Anda di halaman 1dari 17

1.

0 Pengenalan
Zaman remaja boleh didefinisikan sebagai satu tempoh peralihan dari zaman kanak-kanak ke
alam dewasa yang berlangsung dalam usia sekitar 13 tahun hingga 20 tahun. Pada peringkat ini
berlakunya perubahan yang pesat sama ada perubahan biologi, fizikal, mental dan emosi serta
perubahan tenggungjawab dan peranan. Jadi, untuk mengimbangi perubahan-perubahan ini,
golongan remaja sering berhadapan dengan masalah dan konflik dalam mencari identiti diri.
Oleh itu, berlakulah ketegangan dan tekanan emosi dalam diri remaja. Jika diteliti secara
mendalam zaman remaja sebenarnya merupakan suatu proses dan bukannya satu jangkamasa.
Kerana pada tahap ini berlakunya proses mencapai atau memperolehi sikap dan kepercayaan
yang diperlukan demi penglibatan yang berkesan dalam masyarakat
Pada peringkat awal remaja, sama ada lelaki dan perempuan secara sedar atau tidak akan
mengalami perubahan dari segi bentuk tubuh badan dan emosi. Perubahan-perubahan ini berlaku
akibat tindakan hormon dalam badan mereka. Pembesaran dan perubahan zaman remaja adalah
berbeza di antara remaja lelaki dan perempuan. Malah pembesaran juga adalah berbeza di antara
seorang individu dengan individu yang lain.
Perkembangan fizikal remaja boleh dirujuk kepada perkembangan remaja dari aspek biologi.
Ketika ini remaja-remaja lelaki dan perempuan secara sedar atau tidak akan mengalami
perubahan dari segi bentuk tubuh dan emosi. Perubahan ini berlaku akibat tindakan hormon yang
berlaku dalam tubuh badan manusia. Kadar pembesaran dan perubahan remaja lelaki dan
perempuan juga adalah berbeza dan begitu juga dengan seorang individu dengan individu yang
lain. Antara perkembangan fizikal yang dilalui oleh remaja seperti kematangan biologi,
tingkahlaku heteroseksual dan akil baligh. Dari segi kematangan biologi, pada awal alam
keremajaan, remaja selalunya sibuk menyesuaikan diri dengan pertumbuhan yang berlaku pada
tubuhnya. Kesedaran ke atas kejantinaan diri semakin bertambah dan hal ini akan memberi kesan
kepada imej tubuh serta konsep kendiri.
Pada usia beginilah remaja akan lebih prihatin dengan keadaan tubuhnya. Mereka akan
sering membezakan dirinya dengan rakan sebaya yang lain. Remaja yang cepat matang
mempunyai beberapa kelebihan apabila dibandingkan dengan yang lambat matang. Mereka
terlebih dahulu mengambil tempat dalam masyarakat remaja sementara mereka yang lambat

matang perlu bersaing daripada sudut fizikal dan sosial bagi mendapat tempat yang istimewa
dalam kelompok remaja.
Akil baligh adalah satu peringkat dalam hidup anda di mana tubuh badan anda berubah dari
seorang kanak-kanak ke seorang dewasa. Perubahan-perubahan ini termasuklah ciri-ciri seks
'primer' dan 'sekunder'.Ia disebabkan bahan kimia di dalam badan yang dipanggil hormon. Baligh
adalah merupakan perubahan biologi yang menandakan permulaan remaja. Ianya bermula
apabila tahap hormon yang memasuki salran darah meningkat ekoran respon kepada isyarat
daripada bahagian otak iaitu hipotalamus. Apabila tahap pertumbuhan hormon bertambah dalam
badan, lonjakan pertumbuhan kanak-kanak dengan tiba-tiba akan berlaku. Lonjakan ini
merupakan tanda yang nyata tentang permulaan akhil baligh. Apabila ini berlaku perkara yang
paling ketara semasa baligh adalah merupakan perkembangan permatangan seksual iaitu
kebolehan pembiakan.
Berikut adalah organ reproduktif remaja lelaki:-

a. Perubahan terhadap remaja lelaki:i.


Ciri-ciri seks primer yang berubah adalah perubahan zakar (penis) dan buah zakar
ii.

(testis)
Manakala ciri-ciri seks sekunder pula melibatkan pertumbuhan misai dan janggut
serta suara yang lebih garau

iii.

Bulu ketiak serta di bahagian kemaluan juga merupakan tanda-tanda akil baligh

iv.

