Anda di halaman 1dari 6

TAJUK:

TAHAP KECERDASAN EMOSI GURU DAN HUBUNGANNYA


DENGAN PENCAPAIAN SEKOLAH
BAB 1
PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan
Pada zaman

yang

serba

maju

dan

semakin

berkembang,

jelas

menunjukkan bahawa semua organisasi memerlukan sesuatu perubahan


(Barsade & Gibson, 2007; Bass & Riggio, 2006). Keadaan ini adalah
disebabkan oleh perkembangan yang pesat di dalam bidang teknologi dan
sosioekonomi
globalisasi,

termasuklah
trend

ke

perkembangan

arah

ekonomi

teknologi

yang

maklumat,

berkonsepkan

era

kepada

perkhidmatan serta ramainya masyarakat yang berpengetahuan. Menurut


Burnes (2004), timbul beberapa isu di mana organisasi memerlukan
perubahan seperti perubahan dalam pengurusan dan struktur organisasi,
gelagat kepimpinan organisasi, masalah-masalah yang perlu dihadapi,
perancangan melaksanakan perubahan dan matlamat yang hendak
dicapai.
Jika dilihat dalam organisasi sekolah, untuk mencapai kejayaan
dalam pengurusan perubahan maka ianya memerlukan kepemimpinan
yang berkesan yang diketuai oleh guru besar untuk menggerakkan guruguru yang merupakan barisan hadapan dalam usaha meningkatkan
kecemerlangan

pendidikan.

Justeru

itu,

seorang

guru

besar

yang

mempunyai kecerdasan emosi yang baik akan dapat mengenali dan


menilai perasaan dirinya dan orang lain supaya dapat bertindak balas
dengan lebih baik (Goleman, 1996).
1.2

Latar Belakang
Dalam mengharungi era globalisasi kini, dunia pendidikan turut menerima
tempiasnya. Segala perubahan dalam sistem pendidikan yang berlaku
menuntut perubahan sikap dalam kalangan warga pendidikan termasuk
pengetua, guru serta murid. Penerapan ilmu dan aspek emosi penting
untuk

memastikan

warga

pendidikan

berupaya

menyesuaikan

dan

memantapkan diri dalam menghadapi arus globalisasi. Oleh itu, menjadi


tanggungjawab

pengetua

untuk

memastikan

dirinya

berupaya

mengendalikan emosinya serta mewujudkan hubungan yang baik dengan


1

guru-gurunya

agar

matlamat

untuk

melahirkan

modal

insan

yang

seimbang terlaksana.
Oleh yang demikian corak kepimpinan guru besar perlu berubah dari
semasa ke semasa memandangkan kerana organisasi sekolah terdiri
daripada pekerja-pekerja berpengetahuan tinggi. Keadaan ini disebabkan
oleh matlamat organisasi bukan sahaja memikirkan tentang pulangan atau
profit yang tinggi tetapi sesebuah organisasi yang ingin terus berjaya perlu
memikirkan tentang proses untuk terus kekal dan stabil (sustainability)
supaya kecemerlangan terus dikekalkan serta modal insan yang ada terus
berkhidmat dengan cemerlang (Norlia & Jamil, 2007).
1.3

Pernyataan Masalah
Sejak dahulu hingga ke hari ini pencapaian sesebuah sekolah masih sering
diperkatakan malahan sering menjadi buah mulut masyarakat. Cemerlang
atau tidak pencapaian sesebuah sekolah itu akan ditentukan oleh pihak
pentadbir serta guru-gurunya. Menurut Goleman (1995), kecerdasan emosi
merupakan

suatu

keperluan

asas

untuk

keberkesanan

penggunaan

kecerdasan intelektual. Dalam hal ini, faktor kecerdasan emosi guru adalah
merupakan satu faktor yang amat penting dan mempunyai hubungan
terhadap pencapaian sesebuah sekolah.
Pada masa ini masih terdapat individu yang mempunyai tahap
kecerdasan intelek yang tinggi tetapi lebih berminat untuk menonjolkan
kelebihan diri malahan lupa kepada tugas dan peranan serta keperluan
terhadap kecerdasan emosi. Sanitah dan Mohd Azhar (2004) menyatakan
bahawa kecerdasan emosi mempunyai peranan yang sangat penting
dalam dunia pendidikan, pendukung kepada kecerdasan intelek serta
menjamin kualiti sesuatu produk yang dihasilkan sama ada di peringkat
kanak-kanak atau orang dewasa.
1.4

Objektif Kajian
i.
Untuk melihat tahap kecerdasan emosi guru.
ii.
Untuk melihat tahap pencapaian sekolah.
iii.
Untuk mengenal pasti perbezaan tahap kecerdasan emosi guru
iv.

terhadap pencapaian sekolah berdasarkan jantina.


