Anda di halaman 1dari 5

Dewasa kini negara kita Malaysia sudah berada pada landasan kemajuan dan

pembangunan yang pesat serta berkembang. Situasi ini seiringan dengan perubahan angin
kemajuan di peringkat global yang kian tiada garis sempadan lagi. Tahap penerimaan
nilai-nilai yang berkaitan dengan politik, ekonomi dan sosial manusia pada peringkat
global sudah tidak dapat dikawal lagi malah ianya telah mengubah dan mencorak
kepelbagaian hidup manusia di seluruh dunia. Pendek kata, dunia sudah dilabelkan tidak
mempunyai sempadan lagi dalam konteks teknologi maklumat. Begitu juga dengan
proses penerimaan dan perkembangan manusia terhadap norma kehidupan mereka.
Persoalannya, kehidupan masyarakat di negara ini yang diwarnai pelbagai tingkah
laku sosial yang dahulunya disifatkan baik, berbudi bahasa, lemah lembut, bertolak ansur,
rasional dan sebagainya sudah mulai kian luntur dek perkembangan waktu dan
diasimilasikan dengan pengaruh luar. Dalam konteks ini, norma-norma kehidupan yang
harmoni pada suatu ketika dahulu kian menerima dan berhadapan dengan situasi yang
tidak stabil lagi. Banyak perkara yang dilakukan oleh golongan masyarakat moden hari
ini sudah menyimpang daripada nilai ketimuran masyarakat Malaysia dahulunya.
Fenomena tingkah laku sosial ini sudah tidak sealiran lagi dengan tuntutan masyarakat
yang mementingkan norma-norma kehidupan yang baik-baik.
Dengan kata lain, masyarakat sekarang sudah cukup selesa berada dalam
kelompok masyarakat moden kompleks yang bebas melakukan apa sahaja selari dengan
keperluan dan citarasa sendiri tanpa memikir panjang sebab akibat serta nilai masa silam
yang menjadi pegangan nenek moyang mereka sejak dahulu lagi. Fenomena ini telah
mencetuskan masalah sosial yang banyak di negara ini sehingga menjadi gejala yang
serius dan sukar dibendung lagi. Keadaan ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan
masyarakat dan kerajaan di mana banyak dilaporkan dalam media massa seperti akhbar,
televisyen, internet dan alat komunikasi yang lain.
Trend fenomena sosial di negara ini besifat positif di mana saban hari kita
mendengar dan disajikan dengan berita-berita jenayah, keruntuhan rumah tangga,
masalah remaja, isu pendidikan, politik yang haruk-pikuk, ekonomi gawat dan

sebagainya. Fenomena tingkah laku sosial yang menyeleweng lazimnya melanggar


tatasusila yang ditentukan oleh sesuatu kumpulan masyarakat (Rohani Awang, 1996)
dalam Abdullah Sani Yahaya (2005). Masalah-masalah ini sedikit sebanyak mempunyai
kaitan antara satu dengan yang lain sehingga menjadi fenomena sosial yang lebih besar
serta mempunyai pengaruh dalam pembangunan negara dan masyarakat, khususnya
keluarga. Dalam proses memantapkan institusi keluarga ke arah budaya penyayang kita
terpaksa berhadapan dengan masalah sosial yang kian menular dan sesetengahnya sukar
dibendung.
Fenomena Tingkah Laku Sosial
Fenomena sosial yang menyeleweng daripada

norma kehidupan harmoni

masyarakat kita kian luntur dan bertambah samada berdasarkan statistik atau laporan
media massa tiap-tiap hari. Usaha pihak kerajaan dalam melahirkan masyarakat
penyayang dan keluarga bahagia menghadapi haluan getir apabila berhadapan dengan
fenomena sosial yang banyak berlaku dalam masyarakat dan keluarga itu sendiri.
Menurut Ami Masra (dalam Akademik) (1996) kebimbangan yang berlaku sekarang
adalah berikutan peningkatan masalah sosial dalam kerajaan dan masyarakat di negara
ini. Di Malaysia, peningkatan fenomena sosial ini lazimnya dikaitkan dengan golongan
remaja yang merupakan sebahagian besar daripada golongan masyarakat dan waris
kepada sesuatu keluarga. Oleh kerana bilangan kelompok ini lebih ramai, maka masalah
yang berkaitan dengan mereka juga banyak. Walau bagaimanapun, permasalahan sosial
ini turut melibatkan keseluruhan lapisan masyarakat tanpa mengenal kaum, agama dan
asal usul mereka.
Permasalahan sosial yang sedang meruncing kini seharusnya mendapat perhatian
semua pihak yang cintakan negara ini dan mereka yang mahu menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara maju contoh. Sama ada secara sedar atau tidak, peningkatan keskes yang dikategorikan sebagai gejala sosial kini berada pada tahap yang agak
membimbangkan, malah mungkin juga mencemaskan. Ini dapat dibuktikan melalui
pendedahan dan laporan harian media massa mengenai peningkatan kes-kes berkenaan.

