijrah kerana umat Islam mula
8

HBQE2203 Al-QIRAAT

bercampur dan berkembang lalu bahasa dan lahjah mereka bercampuk aduk. Dari Sahabat turun
kepada tabi'in, kemudian turun kepada tabi' tabi'in dan seterusnya begitulah sampai kepada kita
melalui jalan talaqi dan musyafahah. Manakala sejarah penulisan pada zaman Osman bin Affan
yang terkenal dengan tulisan Resam Uthmani juga adalah berkait rapat dengan ilmu Qiraat.
4.0

KHILAF FARSY BAGI QIRAAT TUJUH DALAM SURAH AL-FALAQ



(3) ( 2) ( 1)
(5) ( 4)

Nama Imam

Riwayat
Qalun

Ayat
1

Kalimah

Cara Bacaan
Menjelaskan bacaan hamzah tanpa
saktah pada sukun sebelumnya

Warsy

Memindahkan (naqal) baris hamzah


pada sukun sebelumnya berserta

Nafi al-Madani

Qalun

Warsy

5
3
5

huruf hamzah yang dihazafkan


Menjelaskan bacaan hamzah tanpa
saktah pada sukun sebelumnya
Memindahkan (naqal) baris hamzah
pada sukun sebelumnya berserta
huruf huruf hamzah yang

Qalun

warsy

dihazafkan
Memisahkan bacaan antara dua
surah dengan basmalah

Memisahkan bacaan antara dua


surah dengan basmalah

Membaca saktah tanpa


basmalah

HBQE2203 Al-QIRAAT

1
Ibnu Kathir al-

Al- Bazi & Al-

Makki

Qunbul

3& 5
5

1
3

Abu Amru bin

Al-Duuri &

al-Ala

Al-Suusi

5
5

Menyambung dua huruf tanpa

basmalah
Menjelaskan bacaan hamzah tanpa
saktah pada sukun sebelumnya
Menjelaskan bacaan hamzah tanpa
saktah pada sukun sebelumnya
Memisahkan bacaan antara dua
surah dengan basmalah
Menjelaskan bacaan hamzah tanpa
saktah pada sukun sebelumnya
Menjelaskan bacaan hamzah tanpa
saktah pada sukun sebelumnya

Memisahkan bacaan antara dua


surah dengan basmalah

Membaca saktah tanpa


basmalah

Ibnu Aamir alDimasyqi

Hisyam &
Ibnu Zakwan

5
5

Menyambung dua huruf tanpa

basmalah
Menjelaskan bacaan hamzah tanpa
saktah pada sukun sebelumnya
Menjelaskan bacaan hamzah tanpa
saktah pada sukun sebelumnya

Memisahkan bacaan antara dua


surah dengan basmalah

Membaca saktah tanpa


basmalah

Aasim al-Kufi

Syubah &
5

10

Menyambung dua huruf tanpa

basmalah
Menjelaskan bacaan hamzah tanpa
saktah pada sukun sebelumnya
Menjelaskan bacaan hamzah tanpa
saktah pada sukun sebelumnya

HBQE2203 Al-QIRAAT

Hafs

Hamazah al-Kufi

khollad

Khollaf

Menjelaskan bacaan hamzah tanpa


saktah pada sukun sebelumnya.

khollad

3&5

Menjelaskan bacaan hamzah tanpa


saktah pada sukun sebelumnya.

Khollaf

3&5

Menjelaskan bacaan hamzah tanpa


saktah pada sukun sebelumnya.

Khollad

Khollaf
Abu Harith &

Abu Harith &


Al-Duuri
Abu Harith &
Al-Duuri

5.0

surah dengan basmalah


Menjelaskan bacaan hamzah tanpa
saktah pada sukun sebelumnya.

Menyambung dua surah tanpa


basmalah
Menjelaskan bacaan hamzah tanpa
saktah pada sukun sebelumnya.

Al-Duuri
Al-Kisaie al-Kufi

Memisahkan bacaan antara dua

3&5
5

Menjelaskan bacaan hamzah tanpa


saktah pada sukun sebelumnya.
Memisahkan bacaan antara dua
surah dengan basmalah

PENUTUP
Penurunan Al-Quran dengan tujuh huruf dan pelbagai qiraat menunjukkan betapa terjaga

dan terpeliharanya Kitab Allah daripada perubahan dan penyimpangan walaupun bacaannya
berbeza-beza.
Di samping itu juga, ia memudahkan umat Islam untuk membacanya. Ia juga
menggambarkan kemukjizatan dan kepadatan Al-Quran kerana setiap qiraat menunjukkan

11

HBQE2203 Al-QIRAAT

sesuatu hukum syarak tanpa pengulangan lafaz dan juga merupakan penjelasan terhadap apa
yang mungkin masih global dalam qiraat lain.
(2617 patah perkataan)

RUJUKAN
Abdul Fatah El-Qadhi, Sejarah Al-Quran (Terjemahan Ismail Mohd Hassan), cet.1, 1999,
Kuala Terengganu, Penerbitan Yayasan Islam Negeri Terengganu.
Andas Abdul Malik, Dr., Ilmu Qiraat Al-Quran:Pelajaran Qiraah Sabah, 1985, Kuala
Lumpur, Penerbit Pustaka Antara.

12

HBQE2203 Al-QIRAAT

Hasanuddin Af, Anatomi Quran; Perbezaan Qiraat dan Pengaruhnya Terhadap Istinbat
Hukum dalam al-Quran, Jakarta: Raja Grafindo Persada, 1995.
Haji Norakyairee Mohd Raus,HBQE2203 Al-Qiraat,November 2011 OUM Sri
Kembangan,Selangor Darul Ehsan.
Ismail, Syaban Muhammad, Dr., Mengenal Qiraat al-Quran, Semarang: Bina Utama,
1993.Ismail Masyhuri al-Hafidh, Ilmu Qiraatul Quran, t.t., Kuala Lumpur, Syarikat
Nurulhas.
Mohd Rahim Jusoh, Ustaz, Pengenalan Ilmu Qiraat, cet.2, 2001, Selangor, Mahsuri
Timur Sdn. Bhd.

Internet
www. Al-qiraatulquran.blogspot.com
www.kl.utm.my/islamic/al/pengenalan-ilmu-qiraat
yusriarshad.blogspot.com/2009/.../qiraat-al-quran.htm

13

HBQE2203 Al-QIRAAT

14