Bahu dan dada menjadi bidang

v.

Jerawat mula tumbuh

vi.

Mengalami mimpi yang menghairahkan sehingga mengeluarkan air mani.


Pengalaman inilah menunjukkan anda telah akhil baligh.

Berikut adalah organ reproduktif remaja perempuan:-

b. Perubahan terhadap remaja perempuan:i.


Ciri-ciri seks primer yang berubah adalah perubahan faraj dan ovari

ii.

Manakala ciri-ciri seks sekunder pula melibatkan perubahan payudara serta


punggung membesar

iii.

Bulu dari ketiak dan di bahagian kemaluan juga merupakan tanda-tanda


akil baligh

iv.

Jerawat mula tumbuh.

v.

Mula didatangi haid

vi.

Suara mungkin berubah dari suara keanak-anakan kepada suara yang lebih
matang.
Akil baligh bermula antara umur 9 - 16 tahun bagi lelaki dan perempuan. Ada yang

mengalaminya lebih awal dan ada juga yang lewat. Kemungkinan berlakunya sebab-sebab
akil baligh awal adalah :
i.
ii.

Nutrisi yang lebih baik


Stres

iii.

Bahan kimia di dalam makanan

2.0 Perkembangan Fizikal Remaja Lelaki dan Perempuan


Pengertian perkembangan ialah perubahan tubuh badan yang bersifat kualitatif atau boleh
diukur. Perubahan yang bersifat kualitatif, iaitu sifat perubahan yang tidak dapat diukur secara
kuatitatif tetapi perubahan telah nyata berlaku melihatkan sifat yang berlainan daripada peringkat
yang lebih duhulu. Sementara itu, pembelajaran tentang perkembangan kanak-kanak
memfokuskan kepada perubahan kanak-kanak tersebut secara kuantitatif dan kualitatif.
Secara umumnya dapat dijelaskan bahawa, tumbesaran atau kematangan tubuh badan adalah
bersifat kuantitatif yang boleh diukur dan diperhatikan berlaku seperti berat, tinggi, saiz dan
struktur badan daripada satu peringkat kesatu peringkat perkembangan. Perkembangan adalah
pertumbuhan kualitatif yang boleh diperhatikan berlaku kepada kanak-kanak seperti perubahan

dalam menggunakan bahasa, penggunaan perkataan untuk menerangkan sesuatu yang bertambah
dari satu masa ke satu masa akibat kematangan, latihan dan pembelajaran.
Zaman remaja adalah tempoh yang mana seorang individu dikelilingi oleh isu-isu seksual,
iaitu keupayaan mengalami ataupun melahirkan perasaan seks. Perubahan kematangan seks dan
perubahan hormon yang terlibat adalah asas bagi kematangan seks seorang remaja. Zaman
remaja adalah masa mempelajari seks dengan tujuan mencari suatu identiti seks peribadi. Pada
peringkat usia ini remaja mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi mengenai misteri alam
seks. Pada peringkat ini remaja memikirkan sama ada mereka mempunyai daya tarikan seks,
adakah perkembangan mereka berterusan, adakah mereka akan dicintai oleh seseorang dan
adakah normal apabila mereka melakukan hubungan seks. Kebanyakan remaja akhirnya
menunjukkan perkembangan seksual yang matang tetapi terdapat jangka masa yang mana
hadirnya perasaan kekeliruan dan perasaan mudah dilukai sepanjang kehidupan seksual mereka.
Mengikut seorang ahli psikologi Stanley Hall (1904) zaman remaja ialah jangka masa seseorang
itu mengalami berbagai cabaran dan tekanan ( storm and stress ). Ini bermaksud remaja yang
mengalami perubahan fizikal, intelek serta emosi dan terpaksa berhadapan dengan berbagai
konflik di dalam dirinya dan juga masyarakat.
Perkembangan fizikal remaja perlu diketahui bagi membantu memahami tentang sesetengah
remaja yang lambat atau cepat dalam pekembangan mereka dan apakah kesan-kesan
disebaliknya.
Perkembangan ciri seksual sekunder dibahagikan kepada lima peringkat yang dikenali
sebagai Peringkat Tanner.
Tahap Tanner :
i.
ii.

Lelaki - Zakar (penis) dan kerandut buah zakar (skrotum)


Lelaki - Bulu kemaluan

iii.

Perempuan - Payudara

iv.

Perempuan - Bulu kemaluan

i.

