Anda di halaman 1dari 10

FAKULTI SAINS SOSIAL

SEMESTER SEPTEMBER 2016


BBRC4103
RESEARCH METHODOLOGY

NO. MATRIKULASI : 910126 12 6737001


NO. KAD PENGNELAN : 910126126737
NO. TELEFON : 0135596514
E-MEL : hesham.side@yahoo.com
PUSAT PEMBELAJARAN : KOTA KINABALU SABAH

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

Penghargaan

Pengenalan

Reka bentuk pensempelan

5-6

Instrumen yang sesuai dalam pengumpulan data

6-7

Kaedah servei yang sesuai

7-8

Analisis data yang dipilih

8-9

Rumusan

9-10

Rujukan

10

Penghargaan
Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Semesta Alam yang menguasai hari pembalasan, selawat
dan salam keatas semulia-mulia utusan, Nabi Muhammad S.A.W hamba Allah dan utusan-Nya
dan ke atas semua keluarganya dan para sahabatnya. Juga orang-orang yang mengikut mereka
sehinggalah Hari Pembalasan. Semoga pemeliharaan Allah S.W.T diberikan kepada orang-orang
yang berpegang teguh terhadap islam dan memberkati saya yang sentiasa mencari ilmu Allah
S.W.T.
Bersyukur ke Hadrat Illahi kerana dengan berakah dan keizinan-Nya, saya dapat menyiapkan
kerja kursus, Research Methodology sebarang konflikasi dan masalah dari segi pembiayaan,
rujukan, masa dan kesihatan. Saya berasa gembira dan berlapang dada setelah berhempas-pulas
bagi menjayakan kerja kursus ini.
Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga kepada tutor yang saya sanjungi . Saya amat
menghargai bantuan beliau yang banyak memberi saya input dan informasi berkenaan mata
pelajaran ini. Akhirnya dengan bantuan beliau saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya.
Selain itu jutaan terima kasih kepada ibu bapa dan keluarga yang saya sayangi yang sentiasa
memberikan saya sokongan dari belakang dan menyediakan pelbagai kemudahan seperti
pembiayaan kos kerja kursus saya ini. Hal ini menyuntik semangat saya dalam melangsungkan
dan merealisasikan kerja kursus ini mahupun pembelajaran saya untuk berjuang dengan
bersungguh-sungguh dalam mencari kebenaran ilmu Allah S.W.T. Sekalung penghargaan juga
diucapkan buat rakan-rakan yang menyumbangkan buah fikiran sehingga saya berjaya
menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya.
Akhirnya, saya berharap usaha yang saya lakukan dalam menyiapkan kerja kursus kajian ini
dapat meningkatkan kefahaman saya dan menjadi insan yang dapat membantu orang lain dalam
merealisasikan impian mereka selagi termampu.

Pengenalan
Terdapat sebilangan kecil pekerja dalam syarikat TripleA yang bo1eh dianggap sebagai pekerja
bermasalah . Walaubagaimanapun, isu salah laku pekerja ini perlu ditangani dengan sebaiknya
kerana kegagalan berbuat demikian akan memberikan kesan yang bukan sahaja boleh
menjejaskan prestasi pekerja berkenaan tetapi juga secara amnya motivasi dan prestasi pekerja
lain dan prestasi syarikat. Kajian ini meneliti hubungan antara jenis masalah pekerja yang
dipersepsikan dan tindakan yang diambil oleh pengurus dan kesan tindakan tersebut terhadap
prestasi pekerja dan syarikat. Empat jenis masalah yang dipersepsikan dalam kajian ini adalah
masalah prestasi, sikap, salahlaku yang serius dan disiplin diri.
Tiga jenis tindakan yang boleh diambil oleh pengurus adalah dengan memberi nasihat, memberi
amaran dan pemberhentian pekerja. Dapatan kajian menunjukkan bahawa masalah yang
dipersepsikan sebagai kurang serius dikenakan tindakan yang agak ringan, manakala masalah
yang dipersepsikan sebagai berat, mendapat tindakan lebih berat. Secara amnya, setiap tindakan
pengurus terhadap pekerja bermasalah membawa kesan yang positif bagi keseluruhan prestasi
syarikat. Namun begitu, dalam konteks prestasi daripada komitmen individu
pekerja tindakan berkenaan tidak menunjukkan hubungan yang signifiken.
Pekerja atau sumber manusia adalah aset yang amat penting bagi sesebuah syarikat. Sumber
manusia perlu dijaga dan ditadbir dengan cekap agar memberi kesan yang positif terhadap
prodaktiviti dan pertumbuhan nilai syarikat. Oleh yang demikian, pekerja haruslah dikawal selia
dengan baik dan teratur bagi mengelakkan berlakunya permasalahan yang boleh memberi kesan
negatif dan menjejaskan syarikat.
Sebagai seorang pengurus dalam syarikat TripleA, kajian amat perlu dilakukan bagi
mengenalpasti permasalahan yang wujud berkaitan masalah salahlaku pekerja-pekerja yang
mana perkara ini boleh menyebabkan timbulnya masalah dalam syarikat jika tidak dibendung
dari awal lagi. Dalam kajian ini terdapat beberapa masalah yang telah dikenalpasti dalam
syarikat yang akan dibincangkan dengan lebih lanjut.

