Anda di halaman 1dari 7

1.

6 Limitasi Kajian
Data-data kajian ini hanya dikutip dari sebuah sekolah jenis kebangsaan dan
melibatkan murid tahun 6 seramai 60 orang sampel sahaja. Dapatan kajian tidak boleh
menginferenkan populasi secara umum kerana data hanya dikumpul di sebuah sekolah sahaja.
Semua pelajar mempunyai latar belakang yang hamper sama kerana mereka tinggal dalam
persekitaran yang sama iaitu di taman-taman perumahan sekitar sekolah.
Namun factor lain yang mempengaruhi pencapaian individu seperti factor kesihatan,
social budaya, pemakanan, sosio-ekonomi, motivasi, pengaruh ibu bapa dan kemudahankemudahan dijangka akan mempengaruhi keputusan kajian. Tahap kesihatan dan kesediaan
sampel dari segi mental, emosi dan fizikal pula akan mempengaruhi prestasi mereka semasa
melakukan ujian. Selain itu, harapan yang tinggi akan meningkatkan tahap kebimbangan
sampel juga akan mempengaruhi keputusan ujian.

1.7 Definisi Operasional


Dalam konteks kajian ini, penyelidik mengemukakan beberapa istilah penting seperti
berikut :
Pendidikan Jasmani
Pendidikan melalui aktiviti fizikal, kekuatan, perkembangan tubuh badan dan kesihatan.
Proses Pendidikan Jasmani merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Kecergasan Fizikal
Kemampuan seseorang individu menjalankan kerja hariannya dengan menggunakan tenaga
yang minimum tanpa rasa lesu.

Ketangkasan
Keupayaan individu bergerak pantas dan menukar arah dengan pantas mengikut lajak yang
betul. Ketangkasan merupakan salah satu tunjang kepada kecergasan dan di bawah tajuk
Daya Tahan Kardiovakular.

Latihan litar
Satu kaedah suaian fizikal di mana beberapa aktiviti senaman yang dipilih, diatur dan
dinomborkan di tempat tertentu ( stesen).

2.0 pengenalan
Kajian ini bertujuan melihat sejauh mana keberkesanan dril bola tampar yang
diselitkan dengan intervensi dan tanpa intervensi terhadap tahap ketangkasan di kalangan
murid tahun 6 di salah sebuah sekolah jenis kebangsan di daerah Hulu Langat. Bagi
memperoleh gambaran yang jelas, bahagian pertama dalam bab ini akan dikaikan dengan
kerangka teori yang berkaitan manakala bahagian kedua dikaitkan dengan definisi dan kajiankajian semasa yang telah dijalankan dalam program intervensi.
Kajian ini adalah berasaskan kepada teori GAS (General Adaptation Syndrom) yang
diperkenalkan oleh Selye pada tahun 1956. Menurutnya, stes dapat meningkatkan fungsi
fisiologi melampaui had asas ataupun lebih jelas lagi ialah tersisih dari homeostatic yang
biasa . Beliau juga mengatakan bahawa semua jenis stress samada dari segi
psikologi,fisiologi mahupun persekitaran boleh menyebabkan reaki fisiologikal secara
umumnya. Respon fisiologi kepada sesuatu stressor bermula dengan proses adaptasi . Apabila
adaptasi berlaku, stressor akan menjadi minimum. Untuk memperoleh respon fisiologikal
yang sama, stress adaptasi pos mesti ditingkatkan. Walaubagaimanapun terdapat 3 peringkat
dalam proses adaptasi fisiologi ini yang mana terdiri daripada alarm stage, resistance stage
serta exhaustion stage.
Semasa dalam alarm stage, tahap kebangkitan menjadi lebih tinggi daripada normal.
Dan pada tahap inilah organisma bermula cuba untuk memerangi penyebab-penyebab stress.
Jika keadaan ini kekal, individu tersebut akan mengalami peringkat yang kedua iaitu
peringkat rintangan (resistance stage). Ini di mana pada peringkat ini organisma akan cuba
menangani penyebab-penyebab stress. Peringkat ini memberi kesan yang kronik kepada
stress yang dikenakan. Pada mulanya, peringkat rintangan dilalui opeh tahap kebangkitan
yang lebih tinggi daripada keadaan normal. Seterusnya, jika keadaan tekanan berterusan,
individu tersebut akan sampai ke peringkat seterusnya, iaitu peringkat kelesuan (exhaustion
stage) di mana tahap kebangkitan menjadi rendah. Apabila kebolehan individu untuk
menangani tekanan nula menurun, individu tersebut akan mula mengalami keadaan kelesuan
dan rasa tidak sihat. Tambahan lagi, keadaan ini juga boleh mengakibatkan kecederaan yang
traumatic, kegagalan jantung untuk berfungsi, serta otot yang tegang menyebabkan sakit
kepala, sakit belakang serta insomnia.
Teori GAS memaparkan satu gambaran yang umum tentang respon tubuh terhadap
sesuatu stress. Aplikasi ini berlaku apabila stress dikenakan ke atas tubuh melalui latihan
akan menyebabkan adaptasi berlaku secara tiga peringkat dalam badan. Tiga peringkat ini
adalah :

