Anda di halaman 1dari 25

VISI SEKOLAH

Sekolah unggul penjana generasi


terbilang
Ideal school generates glorious
generation

MISI SEKOLAH
Membangun potensi individu melalui
pendidikan berkualiti
To develop a aworld class quality
system which will realize the full
potential of the individual and fulfill the
aspiration of the Malaysian nation

MOTO SEKOLAH
Konsep 1 Malaysia
Murid didahulukan pencapaian
diutamakan

SK SAINT JOSEPH

JOHOR BAHRU

LENCANA
SEKOLAH

LAGU
SEKOLAH

Sekolah Rendah Kebangsaan Saint Joseph


Oh sekolah yang tercinta,
Amal bakti yang sempurna,
Harapan ibu dan bapa,
Mencapai cita-cita.
Keberanian, kegigihan,
Ketabahan hati mulia,
Itulah cogan katanya,
SSJ yang berjasa.
Chorus:
Pendidikan disemaikan,
Demi masa depan,
Budaya dan sukan,
Kami tetap kan kekalkan.
Pada guru yang tercinta,
Kami tetapkan setia,
Berani, gigih dan tabah,
Untuk bangsa dan nusa.

PIAGAM
PELANGGAN
Bahawasanya kami warga SKSJ akan menumpukan
seluruh usaha dan tenaga kami :

Melahirkan pelajar yang cemerlang, berdisiplin dan


berakhlak mulia.
Memberikan pendidikan yang terbaik kepada anakanak didik sekolah ini.
Menjalinkan hubungan baik antara guru, ibubapa
dan masyarakat sekeliling.
Melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan
dengan sebaik mungkin.
Mewujudkan kepimpinan dan perkhidmatan yang
berteraskan ketakwaan dan prinsip musyawwarah.

PELAN
SEKOLAH

CARTA
ORGANISA
SI
SEKOLAH

TAKWIM
SEKOLAH

BUDAYA
SEKOLAH

PERATURA
N
SEKOLAH

PERSEKITARAN
SEKOLAH

Bangunan Sekolah

kak

Bilik Guru

Bilik Darjah
Murid

Stor Sukan

Bilik J-Qaf

Papan Kenyataan
Sekolah

Padang Sekolah

Astaka Sekolah

Tandas Murid

Perpustakaan

Panorama
Sekolah

Mural Sekolah

Sejarah Sekolah
Sejarah penubuhan Sek. Keb. St.Joseph bermula pada tahun 1936, selepas kedatangan
Rev.Father Lee ke Johor Bahru. Keperluan sekolah Cina bagi kanak-kanak katholik yang
tinggal berhampiran gereja telah mendesak beliau membuat pelbagai hubungan luar dan
akhirnya beliau telah dibenarkan untuk menggunakan hasil yang diperolehi ladang getah kecil
kepunyaan Para Mubaligh di Plentong untuk membina sebuah bangunan satu tingkat yang
mempunyai lima buah bilik darjah di kawasan gereja.
Bangunan tersebut siap dibina pada tahun 1938 dengan kos sebanyak $7,000 (dollar).
Sekolah tersebut telah dibuka pada bulan Januari 1939 dan seramai 100 orang kanak-kanak
telah mendaftar seterusnya mengikuti kelas yang dijalankan. Pada tahun 1950, Rev.Father Lee
telah ditukarkan dan digantikan oleh Rev.Father Chin. Pada tahun berikutnya beliau telah
memulakan Sekolah Inggeris Persendirian di sebelah tengah hari dengan hanya dua buah
kelas sahaja. Rev.Father Chin kemudiannya menghadapi satu masalah iaitu untuk
menyediakan kemudahan asas bagi semua pelajar-pelajarnya. Satu pasar ria telah dianjurkan
untuk meraih wang derma bagi pembinaan bangunan baru. Dalam bulan Julai 1851, sebuah
blok baru yang mempunyai lima buah bilik darjah telah dibina sejajar dengan bilik pertama.
Kos pembinaan bangunan baru ini telah mencecah $12,000 (dollar). Ianya telah dirasmikan
oleh Rev.Father Goh pada 2 Julai dengan seramai 200 orang murid di Sekolah Cina dan 100
orang di Sekolah Inggeris.
Pada tahun 1954,pendaftaran ke Sekolah Inggeris kian meningkat dan kemudahan asas
jelas menimbulkan masalah. Murid-murid Sekolah Cina telah dipindahkan ke sesi tengah hari
dan murid-murid Sekolah Inggeris ke sesi pagi. Pengurusan sekolah telah menjadi lebih sukar
dan Jajahan Paderi dan Brother telah diperkenalkan untuk mengambil alih pentadbiran
sekolah-sekolah ini. Pada tahun 1955, Bro Elzear telah dilantik sebagai Pegarah Sekolah
Inggeris. Beliau merupakan pengasas, penaung, pengerak dan perancang kepada
perkembangan masa depan dan kemajuan Sekolah St.Joseph. Pada bulan November 1955,
pendaftaran ke Sekolah Inggeris telah meningkat kepada 360 orang murid. Dua buah kelas