Reka bentuk pensempelan


Kajian ini adalah berbentuk tinjauan dan menggunakan data keratan rentas. Data diperolehi
melalui soal selidik yang telah dilakukan secara tertutup dan persendirian. Soal selidik ini
bertujuan untuk menilai persepsi responden mengenai kelakuan bermasalah dan tindakan yang
telah diambil pengurus terhadap kelakuan pekerja yang bermasalah telah diperoleh dan diubah
suai daripada soal selidik yang digunakan oleh OReilly dan Weitz.
Empat dimensi kelakuan bermasalah yang telah dikenal pasti dalam syarikat TripleA ini
berdasarkan kajian ini adalah masalah prestasi kerja, sikap, disiplin serius dan kelakuan negatif
di tempat kerja. Masalah prestasi kerja adalah masalah yang berkait dengan komitmen dan
pelaksanaan tugas contohnya gagal mencapai sasaran kerja, berprestasi minimum, dan tidak
menepati masa bekerja. Masalah sikap ini adalah berkait dengan masalah sikap yang negatif
pekerja contohnya cuti tanpa sebab, tidak bertanggungjawab, dan tidak mengikuti arahan dan
lain-lain.
Dalam kajian berupa masalah disiplin pula berkait dengan tindakan pekerja seperti melanggar
undang-undang sebagai contoh, mencuri harta benda syarikat, pergaduhan di tempat kerja, dan
merosakkan harta benda syarikat. Sementara itu, kelakuan negative ditempat kerja ini
diklasifikasikan sebagai kelakuan yang belum mencapai tahap kategori serius seperti yang
tergolong dalam masalah disiplin yang serius contohnya tidur pada waktu kerja , menipu dan
kurang memberi kerjasama kepada ketua dan lain-lain.
Secara keseluruhan, sebanyak tujuh belas jenis gelagat negatif yang terangkum dibawah empat
dimensi kelakuan bermasalah yang dinyatakan di atas telahpun dikaji. Pengukuran yang dibuat
adalah berdasarkan kekerapan gelagat berkenaan ditunjukkan oleh pekerja syarikat TrippleA
melalui skala Likert yang berjajaran 1-5, dimana 1 sebagai langsung tidak kelihatan, 2 jarang
kelihatan, 3 kadang-kadang, 4 kerap kelihatan, dan 5 sangat kerap kelihatan. Koefisien Alpha
bagi keempat-empat dimensi kelakuan bermasalah ini mempunyai koefisien alpha atau
kebolehpercayaan yang agak tinggi, iaitu melebihi 0.7000 dan instrument ini adalah stabil dan
boleh digunakan dalam analisis selanjutnya.
5

Pekerja bermasalah
Jadual 1:
Tahap keboleh percayaan Instrumen Mengukur Kelakuan Bermasalah
Dimensi Kelakuan

Bil. Item Dalam Soal

Bermasalah

Selidik

1.
2.
3.
4.

Masalah prestasi
Masalah sikap
Salahlaku serius
Disiplin diri

5
4
4
4

Koefisien Alpha
0.8422
0.7951
0.7722
0.7203

Terdapat beberapa tindakan yang diambil berdasarkan kajian yang diambil oleh pengurus
syarikat TrippleA bagi menangani masalah pekerja iaitu memberi nasihat, memberi amaran, dan
pemberhentian kerja. Tindakan memberi nasihat dinilai dari segi bilangan nasihat yang yang
diberikan oleh oleh pengurus. Bagi tindakan yang diambil dalam bentuk memberi amaran, dua
jenis amaran yang diberikan iaitu bilangan amaran tidak bertulis dan bilangan amaran bertulis
telah diberikan. Bagi tindakan memberhentikan pekerja, dua jenis ukuran telah dibuat, iaitu
bilangan pekerja yang telah diberhentikan sejak tiga tahun yang lalu dan bilangan pekerja
diberhentikan sejak mula bekerja.
Instrumen yang sesuai dalam pengumpulan data
Masalah prestasi pekerja telah dinilai dari segi pencapaian matlamat kerja, iaitu samada tercapai,
melebehi matlamat dan tidak mencapai matlamat. Sementara itu, komitmen kepada syarikat juga
turut ditinjau dan dikaji yang mana penilaian dibuat dari segi tahap samada rendah, tinggi dan
sangat tinggi.
Masalah salah laku serius seperti mencuri harta syarikat, bergaduh, membuat ugutan dan
sebagainya mempunyai kolerasi yang signifiken dengan bilangan pekerja yang diberhentikan. Ini
6

