Anda di halaman 1dari 13

ISI KANDUNGAN

Penghargaan
2

Pengenalan
2
Faktor-faktor yang menyumbang ke arah keruntuhan akhlak
dalam masyarakat

3-6

Empat asas pembentukan akhlak dalam Islam

6-7

Kaedah membendung gejala keruntuhan akhlak

8-9

Penutup
9-10
Rujukan
11

1
Penghargaan
Setinggi-tinggi syukur kehadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan inayah-Nya dapatlah
saya melaksanakan tugasan yang diberikan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
Berbanyak-banyak terima kasih saya tujukan kepada ibubapa saya yang banyak
berkorban untuk saya selama ini. Pensyarah kursus Prinsip Akidah yang telah banyak
memberi tunjuk ajar untuk saya melaksanakan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan
-rakan yang banyak berkongsi idea dan teribat secara langsung mahupun tidak langsung di
dalam kajian ini. Juga mengucapkan terima kasih kepada individu-individu yang telah terlibat
secara langsung mahupun tidak langsung di dalam menyediakan tugasan ini.
Sekian terima kasih.
1. Pengenalan
Masalah gejala keruntuhan akhlak yang berlaku dalam masyarakat setiap hari dan sering
dipaparkan dalam akhbar. Belakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan
masalah sosial yang melibatkan masyarakat. Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk
devian sosial tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk
membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni
kemanusiaan dan perlu difahami akhlak amat penting dalam mengimbangi keluhuran budi
bahasa dan ketinggian akal fikiran manusia. Tapi sayang masyarakat kini kontang dalam
pembangunan jiwa.
Secara umumnya masalah sosial merangkumi pelbagai perlakuan negatif anggota masyarakat
yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada sistem dan struktur ekonomi yang
diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara. Menurut Profesor Syed Husain Allatas,
dalam buah fikirnya Intelectual in developing societies kebejatan akhlak merupakan satu
bentuk fahaman negatif yang telah mengikis pengamalan nilai moral dan pembentukan insan,
serta menghakis budaya ilmu pengetahuan. Set tingkah laku luhur sudah tidak dijadikan
fahaman sebaliknya terus disisihkan

2. Faktor-faktor yang menyumbang ke arah keruntuhan akhlak dalam masyarakat .


Punca keruntuhan akhlak adalah saling berkait, yang tidak mudah dirujuk kepada satu punca
secara khusus. Tidak benar bahawa ibu dan bapa itu sebagai punca utama berlakunya
demikian, kerana umumnya tidak ada ibu ataupun bapa yang tidak menyayangi anaknya.
Walaupun demikian, tidak dinafikan adanya bapa yang berkelakuan tidak ubah seperti bapak
haruan, begitu juga dengan ibu yang tidak boleh dijadikan contoh baik oleh anak-anak, guruguru, tidak kira sekolah rendah ataupun menengah berusaha untuk mendidik pelajar, tetapi
pencapaian akademik tidak semestinya memperlihatkan seorang pelajar itu berakhlak mulia
kerana sesetengah orang beranggapan kejayaan dalam bidang akademik adalah segalagalanya.
Selain daripada itu pengaruh luaran kelihatan lebih banyak mempengaruhi anak-anak
berbanding dengan usaha ibu dan bapa juga para guru. Bagi anak-anak kecil yang sebelum
sekolah, ibu bapa merupakan tempat mereka bersandar, mengadu manja dan begitu patuh.
Apabila mereka mula belajar, mula kenal guru dan mempunyai teman yang banyak, mereka
sudah ula mengalihkan tempat sandaran kepada guru, dan teman-teman, bergantung kepada
keadaan. Semakin dewasa seseorang itu, maka ia semakin terdedah kepada environment
luaran dan sekitarnya.
Ketika ini pengaruh-pengaruh luaran itu seolah-olah berlumba-lumba untuk memenangi
anak-anak yang sedang membesar tadi. Mana yang kuat ia akan menang. Bagi ibu dan bapa
dan keluarga yang prihatin dengan anak-anak, berkemungkinan besar anak-anak itu akan
terbentuk dalam keadaan sempurna. Sebaliknya, ibu bapa yang mengabaikan anak-anak,
membiarkan mereka berkawan dengan sesiapa yang disukai, berkemungkinan besar anakanak tadi akan bermasalah apabila dewasa kelak.
Pengaruh luaran ini terus menerus berlumba-lumba mencipta kerektor anak-anak setiap masa.
Di rumah, ibu dan bapa menyuruh anak-anak mengaji, sembahyang, membaca buku tetapi di
luar rumah, kawan-kawan menunggu mengajak main bola, main basikal tanpa mengira waktu
zuhur ataupun maghrib. Mereka akan balik rumah apabila lapar atau malam telah berlabuh.
Di televisyen, syarahan-syarahan agama cuba diselit-selitkan pada waktu petang, iaitu ketika
3