Lelaki - Zakar (penis) dan kerandut buah zakar (skrotum)

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

ii.

Lelaki - Bulu kemaluan

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

iii.

Perempuan - Payudara

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

iv.

Perempuan - Bulu kemaluan

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

3.0 Penjagaaan Kesihatan Remaja


3.1 Panduan penjagaan organ reproduktif remaja lelaki:1

i. Bersihkan tubuh badan termasuk organ reproduktif dua kali sehari dengan sabun dan air

ii. Gunakan seluar dalam bagi menampung zakar dan skrotum

iii. Pilih seluar dalam yang sesuai dengan saiz tubuh

iv. Penggunaan seluar yang terlalu ketat menyebabkan ketidakselesaan, menyakitkan atau
boleh memusingkan kedudukan testis serta menyebabkan kepanasan

v. Kepanasan yang berlarutan boleh mengganggu fungsi normal testis.

3.2 Panduan penjagaan kesihatan remaja perempuan:i.


ii.
iii.

Tuala wanita perlu ditukar selalu


Basuh kemaluan menggunakan sabun dan air
Mandi dan bersihkan diri sekurang-kurangnya dua kali sehari.
3.2.1

Berikut adalah panduan penggunaan tuala wanita:-

i. Tanggalkan kertas pelekat pada bahagian bawah pad.


ii. Tekan bahagian bawah pad yang berpelekat pada seluar dalam pakailah.
3.2.2

Cara Membuang Pad.

i. Lipatkan pad terpakai dan balut dengan kertas atau plastik


ii. Masukkan ke dalam tong sampah.
iii. Jangan buang pad dalam mangkuk tandas.
4.0 Amalan Gaya Hidup Sihat Remaja
1

i, Membina kekuatan peribadi (inner strength) dengan pendekatan agama.

- Kekuatan dalaman adalah kekuatan dari aspek rohani dan spiritual.

3
4

ii.Meluangkan masa untuk menilai kelemahan yang ada pada diri, dan membina keazaman
untuk memantapkan keyakinan serta harga diri

-Bermuhasabah diri demi menilai kelemahan dan kekauatan kita serta membantu
meningkatkan keyakinan diri.

iii. Makan dengan cara yang sihat dan teratur


7

-Pemakanan makanan yang seimbang serta mengikut jadual yang betul akan membantu
meningkatkan kesihatan tubuh badan.

8
iv. Bersenam secara berkala dan meluangkan masa berekreasi supaya membentuk tubuh
yang sihat dan minda yang cerdas
-Senaman baik untuk kecergasan tubuh badan dan kecerdasan otak.

v. Memastikan masa rehat dan tidur yang mencukupi


1

-Rehat yang cukup akan menyebabkan kita akan sentiasa cergas dan ceria setiap hari.

2
vi Mengelakkan dari mendekati perkara-perkara yang boleh merangsang dorongan seks
seperti menonton atau membaca majalah lucah.
1

-Jauhi perkara-perkara negatif yang boleh menyebabkan kita melakukan aktiviti-aktiviti


yang bertentangan dengan agama.

2
2

vii Menjauhi dari merokok


1

Merokok merupakan salah satu pencetus kepada remaja untuk terus terjebak dengan
gejala penagihan dadah. Oleh itu, hindari diri dari tabiat merokok.

1
5.0 Perubahan Emosi dan Psikologi

Apabila berlakunya perubahan fizikal, akan juga turut berlaku perubahan emosi dan
psikologi. Semasa menjangkau usia remaja, anda mula tertarik kepada remaja berlainan jantina.
Ini adalah perkara normal bagi remaja yang meningkat dewasa.
Emosi adalah

suatu keadaan perasaan yang kompleks yang disertai karakteristik kegiatan

kelenjar dan motoris. Emosi merupakan setiap keadaan pada diri seseorang yang disertai warna afektif
baik pada tingkat lemah mahupun pada tingkat yang luas. Variasi afektif di sini dapat dimaksudkan
sebagai perasaan perasaan tertentu yang dialami pada saat menghadapi atau menghayati suatu situasi
tertentu, contohnya gembira, bahagia, putus asa, terkejut, benci, tidak senang dan sebagainya.