Alarm Stage (Peringkat Kejutan)


Resistance Stage (Peringkat Ketahanan)
Exhaustion Stage (Peringkat Kepenatan)

Penyesuaian tubuh badan seseorang bergantung kepada keperluan dan jika keperluan
adalah tinggi maka penyesuaian juga akan tinggi. Senaman latihan adalah satu jenis proses
penyesuaian. Tubuh akan membuat penyesuaian kepada stress senaman dengan kecergasan
yang tinggi jika stress adalah di atas tahap minimum intensiti. Bagi mencapai kesan
maksimum, factor yang terdapat dalam proses adaptasi perlu dititikberatkan. Kejutan stress
yang dilalui oleh tubuh semasa menerima senaman biasa akan melalui satu proses adaptasi
fisiologi. Semasa senaman fizikal, stress ini akan merangsang enzim badan untuk
bertindakbalas. Stres ini seterusnya dapat membuat penyesuaian kepada perubahan kimia
yang berlaku dalam tubuh dan bertindakbalas dengan mudah sewaktu senaman yang
seterusnya. Jika stress diaplikasikan dalam had yang boleh diterima, adaptasi berlaku dan
seterusnya fungsi dipertingkatakan. Dengan berbuat demikian, adaptasi fisiologi berlaku dan
ini mempertingkatkan daya tahan secara umumnya berlaku pada system berlaku kepada
system badan yang disarankan oleh Teori GAS. Oleh yang demikian, pihak sekolah
perbanyakan aktiviti yang kerap supaya adaptasi berlaku dan tahap kecergasan dapat
ditingkatkan (Sallis,1987)
Malahan latihan yang kerap dengan melibatkan otot-otot besar dan ini berupaya
memberi kesan atau atau tekanan kepada kekuatan otot dan ketangkasan. Namun latihan yang
sistematik dengan prinsip lebihan bebanan adalah penting dalam merancang latihan untuk
kecergasan berlandaskan ketangkasan. Oleh itu, semasa merancang program latihan, kriteria
pengekalan ketangkasan perlu digabungjalin dengan prinsip latihan dan saranan Teori GAS
perlu ditekankan dalam latihan supaya adaptasi berlaku. Justeru itu, cadangan yang
disarankan oleh Wilmore (1977), iaitu latihan dengan lebihan bebanan yang progesif,
jangkamasa setiap sesi latihan, kekerapan latihan serta intensiti latihan harus dititikberatkan
supaya adaptasi berlaku dan seterusnya dapat memberi kesan yang positif kepada sistem
tubuh.
Sebagai satu tanda permulaan untuk memperoleh kesan yang positif, pada masa kini
kebanyakan penyelidik telah menumpukan perhatian dalam program intervensi yang mana ia
merupakan satu cara yang sistematik dalam mengaplikasikan prosedur penyelikan dalam
mengubah tingkah laku melalui pengajaran kemahiran baru ataupun melalui manipulasi dan
ia berkemungkinan meningkatkan kecergasan berlandaskan kesihatan terutamanya
ketangkasan (Bowen ct al,2004). Penggunaan program intervensi adalah perlu dan
mempunyai kesan dalam kelas Pendidikan Jasmani yang berstruktur jika dilaksanakan
dengan betul. Program intervensi mewujudkan ruang untuk proses adaptasi berlaku.
Banyak kajian telah mengaplikasikan Teori GAS umpamanya seperti Wilmore
& Costill, (1999) menunjukan aktiviti aerobic selama 15 hingga 60 minit, selama 3 hingga 5
hari dengan intensiti 50 hingga 85 peratus adalah penting dalam program latihan fizikal
dalam meningkat dan mengekalkan kecergasan. Manakala kajian terkini oleh Derri et al,
(2004) ; Halmin et al (2002) juga menyimpul bahawa proses fisiologi dalam tubuh badan
adalah dipertingkatkan apabila intervensi yang diberikan disuaikan dengan Teori GAS.