anak-anak ini sedang sibuk mandi, tetapi pada waktu malamnya mereka dihidangkan dengan
babak orang bercumbu-cumbuan, berpakaian tiga suku telanjang atau gambar orang
berpakaian membuka ketiak. Tidak ada statistik untuk memastikan berapa orang yang suka
melihat ustaz-ustaz bersyarah agama berbanding dengan mereka yang suka melihat gambar
orang bercumbu-cumbuan ataupun perempuan yang memperlihatkan separuh daripada buah
dadanya,
Begitu juga halnya dengan sesetengah surat-surat khabar, yang ada kalanya lebih
berkecenderungan memperlihatkan watak-watak, ataupun latar belakang artis ataupun
penyanyi sehingga empat lima muka surat termasuk hal-hal peribadi yang tidak boleh
dijadikan contoh yang baik atas alasan yang tidak jelas. Semuanya ini perlu difikir dengan
serius, jangan terlalu memikiri berapa ribu naskhah majalah laku untuk mengaut untung
semata-mata kerana bahan-bahan cetak ini menjadi renungan dan model kepada pembaca,
terutamanya anak-anak yang sedang meningkat dewasa.
Ada juga orang yang berpendapat bahawa setiap orang boleh memilih apa yang patut dan
baik untuk dilakukan. Untuk menonton filem yang mempamerkan manusia separuh telanjang
ataupun menonton forum-forum yang memberi manfaat ataupun syarahan agama. Begitu juga
dengan surat khabar, sama ada hendak membaca berita-berita ilmiah ataupun cerita gosip
artis kena tangkap basah, artis dituduh merogol, atau yang kena saman kerana memandu tidak
mempunyai lesen.
Dalam amalan harian kita akan mempelajari, secara langsung ataupun tidak langsung bahawa
manusia itu lebih berusaha mengejar sesuatu yang bersifat fizikal, yang kelihatan dapat
dibuktikan, dirasa dan dipertontonkan. Manusia kurang berupaya untuk menimbang tentang
sebab musabab dan natijah cetusan daripada perbuatan yang dilakukan, yang menjadi
sebahagian daripada budaya hidup mereka.
Hal-hal seumpamalah melahirkan manusia yang lidahnya mengaku keesaan Allah, dan
pesuruhnya Muhammad, percayakan pada balasan baik dan buruk di akhirat, tetapi dalam
amalannya mereka seumpama tidak mempercayai tentang adanya balasan di akhirat, iaitu
balasan nereka bagi mereka yang melakukan kejahatan. Pegangan seumpama inilah yang
melahirkan manusia yang lari ataupun melarang orang lain daripada memperkatakan tentang
4

akhirat dan mati, kerana ia hanya akan melahirkan manusia munyuk, mundur dan tidak
berupaya memahami kepesatan teknologi moden yang sedang melanda.
Memperkatakan tentang keruntuhan akhlak, kita sebenarnya sering lupakan hakikat diri
manusia. Untuk menghapuskan pelacuran misalnya, kita sering menangkap, mendenda dan
menghalau keluar kalau mereka orang luar. Penghisap dadah ditangkap dan dipulihkan.
Tindakan ini memang yang baik yang memang sepatutnya dilakukan untuk menangani
masalah terkini. Cara mengelakkan serangan nyamuk ialah dengan membunuhnya, tidur
menggunakan ubat nyamuk, sama ada dengan ubat nyamuk yang menggunakan elektrik
ataupun lingkaran tradisional. Mereka yang bersifat tradisional akan pakai kelambu atau
pakai ubat nyamuk lengkar. Walaupun demikian, kita seolah-olah lupa, bahawa cara berkesan
mengatasi masalah nyamuk ialah dengan membasmi tempat nyamuk itu membiak, di mana
persekitaran yang bersih itu amat diperlukan. Bukan dengan cara memukulnya dengan
tangan. Begitu halnya dengan usaha-usaha untuk membasmi keruntuhan akhlak, di mana
kesedaran beragama, ataupun iman itu perlu dalam usaha yang berkesan untuk membasmi
pelbagai gejala keruntuhan akhlak.
Nafsu manusia itu berkecenderungan untuk melakukan sesuatu yang bersifat buruk
berbanding dengan kecenderungan untuk melakukan sesuatu yang bersifat baik. Kerana itu
kita jangan terlalu berfikir kenapa anak-anak lebih gemar membaca majalah-majalah yang
tidak memberi faedah daripada buku pelajaran dan buku-buku bernilai akademik yang
membina pertumbuhan akal minda. Atas kecenderungan seumpama ini juga kenapa lebih
ramai orang yang lebih suka menonton filem ganas, seks, daripada menonton filem-filem
tayangan yang lebih memberi manfaat. Hal demikian sama dengan kecenderungan manusia
yang lebih suka berebut-rebut menyerbu konsert-konsert rock, pusat-pusat karaoke, kelabkelab malam dengan bayaran tinggi daripada menghadiri kelas-kelas agama, majlis ilmu,
majlis maulud atau Isra Miraj biarpun di majlis tersebut disediakan dua ekor lembu yang
dimasak rendang sejak pagi
Allah swt menjadikan manusia itu dalam keadaan sentiasa resah gelisah, biar dalam keadaan
apa sekalipun, kecuali mereka yang berupaya melakukan sembahyang dengan khusyuk dan
diterima di Allah swt sembahyangnya, ketika dirundung malang, mereka mengeluh dan
menjadi tamak, kedekut ketika memperoleh kesenangan, kecuali mereka yang sembahyang
dan diterima sembahyangnya.