telah diberi bantuan manakala tujuh buah kelas yang lain dijalankan secara persendirian dan
permohonan untuk kemasukan semakin meningkat.
Setahun kemudian, bilangannya mencecah kepada 450 orang murid yang belajar di
dalam tiga buah kelas bantuan dan lapan buah kelas persendirian. Beratus-ratus permohonan
yang diterima dari tempat sejauh Kluang terpaksa ditolak memandangkan masalah
kemudahan asas. Rev Bro.Elziar tiada pilihan lain kecuali membina sebuah bangunan baru.
Beliau menggunakan tenaga muda beliau untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan
bangunan tersebut. Langkah pertama dan bukan yang paling mudah adalah untuk
membebaskan kawasan gereja yang didiami oleh segelintir penduduk setinggan tentang
keadaan yang sebenar. Selepas kejayaan pertama, beliau menubuhkan Jawatankuasa Tabung
Bangunan dan telah menemui orang-orang Kehormat di kawasan tersebut.
Men.Jen.H.H.Sir Ibrahim Almarhum Sultan Johor, telah bermurah hati membuat
sumbangan peribadi sebanyak $5,000 (dollar) bagi cadangan penambahan tersebut.
Berbekalkan modal awal tersebut, Jawatankuasa Tabung Bangunan telah menganjurkan satu
pasar ria. Aktiviti ini telah berjaya mengumpul modal sebanyak $41,000 untuk menyediakan
kemudahan asas dan menampung pertambahan jumlah murid. Dalam tempoh yang sama,
keputusan yang baik di dalam Peperiksaan Darjah Enam merupakan satu propaganda yang
terbaik dan pengumpulan permohonan baru ke St.Joseph dipertimbangkan.
Pada penghujung tahun 1957,Rev.Bro.Elziar telah ditukarkan ke Muar dan pentadbiran
St,Joseph telah diambil alih oleh Rev.Bro.Noel. Beliau telah meneruskan perancangan yang
dibuat oleh Rev.Bro.Elzear yang telah mengubah wajah St.Joseph. Sebuah blok baru sepuluh
bilik darjah ,sebuah bilik guru,tandas dan sebuah kantin telah dibina untuk menampung
keperluan pada masa itu. Pada tahun 1962,Tabung Khas Pembangunan Kedua telah
dilancarkan dan dengan sokongan serta sumbangan orang ramai , pihak sekolah telah dapat
membina sebuah blok tiga tingkat mengandungi dua belas buah bilik darjah dan sebuah
tandas.
Pada tahun 1972, sebuah bilik muzik,bilik agama,makmal sains, dan sebuah klinik gigi
telah ditambah di bangunan yang sama. Pada tahun 1975, pihak sekolah telah membina blok
tambahan yang memuatkan sebuah pejabat,bilik guru, dan perpustakaan yang baru. Bilangan
murid pada tahun 1980 telah meningkat sehingga 12000 orang. Namun begitu, pada tahun
1987, SK.St.Joseph telah diletakkan di bawah kawalan Pejabat Pendidikan Daerah dan
bilangan murid telah dikurangkan daripada 1200 orang murid kepada 850 orang murid sahaja
untuk mengurangkan kesesakan dan meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran. Pada tahun 2000, SK.St.Joseph mempunyai dua puluh enam buah bilik darjah