Untuk mengenal pasti perbezaan tahap kecerdasan emosi guru

v.

terhadap pencapaian sekolah berdasarkan pengalaman kerja.


Untuk mengenal pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan
antara kecerdasan emosi guru dan pencapaian sekolah.

1.5

Soalan Kajian
i.
Apakah tahap kecerdasan emosi guru?
2

ii.
iii.

Apakah tahap pencapaian sekolah?


Adakah terdapat perbezaan tahap kecerdasan emosi guru terhadap

iv.

pencapaian sekolah berdasarkan jantina.


Adakah terdapat perbezaan tahap kecerdasan emosi guru terhadap

v.

pencapaian sekolah berdasarkan pengalaman kerja.


Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi
guru dan pencapaian sekolah.

1.6

Hipotesis Kajian
Ho1

Apakah tahap kecerdasan emosi guru?

Ho2

Apakah tahap komitmen kerja guru?

Ho3

Apakah tahap tahap pencapaian sekolah?

Ho4

Tidak terdapat perbezaan skor min yang signifikan tahap kecerdasan

emosi
guru terhadap pencapaian sekolah berdasarkan jantina.
Ho5

Tidak terdapat perbezaan skor min yang signifikan tahap kecerdasan

emosi
guru terhadap pencapaian sekolah berdasarkan pengalaman kerja.
Ho6

Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kecerdasan

emosi dan
pencapaian sekolah.
1.7

Tujuan Kajian
Berdasarkan kepada latar belakang kajian tentang hubungan antara
kecerdasan emosi dan komitmen kerja guru terhadap pencapaian prestasi
sekolah, maka tumpuan kajian adalah untuk melihat hubungan antara
ketiga-tiga pembolehubah iaitu kecerdasan emosi dan komitmen kerja
(pembolehubah

bebas)

dan

pencapaian

sekolah

(pembolehubah

bersandar). Melalui kajian ini, adalah diharapkan agar dapat membantu


meningkatkan pencapaian sekolah khususnya dalam akademik.
1.8

Definisi Konsep Dan Operasional


Istilah-istilah yang didefinisikan dalam bahagian ini ialah istilah khusus
yang digunakan dalam kajian ini. Selain daripada itu definisi untuk semua
istilah khusus ini juga dibincangkan dari pandangan kajian ini.

1.8.1 Persepsi
Menurut Kamus Dewan (2007), persepsi bermaksud gambaran atau
bayangan dalam hati atau fikiran serta tanggapan. Di dalam penyelidikan
ini, penyelidik mendefinisikan persepsi sebagai pandangan yang datang
3

dari jiwa yang ikhlas tentang persoalan yang dikemukakan kepada


seseorang itu.
1.8.2 Tahap
1.8.3 Kecerdasan
Kamus Dewan (2012) menerangkan bahawa kecerdasan boleh diertikan
sebagai kesempurnaan untuk berfikir, mengerti dan lain-lain seperti
kepandaian, kepintaran dan kecerdikan. Hamid (2004), menyatakan
kecerdasan dapat ditafsirkan sebagai kebolehan untuk membaca, menulis,
menghitung, sebagai jalur sempit keterampilan kata dan angka yang
menjadi fokus dalam pendidikan formal seperti sekolah yang mengarahkan
seseorang untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik. Pandangan
baru yang berkembang adalah ada kecerdasan lain di luar IQ, seperti
bakat, ketajaman pengamatan sosial, hubungan sosial, kematangan
emosional dan lain-lain yang harus dikembangkan.
1.8.4 Emosi
Emosi pula merupakan bangkitan perasaan dan rasa dalaman hasil tindak
balas seseorang terhadap sesuatu perkara, pengalaman dan peristiwa
yang berlaku seperti emosi takut, marah, kecewa, gembira, suka dan kasih
sayang (Najati, 1992). Hamid (2004) menyatakan bahawa perkataan emosi
berasal daripada perkataan Latin emover yang bermaksud bergerak,
kegembiraan dan kegusaran. Pada hari ini perkataan emosi digunakan bagi
menggambarkan pengalaman subjektif seseorang individu seperti cinta,
marah, suka, resah, tertekan, malu, benci, duka dan pelbagai lagi.
1.8.5 Kecerdasan Emosi
Menurut Kamus Dewan (2012), kecerdasan bermaksud kesempurnaan akal
untuk berfikir dan mengerti. Emosi pula membawa maksud perasaan atau
jiwa yang kuat seperti sedih, marah, gembira dan lain-lain. Kecerdasan
emosi adalah konsep kecerdasan yang luas dan ada kaitan dengan
kesedaran ke atas emosi dan perasaan dan bagaimana perasaan dapat
berinteraksi dengan kecerdasan intelektual. Manakala Dulewicz dan Higgs
(1999), mendefinasikan kecerdasan emosi sebagai kecerdasan mengenai
kesedaran

dan

mengurus

perasaan

dan

emosi

diri,

sensitif

dan

mempengaruhi orang lain, memotivasi dan mengimbangkan motivasi dan


memantau diri supaya mencapai intuisi, ketelitian (conscientiousness) dan
tingkah laku beretika.
4