Sembahyang di sini dilambangkan sebagai punca utama segala kebaikan, kerana sembahyang
itu mencegah pelakunya daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran. Bererti bahawa
orang yang tidak bersembahyang tidak berupaya mencegah dirinya daripada melakukan
kejahatan.
Berhubung dengan keruntuhan akhlak, mungkin tidak perlu membuat statistik berapa ramai
di kalangan mereka yang merogol anak sendiri, mendera kanak-kanak, mereka yang
melakukan liwat, minum arak, orang yang suka melakukan zina, ataupun menjadi pelacur
melakukan sembahyang. Tidak ada orang yang melacur melanggani dua orang lelaki di
malam hari, dan sembahyang subuh dengan khusyuk di pagi hari. Tidak ada orang yang
sembahyang zuhur di tengah terik matahari kemudian lepak menusukkan jarum dadah dalam
urat lengannya. Andainya ada orang yang melakukan sembahyang asar di petang hari
sebelum matahari terbenam, dan menerima rasuah di malam hari, ini bererti, tentunya ada
yang tidak kena dengan sembahyang yang dilakukannya.
3. Empat asas pembentukan akhlak dalam Islam
Antara jalan lain untuk membentuk akhlak yang mulia ialah dengan mendalami ilmu
pengetahuan. Setiap mukmin perlu mempelajari apakah akhlak yang terpuji
(akhlak mahmudah) dan apakah akhlak yang dikeji (akhlak mazmumah). Al-Quran telah
menggariskan akhlak yang utama yang mesti dihayati oleh setiap orang mukmin. Sunnah
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam pula telah memperincikan serta telah
menterjemahkannya ke dalam realiti kehidupan sebenar yang patut kita contohi sebagai
pedoman kehidupan.
Bergaul dengan orang yang baik akhlak adalah cara yang terbaik dalam membentuk akhlak
yang baik.Dalam masa yang sama menjauhi orang-orang yang melakukan maksiat dalam erti kata
uzlah syuuriyah. Pergaulan boleh mempengaruhi diri untuk berubah. Ini adalah kerana manusia
cepat meniru (pengasingan jiwa) yang mana kita tetap meneruskan usaha untuk membawa mereka
kembali ke jalan yang benar.

