Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
ISI KANDUNGAN
ABSTRAK................................................................................................................................2
PENGENALAN........................................................................................................................2
KONSEP PENDIDIKAN.........................................................................................................6
Perbezaan pendidikan KBSR dan KSSR................................................................................6
KBSR..................................................................................................................................6
KSSR..................................................................................................................................8
Reka Bentuk Kurikulum.........................................................................................................8
Organisasi Kurikulum.............................................................................................................9
Kaedah Penilaian....................................................................................................................9
MASALAH.............................................................................................................................11
Kekurangan KBSR...............................................................................................................12
Kekurangan KSSR................................................................................................................12
CABARAN DAN HALANGAN............................................................................................13
Pembinaan Budaya Ilmu.......................................................................................................13
Pembudayaan Masyarakat Malaysia....................................................................................14
KESIMPULAN.......................................................................................................................15
Peranan Pendidik..................................................................................................................15
Peranan KBSR dan KSSR....................................................................................................16
CADANGAN..........................................................................................................................17
RUJUKAN..............................................................................................................................18
ABSTRAK
Pendidikan merupakan salah satu agenda utama dalam perancangan pembangunan negara.
Hasil kepada proses pendidikan yang berpanjangan, maka akan wujud sebuah ketamadunan
yang dapat berdiri megah dengan berpaksikan pendidikan bersifat universal. Bagaimanapun,
proses pembentukan modal insan perlu melihat semula kepada pemahaman yang jitu dan
tulen akan definisi pendidikan, kurikulum dan masyarakat supaya signifikan dalam
membentuk integrasi ketiga-tiga komponen.
Dalam konteks ini, pendidikan, kurikulum dan masyarakat sebenarnya saling
bergantungan antara satu sama lain. Menerusi definisi yang dihuraikan dan disimpulkan,
dapat dikaitkan bahawa hanya dengan pendidikan dan perancangan kurikulum yang mantap,
maka akan lahir masyarakat yang mampu hidup dengan jiwa kesederhanaan dan tahu akan
tujuan penciptaan. Melihat kepada perkaitan yang dibuat mengenai komponen pendidikan,
kurikulum dan masyarakat, maka dalam konteks ini, kita boleh buat pengaplikasian menerusi
penerapan konsep pendidikan bersepadu.
Konsep
pendidikan
sepadu
ini
kemudiannya
dilanjutkan
kepada
proses
perusahaan masa kini Gen Y amat diperlukan kerana karekter Gen Y yang
dapat melihat pelbagai sudut aspek kerja dan menjadi tulang belakang kepada
sesebuah perusahaan. Terdapat beberapa ciri generasi Y yang dikenal pasti.
Antara lain generasi ini mempunyai keinginan, untuk bersuara secara bebas
termasuk ketika membuat pilihan. Mereka juga lebih senang kepada
keterbukaan, lebih cenderung kepada membina hubungan antara satu sama
lain, walaupun dengan orang yang baru dikenali. Mereka juga suka tidak
dikongkong dan suka membuat sesuatu untuk mendapatkan perhatian.
5. Generation Net (lahir antara 1995 2009) Generasi Z
Generasi Z memiliki perilaku dan keperibadian yang berbeza dari generasi
sebelum ini. Terdapat beberapa karekteristik umum dari Gen Z antaranya
ialah:
1. Fasih teknologi iaitu generasi digital yang mahir dan cenderung akan
teknologi informasi dan pelbagai aplikasi computer. Mereka dapat
mengakses pelbagai informasi yang mereka perlukan secara mudah dan
cepat.
2. Sosial iaitu mereka berkomunikasi dan berinteraksi dengan semua
peringkat umur khususnya dengan rakan sebaya melalui pelbagai medium
jaringan seperti Whatsapp, Twitter, Instagram, Wechat dan Facebook.
Melalui media ini mereka boleh meluahkan apa yang difikirkan secara
spontan.
3. Multitasking iaitu mereka yang boleh membaca, berbicara, menonton atau
mendengar musik pada waktu yang sama. Mereka menginginkan
segalanya dengan cepat.
