Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
penyakit gatal-gatal. Sakit akibat gatal-gatal di bahagian tertentu badan atau seluruh badan
adalah disebabkan sakit fizikal dan juga akibat gangguan atau sihir dan sebagainya. Pesakit akan
mengalami keadaan gatal yang ringan ataupun yang teruk umpamanya kulit akan menjadi berair,
merah serta boleh menjadi luka atau bernanah pada masa tertentu. Pengalaman yang biasa dilalui
ialah pesakit mengalami gatal pada waktu petang atau malam sehingga sukar untuk melelapkan
mata.
DOA YANG DIBACA
1. Asas 10 (Al-Fatihah, Selawat Syifa,Lau Anzalnaa.)
2. Ayat-Ayat Syifa
3. Bismillah Tujuh
4. Doa Syifa
BAHAN RAWATAN
1. Daun Belimbing buluh ( tujuh tangkai )
2. Bedak Sejuk (sebotol/cup kecil)
3. Air Mineral (2 botol)
KAEDAH RAWATAN
Dibacakan semua doa di atas ke atas setiap bahan rawatan. Daun belimbing hendaklah ditumbuk
halus/hancur dengan batu lesung atau di blend. Daun yang telah lumat dimasukkan dalam
bekas/cawan, kemudian ambil sedikit anggaran satu sudu untuk dicampurkan dengan sedikit
bedak sejuk dan air mineral di atas sebuah pinggan/piring putih yang kosong.
Kesemua bahan hendaklah digaulkan sehingga sebati menjadi semacam bedak, kemudian
sapukan campuran tadi ke seluruh tempat yang gatal pada waktu petang selepas asar dan masa
sebelum tidur. Lakukanlah sehingga tujuh hari berturut-turut. Mengikut pengalaman lepas,
insyaAllah penyakit gatal pada badan akan hilang jua. Amin.
SELAMAT MENCUBA!
SUMBER
Incoming search terms: