Anda di halaman 1dari 13

KERTAS KERJA

PROGRAM KEPIMPINAN DAN JATI DIRI PELAJAR


ANJURAN :
KURSUS PEMBANGUNAN SAHSIAH (KKD2063) KUMPULAN H
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS(UPSI)
TARIKH:
18 APRIL 2015
MASA :
08.00 AM - 5.00PM
TEMPAT:
DEWAN SK METHODIST TANJUNG MALIM

1.

PENGENALAN
Motivasi merupakan daya dorongan kepada seseorang secara psikologi untuk
melakukan sesuatu dengan cara yang lebih baik lagi.
Menjadi pelajar yang bermotivasi dan berani akan lebih fokus terhadap pelajaran
dan pembelajaran yang diikuti terutama pelajar tahun 6 dan tahun 5 yang akan
menghadapi peperiksaan UPSR. Mereka akan lebih yakin untuk menggalas
tanggungjawab sebagai pelajar dalam aspek pendidikan dan aspek kehidupan demi
mencapai matlamat hidup yang sebenar. Jati diri pelajar adalah satu proses mengenal
siapa diri, untuk apa hidup dan kemana arah proses kehidupan. Proses ini akan
membentuk mereka menjadi insan yang berupaya dan lebih berani menempuh kehidupan
yang datang.
Tema program kepimpinan dan jati diri ini ialah Langkah Gemilang yang
membawa pelajar untuk berusaha mencapai kecemerlangan walau apapun rintanagan dan
mengajar pelajar untuk berani dan teguh untuk membuat sesuatu.

2.

RASIONAL
Program Kepimpinan dan Jati Diri diadakan sebagai medan dan tanggungjawab
utama yang boleh dimanfaatkan pelajar tahun enam yang akan menghadapi peperiksaan
UPSR. Program ini membantu pelajar dari segenap aspek kehidupannya sebagai pelajar
iaitu

kepentingan

akademik

dan

ilmu

pengetahuan,keberanian

menghadapi

cabaran,medan latihan fizikal, mental dan spiritual, pembangunan rohani, penjanaan


akhlak serta ukhuwah dan kesatuan di kalangan pelajar. Program seperti ini amat penting
bagi seorang pelajar untuk mencapai objektif dalam kehidupan.

3.

OBJEKTIF PROGRAM
a.

Memotivasikan Pelajar
Melahirkan murid yang bermotivasi agar mencapai keputusan yang cemerlang
dalam UPSR.

b.

Membina keyakinan diri


Sebagai pelajar,peserta yang mengikuti program ini akan lebih berkeyakinan bila
berhadapan siapa jua yang mereka temui.

4.

5.

MAKLUMAT PROJEK
4.1

Tarikh

: 18 April 2015

4.2

Masa

: 8.00am-5.00pm

4.3

Tempat

: Dewan SK Methodist Tanjung Malim

4.4

Anjuran

: Kursus Pembangunan Sahsiah UPSI (Kumpulan H)

PENYERTAAN
Semua pelajar Tahun 4,5 dan tahun 6 SK Methodist Tanjung Malim

6.0

Jawatankuasa Pelaksana Program Kepimpinan Dan Jati Diri Pelajar Tahun 6


Pengarah Program

Adib Bin Mashuri

Penolong Pengarah Program

Chua Yi Shan

Setiausaha

Che Engku Aisyah Bt Che Engku Musa

Penolong Setiausaha

Hafiza Bt Azahar

AJK Aktiviti

Muhammad Syafiq Bin Mohd Sanusi


Nur Natasha Amiera Bt Zahari
Fymila Jessica Nandoh
Khairul Amirul Bin Abdul Ghani
Nurul Najihah Bt Kemarudin
Laura Shahirah Bt Abd Razak

Nurul Balqis Bt Abu Bakar


Elysiana Jemaslin
Benzelly Scrachell Baitis
Chelsea Matijan
Hanizah Jukim
Sharoiren Wecerley Waling
AJK Jurugambar
7.0

Aqmarollah Bin mohd Nasip

TENTATIF PROGRAM
TARIKH

MASA

PROGRAM

8.00-8.30

Pendaftaran dan taklimat pengarah program

8.30- 9.00 am
9.00-10.00 am

Sarapan pagi
Ice breaking dan mencipta logo kumpulan
serta sorakan kumpulan.

10.00-11.00 am

LDK 1 ( Newspaper Bridge)

11.00-11.15 am

Happy Hour

11.15am -12.30 pm

LDK 2 ( Menara Impian)

12.30pm -1.45 pm

Rehat dan solat

1.45pm - 2.00pm

Taklimat Running Kid

2.00pm 4.00pm

Running Kids (10 checkpoint)

4.00pm 5.00 pm

Penutup

18 APRIL 2015

7.1 PERJALANAN AKTIVITI


Pembahagian kumpulan,mencipta logo dan sorakan kumpulan.
-Dalam sesi ini,peserta akan dibahagikan kepada 10 kumpulan(mengikut kesesuaian jumlah
peserta) dan dikehendaki untuk menghasilkan logo dan sorakan kumpulan.
Masa yang diberi ialah selama 30 minit sahaja manakala bahan yang diperlukan ialah kertas
mahjong dan marker pen.
LDK 1-Newspaper bridge
a.)Sinopsis aktiviti
-Pelajar dikehendaki untuk menghasilkan sebuah jambatan yang panjang, kukuh, stabil dan
kreatif dengan menggunakan surat khabar dan pita pelekat yang dibekalkan.
b.) Objektif
-Pemikiran yang kreatif dan kritis.
-Kerjasama antara anggota kumpulan
-Kesabaran
-Keyakinan
-Pendirian teguh
-Kemahiran untuk berfikir dan bertindak dengan pantas.
-Daya saing yang tinggi
c.) Masa aktiviti
-5 minit berbincang mengenai reka bentuk dan strategi menghasilkan jambatan.
-35 minit ialah masa melaksanakan tugasan

-20 minit ialah masa pembentangan. Q&A(question and answer) akan dijalankan ketika sesi
pembentangan.
-5 minit refleksi
c.) Bahan
-Surat khabar
-pita pelekat(masking tape)

LDK 2-Menara Impian


a.)Sinopsis aktiviti
Arahan: Peserta dikehendaki untuk membina SEBUAH menara yang mempunyai kriteria
berikut:
i.)

Menarik/kreatif

ii.)

Tinggi

iii.)

Stabil/kukuh

Dalam menghasilkan menara tersebut, peserta dibenarkan untuk menggunakan apa-apa


bahan tambahan yang ada pada peserta untuk tujuan pembinaan seperti pen,buku,tali
kasut dan sebagainya tetapi tidak dibenarkan untuk meminta atau menggunakan bahan
milik AJK dan fasilitator.
b.)Objektif
-kepekaan mendengar arahan
-kesanggupan untuk berkorban
-Meransang kreativiti

-Mampu untuk befikir dan bertindak dengan pantas


-Kesabaran/ketekunan dalam melakukan tugasan
-Percaya/yakin kepada diri
-Kerjasama antara satu sama lain
c.) Masa aktiviti
-10 minit masa untuk merancang strategi dan reka bentuk menara
-10 minit adalah masa untuk mengumpulkan straw
-50 minit masa melaksanakan tugasan
-5 minit refleksi
d.)Bahan
-Penyedut minuman(straw)
*Bahan tambahan dari peserta adalah dibenarkan.
Energizer activity
Aktiviti Happy Hour ialah satu aktiviti yang bertujuan untuk meningkatkan kembali kecergasan
dan minat para peserta dalam aktiviti seterusnya. Ia juga bertujuan untuk mengelakkan
kebosanan. Aktiviti ini tidak memerlukan sebarang bahan. Aktiviti ini boleh dikecualikan
sekiranya masa tidak mengizinkan.