Gen Z juga dikenali sebagai The Silent Generation, iGeneration, generasi
senyap dan generasi internet. Kebanyakan kehidupan mereka dihabiskan
dengan melayari World Wide Web. Mereka terbiasa dengan tindakan segera
dan kepuasan melalui teknologi internet. Mereka mempunyai pendapat yang
jelas tetapi kurang menerima sesuatu cadangan dan idea tanpa alasan atau
fakta yang konkrit. Kebanyakan mereka membina kerjaya tersendiri dan
bercita-cita menjadi usahawan. Mereka juga membina kreativiti melalui
kemahiran, mencari penyelesaian sendiri masalah yang dihadapi, memahami
erti kerjasama, pengurusan masa dan kepimpinan.
6. Generasi Alpha (lahir pada 2010) Generasi A
Generasi Alpha adalah lanjutan dari generasi Z. Sehubungan itu, pada saat kini
generasi Alpha yang paling tua berusia 4 hingga 5 tahun. Generasi Alpha juga
digelarkan sebagai Gen A. Gen A adalah generasi yang paling berpelajaran
tinggi. Mula bersekolah seawal usia 3 hingga 4 tahun dan menamatkan
pengajian selewat-lewatnya umur 27 tahun. Kajian sosiologi mengatakan
bahawa Gen A adalah merupakan generasi yang paling terpelajar dalam
sejarah manusia. Gen A merupakan anak kepada generasi Y dan Z, yang lebih
berkemampuan dengan bilangan anak yang sedikit dan pelbagai pilihan
hiburan mahupun teknologi, generasi ini merupakan yang sangat materialistik.
Ia juga fokus terhadap gaya hidup teknologi tinggi. Generasi ini mula
mengenal hidup mereka dengan telefon bimbit, ipad, komputer, playstation,
wii, xbox, google facebook dan blog. Antara ringkasan ciri-ciri Gen A yang
diramalkan oleh para pengkaji sosiologi adalah:
Mewarisi kemewahan material dari Gen X dan Y iaitu ibu bapa mereka
Berpelajaran tinggi
Hidup dibantu oleh gajet-gajet berteknologi tinggi
Tidak mempunyai skill atau kemahiran yang banyak dan tidak
KONSEP PENDIDIKAN
Sistem pendidikan negara terus mengalami perkembangan selaras dengan perubahan yang
telah berlaku dalam merentasi zaman kemodenan. Kronologinya, Akta Pelajaran 1961
menjadi asas kepada perlaksanaan pendidikan di negara ini, atas dasar untuk membasmi buta
huruf rakyat dan melahirkan tenaga kerja mahir. Manakala pada tahun 1982, Kurikulum Baru
Sekolah Rendah(KBSR) diperkenalkan setelah dibuat penambahbaikkan ke atas kurikulum
lama, kesan daripada Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. Seterusnya apabila Falsafah
Pendidikan Negara FPN (1988) disuratkan, sekali lagi kurikulum diberi penambahbaikkan,
lalu Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukarkan namanya kepada Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR) yang bermula pada tahun 1993.
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah berorientasi berasaskan kepada Falsafah
Pendidikan Negara. Memandangkan zaman semakin berubah, sekali lagi kurikulum baru
diperkenalkan iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini
dilaksanakan pada tahun 2011 hinggalah sekarang.
Perbezaan pendidikan KBSR dan KSSR
KBSR
KBSR merupakan singkatan kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah yang diperkenalkan
ekoran daripada terbitnya Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar
Pelajaran Kebangsaan. KBSR diperkenalkan pada tahun 1982 menggantikan Kurikulum
Lama Sekolah Rendah. Kurikulum ini telah mula dilaksanakan di semua sekolah rendah
bermula pada tahun 1982 di 305 buah sekolah rendah dan pada tahun 1983, pelaksanaan
penuh pun bermula di semua sekolah rendah seluruh negara.
KBSR pada asasnya berpegang pada konsep bahawa murid-murid perlu memperolehi
ilmu pengetahuan, menguasai pelbagai kemahiran dan menghayati nilai secara terus melalui
pengalaman.
KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidang
kemanusiaan dan alam sekitar dan bidang perkembangan diri individu. Bidang komunikasi
menjadi bidang utama dengan menekankan kemahiran asas iaitu kemahiran 3M (membaca,
menulis, mengira) yang diterapkan melalui 2 mata pelajaran : Bahasa (Melayu, Cina, Tamil
dan Inggeris) dan Matematik. Bidang ini selaras dengan perakuan dalam Laporan
Jawatankuasa Kabinet 1979.
Suasana persekolahan dalam konteks KBSR adalah bagi memberi peluang muridmurid memperoleh dan merasai pengalaman hidup seperti menyelesaikan masalah,
berkomunikasi dan bertukar-tukar pendapat, membina persefahaman dalam pergaulan dan
memupuk semangat kerja antara satu sama lain.
KSSR
Transformasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah merupakan pengukuhan dan
penambahbaikkan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Tujuan transformasi
adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. KSSR telah
menjalani uji rintis di 500 buah sekolah rendah yang terpilih pada 31 Mac 2009 hingga Jun
2009. KSSR dilaksanakan sepenuhnya kepada murid-murid tahun 1 di semua sekolah
bermula pada 2011.
KSSR masih mengekalkan prinsip KBSR iaitu perkembangan individu secara
menyeluruh, pendidikan yang sama untuk semua murid, pendekatan bersepadu dan
pendidikan seumur hidup. Dalam KSSR, penggunaan standard diguna pakai. Oleh itu,
pengajaran KSSR adalah berpandukan Dokumen Standard Kandungan dan Dokumen
Standard Pembelajaran.
KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri
daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid
dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan
Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM (2011)
Dari segi reka bentuk, KSSR berasaskan kepada enam tunjang iaitu Tunjang
Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika,
Sains dan Teknologi dan Keterampilan Diri. Dalam KSSR juga telah ditambah dengan
elemen merentas kurikulum (EMK) yang baru iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan
serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Perbandingan antara KBSR dan KSSR boleh dibuat berdasarkan perkaitan berikut,
reka bentuk kurikulum, organiasi kurikulum, proses pengajaran dan pembelajaran,
pembahagian masa, bahan kurikulum, fokus kurikulum dan penilai.
Reka Bentuk Kurikulum
KBSR direka dengan hanya mempunyai tiga bidang utama iaitu bidang Komunikasi, Manusia
dan Alam Sekelilingnya serta bidang Perkembangan Diri Individu. Tiga bidang ini direka
bagi memastikan perkembangan murid secara menyeluruh untuk membangunkan negara dan
menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta intergrasi nasional melalui sistem pendidikan
yang tersusun dan bersistematik.
Manakala, KSSR pula telah direka dengan penambahbaikkan daripada KBSR. Enam tunjang
iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Perkembangan Fizikal dan
Estetika; Sains dan Teknologi dan tunjang Keterampilan Diri menjadi bidang utama dalam
KSSR.
Penambahanbaikan reka bentuk dalam KSSR, bermatlamat untuk memperluaskan
skop pembelajaran murid di peringkat sekolah rendah dan memberi banyak peluang kepada
mereka untuk menjalani independent learning.
Reka bentuk KBSR adalah bersifat linear yang bermaksud kurikulum yang
disampaikan adalah mengikut turutan misalnya bermula daripada kandungan, hasil
pembelajaran dan seterusnya cadangan dan aktiviti pembelajaran. Berlainan dengan KSSR di
mana dibentuk secara modularyang merupakan satu kurikulum yang kandungannya
diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit yang
dinamakan sebagai modul.
Organisasi Kurikulum
KBSR dan KSSR masih lagi mengekalkan organisasi kurikulum yang sama iaitu
membezakan murid mengikut tahap iaitu tahap 1 untuk murid tahun 1 hingga tahun 3 dan
tahap 2 untuk murid tahun 4 hingga tahun 6 namun terdapat perbezaan dalam penstrukturan
mata pelajaran.
