Anda di halaman 1dari 5

Tugasan ABST1103 Sirah Nabawiyyah & Akhlak kali ini bertujuan untuk menjelaskan

kepentingan aspek pendidikan dalam islam.Apa kaedah pendidikan yang dijalankan oleh
Rasulullah ketika berada di makkah dan madinah serta kesan kaedah yang dilaksanakan oleh
Rasulullah s.a.w dalam usaha membangunkan masyarakat islam ketika itu.
Pendidikan berakar umbi daripada perkataan didik yang bererti pelihara, ajar dan jaga.
Setelah dijadikan analogi, pendidikan boleh dihuraikan sebagai satu proses yang berterusan
untuk menjaga dan memelihara pembesaran tubuh badan dan pertumbuhan
bakat manusia dengan rapi supaya dapat melahirkan orang yang berilmu, baik tingkah laku
dan dapat mengekalkan nilai-nilai budaya di kalangan masyarakat.
Sebelum membicarakan lebih lanjut tentang aspek pendidikan dalam Islam, adalah lebih
wajar kita memahami hakikat dan sifat din ini. Islam adalah ciptaan Allah SWT dan
diturunkan oleh Allah untuk hamba-hamba-Nya melalui Rasulullah SAW. Islam diturunkan
dengan lengkap dan sempurna untuk memimpin manusia melaksanakan ubudiyah
sepenuhnya kepada Allah SWT. Din ini telah direalisasikan serta dihayati dengan sempurna
oleh Rasulullah SAW bersama-sama generasi yang pertama di dalam kehidupan individu
mahupun kehidupan bermasyarakat.
Berdasarkan Surah Al-'Ashr, kita dapati ada tiga bentuk pendidikan untuk membolehkan
manusia selamat daripada kehinaan dan kerugian. Ini telah dijelaskan oleh Dr Abdul
Rahman an-Nawawi, di dalam bukunya 'Pendidikan Islam: Di Rumah, Di Sekolah dan
Masyarakat'. Beliau menulis:
".....keselamatan manusia daripada kerugian dan azab dapat dicapai melalui tiga bentuk
pendidikan berikut: Pertama, pendidikan individu yang membawa manusia kepada keimanan
dan ketundukan kepada syariat Allah SWT, serta beriman kepada yang ghaib; kedua,
pendidikan diri yang membawa manusia kepada amal saleh dalam menjalani kehidupan
seharian; dan ketiga, pendidikan masyarakat yang membawa manusia kepada sikap saling
berpesan dalam kebenaran dan saling memberi kekuatan ketika menghadapi kesulitan yang
pada intinya, semuanya ditujukan untuk beribadah kepada Allah SWT."
Pendidikan Islam yang akan mencorakkan masyarakat Islam bukanlah sistem pendidikan
yang berasaskan sesuatu yang asing daripada Islam, diimport dari Barat atau yang telah
disempurnakan dengan memasukkan beberapa unsur Islam ke dalamnya kerana sebagai
contoh kebanyakan sistem yang ada ketandusan aspek-aspek kerohanian.

