Anda di halaman 1dari 4

Industri desa (Dewan siswa Februari 2006)

Takrifan: Industri luar bandar ataupun industri tradisional yang


mengeluarkan kerja tangan dan dihasilkan oleh masyarakat
kampung yang masih menggunakan teknik tradisi tempatan yang
diwarisi daripada nenek moyang.
Kepentingan industri desa:

Membuka peluang pekerjaan dan perniagaan kepada anakanak kampung itu sendiri.

Membantu menarik lebih ramai pelancong asing datang ke


Malaysia.

Sesebuah kampung mempunyai identiti hasil pengeluaran


produknya sendiri.

Penduduk kampung memperoleh pendapatan tambahan.

Dapat meningkatkan pendapatan negara.

Mampu mengekalkan nilai-nilai seni tradisi dan kebudayaan


yang diwarisi sejak zaman berzaman.
Cara-cara memajukan industri desa:

Galakan dan dorongan kerajaan serta perkhidmatan


sokongan.

Diberi nafas baru melalui suntikan teknologi terkini bagi


menjadikannya berdaya saing tinggi, meningkatkan produktiviti
dan menembusi pasaran global.

Agensi kerajaan seperti SIRIM, MARDI dan institusi


penyelidikan yang lain mencipta pelbagai mesin untuk
menghasilkan pelbagai produk.

Sektor swasta, terutamanya industri harus memperkenalkan


produk tradisional secara komersial.

Lebih banyak penyelidikan dan pembangunan (R&D) harus


dilakukan agar dapat meningkatkan nilai tambah untuk produkproduk industri tradisional dan kraftangan.

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi


melancarkan program satu daerah satu industri.

Sekat peranan orang tengah dengan mengadakan jualan


langsung.

Melahirkan kakitangan terlatih tanpa mengorbankan nilainilai tradisi.

Perlu menambah dan menimba ilmu serta kemahiran dari


negara-negara jiran yang banyak menghasilkan produk-produk
tempatan yang berkualiti.
Kesimpulan:

Industri desa memberi nafas baru kepada mereka yang terlibat


dalam bidang ini khususnya penduduk di luar bandar. Mereka
tidak sepatutnya terlalu bergantung kepada bantuan dan subsidi
kerajaan semata-mata. Mereka perlu melakukan perubahan yang
sesuai dengan keadaan semasa dari segi berfikir, budaya kerja,
kualiti produk dan sebagainya.
Peribahasa:
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah.
Hangat-hangat tahi ayam.
Bukit sama didaki dan lurah sama dituruni.
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

Amalan Menderma Budaya Hidup Yang Mulia. (Dewan Siswa Mac


2006)
Pendahuluan:
Manusia sentiasa berhadapan dengan ancaman bencana alam
seperti ombak besar tsunami yang mengorbankan ratusan ribu
penduduk di Indonesia, Sri Langka, India dan Thailand. Sifat
bermurah hati dengan menghulurkan derma atau bantuan kepada
mereka yang memerlukan merupakan satu sifat yang sangat
terpuji dan mulia di sisi Tuhan malah sesama manusia itu sendiri.
Amalan menderma tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit,
tetapi termasuk darah, organ dan harta benda.
Menderma darah.

Dianggarkan 300 hingga 400 unit darah diperlukan setiap


hari.

Bekalan darah di Pusat Darah Negara (PDN) berkurangan


dan adalah menjadi tanggungjawab kita memastikan
bekalannya berterusan, khususnya pada musim perayaan.

Dapat menyelamatkan nyawa.

Penderma darah didapati kurang berhadapan dengan risiko


sakit jantung.
Menderma dalam bentuk kewangan dan material.

Bencana alam membawa kerosakan kepada harta benda


seperti rumah, ternakan dan kenderaan.

Menderma dalam bentuk wang ringgit dan material


membantu meringankan beban mangsa.

Sebagai contoh, Perikatan Keamanan Rakyat Malaysia (Aman


Malaysia) mrayu rakyat Malaysia agar segra menghulurkan
bantuan kewangan kepada mangsa gempa bumi di Pakistan
dan India yang berhadapan dengan kematian apabila tiba
musim sejuk.

Sebagai contoh, kerajaan Malaysia memberi sumbangan


RM20,000 kepada setiap waris setiap seorang yang terkorban
dalam bencana tsunami.

Sebagai contoh, kerajaan menderma RM12.95 juta kepada


penduduk Acheh yang menjadi mangsa tsunami.
Menderma organ

Satu lagi bentuk amalan menderma termasuk amalan


menderma organ dan tisu manusia seperti jantung, hati, paruparu, pankreas, buahpinggang, mata dan sebagainya.

Sesetengah tisu yang boleh didermakan termasuk kornea,


kulit, tulang, tulang tengah telinga, sumsum tulang, tisu-tisu
penyambung, dan saluran pembuluh darah.

Di Malaysia, amalan ini sangat kurang. Pada tahun 2005, ada


seramai 12 orang yang menderma organ. Ini bermakna hanya
terdapat 0.6 penderma setiap juta rakyat berbanding dengan
negara-negra Eropah purata penderma organ ialah 30 hingga
35 penderma bagi setiap juta rakyat.

Seawal 1950-an lagi, satu fatwa yang membenarkan


pendermaan organ telah dikeluarkan di Mesir, disusuli di Arab
Saudi dan bebeapa negara Islam yang lain. Oleh itu, kita perlu
mencontohi negara-negara Islam yang lain dalam hal ini. Juga
jelas bahawa agama tidak menjadi satu halangan untuk
menderma organ. Begitu jugalah dengan ajaran agama yang
lain yang mengharuskan pnganutnya untuk berbuat demikian.
Kesimpulan:
Secara tuntas, kempen untuk meningkatkan amalan menderma
tidak kira wang ringgit, harta benda, organ, atau tenaga sebagai
sukarelawan untuk misi bantuan kemanusiaan hendaklah
mendapat perhatian semua pihak.

Memartabatkan Batik Malaysia (Dewan Siswa April 2006)


Pendahuluan:
Seni batik merupakan salah satu akar budaya yang menjadi
identiti bangsa Malaysia dan bidang kraftangan yang unggul di

Malaysia. Batik berasal dari Indonesia. Walau bagaimanapun Ila


Keller dalam bukunya Batik: The art and craft, berkata batik
berasal dari Mesir sbelum tersebar ke Iran sejak 2,000 tahun
dahulu. Di Asia Tenggera, batik mula diusahakan oleh penduduk
Indonesia. Kesultanan Mataram pada kurun ke-17, memilih batik
sebagai pakaian rasmi dalam adat istiadat istana.
Usaha kerajaan memartabatkan batik

Mewjibkan pemakaian batik kepada setiap penjawat awam


pada 1 haribulan dan 15 haribulan setiap bulan.

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia dan Perbadanan


Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia mengadakan
promosi.

Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKWA)


dengan
kerjasama
Perbadanan
Kemajuan
Kraftangan
mengadakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) usahawan
kraf, pembangunan tenaga mahir melalui Institut Kraf Negara
(IKN).

Penyelidikan
dan
pembangunan
merangkumi
aspek
penggunaan kain baru, penggunaan warna asli, ketahanan
warna, reka corak batik yang baru, dan juga pekerjaan
pencetakan skrin.

Program pemasaran dan promosi termasuk promosi betema,


promosi in-store di pusat beli-belah, destinasi pelancongan dan
hotel.

Teknologi baru seperti penggunaan mesin dan bantuan


komputer untuk menghasilkan rekaan batik yang lebih menarik
dan berkualiti diperkenalkan.

Memberi galakan dan sokongan kepada pengusaha batik


agar sentiasa proaktif dalam menghasilkan batik yang
berkualiti.
Kesimpulan:
Batik wajar dipertahankan terutama yang membabitkan seni dan
budaya tempatan yang tersohor bagi masyarakat Melayu satu
ketika dahulu. Justeru, sebagai warisan tradisi khazanah bangsa,
seni batik perlulah dipelihara agar keindahan yang terpancar
melaluinya tidak terus dilupakan generasi akan datang.