dengan seramai 783 orang murid,empat puluh dua orang guru dan lima orang kakitangan
sokongan.
Dalam perjalanan selama 45 tahun, kini SK.St.joseph telah berjaya menempa nama
sebagai salah sebuah sekolah rendah terbaik di Daerah Johor Bahru. Kami yakin dengan izin
Tuhan, SK.St.Joseph,akan terus menju kecemerlangan dan menjadi sebuah sekolah terunggul
di daerah ini hendakNya. (2) Sekolah St. Joseph telah dibina 50 tahun yang lalu di tengahtengah Bandar Johor Bahru. Ianya telah dibina dan ditadbir oleh pihak Gereja Pariest. Sekolah
yang ditadbir itu ialah sebuah Sekolah Swasta Inggeris. Pada ketika itu, terdapat hanya
mempunyai 5 buah bilik darjah sahaja. Father Lee dan Rev. Father Chin adalah dua orang
yang pertama bertanggungjawab mentadbir sekolah ini.
Pada tahun 1955, Brothers of St. Gabriel telah mengambil alih pentadbiran sekolah ini.
Walaupun mereka telah menubuhkan beberapa buah sekolah di Singapura, The Boys Town
Trade School (sebagaimana ia dikenali waktu itu), namun sekolah ini adalah merupakan
sekolah yang pertama mereka bina di Malaysia.Jumlah murid di Sekolah Swasta Inggeris
berjumlah 92 orang dan 3 orang guru pada ketika itu. Pengarah pertamanya adalah Rev. Bro.
Elzear (dikenali sebagai Rev. Bro. Roberge sekarang). Beliau merupakan pengasas, penaung,
penggerak dan perancang perkembangan masa depan dan kemajuan Sekolah St. Joseph.
Beliau telah menjadikan sekolah ini sebagai salah sebuah institusi yang unggul di Johor
Bahru.
Pada peringkat awal dari tahun 1995 dan seterusnya, pihak pentadbiran sekolah telah
mentadbir kelas-kelas rendah, kelas-kelas swasta Inggeris, sekolah menengah, kelas-kelas
bahasa Cina dan juga tadika dalam bangunan yang sama. Pihak sekolah telah menjalankan
usaha-usaha mengutip derma serta sumbangan bagi menampung perbelanjaan pembesaran
sekolah untuk menampung pertambahan jumlah murid.
Pada tahun 1957, sebuah blok 10 bilik darjah, sebuah bilik guru, tandas dan kantin telah
dibina untuk menampung keperluan penuntut-penuntut yang semakin bertambah.
Pada tahun 1962 pula, sebuah lagi tabung telah diwujudkan dan telah mendapat
sambutan yang menggalakkan daripada ibu bapa dan orang ramai. Dengan kutipan tersebut,
sekolah telah mendapat membina sebuah blok 3 tingkat yang mengandungi 12 bilik dan
tandas, yang ada pada masa ini digunakan oleh sekolah rendah. Kelas-kelas ini digunakan
untuk sesi pagi dan sesi petang. Pada tahun 1972, sebuah bilik Muzik / Agama, Makmal Sains
dan Klinik Pergigian telah diadakan di bangunan yang sama.

Pada tahun 1975 pula satu tingkat telah ditambah pada blok Sekolah Cina dengan
kerjasama ketiga-tiga sekolah tersebut. Sebuah pejabat baru, bilik guru dan perpustakaan
sekolah telah ditempatkan di tingkat ini.
Pada tahun 1987, sekolah menengah telah berpindah ke kawasan yang lain, maka
tinggallah 2 buah sekolah yang ada sekarang ini yang berkongsi bangunan dengan sempadansempadan yang tertentu. Keadaan fizikal menjadi lega sedikit. Dewan mini sekarang telah
dikongsi bersama dengah Sekolah Cina. Dengan demikian sebahagian kecil sahaja dewan
sekolah telah berfungsi sebagai tempat untuk kegiatan sekolah.
Sokongan dan kerjasama selama 50 tahun ini yang telah dilakukan membolehkan SRK
St. Joseph berkembang dan terus maju ke tahap yang lebih baik. Dengan keizinan Tuhan dan
berbekalkan semangat yang waja, kami bertekad akan menjalankan tugas kami dengan
amanah dan bersungguh-sungguh supaya sekolah ini akan melahirkan murid-murid yang
cemerlang dan dengan ini kami yakin SRK St. Joseph ini akan muncul sebagai salah sebuah
sekolah yang membanggakan di negara ini.

MAKLUMAT
ASAS
SEKOLAH

PETA SEKOLAH

LOKASI SK. SAINT JOSEPH, JOHOR BAHRU


JKR (P) 197, JALAN ABDUL RAHMAN ANDAK,
80100 JOHOR BAHRU, JOHOR

Anda mungkin juga menyukai