Running Kid (10 checkpoint)


Aktiviti 1: Invisible Bomb
Arahan
1. Murid dikehendaki memilih map laluan petak-petak yang telah disediakan.
2. Mereka perlu merentasi laluan petak-petak dengan selamat untuk mengambil bendera.
3. Setiap petak akan ada bom yang tersembunyi. Sekiranya mereka memijak petak yang
mempunyai bom tersebut ,mereka perlu mangganti ahli kumpulan yang lain.
4. Masa yang diperuntukkan ialah lima minit.
REFLEKSI:
-

Melalui aktiviti ini ,murid dapat memupuk semangat kerjasama untuk melalui rintangan
yang akan datang.
Jangan mudah berputus asa dalam melakukan sesuatu perkara.

Aktiviti 2: Telur Dihujung Tanduk


Arahan
1. Murid akan dibekalkan surat khabar, plaster dan telur.
2. Mereka dikehendaki membungkus telur itu mengikut kreativiti masing-masing dengan
menggunakan barang yang dibekalkan dan membaling bungkusan itu di penanda aras
yang disediakan.
3. Jika telur itu pecah, mereka akan didenda dengan menyanyi lagu sekolah .
REFLEKSI:
Untuk melahirkan pelajar yang kreatif serta dapat bekerjasma dengan baik sesama
ahli kumpulan.
Aktiviti 3: Seven Meow
Arahan :
1. Semua murid akan membentuk satu bulatan.
2. Seorang murid akan mula mengira bermula nombor satu hungga tujuh, tappi orang yang
tujuh tidak akan menyebut tujuh namun mereka akan menyebut meow.
3. Kiraan diteruskan mengiku gandaan tujuh dan akan berhenti atas arahan fasi yang
bertugas.
REFLEKSI:
Melatih murid supaya lebih peka dengan keadaan sekeliling.

Aktiviti 4: Mr. and Mrs. White


Arahan :
1. Setiap kumpulan akan diberi sebanyak dua belon yang berisi tepung beserta tugasan dan
hendaklah ditiup hingga pecah.
2. Tugasan tersebut haruslah dilakukan oleh ahli kumpulan
3. Semua ahli kumpulan harus bekerjasama, tiada yang terkecuali.
REFLEKSI:
Untuk menguji kecekapan murid menyelesaikan masalah.
Mengasah bakat terpendam dalam diri murid
Aktiviti 5: Bulatan Kasih Sayang.
Arahan:
1.
2.
3.
4.

Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan sehelai surat khabar.


Murid perlu menghasilkan satu bulatan dengan menggunakan surat khabar tersebut.
Cara-cara akan ditunjukkan pada awal aktiviti oleh fasilitator yang bertugas.
Semua ahli kumpulan haruslah berada di dalam bulatan yang telah dibuat tadi.

REFLEKSI:
Dapat menguji tahap kreativit murid dalam menyelesaikan masalah.

AKTIVITI 6 : SWEET RUBBER


Arahan :
1.
2.
3.

Getah akan diletakkan diatas kerusi. Setiap murid diberikan straw. Masa yang diberikan
adalah 6 minit.
Pelajar pertama atau ketua harus ambil getah menggunakan straw tanpa memegang getah.
Getah tersebut harus diberikan kepada ahli dibelakang. Ahli kumpulan atau penolong boleh
menolong ketua untuk mengambil getah tersebut.
Getah yang telah sampai keahli yang terakhir dikira 1 markah.

REFLEKSI :
Melatih semangat kerjasama antara ahli kumpulan

AKTIVITI 7 : SILENT ACTION


Arahan :
1.
2.
3.
4.
5.

Setiap ahli kumpulan akan diberikan sekeping biskut.