bermakna bagi kesalahan serius, pengurus tidak menggunakan pendekatan berupa nasihat, atau
amaran, tetapi sebaliknya terus memberhentikan pekerja yang bermasalah yang berkenaan. Ini
sejajar dengan peraturan yang telah ditetapkan syarikat yang mana amat memendang serius
terhadap salah laku pekerja yang melanggar atau ingkar peraturan syarikat.
Masalah disiplin diri seperti tidur pada waktu bekerja, menipu dan sebagainya mempunyai
kolerasi yang signifiken dengan amaran tidak bertulis. Pengurus syarikat TrippleA
mempersepsikan masalah ini sama dengan masalah sikap pekerja. Oleh itu, pendekatan yang
sederhana beratnya telah diberikan kepada pekerja seperti memberi amaran tidak bertulis.
Kaedah servei yang sesuai
Hasil daripada soaljawab dari beberapa orang responden iaitu pekerja, pengurus syarikat
TrippleA mendapati bahawa hasil dari kajian ini mendapati bahawa setiap permasalahan yang
dihadapi syarikat adalah berada dalam tahap yang tidak serius. Masalah salah laku pekerja masih
boleh diperbaiki dan dibendung sebelum menjadi lebih serius lagi. Segala bentuk pendekatan
telah diberikan dalam kadar yang segera bagi menangani peramasalahan yang wujud dalam
syarikat TrippleA.
Langkah-langkah yang sewajarnya telah dilakukan bagi menangani masalah salah laku pekerja di
syarikat TrippleA. Semua responden mengakui bahawa langkah yang tepat telah diambil dan ini
menunjukkan hasil servei ini telah berjaya menunjukkan bahawa segala tindakan seperti amaran,
pemecatan dan sebagainya adalah langkah yang tepat dan sesuai pada masa dan keadaan
syarikat.

Jadual hasil servei

Dimensi Kelakuan

Bil. Item Dalam Soal

Bermasalah

Selidik

Skor

1. Masalah prestasi

1.0/5.0

2. Masalah sikap

3.0/5.0

3
4

4
4

3.0/5.0
2.0/5.0

Salahlaku serius
Disiplin diri

Analisis data yang dipilih


Seperti yang dtunjukkan dalam jadual kaji selidik berdasarkan servei yang dilakukan, masalah
sikap amat adalah punca utama kepada permasalahan yang berlaku dalam syarikat. Ini telahpun
ditunjukkan oleh dapatan kajian ini dimana skala bagi masalah sikap memberi impak yang
negatif sekaligus menjadikan salahlaku serius terjadi dalam syarikat. Sikap adalah penyebab
kepada masalah yang lebih serius. Jika masalah sikap ini tidak dibendung, segala jenis masalah
akan tibul dalam diri pekerja yang bermasalah dan apabila masalah ini dibiarkan, syarikat akan
mengalami masalah yang serius dan mendapat kesan yang sangat ketara.
Namun begitu, kajian ini menunjukkan bahawa masalah disiplin diri berada dalam skor 2.0 yang
mana perlu diambil perhatian. Jika masalah seperti ini tidak diambil perhatian, pekerja
beranggapan bahawa kesalahan disiplin adalah kesalahan kecil yang ringan sahaja. Apabila
minda pekerja beranggapan seperti itu, maka kesalahan disiplin akan diamalkan kerana pekerja
dan syarikat telah merestui segala bentuk kesalahan disiplin samada secara ringan ataupun
kesalahan disiplin yang berat.Ini bukan sahaja memburukkan lagi imej syarikat, akan tetapi
memberi gambaran jelas terhadap prestasi yang buruk diamalkan pekerja sekaligus memberi
impak yang negatif terhadap motiasi pekerja yang lain.
Walaupun masalah prestasi berada dalam skor yang rendah, pihak syarikat turut mengambil berat
tentang masalah prestasi ini. Oleh itu, bagi menggalakkan pekerja bersaing dalam memberikan
hasil kerja yang terbaik, pihak syarikat telah memberikan bonus tambahan kepada pekerja yang
menunjukkan prestasi cemerlang. Penghargaan ini diberikan kepada mana-mana pekerja yang