Bersungguh-sungguh memperkuatkan pengertian akidah islamiah dalam jiwa, terutama


pengertian-pengertian yang bersangkut dengan hari kiamat, dan akan menemui mati lambat
laun. Dengan memperkuat dan memperdalamkan pengertian akidah islamiah, akhlak
seseorang itu akan kokoh, kerana soal akhlak berhubung dengan masalah iman dan takwa.
Seseorang yang benar-benar kuat pegangan akidahnya tidak akan merasa hina, kerana beliau
sedar bahawa beliau berhubung terus dengan sesuatu kekuatan yang benar-benar agong, iaitu
kekuatan Allah. Seseorang yang benar-benar mukmin tidak akan takut kepada sesama
makhluk kerana beliau sedar bahawa segala sesuatu itu daripada Allah belaka, rezeki, celaka,
manafaat dan nikmat malah hidup dan mati adalah di tangan Allah. Dengan itu beliau tidak
akan bersikap mengampu, rasa hina diri dan hidup berpura-pura. Seseorang yang benar-benar
mukmin tidak akan keluk kesah, kerana beliau sering mengingati Allah. Firman Allah dalam
surah Ar-Read ayat 30;
Ingatlah . dengan mengingati Allah hati akan tenang
Selain itu, Melakukan perbuatan yang bertentangan dengan tuntutan sifat-sifat keji.
Misalnya, untuk mengubati sifat hasad dengki boleh dilakukan dengan mengucapkan
istighfar dan mendoakan kebajikan kepada orang yang didengki. Sifat takbur umpamanya
dapat diubati dengan bercampurgaul dengan golongan miskin dan muhrim, duduk di barisan
belakang dalam majlis. Melalui kaedah tersebut, kita mampu mendidik diri dan menyemai
akhlak yang baik dalam diri kita.
Orang yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat akan dikesani dengan sifat-sifat Allah
yang termahal dan tertinggi yang akan mengesani pula pelbagai perlakuan dan kegiatan hidup
yang baik. Akidah berperanan sebagai jentera penggerak supaya manusia melakukan apa
yang disukai dan diredhai Allah. Hal ini kerana, akhlak Islam adalah pancaran daripada
kekuatan akidahnya. Akidah yang kukuh kepada Allah sudah pasti akan menerbitkan akhlak
yang baik dan mulia. Apabila keimanan menjadi sempurna dan membuahkan hasil,ia akan
lahir dalam bentuk keluhuran akhlak. Iman itu sendiri sudah mengandungi segala benih
akhlak yang baik. Seseorang yang benar- benar beriman dengan sendirinya telah membawa
segala benih akhlak yang mulia. Iman adalah ibarat bumi yang menjadi tempat semaian benih
akhlak. Apabila keimanan menjadi sempurna dan membuahkan hasil,ia akan lahir dalam
bentuk keluhuran akhlak. Inilah yang dimaksudkan perkaitan antara akidah dan akhlak.

4. Kaedah membendung gejala keruntuhan akhlak


Sebenarnya tidak ada masalah yang tidak boleh selesai, sebaliknya semua masalah ada
penyelesaiannya sekiranya kita menangani masalah tersebut dengan serius kerana setiap
penyakit ada ubatnya.
Menangani masalah keruntuhan akhlak merupakan perkara yang seharusnya diberi perhatian
secara yang bersungguh-sungguh. Usaha perlu dilakukan agar masyarakat kita kembali
menghayati dan mempraktikkan akhlak yang mulia dalam kehidupan seharian mereka.
Dalam membincangkan soal akhlak ini, Islam sejak sekian lama telah menyediakan
penyelesaian bagi masalah ini, bahkan persoalan akhlak merupakan antara persoalan utama
yang diketengahkan oleh ajaran Islam yang disampaikan melalui nabi Muhammad s.a.w.
Akhlak yang mulia adalah menjadi matlamat asas bagi risalah Islam. Nabi Muhammad s.a.w
telah bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari maksudnya :
Sesungguhnya aku (Muhammad) diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak yang
mulia . Nabi Muhammad s.a.w sendiri telah mempamerkan akhlak yang terbaik yang boleh
dijadikan sebagai contoh oleh setiap lapisan masyarakat. Allah s.w.t telah berfirman dalam alQuran, Surah al-Qalam ayat 4 maksudnya: Sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai
budi pekerti yang baik.
Cara yang paling berkesan untuk menyucikan hati ialah dengan menanamkan keyakinan yang
sepenuhnya terhadap muraqabah (pengawasan) Allah terhadap diri kita walau di mana sahaja
berada. Ulama-ulama salaf pernah menyarankan agar setiap kali sebelum tidur, hendaklah
dibisikkan dalam hati, Allah bersamaku, Allah melihat segala perbuatanku. Apabila
seseorang individu tersebut sentiasa merasai pengawasan Allah terhadap dirinya pada setiap
waktu dan ketika, maka akan terpancarlah akhlak yang baik dari dirinya, kerana dia tidak
akan sanggup untuk melakukan perkara-perkara maksiat sedangkan dalam masa yang sama
dia menyedari Allah memerhatikan tingkah lakunya. Di samping itu, setiap individu juga
mesti pandai memilih kawan iaitu berkawan dengan seseorang yang baik, jujur serta
bertaqwa kepada Allah. Kajian mendapati bahawa antara faktor utama keruntuhan akhlak
ialah pengaruh kawan dan rakan yang jahat.
8

Manakala Ibu bapa pula, menjadi kewajipan kepada mereka untuk mendidik serta
memberikan kefahaman kepada anak-anak mereka tentang kepentingan berakhlak mulia.
Mereka bertanggungjawab untuk menyemai kepada anak-anak sejak daripada kecil dengan
sifat amanah, benar, hormat, berbuat baik kepada orang lain dan sebagainya. Dalam masa
yang sama, ibu bapa bertanggungjawab untuk mendidik betapa bahayanya akhlak yang buruk
seperti mengeluarkan perkataan lucah dan cacian, bercakap bohong, panjang tangan, meniru
budaya barat, hiburan yang melampau, pergaulan bebas dan sebagainya.