Salah seorang antara mereka akan dipilih oleh fasilitator untuk ke hadapan dan disuruh
memilih gulungan kertas yang disediakan.
Pelajar yang telah dipilih hendaklah memilih seorang dari ahli kumpulan dan hendaklah
menggayakan aksi yang tertulis pada kertas.
Ahli kumpulan yang dipilih hendaklah meneka aksi yang digayakan.
Sekiranya tekaan mereka salah, mereka hendaklah mengemam biskut sehingga tamat
aktiviti.

REFLEKSI :
Untuk memastikan pelajar patuh pada peraturan atau arahan yang diberikan.
Untuk memupuk persefahaman antara ahli kumpulan.
Kita hendaklah sentiasa bersedia awal.
AKTIVITI 8 : TELEPHONE CHARADE
Arahan :
1.
2.
3.
4.
5.

Pelajar perlu beratur satu barisan.


Setiap ahli disuruh untuk mengadap belakang kecuali pelajar dihadapan.
Pelajar dihadapan akan disuruh untuk melukis objek.
Selepas 3 minit pelajar dihadapan akan menepuk bahu pelajar seterusnya dan menunjukkan
hsil lukisan yang telah dilukis.
Pelaajar yang terakhir hendaklah meneka objek yang telah dilukis.

REFLEKSI:
Memupuk semangat kerjasama.
Memberi maklumat dengan betul.

AKTIVITI 9: PAPER JOURNEY


Arahan :
1.
2.
3.

Setiap kumpulan diberikan sehelai surat khabar. Setiap ahli dalam kumpulan tersebut
dikehendaki meletakkan semua kaki mereka diatas surat khabar.
Mereka dikehendaki untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dengan hanya
berpijak atas surat khabar yang diberikan.
Aktiviti ini memerlukan daya kreativiti yang tinggi dimana lelaki dan perempuan tiak boleh
berpijak atas surat khabar yang sama.

REFLEKSI:
Memupuk semangat kerjasama.
Mengasah daya kreativiti pelajar.
AKTIVITI 10 : FLYING BALLOONS
Arahan :
1.
2.
3.
4.
5.

Ahli kumpulan hendaklah memilih seorang yang mereka percaya untuk membaling belon.
2 biji belon dan sehelai kain akan diberikan kepada setiap kumpulan.
Seorang ahli yang dipilih hendaklah menghadap ke belakang dan membaling belon kearah
ahli kumpilan.
Ahli kumpulan hendaklah menangkap belon yang dibaling menggunakan kain yang
disediakan.
Mereka akan didenda jika mereka tidak berjaya menangkap belon tersebut.

REFLEKSI:
Mewujudkan persefahaman antara ahli kumpulan.
Meningkatkan tahap fokus setiap ahli.

8.0 Peralatan
Bil
1
2
3
4
8.0

Alatan
PA system
Hellar (portable microphone)
First Aid
Goodies bag

Quantity
1
2
1
130

PENUTUP
Sesungguhnya kita hanya merancang, namun perancangan Maha Esa itu lebih
baik dan mengatasi segala perancangan hamba-Nya. Harapan kami agar segala program
yang dirancangkan dan disusun akan mencapai objektif yang telah digariskan serta dapat
dihayati juga diaplikasi di dalam kehidupan peserta. Akhir kata, kami merakam setinggitinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau
tidak langsung dalam merencanakan program ini dan berharap agar kertas kerja ini
diluluskan agar kami dapat menimba pengalaman dan memberi sedikit perubahan kepada
peserta.

Disediakan Oleh :

_________________
Hafiza Binti Azahar,
Setiausaha Program Kepimpinan Dan Jati Diri Pelajar,
SK Methodist Tanjung Malim.
(019-4354945)
Disemak Oleh

_________________ _____________
En. Taquddin Bin Abd Mukti,
Tenaga Pengajar Kumpulan H,
Kursus Pembangunan Sahsiah (KKD2063),
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Disahkan Oleh

___________________
En. Mohd Mazli Bin Mohd Arif,
Guru Besar,
Sk Methodist Tanjung Malim,
Tanjung Malim Perak.

--------------------------------- DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN ------------------------------