Sesuatu sistem pendidikan hanya dapat dianggap sebagai sistem pendidikan Islam apabila
segala prinsip, kepercayaan serta kandungannya berasaskan Islam. Pendidikan Islam yang
terdapat dalam al-Quran adalah pendidikan yang menyeluruh, tidak terbatas kepada ibadat
dan melupakan tingkah laku, atau memberatkan individu dan melupakan amal, tetapi meliputi
segala kehidupan manusia.
PENGERTIAN DAN MATLAMAT PENDIDIKAN ISLAM
Matlamat (al-ghoyah) pendidikan Islam yang utama dan tertinggi ialah untuk membawa
manusia mengenal penciptanya, mengabdikan diri sepenuhnya hanya kepada Allah,
melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya dengan penuh
redha.
Tujuan serta matlamat dekat dan khusus (ahdaf) pendidikan Islam dirumuskan oleh Dr Abdur
Rahman Salih di dalam bukunya, dalam tiga matlamat atau tujuan, iaitu matlamat yang
bersifat fizik (ahdaf jismiyah, bersifat mental (ahdaf 'aqliyah) dan bersifat kerohanian (ahdaf
ruhaniyah).
Antara kaedah pendidikan yang yang diaplikasikan oleh Rasulullah ialah bermula dari rumah
iaitu dakwah secara senyap.Rumah merupakan tempat pendidikan awal yang diperkenalkan
ketika Islam mula berkembang di Mekah. Rasulullah menggunakan rumah Arqam bin Abi alArqam di al-Safa sebagai tempat pertemuan dan pengajaran dengan para sahabat. Bilangan
kaum Muslim yang hadir pada peringkat awal adalah terlalu kecil, tetapi makin bertambah
sehingga menjadi 38 orang yang terdiri daripada golongan bangsawan Quraisy, pedagang dan
hamba sahaya.
Di Dar al-Arqam, Rasulullah mengajar wahyu yang telah diterimanya kepada kaum Muslim.
Baginda juga membimbing mereka menghafal, menghayati dan mengamalkan ayat-ayat suci
yang diturunkan kepadanya.
Masjid
Selain itu,Rasulullah juga menggunakan kaedah pendidikan melalui penyebaran pendidikan
Islam di masjid.Fungsi masjid selain tempat ibadat ialah sebagai tempat penyebaran dakwah
dan ilmu Islam dan tempat menyelesaikan masalah individu dan masyarakat.Masjid juga
digunakan sebagai tempat menerima duta-duta asing yang datang untuk mengadakan
perbincangan atau musyawarah agama Islam.Masjid juga dijadikan tempat pertemuan
pemimpin-pemimpin Islam serta dijadikan tempat bersidang dalam membincangkan isu-isu

yang berkaitan kehidupan dan madrasah bagi kanak-kanak yang mempelajari ilmu agama &
fardu ain.
Selepas berhijrah ke Madinah, pendidikan Islam mula berpusat di masjid-masjid dan Masjid
Quba merupakan masjid pertama yang dijadikan Rasulullah sebagai institusi pendidikan. Di
dalam masjid, baginda mengajar dan memberi khutbah dalam bentuk halaqah di mana para
sahabat duduk mengelilingi baginda untuk mendengar dan bersoaljawab berkaitan urusan
agama dan kehidupan sehari-harian.
Semakin luas wilayah-wilayah yang ditakluk Islam, semakin meningkat bilangan masjid yang
didirikan. Di antara masjid yang dijadikan pusat penyebaran ilmu dan pengetahuan ialah
Masjid Nabawi, Masjidil Haram, Masjid Kufah, Masjid Basrah dan banyak lagi.
Suffah
Antara lain juga,Rasulullah mengapplikasikan kaedah pendidikan berpusat. Al-Suffah
merupakan ruang atau bangunan surau yang bersambung dengan masjid. Suffah boleh dilihat
sebagai sebuah sekolah kerana kegiatan pengajaran dan pembelajaran dilakukan secara
teratur dan sistematik. Contohnya Masjid Nabawi yang mempunyai suffah yang digunakan
untuk majlis ilmu.
Kuttab
Ia ditubuhkan oleh orang Arab sebelum kedatangan Islam lagi dan bertujuan memberi
pendidikan kepada kanak-kanak di peringkat rendah. Sungguhpun begitu, institusi tersebut
tidak mendapat perhatian dari masyarakat Arab kerana sebelum kedatangan Islam, hanya 17
orang Quraisy yang tahu membaca dan menulis Kemahiran-kemahiran asas seperti membaca
dan munlis dilakukan oleh kebanyakan guru-guru yang mengajar secara sukarela. Selain itu,
Rasulullah juga pernah memerintkah tawanan perang Badar yang berkebolehan supaya
mengajar 10 orang kanak-kanak Islam sehingga mereka tahu membaca dan menulis sebagai
syarat menebus diri.
Akidah rukun iman mengesakan Allah dan melarang mensyirikkannya dengan
berhala dan sebagainya. Beriman kepada rasul-rasul teramsuk Nabi Muhammad s.a.w.
Beriman kepada kitab-kitab termasuk Al-Quran wahyu daripada Allah s.w.t. Beriman
kepada hari akhirat,manusia akan dihidupkan semula untuk mendapat pembalasan
baik atau sebaliknya
Syariah Bersolat hanya Allah sahaja yang disembah. Konsep wajib, sunat ,halal,
haram, harus dalam melaksanakan tanggungawab