Tanggungjawab masyarakat dan negara pula dalam menangani masalah keruntuhan akhlak ini
ialah dengan prihatin dan peka dengan persekitaran sekeliling. Anggota masyarakat
sewajarnya sentiasa bekerjasama serta berusaha untuk membasmi sebarang kegiatan maksiat
yang berlaku di kawasan masing-masing. Kempen maksiat sifar juga perlu diadakan dari
semasa ke semasa bagi menyedarkan anggota masyarakat tentang bahaya keruntuhan akhlak.
Pihak berkuasa pula hendaklah berusaha mencari jalan yang terbaik untuk menguatkuasakan
undang-undang yang lebih berkesan bagi menangani masalah sosial ini. Nabi s.a.w bersabda
maksudnya: "Sesiapa daripada kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia ubah dengan
tangan (kuasa), sekiranya tidak mampu, hendaklah mengubahnya dengan lisan, sekiranya
tidak mampu juga, hendaklah mengubahnya dengan hati. Mengubah dengan hati itu adalah
selemah-lemah iman.
5. Kesimpulan
Sebagai kesimpulan daripada tugasan ini, akhlak amat penting dalam penghidupan manusia
memandangkan besarnya pengaruh akhlak kepada tindak tanduk manusia, sehingga pada
ketika-ketikanya nilai-nilai akhlak yang terdapat pada diri seseorang itu bertindak menjadi
neraca penilai kepada sesuatu perbuatan. Semua pihak mesti melaksanakan amanah dan
tanggung jawab dalam menangani masalah keruntuhan akhlak ini dengan penuh keimanan
dan ketaqwaan kepada Allah. Kesan positif daripadanya akan melahirkan generasi-generasi
muda-mudi yang cemerlang dari sudut akhlak yang sudah tentu akan membimbing negara
yang tercinta ini ke arah kemakmuran dan kesejahteraan.

Dengan penjelasan ini juga kita telah mengetahui serba sedikit tentang sistem akhlak dalam
Islam. Pengetahuan kita yang serba sedikit ini menuntut kita bertindak melakukan
perlaksanaannya dalam kehidupan kita, kerana dengan mengetahui sahaja tanpa dituruti
dengan tindakan perlaksanaan ianya tidak akan mendatangkan faedah yang diharapkan.
Oleh yang demikian kita berkewajipan bertindak melaksanakan tuntutan pengetahuan kita,
kita mulakan dari diri kita, keluarga kita, masyarakat kita seterusnya negara kita. Andainya
kita sungguh-sungguh dalam mengusahakan perlaksanaan ini Allah akan menolong kita.
Firman Allah dalam surah Al-Ankabut ayat 69 :
Dan mereka yang berjihad pada (jalan) kami, kamu akan tunjukkan kepada mereka jalanjalan kami Itulah janji Allah, dan Allah tidak akan mungkin janji.
Dalam kita bertindak untuk melaksanakan tuntutan ini kita akan menghadapi tentangan dari
masyarakat jahiliah yang berada disekeliling kita. Tentangan ini adalah menjadi sunnah Allah
kepada hambanya, sebab itu Allah berfirman dalam surah Al-Ankabut ayat 2 :
Apakah manusia menyangka bahawa mereka dibiarkan menyatakan kami telah beriman
sedang mereka tidak akan diuji lagi.
Ujian-ujian yang berupa tentangan ini harus kita hadapi demi membuktikan keimanan kita
yang kuat kepada Allah. Moga-moga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang baik
dan mulia.

10

6. Rujukan
Al - Quran AlKarim.
Al - Hadis Nabi Muhammad.
Dr Mohd Fauzi Hamat, Universiti Malaya. Prinsip Akidah cetakan kedua, julai 2010.
Fiqh Sunnah Imam Syafie: Al-Qadhi Abu Syuja Ahmad bin Al-Husain bin Ahmad AlAsfahani.Terbitan Al-Hidayah Publication.

11