Anda di halaman 1dari 1

ABSTRAK

Hand Auger atau alat gerimit tangan adalah sesuatu alat yang digunakan untuk mendapatkan
kadar lembapan tanah yang terdapat di sesebuah kawasan . Ia juga bertujuan untuk
mengenalpasti sesuatu kawasan itu layak untuk menanggung beban sesuatu pembinaan dan
juga memenuhi piawaian sesuatu projek (standard) pembinaan pada peringkat awal . Gerimit
tangan juga boleh mengenal pasti paras air tanah di kawasan tersebut . Cara ini boleh
digunakan di tanah-tanah yang kering kontang , sederhana dan basah serta senang ditembusi .
Alat ini tidak boleh digunakan pada tanah yang berpasir. Penggunaan gerimit tangan boleh
menjangkau masa sehingga 3 hingga 4 jam untuk mengambil sampel tanah . Dengan adanya
gerimit tangan yang telah diiubah suai ini , masa yang diperlukan untuk mengambil sampel
tanah dapat dikurangkan sehingga 30 minit . Masa yang dicatatkan ini adalah sangat lama dan
membebankan para pelajar . Hal ini kerana , masa yang diambil begitu lama ketika hendak
mengorek lubang pada kedalaman 0.2 meter yang pertama . Kedudukan gerimit tangan yang
tidak betul dan tidak tegak dengan sempurna mempengaruhi kelewatan ini .

Untuk

mengendalikan alat ini juga , memerlukan sehingga 4 atau 5 orang pelajar manakala untuk
gerimit tangan yang telah diubah suai pula hanya 2 orang sahaja . Bagi ujian kelembapan
tanah pula ,

Anda mungkin juga menyukai