Akhlak Konsep amar maaruf spt hormat-menghormati, tolong menolong,


jujur,amanah, berkata benar. Konsep nahi mungkar iaitu larangan berzina,berdusta dan
membunuh anak perempuan
Pelaksanaan pendidikan di Mekah :
Secara senyap atau rahsia atau sirriyah : kepada kaum keluarga dan sahabat terdekat
seperti isterinya Khadijah,Ali bin Abi Talib dan Abu Bakar as Siddiq yang berpusat di
rumah Arqam bin Abi Arqam berlangsung selama 3 tahun.
Secara terang-terangan : Diperintah oleh Allah s.w.t selama 10 tahun. Ditujukan kpd kaum
kerabat spt keluarga Abdul Mutalib dengan berceramah di rumah Ali bin AbiTalib. Ada
keluarga yangmenerima dan ada yang menentang terutamanya Abu Lahab bapa saudara
baginda.
Dakwah terbuka kepada orang ramai : - Di Bukit Safa dihadiri olehsemua ketuaketua pentadbir Mekah spt ketua Bani Abdul Mutalib, Bani Zahrah, Bani Tamin, Bani
Makhzum dan Bani Asad. Abu Lahab mengganggu dakwah Nabi Muhammad s.a.w .
Cara nabi mendidik : menunjukkan contoh teladan dan akhlak yang baik. Nabi sendiri
tidak pernah berdusta. Menyampaikan dengan hikmah berbincang lemah lembut,
sabar dan doa. Menanamkan keimanan
Kurikulum dan pelaksanaan pendidikan di Madinah :
Peluasan ajaran Islam : Aqidah diteruskan menanam keimanan. Akhlak akhlak
manusia diteruskan dengan kemasyarakatan seperti muamalah, kejiranan, Kenegaraan
1 bulan kewajipan mendirikan solat Jumaat, mengerjakan puasa, haji, zakat,
kekeluargaan di tambah dengan ibadat sunat
Institusi pengajian : Masjid Nabawi pusat pendidikan Islam serambi bersambung
dengan masjid disebut al Suffan sebagai tempat
Mempelajari bahasa asing : Rasulullah s.a.w menghantar para sahabat belajar bahasa
asing untuk sebarkan /pendidikan Islam cth: Muaz bin Jabal ke Yaman, Abdullah bin
Mas-ud ke Kufah, Abu Musa Al-Asyaari ke Basrah.
Pendidikan untuk semua : Rasulullah memberi peluang dan membuka ruang kepada
semua orang untuk belajar sejajar dengan tuntutan dalam hadis yang bermaksud
menuntut ilmu wajib bagi semua umat Islam. Terdapat satu hari khas untuk mengajar
kaum wanita. Saidatina Aishah menjadi rujukan para muslimat.

Pendidikan membaca dan menulis : Individu yang boleh membaca dan menulis
diarahkan mencatat wahyu. Rasulullah mengarahkan orang yang boleh membaca dan
menulis supaya mengajar orang lain. Contoh: Tawanan perang Badar yang tahu
membaca dan menulis dikehendaki mengajar kanak-kanak Islam sehingga pandai
untuk membebaskan diri mereka.
Pendidikan fizikal : Rasulullah menggalakkan menunggang kuda, memanah,
berenang. otak yang cergas terletak di badan yang sihat
Menulis surat kepada Negara lain : Rasulullah telah mengarahkan sahabat menyeru
Islam kpd Raja Habsyah, Raja Mesir dan Iraq. Raja Habsyah menerimanya dengan
baik tetapi yang lain memberi layanan yang buruk kepada utusan.
Kurikulum yang didedahkan oleh Rasulullah sama ada di Mekah atau pun Madinah bertujuan
melahirkan insan yang sempurna dari segi fizikal dan spiritual agar memperolehi kebahagian
di dunia dan akhirat. Kurikulum yang digariskan oleh Rasulullah s.a.w. ini kemudiannya
diwarisi oleh para sahabat termasuk pengumpulan dan pembukuan al-Quran dan Hadis yang
membawa kepada pengenalan ilmu tafsir, usuludin, fiqah, dan ilmu-ilmu lain.

Anda mungkin juga menyukai