Keruntuhan Akhlak
Keruntuhan Akhlak
pembangunan yang pesat serta berkembang. Situasi ini seiringan dengan perubahan angin
kemajuan di peringkat global yang kian tiada garis sempadan lagi. Tahap penerimaan
nilai-nilai yang berkaitan dengan politik, ekonomi dan sosial manusia pada peringkat
global sudah tidak dapat dikawal lagi malah ianya telah mengubah dan mencorak
kepelbagaian hidup manusia di seluruh dunia. Pendek kata, dunia sudah dilabelkan tidak
mempunyai sempadan lagi dalam konteks teknologi maklumat. Begitu juga dengan
proses penerimaan dan perkembangan manusia terhadap norma kehidupan mereka.
Persoalannya, kehidupan masyarakat di negara ini yang diwarnai pelbagai tingkah
laku sosial yang dahulunya disifatkan baik, berbudi bahasa, lemah lembut, bertolak ansur,
rasional dan sebagainya sudah mulai kian luntur dek perkembangan waktu dan
diasimilasikan dengan pengaruh luar. Dalam konteks ini, norma-norma kehidupan yang
harmoni pada suatu ketika dahulu kian menerima dan berhadapan dengan situasi yang
tidak stabil lagi. Banyak perkara yang dilakukan oleh golongan masyarakat moden hari
ini sudah menyimpang daripada nilai ketimuran masyarakat Malaysia dahulunya.
Fenomena tingkah laku sosial ini sudah tidak sealiran lagi dengan tuntutan masyarakat
yang mementingkan norma-norma kehidupan yang baik-baik.
Dengan kata lain, masyarakat sekarang sudah cukup selesa berada dalam
kelompok masyarakat moden kompleks yang bebas melakukan apa sahaja selari dengan
keperluan dan citarasa sendiri tanpa memikir panjang sebab akibat serta nilai masa silam
yang menjadi pegangan nenek moyang mereka sejak dahulu lagi. Fenomena ini telah
mencetuskan masalah sosial yang banyak di negara ini sehingga menjadi gejala yang
serius dan sukar dibendung lagi. Keadaan ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan
masyarakat dan kerajaan di mana banyak dilaporkan dalam media massa seperti akhbar,
televisyen, internet dan alat komunikasi yang lain.
Trend fenomena sosial di negara ini besifat positif di mana saban hari kita
mendengar dan disajikan dengan berita-berita jenayah, keruntuhan rumah tangga,
masalah remaja, isu pendidikan, politik yang haruk-pikuk, ekonomi gawat dan
masyarakat kita kian luntur dan bertambah samada berdasarkan statistik atau laporan
media massa tiap-tiap hari. Usaha pihak kerajaan dalam melahirkan masyarakat
penyayang dan keluarga bahagia menghadapi haluan getir apabila berhadapan dengan
fenomena sosial yang banyak berlaku dalam masyarakat dan keluarga itu sendiri.
Menurut Ami Masra (dalam Akademik) (1996) kebimbangan yang berlaku sekarang
adalah berikutan peningkatan masalah sosial dalam kerajaan dan masyarakat di negara
ini. Di Malaysia, peningkatan fenomena sosial ini lazimnya dikaitkan dengan golongan
remaja yang merupakan sebahagian besar daripada golongan masyarakat dan waris
kepada sesuatu keluarga. Oleh kerana bilangan kelompok ini lebih ramai, maka masalah
yang berkaitan dengan mereka juga banyak. Walau bagaimanapun, permasalahan sosial
ini turut melibatkan keseluruhan lapisan masyarakat tanpa mengenal kaum, agama dan
asal usul mereka.
Permasalahan sosial yang sedang meruncing kini seharusnya mendapat perhatian
semua pihak yang cintakan negara ini dan mereka yang mahu menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara maju contoh. Sama ada secara sedar atau tidak, peningkatan keskes yang dikategorikan sebagai gejala sosial kini berada pada tahap yang agak
membimbangkan, malah mungkin juga mencemaskan. Ini dapat dibuktikan melalui
pendedahan dan laporan harian media massa mengenai peningkatan kes-kes berkenaan.
Setiap hari kita akan mendengar atau membaca berita serta liputan mengenai kes-kes
gejala sosial. Masalah sosial adalah suatu tindakan yang merangkumi pelbagai perlakuan
negatif masyarakat yang tidak membawa kekuatan serta keuntungan kepada sesebuah
negara, samada kepada struktur sosial, politik mahupun sistem ekonomi negara
berkenaan. Perlakuan yang menyimpang daripada nilai dan norma masyarakat ini
mengundang kerisauan dalam masyarakat berkenaan kerana ia boleh memecahkan
struktur
nilai
yang
dipegang
oleh
sebahagian
besar
komuniti
tersebut.
Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian
bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan
sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan
anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan,
prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian
yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu
bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.
Menurut V. Raman (2008) melalui pendekatan akademik boleh dilakukan dengan
menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti
kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknikteknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan
teknik pengajaran luar kelas. Di sekolah misalnya, sistem perundangan yang baik adil
wajar diaplikasikan. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan
rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan
tanggungjawab
pihak
sekolah
dan
pihak
ibu
bapa
dalam
pengawasan
Justeru, melihat permasalahan tingkah laku yang melanda para remaja kita pada
hari ini amatlah mencemaskan. Tindakan bagi mengawalnya sudah sampai pada tahap
yang dianggap terdesak. Pertaruhannya adalah masa depan negara dan generasi Malaysia.
Walaupun banyak kajian yang dilakukan oleh pelbagai pihak mengenai fenomena tingkah
laku sosial yang menyeleweng ini, tetapi kajiannya lebih bersifat kepada tujuan akademik
dan tertumpu kepada punca masalah yang biasanya bersifat umum sahaja. Namun
demikian, segala masalah sosial yang dihadapi oleh para remaja perlu dibendung dan
diatasi supaya ianya tidak terus mewujudkan ancaman besar kepada aset yang tidak
ternilai ini.