Murid tahap 1 dan 2 perlu diajar dengan mata pelajaran teras, wajib dan tambahan
dalam KBSR .Semasa KBSR diguna pakai, selain bahan-bahan daripada buku teks, bahanbahan lain yang relevan difikirkan dan disediakan oleh guru sevagai bahan pembelajaran di
dalam kelas. Namun dalam KSSR, tahap 1 diajar melalui Modul Teras Asas, Modul Teras
Tema dan Modul Elektif, berbeza dengan pengajaran kepada murid tahap 2 di mana muridmurid ini diajar dalam matapelajaran teras dan elektif. Perlaksanaan KSSR yang berasaskan
modular telah menggunakan bahan-bahan pembelajaran yang menggiatkan pelajar belajar
secara interaktif dan hands-on.
Kaedah Penilaian
Perubahan dalam reka bentuk kurikulum juga telah membawa kepada perubahan kaedah
penilaian
Semasa KBSR, penilaian dikendalikan guru di sekolah adalah secara formatif dan
sumatif. Penilaian berpusat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia pula adalah secara sumatif
10
iaitu melalui UPSR. Penilaian sumatif adalah amat ditekankan semasa KBSR berbanding
pernilaian formatif.
Penilaian KSSR pula berbeza dengan penilaian dalam KBSR. KSSR menekankan
penilaian formatif yang bertujuan menilai perkembangan proses pembelajaran murid.
Penilaian dilakukan secara berterusan sepanjang tempoh pembelajaran murid. Dalam KSSR,
guru-guru menilai murid melalui komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di mana
melibatkan proses mengumpul maklumat yang autentik dan boleh diharap secara formatif dan
sumatif. Pentaksiran ini adalah penilaian yang dilakukan di peringkat sekolah seperti kerja
praktikal, tugasan bertulis, ujian, kajian dan lain-lain tugasan. Dari segi KBSR, Reka Bentuk
Kurikulum, Linear berasaskan 3 bidang iaitu:
Komunikasi
Manusia dan alam Kelilingnya
Perkembangan Diri Individu
Komunikasi
Kerohanian, Sikap & Nilai
Kemanusiaan
Perkembangan Fizikal & Estitika
Sains dan Teknologi
Keterampilan Diri
11
MASALAH
Pembangunan yang pesat dalam bidang pendidikan memerlukan negara bersaing di peringkat
global. Persaingan bidang pendidikan di peringkat global memerlukan rakyat Malaysia
meningkatkan mutu taraf pendidikan. Pembangunan yang pesat dalam pelbagai bidang
ekonomi, politik, sains dan teknologi, memacu negara untuk membentuk rakyat yang
mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dalam pelbagai bidang terutamanya bidang
pendidikan. Pendidikan di Malaysia menitik beratkan usaha berterusan bagi meningkatkan
mutu pendidikan negara yang mempu bersaing di peringkat global.
Pelbagai dasar dan sistem dibentuk bagi meningkatkan mutu pendidikan negara.
Usaha-usaha berterusan dilaksanakan bagi memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelik (JERI). Perlaksanaan usaha-usaha ini memerlukan
kesepaduan dan perlaksanaan yang seragam dari semua pihak. Usaha-usaha seperti ini
bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan.
Usaha dalam meningkatkan mutu pendidikan negara memerlukan perancangan yang
strategik, serta dasar perlaksanaan yang disusun dan diperkemaskan mengikut kesesuaian
dalam bidang pendidikan terutamanya dalam pelarasan perlaksanaan pengajaran dan
pembelajaran. Isu-isu permasalahan dalam pendidikan seperti aktiviti kurikulum dan
kokurikulum yang tidak seragam menyebabkan keciciran pencapaian akademik terutamanya
di sekolah luar bandar.