BAB III

METODOLOGI

3.1 Pengenalan

Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauhmana keberkesanan dril bola tampar yang
diselitkan dengan intervensi dan tanpa intervensi terhadap tahap ketangkasan di kalangan
murid tahun 6 di salah sebuah sekolah jenis kebangsan di daerah Hulu Langat. Dalam bab ini
akan membincangkan tentang reka bentuk kajian, sampel kajian, prosedur kajian yang
terlibat, instrument kajian, tatacara pengumpul data dan analisis data.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Penyelidik menggunakan kaedah kuasi eksperimen yang mengandungi ujian pra dan
ujian pos untuk membandingkan dua kumpulan subjek iaitu kumpulan kawalan dan
kumpulan rawatan (Gay, 1992). Kumpulan rawatan diberi rawatan berupa satu program
intervensi yang dikenali sebagai latihan litar. Ini kerana dalam menguji keberkesanan
program intervensi yang dijalankan, sukar bagi penyelidik untuk memilih sampel secara
rawak keranan ia melibatkan kelas dan bukannya individu perseorangan. Susunan jadual
waktu sekolah serta perjalanan kelas pendidikan jasmani adalah mengikut kelas dan bukan
mengikut pelajar atau sampel. Ini secara langsung akan menyebabkan pengekalan
sekumpulan pelajar dalam satu kelas yang sama tanpa menganggu waktu pelajaran
pendidikan jasmani di sekolah.

Kajian dijalankan selama 12 minggu, di mana pada minggu pertama penyelidik telah
menjalankan ujian pra untuk mengutip data tentang ketangkasan kedua-dua kumpulan.
Pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani telah berlangsung selama 10 minggu
seperti yang dirancang dalan sukatan pelajaran tetapi program intervensi telah dijalankan ke
atas kumpulan rawatan. Ujian pos dijalankan pada minggu ke 12 bagi mengumpul data
tentang ketangkasan kedua-dua kumpulan

3.3 Persampelan

Sekolah yang dinyatakan mengamalkan masa pengajaran pendidikan jasmani selama


60 minit seminggu. Sebanyak 10 buah kelas tahun 6 dan pemilihan dubuat secara rawak ke
atas dua buah kelas di mana satu kelas dijadikan kumpulan kawalan dengan 30 orang subjek
sebagai Kumpulan 1( n=30) dan satu lagi kelas dijadikan kumpulan rawatan iaitu 32 orang
subjek sebagai Kumpulam 2 (n=32). Seramai 62 orang subjek (N=62) dari populasi 405
pelajar tahun 6 telah menjadi sampel kajian ini. Penyelidik telah menggunakan intact
sampling sewaktu memilih subjak kajian di mana semua pelajar yang terdapat dalam setiap
kelas dikekalkan sebagai subjak kajian. Kaedah ini digunakan dalam kajian ini sampel tidak
dapat dipilih secara perseorangan di mana akan mengangu pengajaran dan pembelajaran
mereka. Tambahan lagi, kajian tidak akan dapat dijalankan pada waktu persekolahan kerana
masa pengajaran pendidikan jasmani setiap kelas adalah berbeza. Oleh yang demikian, intact
sampling adalah kaedah yang paling paling sesuai dalam kajian ini. Rajah di bawah
menunjukkan cara pemilihan subjek kajian :

POPULASI
10 buah kelas (405
orang)

2 buah kelas (62 orang)

Kumpulan Kawalan
n =30

Kumpulan Rawatan
n=32

POPULASI
10 buah kelas (405
orang)

POPULASI
10 buah kelas (405
orang)

POPULASI
10 buah kelas (405
orang)

POPULASI
10 buah kelas (405
orang)
Rajah :Rekabentuk Pemilihan Subjek

3.4 Instrumen Kajian

Instrumen adalah suatu alat yang digunakan untuk mengumpul data dalam kajian.
Instrumen yang digunakan boleh dicipta sendiri ataupun yang telah sedia ada yang dibina
oleh orang lain. Dalam kajian ini, Ujian Illinois (Getchell ,1979) telah digunakan sebagai
instrument untuk melihat keberkesanan intervensi yang telah dijalankan terhadap subjek
selama 10 minggu. Ujian Illinois merupakan satu ujian untuk mengukur tahap ketangkasan
yang amat berkesan. Ramai penyelidik telah menggunakan Ujian Illinois sebagai instrumen
dalam kajian mereka, antaranya seperti Liliana (2011) , Norlaila (2011) dalam kajian mereka
yang mengkaji tentang tahap ketangkasan.