Anda di halaman 1dari 15

SPPE 2212 AMALI KERJA BATA

LAPORAN PROJEK 4 TWISTED COLUMN

NAMA PENSYARAH:
DR. DAYANA FARZEEHA ALI

DISEDIAKAN OLEH:
NAMA:
Nur Najla Fatin Binti Mohayidin

PENGHARGAAN

NO. MATRIK:
A14PP3089

Bersyukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah dan kurniaNya, saya dapat menyiapkan tugasan
amali yang terakhir dengan jayanya. Tugasan ini memerlukan saya untuk membina 8 lapisan
susunan bata yang berbentuk tiang dan di twist dengan menggunakan ikatan yang betul dan
saya perlu mengaplikasikan segala teknik kerja-kerja bata yang telah saya pelajari.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr. Dayana
Farzeeha Ali, pensyarah kursus amali kerja bata, kerana telah bertungkus lumus memberi
bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan sepanjang tempoh kami menyiapkan
tugasan ini. Beliau juga telah banyak berkongsi maklumat serta ilmu-ilmu yang berguna supaya
saya dapat melaksanakan tugasan ini dengan baik dan dapat mengaplikasikan dengan kehidupan
seharian.
Tidak lupa juga buat kedua ibu bapa saya, yang sentiasa mendoakan kejayaan saya tanpa
kenal erti jemu dan putus asa, begitu juga buat

rakan sekumpulan saya, K. Thipanraj a/l

Kartigasu dan juga rakan-rakan sekelas yang saling membantu dalam mendapatkan maklumat
yang berguna. Bantuan rakan-rakan sedikit sebanyak telah meringankan beban saya dalam
melengkapkan tugasan ini. Juga buat semua insan yang turut membantu dalam sedar ataupun
tidak, terima kasih.

ISI KANDUNGAN

Bil.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Kandungan
Penghargaan
Isi kandungan
Pengenalan
Bab 1 Langkah keselamatan
Bab 2 Alatan dan bahan yang digunakan
Bab 3 Proses penyiapan kerja
Kesimpulan

Muka surat
2
3
4
5
6-7
8 - 14
14

PENGENALAN

Bagi projek kali ini, saya dikehendaki untuk menyiapkan 8 lapisan susunan bata yang
berbentuk tiang. Projek ini melibatkan dua orang ahli untuk satu kumpulan dan memerlukan
kerjasama dan semangat berpasukan yang sangat tinggi. Projek ini merupakan syarat khusus

untuk menentukan samada saya lulus subjek SPPE2212 - AMALI KERJA BATA ini ataupun
tidak.
Bata merupakan bahan terpenting dan yang paling popular digunakan dalam pembinaan
tembok. Beberapa faktor boleh dijadikan sebab mengapa bahan ini menjadi pilihan seperti
saiznya boleh disesuaikan dalam sebarang keadaan, sifatnya yang padat dan tahan lasak, warna
dan jalinan permukaannya yang semulajadi serta bentuknya yang boleh disusun dalam pelbagai
cara. Jika dibandingkan dengan bahan-bahan lain yang setaraf dengannya, bata adalah ekonomik
dan mudah diperolehi.
Batu bata adalah bahan yang paling dominan dan berpengaruh dalam dunia, kerana batu
bata adalah bahan utama untuk membentuk dinding bangunan. Terdapat berbagai-bagai jenis
batu bata dengan tujuannya yang tertentu. Pekerja mahir hendaklah mengetahui jenis-jenis bata
yang biasa digunakan dalam pembinaan di Malaysia dan ciri-ciri am yang terkandung
didalamnya.

BAB 1 LANGKAH KESELAMATAN

Dalam semua kerja-kerja yang melibatkan amali dan pembinaan, aspek-aspek


keselamatan sangat penting dan perlu diambil kira bagi mengelakkan segala perkara yang tidak
diingini berlaku. Pengawasan yang teliti oleh orang yang lebih pakar seperti pensyarah serta
4

