Anda di halaman 1dari 2

Bidang ilmu sosiologi

Ilmu sosiologi termsuklah ilmu yang aling muda dar ilmu-ilmu yang ada. Semua ilmu
pengetahuan yang kita ketahui selama ini pernah menjadi bahagian dari filsafat yang
merupakan induk dari segala ilmupengatahun. Dalam sosiologi, tokoh yang sekarang
dianggap sebagai bapa sosiologi adalah Auguste comte, kerana ia yng pertama kali memberi
nama sosiologi. Secara etimologis istilah sosialog berasal dari bahasa latin iaitu socius yang
bermaksud kawan, sahabat, rakan, sekutu, masyarakat, ilmu sosiologi adalah sebagai satu
bidang ilmu yang memfokuskan kajian mengenai tingkah laku manusia mempunyai bidang
yang sangat luas, antara lain bidang kajian sosiologi industry, sosiologi hukum, sosiologi
pendidikan, osiologi pngkotaan, sosiologi pedesaan, sosiologi kesihatan, dan lain-lain.
Sosiologi industry adalah bidang kajian yang mengkaji masalah fenomena industry
dengan menitik beratkan kajiannya pada factor manusia, dan mengaitkannya dengan factor
mesin serta mekanisme kerja pabrik yang berorientasikan pada efensi dan efektivitas.
Sedangkan sosiologi hukum merupakan cabang sosiologi yang ada di masyarakat. Sementara
itu, sosiologi pendidkan merupakan kajian tentang proses-proses sosiologis yang berlangsung
dalam lembaga pendidikan dengan tekana dan wilayah tekanannya pada lembaga pendidikan.
Selain itu, pihak sosiologi perilaku menyimpang mengkaj perilaku dan kondisi yang dianggap
tidak sesuai dengan norma-norma yang suda disepakati dalam masyarakat.
Dalam melakukan bidang kajiannya, terutama dalam masyarakat moden, sosiologi
perlu bekerja sama dengan ilmu social lainnya membentuk kajian multidisipliner.
Antropologi boleh membantu sosiologi dalam hal metodologi mengingat antropologi
mempunyai pengalaman yang sangat panjang dalam melakukan prnelitian yang bersifat
kualitatif. Psikologi boleh memberi masukan bagi bagi sosiologi dalam hal informasinya
melalui kecenderungan-kecenderungan yang sifatnya individual. Sementara itu, sosiologi
juga harus meminta bantuan ahli sejarah untuk memberi maklumat tentang proses historis
yang ada dalam fenomena perubahan soial.

Bidang ilmu sains politik


Bidang ilmu sains politik ialah sains social yang membincangkan teori dan amalan
politik serta penghuraian dan pengupasan system dan kelakuan politik. Aahli sains politik
menganggap diri sebagai terlibat dalam pendedahan hubungan yang tersirat di sebalik

peristiwa dan keadaan politik, dan berdasarkan pendedahan inilah mereka cuba membina
prinsip-prinsip am mengenai cara penjalanan dunia politik. Sains politik ini terdiri daripada
beberapa sub bidang, seperti teori politik, dasar awam, politik Negara, hubungan
antarabangsa dan politik perbandingan.
Sains politik banyak perkaedahanny, antara disiplin-disiplinnya termasuklah teori
pilihan rasional, falsafah politik klasik, positvisme, interretivisme, pasca struktulisme,
behaviourlisme, realisme, pluralisme, dan institutionalisme. Sains politik sebagai salah satu
abang sains social, menggunakan kaedah dan teknik yang berkenaan dengan jenis-jenis hasil
penyelidikan yang dicari.seperti dokumen bersejarah dan catatan rasmi, mahupun sumber
sekunder seperti rencana jurnal ilmiah, penyelidikan tinjauan, analisis statistic, kajian kes dan
pembinaan model.
Secara am nya, ahli sains politik mengkaji hal-hal berkenaan peruntukan dan
peralihan kuasa dalam pembuatan keputusan, peranan dan system tadir urus termasuk
kerajaan dan pertubuhan antarabangsa, kelakuan politik dan dasar awam. Mereka mengukur
kejayaan tadbir urus dan dasar-dasar tertentu dengan mengkaji pelbagai factor, termasuklah
kestabilan, keadilan, kekayaan, dan keamanan. Ada ahli sains politik yang hendak
memajukan tesis-tesis positif ( cubaan menghuraikan keadaan sedia ada daripada yang
sepatutnya )

dengan menganalisis politik, manakala yang lain memajukan tesis-tesis

normative dengaan membuat cadangan dasar tertentu.


Ahli-ahli sains politik menyediakan kerangka untuk para wartawan, kumpulan minat
khusus, ahli politik, dan para pengundi mengupas isu . menurut Chaturvedy, ahli sain politik
boleh brfungsi sebagai penasihat kepada ahli politik tertentu. Ataupun bertanding untuk
merebutjawatan sebagai ahli politik. Ahli sains politik boleh ditemui berugas dalam kerajaan,
pari politik atau sebagai kakitangan awam. Mereka boleh terlibat dengan pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) atau pergerakan politik, ketika memikul pelbagai tugas, sesiapa yang terdidik
dan terlatih dalam sains politik boleh menambah nilai dan kepakaan kepada perbadanan.
Swast seperti kumpulan pemikir, institusi penyelidikan, firma tinjaun dan perhubungan awam
juga sering menggaji ahli sains politik.

Anda mungkin juga menyukai