Menurut Mayer dan Salovey (1997), kecerdasan emosi mendefinasikan


sebagai keupayaan untuk mengawal emosi diri dan orang lain, untuk
membezakan antara emosi tersebut dan untuk menggunakan kefahaman
itu untuk memantau pemikiran dan tindakan diri.
1.8.6 Komitmen
1.8.7 Kerja
1.8.8 Komitmen Kerja
1.8.9 Pencapaian
1.8.10
Pengalaman Kerja
1.9

Kepentingan Kajian
Kajian ini dijangka dapat mengesan tahap kecerdasan emosi guru dan
hubungannya dengan komitmen kerja guru sekolah rendah di daerah
Ranau. Dimensi kecerdasan emosi seperti kesedaran diri, kawalan emosi,
motivasi diri, empati dan kemahiran interpersonal amat penting dimiliki
oleh seorang guru untuk melihat bagaimanakah tahap pengawalan
emosinya dalam menyumbang ke arah pencapaian sekolah. Dapatan ini
kemudiannya akan digeneralisasikan kepada....

1.10 Batasan Kajian


Kajian yang akan dijalankan ini hanya tertumpu dan terbatas kepada guruguru sekolah rendah daerah Ranau sahaja. Selain itu, kajian ini berfokus
kepada tahap kecerdasan emosi dan hubungannya dengan pencapaian
sekolah. Sampel dipilih secara rawak manakala kesahihan dapatan kajian
adalah bergantung kepada tahap kejujuran responden dalam memberikan
jawapan serta kerjasama terhadap kajian yang dijalankan.
1.11 Kerangka Konseptual Kajian
Kerangka konseptual kajian ini berpandukan kepada Model Kecerdasan
Emosi Salovey dan Mayer (1990) bagi menilai kecerdasan emosi guru.
yang akan diadaptasi mengikut kesesuaian kajian. gaya integeratif, gaya
menyesuai, gaya menguasai, gaya mengelak, dan berkompromi. Merujuk
kepada rajah 1, model ini membezakan gaya pengurusan

konflik

berdasarkan dua dimensi yang asas iaitu mementingkan diri sendiri dan
mementingkan

orang

lain.

Dimensi

pertama

menerangkan

tahap

seseorang individu cuba memuaskan kepentingan sendiri. Manakala


5

demensi kedua menerangkan tahap seseorang individu cuba memuaskan


kepentingan orang lain. Kombinasi terhadap dua dimensi ini menghasilkan
lima gaya pengurusan konflik yang menerangkan orientasi motivasi
seseorang individu semasa berkonflik.
1.12 Organisasi Disertasi
Secara ringkasnya, bab ini membincangkan tentang pengenalan kepada
gaya pengurusan konflik dalam kalangan guru besar di sekolah rendah
daerah Keningau yang dijalankan. Bab ini menyatakan latar belakang
kajian, pernyataan masalah, persoalan kajian, hipotesis kajian, objektif
kajian, kerangka konseptual kajian, kepentingan dan batasan kajian.
Definisi operasional bagi pencapaian sekolah juga dinyatakan secara
ringkas.
1.13 Rumusan
Pendidikan yang berteraskan kemahiran semakin diberi perhatian khusus
sejak akhirakhir ini. Pelbagai perancangan telah disusun rapi bagi
memajukan

serta

menjenamakan

produk

keluaran

institusi

yang

berasaskan kemahiran. Malah kerajaan


turut membuat pelaburan yang banyak untuk melaksanakan hasrat
tersebut. Oleh itu, berdasarkan kenyataan-kenyataan dalam kajian ini telah
membuktikan bahawa kecerdasan emosi (EQ) memainkan peranan penting
bagi setiap individu. Banyak kebaikan yang dapat dilihat menerusi amalan
EQ ini. Bab ini menerangkan dengan jelas mengenai latar belakang
masalah, penyataan masalah, tujuan kajian, persoalan kajian, objektif
kajian, hipotesis, kerangka konsep kajian, kepentingan kajian, skop kajian,
batasan kajian serta definisi operasi berkaitan dengan kajian yang
dijalankan.
Bibliografi