terdiri dari semua bahagian cawangan syarikat TrippleA tidak kira dari pekerja bawahan ataupun
pekerja bahagian atasan.
Pengurus mempunyai pelbagai pilihan dalam menangani setiap permasalahan yang berlaku
dalam syarikat TrippleA ini. Pilihan itu bermula dari tindakan ringan seperti memberi nasihat,
membawa kepada tindakan yang lebih berat, termasuk amaran tidak bertulis, amaran bertulis
sehinggalah pemberhentian kerja.
Dapatan kajian ini menunjukkan berada dalam konsisten dengan ulasan yang diberikan, iaitu
menyarankan bahawa apabila masalah dipersepsikan sebagai prestasi kerja (masalah ringan),
maka tindakan yang sesuai telahpun diambil malahan syarikat memberi galakan lagi bagi
menaikkan semangat dan motivasi para pekerja bagi memajukan lagi hasil kerja. Bukan semua
masalah prestasi boleh diselesaikan dengan cara memberi nasihat. Dalam perkataan yang lain,
keberkesanan nasihat bagi mengatasi masalah prestasi kerja boleh diragui. Gelagat prestasi
pekerja sering berubah-ubah yang mana boleh dipengaruhi oleh faktor luaran dan dalaman
individu pekerja itu sendiri. Keberkesanan nasihat ini sendiri banyak bergantung kepada
kemahiran dan cara pengurus atau ketua menyampaikan nasihat mereka sebagaimana yang cuba
digambarkan oleh Rollinson & Hook (1996).
Namun begitu dapat diperhatikan disini bahawa masalah sikap dan salah laku yang serius berada
dalam skor yang sama. Ini jelas menunjukkan perkaitan antara dua permasalahan tersebut saling
berkait dan memberi kesan yang membimbangkan.
Rumusan
Pekerja yang menunjukkan kelakuan bermasalah tidaklah begitu ramai dalam syarikat TrippleA
ini. Namun mereka boleh memberikan impak yang negatif kepada syarikat dan pengurus
daripada menumukan kepada fungsian pengurusan yang lain lebih signifiken dan strategik.
Kelakuan bermasalah perlu kepada tindakan segera ditangani dengan baik kerana kegagalan
berbuat demikian akan berupaya mengundang masalah yang lebih rumit pada masa yang akan
dating. Pengurus mempunyai pelbagai pilihan dalam menangani setiap masalah yang berada
9

dalam syarikat TrippleA bermula dari tindakan yang ringan ataupun tindakan yang keras. Secara
amnya, didapati tindakan yang diambil mempunyai perkaitan dengan masalah yang
dipersepsikan. Jika masalah yang dipersepsikan itu ringan, maka tindakan pengurus adalah
ringan sahaja. Sebaliknya jika masalah yang dipersepsikan itu adalah berat, maka tindakan yang
diambil juga berat seperti amaran bertulis dan pembuangan kerja. Akhir sekali, kajian ini
menunjukkan bahawa segala bentuk tindakan yang diambil berdasarkan masalah salah laku
dalam syarikat TrippleA ini amat berkesan dalam mengembalikan lagi nilai moral dan motivasi
para pekerja.

Rujukan
1. http://hazmanfadzil.com/2009/06/02/masalah-di-tempat-kerja/
2. http://fauzinordin.com.my/index.php/perkhidmatan/latihan-kursus/24-cara-caramengurus-pekerja-yang-bermasalah
3. http://www.slideshare.net/hoonmin/faktor-utama-ketidakhadiran-kakitangan-danstrategi-kreatif-untuk-mengurangkannya
4. http://www.trainingprovider.org/training-courses/menangani-pekerja-bermasalahdi-tempat-kerja/
5. http://lovelyvic.blogspot.my/2010/07/jadikan-akta-kerja-1955-sebagai-perisai.html
6. http://www.budimandinamik.com/index.php?
option=com_content&view=article&id=120:penyeliaan-kakitangan-bermasalahuntuk-mengurangkan-ketidakhadiran&catid=10:course-outline&Itemid=32
7. http://www.strategic-human-resource.com/motivasi-pekerja.html
8. https://teknologikinerja.wordpress.com/2008/05/06/pengaruh-motivasi-terhadappeningkatan-kinerja/
9. http://angelia.blogstudent.mb.ipb.ac.id/2010/11/16/cara-meningkatkan-motivasikerja/
10. http://jtksm.mohr.gov.my/index.php/my/majikan-dan-pekerja/akta-dan-peraturan
11. http://sarjana.tripod.com/undang1.html

10