Setiap hari kita akan mendengar atau membaca berita serta liputan mengenai kes-kes
gejala sosial. Masalah sosial adalah suatu tindakan yang merangkumi pelbagai perlakuan
negatif masyarakat yang tidak membawa kekuatan serta keuntungan kepada sesebuah
negara, samada kepada struktur sosial, politik mahupun sistem ekonomi negara
berkenaan. Perlakuan yang menyimpang daripada nilai dan norma masyarakat ini
mengundang kerisauan dalam masyarakat berkenaan kerana ia boleh memecahkan
struktur

nilai

yang

dipegang

oleh

sebahagian

besar

komuniti

tersebut.

Dalam konteks pembangunan keluarga yang bahagia individu-individu seperti


datuk, nenek, ibu bapa dan anak-anak harus memainkan peranan masing-masing sejajar
dengan tanggungjawab kendiri sebagai ahli keluarga. Sebagai mana yang dinyatakan di
atas, golongan anak-anak (remaja) itu sendiri banyak mencorakkan perjalanan institusi
keluarga ke arah pembangunan yang positif. Dengan adanya fenomena sosial yang
menyeleweng maka sudah tentu kumpulan anak-anak (remaja) ini yang banyak
menyumbangkan kepada masalah dan keruntuhan institusi keluarga mereka sendiri.
Banyak keluarga yang dahulunya bahagia, kini menjadi porak poranda angkara masalah
yang melibatkan golongan remaja yang sukar dibendung ini.
Dalam proses menangani masalah-masalah sosial remaja masa kini, kita terpaksa
berhadapan dengan banyak cabaran dan dugaan. Bagi mengatasi masalah sosial ini, sikap
dan tingkah laku remaja perlu diubah sama ada remaja itu sendiri mengubah sikap dan
perilaku mereka sendiri atauun orang lain yang memainkan peranan membantu remaja
yang terliat dalam gejala menyeleweng ini bagi berubah sikap. Dalam hal ini, peranan ibu
bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak
mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak
mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang
dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah
tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa
memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai
kedudukkan moral yang baik.

Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian
bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan
sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan
anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan,
prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian
yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu
bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.
Menurut V. Raman (2008) melalui pendekatan akademik boleh dilakukan dengan
menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti
kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknikteknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan
teknik pengajaran luar kelas. Di sekolah misalnya, sistem perundangan yang baik adil
wajar diaplikasikan. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan
rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan
tanggungjawab

pihak

sekolah

dan

pihak

ibu

bapa

dalam

pengawasan

disiplin. Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang


kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam
mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan
dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis.
Berkenaan dengan pendekatan psikologi, memberi kaunseling dan bimbingan ke
atas remaja yang bermasalah amat wajar. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting
dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna
sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam
memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut. Dari segi penglibatan
pihak lain, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang
penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan
khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran
daripada guru dengan sikap terbuka dan positif.

Justeru, melihat permasalahan tingkah laku yang melanda para remaja kita pada
hari ini amatlah mencemaskan. Tindakan bagi mengawalnya sudah sampai pada tahap
yang dianggap terdesak. Pertaruhannya adalah masa depan negara dan generasi Malaysia.
Walaupun banyak kajian yang dilakukan oleh pelbagai pihak mengenai fenomena tingkah
laku sosial yang menyeleweng ini, tetapi kajiannya lebih bersifat kepada tujuan akademik
dan tertumpu kepada punca masalah yang biasanya bersifat umum sahaja. Namun
demikian, segala masalah sosial yang dihadapi oleh para remaja perlu dibendung dan
diatasi supaya ianya tidak terus mewujudkan ancaman besar kepada aset yang tidak
ternilai ini.

Anda mungkin juga menyukai