penyelia bengkel juga adalah penting untuk menjamin keselamatan pelajar. Berikut merupakan
antara perkara penting yang perlu diambil kira:
a) Peralatan Perlindungan Peribadi - Personal Protective Equipment (PPE)
Saya dikehendaki memakai kasut keselamatan apabila berada di tapak amali, memakai pakaian
yang sesuai seperti baju bengkel semasa kerja-kerja dilakukan serta memakai sarung tangan.
b) Arahan keselamatan untuk penggunaan peralatan
Sebelum menjalankan sesuatu kerja amali, saya perlu mengetahui fungsi alat yang digunakan
terlebih dahulu. Saya juga perlu memastikan peralatan yang digunakan tidak rosak dan
hendaklah menggunakannya dengan cara yang betul dan bersesuaian dengan kerja. Saya juga
perlu membersihkan kawasan dan alat yang telah digunakan dan menyimpannya di tempat yang
telah disediakan.
c) Etika kerja
Sebagai seorang pelajar yang sentiasa perlu mementingkan keselamatan diri dan persekitaran,
saya perlu berdisiplin semasa melakukan kerja dan sentiasa mengutamakan langkah-langkah
keselamatan. Selain itu, saya juga hendaklah tidak bergurau semasa melakukan kerja, mengikut
arahan yang diberikan oleh tenaga pengajar dan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan.

BAB 2 ALATAN YANG DIGUNAKAN

Bahan bahan yang diperlukan bagi projek ini antaranya adalah:


1. Kapur
5

2. Air
3. Pasir
4. Batu bata
Peralatan yang digunakan sepanjang menjalan projek berikut adalah:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Cangkul
Skop
Baldi
Benang
Penyodok
Pemaras keluli
Span
Penimbang air

BAB 3 PROSES PENYIAPAN KERJA


Langkah langkah yang perlu di ambil kira sewaktu di awal pembinaan projek adalah:
a) Membersihkan kawasan yang ingin digunakan bagi tapak projek
b) Menyediakan peralatan yang ingin digunakan
Batu bata
Baldi
Pemaras keluli
Penyodok
Pemegang mortar
Span
Penimbang air
Kemudian diikuti pula dengan langkah yang seterusnya, iaitu;
8

c) Membancuh mortar

d) Seterusnya, saya perlu melaraskan bata bagi lapisan pertama tiang dengan menggunakan
benang. Uji kepersegian, pugak, aras, dan kelurusan dengan menggunakan alat aras spirit.

e) Menyusun batu bata yang ingin digunakan mengikut susunan yang betul sebagai panduan
kepada pembinaan (setting out)

10

f) Letakkan mortar pada lantai dan letakkan bata mengikut susunan yang betul

g) Mengambil kerataan sama tinggi bata dengan menggunakan spirit level. Jika batu bata
tidak rata, saya perlu mengetuk bata perlahan-lahan untuk memastikan ia berada dalam
aras yang rata

11

h) Ketuk bata menggunakan pemegang penyedok bagi meratakan bata dan ukur aras
menggunakan aras spirit untuk mendapatkan susunan bata yang lurus.

i) Mengulangi kerja-kerja seperti yang tersebut diatas untuk lapisan seterusnya dengan
mengikut pelan yang telah disediakan oleh pengajar. Lakukan langkah di atas sehingga
bata telah mencapai 8 lapisan seperti yang telah ditetapkan dan dengan menggunakan
ikatan yang tepat.

j) Setelah lengkap 8 lapisan, bata perlu dibersihkan dengan menggunakan span. Ini adalah
untuk memudahkan proses kemasan dilakukan.

12

k) Kemudian, lakukan alur bata dengan menggunakan alat kemasan

Ini merupakan hasil terakhir tugasan saya bersama dengan rakan sekumpulan.

13

KESIMPULAN
Kesimpulannya selepas menjalani amali kerja bata ini, saya telah dapat:

Mempelajari prinsip-prinsip mengikat bata.


Mempelajari jenis-jenis ikatan yang digunakan
Mempelajari kerja-kerja kemasan ikatan dalam kerja bata
Dan yang terakhir saya telah mengenali peralatan yang sesuai digunakankan dalam kerja
bata dan fungsinya

Selain itu, saya dapat menerapkan sikap bekerjasama dalam satu pasukan dan saling bantumembantu di mana ianya sangat penting untuk dipraktikkan di dalam kehidupan seharian supaya
kelak sewaktu saya ingin mendidik anak murid saya akan sentiasa menerapkan tentang perkara

14

sebegini kepada mereka dan tentunya mereka tidak lagi mengalami masalah tentang perkara
seperti ini.

15

Anda mungkin juga menyukai