Perubahan emosi ini adalah normal dan merupakan sebahagian dari proses pembesaran
kepada semua remaja. Namun begitu, perasaan ini perlu dikendalikan dengan bijaksana supaya
tidak menghancurkan masa depan remaja. Ini kerana banyak kes pembuangan bayi pada hari ini
adalah kerana remaja kita tidak tahu dan tidak berjaya menangani isu emosi dan psikologi ini.
5.1 Perubahan-perubahan lain yang tidak kurang penting yang melibatkan emosi dan
psikologi ialah:-

ii. Ingin berdikari dan memikul tanggungjawab sendiri.

Ini juga satu sikap yang perlu dibimbing oleh ibu bapa kerana kebanyakkan remaja pada
hari ini lebih gemar percaya kepada rakan sebaya dan ianya akan menyebabkan mereka
lari dari rumah kononnya untuk berdikari tetapi sebenarnya mereka ingin lari dari
kongkongan ibu bapa dan seterusnya mengamalkan cara hidup yang bebas.

ii. Perasaan ingin mencari identiti diri.

Iaitu satu proses yang biasa dan ianya akan menentukan bahawa remaja itu akan menuju
kea rah yang positif atau kea rah yang sebaliknya. Di sini peranan ibu bapa sangat
penting supaya ibu bapa dapat membimbing remaja tersebut untuk mencari identity
mereka.

iii. Ingin mencuba perkara-perkara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Pada zaman remaja, mereka lebih terikut-ikut dan akibat dicabar oleh rakan yang lain
maka akhirnya remaja terbabit akan terjebak. Sebagai contoh remaja yang tidak merokok
akan dicabar oleh rakan untuk cuba menghisap rokok dan akhirnya akibat kerana cabaran
tersebut maka remaja tersebut akhirnya terjebak kepada gejala tersebut.

6.0 Perubahan Mental dan Sosial


Dalam melalui saat-saat manis alam remaja, anda perlu berinteraksi dengan rakan sebaya,
keluarga dan masyarakat. Malah proses ini amat penting untuk dilalui oleh setiap remaja.
Alam remaja penuh cabaran dan masalah. Remaja akan mampu mengatasi cabaran hidup secara
berbincang dan bertukar fikiran dengan :1

i. Ibubapa.

Dalam menempuh alam remaja, ibu bapa perlu memainkan peranan yang baik bagi
memastikan remaja tersebut tidak mudah terjerumus ke dalam aktiviti-aktiviti yang
kurang sihat. Ibu bapa mesti prihatin dengan perubahan tingkah laku anak-anak. Ibu bapa

perlu mengambil berat ke mana anak mereka pergi, dengan siapa anak mereka berkawan
dan seboleh-bolehnya pastikan anak-anak kategori remaja ini sudah berada di rumah
sebelum malam kerana terlalu banyak aktiviti-aktiviti yang tidak sihat boleh berlaku pada
masa tersebut.
3

ii Rakan sebaya : Pilih rakan sebaya yang baik akhlaknya.

Memilih rakan tiada salahnya dan pastikan bahawa pilihan kita itu adalah tepat kerana
rakan yang baik akan menyeru kita untuk melakukan kebaikan manakala rakan yang
kurang baik akan lebih menyeru kita untuk melakukan kejahatan. Menurut kajian-kajian
yang telah dibuat menunjukkan bahawa pengaruh rakan sebaya adalah lebih kuat
daripada pengaruh ibu bapa dan guru. Ini membawa maksud sekiranya kita tidak
berwaspada kita akan memilih rakan yang salah.

iii. Guru atau orang dewasa yang boleh dipercayai.

Guru merupakan golongan yang juga boleh dianggap paling berpengaruh terhadap remaja
selain daripada rakan sebaya dan ibu bapa. Guru boleh memainkan peranan untuk
membawa remaja untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang baik sesuai dengan gaya hidup
sihat seperti menggalakkan remaja untuk menyertai aktiviti permainan dan sukan serta
aktiviti persatuan dan badan beruniform di sekolah. Ini sedikit sebanyak akan dapat
menrik golongan remaja untuk menyertai aktiviti sihat di samping meningkatkan
keyakinan diri, disiplin serta tanggungjawab golongan ini.

Untuk memastikan golongan remaja tidak terjebak dengan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat
cubalah sertai program remaja di sekolah ataupun yang dijalankan oleh masyarakat di
persekitaran anda.