Penambah baik kandungan mata pelajaran juga perlu diteliti semula bagi melihat
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (P&P). Kekurangan dan kelemahan kemahiran
pedagogi dan penggunaan ICT yang meluas dalam kalangan guru juga menyebabkan pelbagai
isu permasalahan timbul seperti pelajar tidak bermotivasi dalam pembelajaran. Sarena Abdul
Karim (2003), menyatakan sistem pendidikan di Malaysia masih kurang menekankan aspek
teknik belajar secara formal. Menurutnya lagi, kebanyakan pelajar mempelajari teknik atau
kemahiran belajar secara secara kebetulan, tidak langsung atau terikut-ikut dengan rakan
sebaya.
Situasi ini wujud disebabkan pelajar tidak mempunyai panduan yang khusus untuk
menghadapi pembelajaran mereka. Sangat sedikit pelajar didedahkan dengan model gaya
pembelajaran dan kemahiran belajar semasa di peringkat awal persekolahan. (Dalam Baharin
Abu, Othman Md Johan, Syed Mohd Shafeq Syed Mansor dan Haliza Jaafar, 2007).
12
Kekurangan KBSR
Beberapa prinsip KBSR tidak dilaksanakan dengan berkesan dalam proses P&P. Ini
mengakibatkan kesepaduan pengetahuan pengetahuan, kemahiran dan nilai tidak tercapai
sepenuhnya melalui proses P&P di bilik darjah. Antara faktor yang mendorong kepada
perkara ini ialah untuk mencapai gred kelulusan A dalam peperiksaan. Maka kebanyakan
proses P&P yang berlaku di bilik darjah. lebih berupa proses menyediakan pelajar untuk
peperiksaan, bukannya bersifat menyampaikan ilmu pengetahuan, kemahiran nilai yang perlu
seperti mana dituntut oleh kurikulum mata pelajaran tersebut.
Ini secara langssung mengurangkan keberkesanan usaha ke arah membangunkan
insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berdaya saing, berkemahiran dan
mempunyai jati diri ciri modal insan yang cemerlang yang dihasratkan.
Kekurangan KSSR
Guru tidak dibenarkan membandingkan murid serta meletakkan skala yang menunjukkan
kedudukan mereka seperti digunakan sebelum ini.
13
14
15
KESIMPULAN
Peranan Pendidik
Tuntutan abad ke-21 dilandaskan kepada tuntutan Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan.
Selari dengan tuntutan-tuntutan tersebut penyediaan sumber manusia berkualiti hendaklah
dihasilkan oleh sistem pendidikan kita.. YAB Perdana Menteri telah menggariskan ciri-ciri
generasi yang hendak dilahirkan untuk mewarisi alaf baru akan datang iaitu:
ketrampilan
Untuk menentukan kehendak ciri-ciri manusia berkualiti tersebut dapat dihasilkan, maka para
pendidik dan guru-guru pelatih, perlulah dilengkapkan dengan ciri-ciri berikut pula:
16
Satu agenda dalam program pendidikan kini sebagai persediaan abad ke-21, ialah Sekolah
Bestari. Pelaksanaan Sekolah Bestari turut mewujudkan transformasi dalam sistem
pendidikan yang meliputi aspek kurikulum, sistem penilaian, pentadbiran, pengurusan
pembelajaran. Implikasi kepada reformasi ini, memerlukan persediaan guru. Tan Sri Datuk
Dr. Wan Mohd. Zahid bin Mohd. Nordin, memberi ciri-ciri guru bestari ialah guru-guru yang
boleh dan bijaksana mengimbang keperluan Wawasan Pendidikan dengan tuntutan dan
cabaran semasa. " Pendidikan Bestari antara lain menginginkan guru yang berketrampilan.
Tingkat ketrampilannya bukan sekadar mengguna dan menguruskan teknologi, tetapi lebih
penting berkeupayaan menyaring, mengadun, mengacuan setiap perkara seiring dengan
tingkat ketahanan anak bangsa, sejajar dengan budaya halus masyarakat kita dan seterusnya
menyumbang untuk terus memperkukuh asas kewujudan kita." (1997)
Peranan KBSR dan KSSR
KBSR dan KSSR mempunyai ciri kekuatan masing-masing. Namun perubahan-perubahan
yang berlaku disebabkan rasional-rasional atau alasan yang kukuh serta mengikut kehendak
perubahan waktu dan selaras dengan cabaran semasa, maka transformasi perlu dilakukan.
