Anda di halaman 1dari 3

JURNAL MINGGUAN

OLEH: RAFIDAH BINTI SITAM


IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN ISLAM

TARIKH: 8 JANUARI 2009


TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF (PIAGET & VYGOTSKY

Dalam teori perkembangan kognitif terdapat dua teori yang sering digunapakai iaitu teori

yang telah diasaskan oleh Jean Piaget dan Vygotsky. Kedua-duanya mempunyai keistimewaan

tersendiri dan terdapat sedikit perbezaan. Walaubagaimanapun, samada teori Piaget mahupun

Vygotsky, kedua-duanya menjurus kearah perkembangan kognitif manusia iaitu sejak lahir

sehingga hingga dewasa.

Piaget yang juga merupakan ahli psikologi kanak-kanak yang terkenal telah menyatakan

bahawa, terdapat empat tahap yang mempengaruhi proses pemikiran kanak-kanak dari sejak lahir

hingga meningkat dewasa. Namun kita hendaklah terlebih dahulu mengetahui dan memahami

konsep penting dalam teori Piaget, iaitu terdiri daripada skema, asimilasi, akomodasi dan

adoptasi.

Skema adalah konsep yang merujuk kepada potensi yang ada pada setiap individu yang

akan mendorongnya untuk melakukan sesuatu perkara atau perbuatan. Dengan kata lain ia adalah

merupakan blok asas pemikiran manusia. Asimilasi pula merupakan satu proses penyesuaian

yang berlaku apabila adanya sesuatu yang baru diperolehi dengan skema yang telah sedia ada.

Melalui proses ini, seseorang individu akan mengikuti sesuatu modifikasi skema di mana ia

adalah hasil daripada pengetahuan dan pengalaman yang baru tadi.


Konsep yang seterusnya ialah akomodasi. Akomodasi merupakan satu proses yang

melibatkan perubahan pada struktur kognitif seseorang individu. Proses akomodasi hanya akan

terjadi apabila skema yang sedia ada tidak dapat mengasimilasi atau menyesuaikan sesuatu yang

baru yang belum lagi masuk ke kotak pemikiran seseorang individu.

Manakala konsep yang terakhir ialah adaptasi. Ia adalah merupakan satu situasi yang

mana wujud keseimbangan antara akomodasi dan asimilasi. Adaptasi juga merupakan

kecenderungan untuk menyesuaikan diri dengan dua proses tadi iaitu akomodasi dan asimilasi.

Keseimbangan antara kedunya hanya akan wujud setelah kanak-kanak mempunyai

kecenderungan dan keupayaan dalam diri nya untuk mencipta hubungan antara apa yang telah

diperolehi dan dipelajari dengan keadaan sekililingnya.

Seterusnya ialah empat tahap menurut Piaget iaitu tahap sensorimotor atau deria motor,

tahap praoperasi, tahap operasi konkrit dan tahap operasi formal. Pada tahap sensorimotor,

kebolehan deria motor bayi yang baru lahir akan berkembang dengan melihat kepada

hubungannya dengan keadaan di sekitarnya. Pada tahap ini juga terdapat enam sub tahap iaitu

refleks, reaksi asas sekular, reaksi kordinasi, reaksi secular kedua, reaksi secular ketiga dan

penggambaran pemikiran awal.

Tahap praoperasi pula melibatkan penggunaan bahasa. Di mana ia akan mempengaruhi

perkembangan pada tahap ini. Ia juga terbahagi kepada dua sub tahap iaitu tahap pro-konseptual

dan tahap pra –operasi. Seterusnya ialah tahap operasi konkrit. Tahap operasi konkrit

menunjukkan kanak-kanak tidak akan berfikir dengan cara egosentrik lagi kerana meraka lebih

gemar bertanya sesuatu perkara yang menarik minatnya yang didorong oleh perasaan ingin tahu

yang sangat tinggi.


Peringkat yang terakhir ialah tahap operasi formal. Pada tahap ini perkembangan kognitif

manusia telah sampai ke tahap maksima. Mereka juga mampu membuat keputusan, memikirkan

jalan penyelesaian, berfikir lebih rasional dan bersifat sistematik.

Sebagai seorang bakal guru, saya pastinya akan mengaplikasikan teori Piaget dalam

pengajaran dan pembelajaran nanti. Saya akan menumpukan dan memberikan perhatian yang

lebih terhadap pelajar serta menghargai kepintaran, kecerdasan serta minat yang ditunjukkan. Di

samping itu, saya akan memfokuskan kepada proses pemikiran pelajar dengan mengglakkkan

mereka berfikir dan menghuraikan sesuatu pendapat. Selain dari itu, saya akan menyediakan

bebrapa aktiviti yang sesuai dengan tahap pemikiran pelajar-pelajar saya kerana menurut Piaget

manusia memiliki tahap dan keupayaan berfikir dan penakulan yang berbeza.

Menurut Vygostky pula, bahasa merupakan alat mental yang terpenting bagi bayi dalam

proses perkembangannya. Apabila kemahiran bahasa kanak-kanak berkembang, ia akan menjadi

alat untuk menyelesaikanm masalah dan regulasi kendiri. Zon perkembangan proksimal juga

menunjukkan bahawa tahap kompetensi kanak-kanak semasa dengan tahap yang boleh dicapai

dengan bimbingan atau pun ‘scalffolding’. Selain dari itu, Vygotsky menjelaskan bahawa

perkembangan kognitif adalah satu proses sosial kerana kanak-kanak akan mempelajari dan

terbentuk pemikiran dengan fokus kepada faktor sosial dan pembelajaran.

Sebagai seorang guru, saya akan mengaplikasikan teori Vygotsky dalam proses

pengajaran dan pembelajaran yang mempunyai kepelbagaian etnik dan sosial budaya. Di

samping itu, saya akan menggalakkan pelajar belajar secara berkumpulan di mana pelajar yang

lebih pandai akan membimbing pelajar yang lemah. Bantuan atau ‘scalffolding’ serta kaedah

dalam Zon Perkembangan Proximal sangat efektif dan sesuai dipraktikkan.

Anda mungkin juga menyukai