Dalam melalui saat-saat manis alam remaja, anda perlu berinteraksi dengan rakan sebaya,
keluarga dan masyarakat. Berikut adalah faktor-faktor masalah sosial di kalangan remaja:Perasaan ingin tahu dan sifat ingin mencuba adalah sebahagian dari perkembangan semasa alam
remaja. Sikap ini akan membantu teruna menjadi seorang dewasa yang dapat membezakan
perlakuan yang baik dengan buruk. Nilai positif yang ada pada teruna ini perlu dibimbing oleh

golongan dewasa. Kegagalan teruna untuk mengawal perasaan boleh mendorong teruna
melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak sihat seperti merokok, pengambilan dadah dan arak,
vandalisma, pergaduhan, penglibatan dalam lumba haram serta hubungan seksual rambang.
Kesan tingkahlaku teruna yang tidak sihat dimanifestasikan sebagai :1

Kecederaan akibat kemalangan

Ketagihan rokok, arak dan dadah

Jangkitan penyakit kelamin dan HIV/STI

Jenayah juvana

Tekanan mental

7.0 Soalselidik
Sila jawab soalan di bawah untuk memastikan adakah anda remaja yang sihat..
Bil. Aktiviti
1.

Saya berpuas hati dengan diri saya.

2.

Saya bersenam/berekreasi sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

Ya Tidak

3.

Saya tidur dan rehat secukupnya setiap hari.

4.

Saya mampu katakan TIDAK pada rokok, arak dan dadah.

5.

Saya makan malam bersama ahli keluarga yang lain.

6.

Saya mampu menolak pelawaan untuk melakukan aktiviti yang


berbahaya dari rakan-rakan sebaya.

7.

Saya mampu berkomunikasi secara berkesan dengan ibu bapa saya.

8.

Saya berkongsi masalah saya dengan orang yang saya percayai.

9.

Saya mempunyai hubungan yang erat dengan ahli keluarga saya.

10. Saya mempunyai masa depan yang cerah.


Sekiranya anda menjawab tidak pada mana-mana soalan, cuba perbaiki keadaan ini dengan
mendapatkan pertolongan dari guru, ibubapa atau orang dewasa yang anda percayai.
Penyelesaian awal akan menjadikan anda teruna yang yakin dengan diri sendiri.

8.0 Penutup
Zaman remaja merupakan satu tempoh peralihan dari zaman kanak-kanak ke alam
dewasa yang berlangsung dalam usia sekitar 13 tahun hingga 20 tahun. Pada peringkat ini
berlakunya perubahan yang pesat sama ada perubahan biologi, fizikal, mental dan emosi serta
perubahan tenggungjawab dan peranan. Jadi, untuk mengimbangi perubahan-perubahan ini,
golongan remaja sering berhadapan dengan masalah dan konflik dalam mencari identiti diri.
Oleh itu, berlakulah ketegangan dan tekanan emosi dalam diri remaja. Jika diteliti secara
mendalam zaman remaja sebenarnya merupakan suatu proses dan bukannya satu jangkamasa.
Kerana pada tahap ini berlakunya proses mencapai atau memperolehi sikap dan kepercayaan
yang diperlukan demi penglibatan yang berkesan dalam masyarakat.
Untuk memastikan seseorang remaja itu mampu untuk mengelakkan daripada unsur-unsur
negatif, sikap-sikap berikut boleh dijadikan panduan iaitu:

Hormatilah orang-orang yang lebih tua dari anda.

Hindarkan diri dari pengaruh rokok, dadah dan arak.

Amanah

Dekatilah diri anda dengan ajaran agama.

Bantulah rakan yang memerlukan pertolongan.

Menabung untuk masa depan anda.

Rujukan
Atan Long. 1976. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Azizi Yahaya, Noordin Yahaya & Zurihanmi Zakariya. (2004). Psikologi Sosial. Skudai :
Universiti Teknologi Malaysia.
Azizi Yahya, Jamaludin Ramli dan Wei May Lin. 2002. Hubungan Antara Tingkahlaku
Keibubapaan dan Penghargaan Kendiri di Kalangan Remaja.
Jas Laile Suzana Jaafar (1996), Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamaruddin Hj. Husin (1996). Sekolah dan Perkembangan Kanak-kanak.
Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Mohd Salleh Lebar (1999). Asas Psikologi Perkembangan. Kuala Lumpur :
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Sharifah Alwiah Alsagoff (1992). Psiologi Pendidikan 1 Konsep Asas
Psikologi dan Psikologi Pendidikan, Psikologi Perkembangan. Subang Jaya: Longman
http://www.moh.gov.my

Anda mungkin juga menyukai