Segala penambahbaikan dalam kurikulum ini perlu dilakukan bagi menyediakan warga
negara kita untuk menghadapi arus kemodenan dalam menentang cabaran abad ke-21.
Ini jelas dapat dilihat dalam objektif KSSR yang lebih berfokuskan kea rah
kemahiran-kemahiran seperti mengira, berfikir, belajar, saintifik dan teknikal. Kemahirankemahiran ini meliputi skop yang lebih luas seperti kemahiran-kemahiran dalam KSSR juga
diperlukan bagi menyiapkan diri menghadapi cabaran masa hadapan dan mempertingkatkan
lagi jati diri daripada peringkat akar lagi.
17
CADANGAN
Di Finland, pra-sekolah bermula pada usia 6 tahun. Pada peringkat pra-sekolah, penekanan
diberikan kepada keseronokan bersekolah dan KEPENTINGAN BELAJAR. Selepas pra
ekolah persekolahan diteruskan dengan pendidikan wajib selama sembilan tahun. Pada gred
ke-9 dan ke-10, seorang pelajar boleh melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah atas atau
memilih 3 tahun persekolahan dalam aliran vokasional. Selepas itu mereka boleh ke
universiti sehingga ke peringkat masters atau Phd, atau ke Kolej Politeknik yang berfokus
kepada kemahiran tertentu sehingga memperolehi ijazah pertama dan masters.
Walaupun kebanyakan warga Finland menamatkan pendidikan mereka pada usia 25
tahun, namun proses pembelajaran diteruskan dalam bidang pekerjaan, kerana pendidikan
adalah proses sepanjang hayat. Rakyat Finland secara umumnya amat terlatih dan cekap
dalam bidang pekerjaan jika dibandingkan dengan negara-negara lain.
Di Finland, profession perguruan adalah kerjaya yang paling dihormati. Kerjaya doktor
perubatan pula menduduki tempat ke-dua. Sistem pendidikan di negara Finland dihormati
kerana standard pengurusan pendidikan yang tinggi dan tahap otoriti yang diberi kepada
guru. Guru-guru di Finland adalah amat terlatih. Kejayaan sistem pendidikan di Finland
adalah kerana mempunyai guru-guru yang kompenten dan sekolah yang berkualiti.
Sistem pendidikan Finland telah menghasilkaan siswazaah-siswazah berkualiti tinggi
yang mempunyai ijazah masters yang bersedia menjadi guru, dalam bidang-bidang
kemahiran mereka. Namun terdapat juga guru-guru penolong yang mengajar di sekolah
rendah
dan
pra-sekolah.
Semua ibu-bapa faham bahawa pendidikan adalah penting untuk anak-anak mereka dan
sentiasa menerima keputusan yang dibuat oleh guru-guru terhadap anak-anak mereka. Jika
18
RUJUKAN
Sy Primizah. (n.d) Kekuatan dan kelemahan KBSR di Malaysia. Diakses dari
http://www.scribd.com/doc/524342239/ISL-KEKUATAN-DAN-KELEMAHAN-KBSR-DIMALAYSIA
Berita Harian Online. (2011, Januari 30). KSSR kurangkan tekanan peperiksaan,bina modal
insane berkesan. Diakses dari http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KSSRkurangkan
tekananpeperiksaan_binamodalinsanberkesan/Article/index_html
4muda.com
http://www.google.com.my/amp/khairulabullah.com/generasi-apakah-anda-x-y-atau-z/amp
https://www.google.com.my/amp/4muda.com/mengenal-generasi-x-y-dan-z-sebagaigenerasi-dominan-masa-kini/amp
https://www.google.com.my/amp/s/manajemenppm.wordpress.com/2013/07/08/mengenalsiapa-itu-generasi-y/amp
http://time.com/247/millennials-the-me-me-me-generation/
The ABC of XYZ by Mark McCrinddle first published 2009 by UNSW press