Anda di halaman 1dari 9

Membaca jambatan ilmu.

Namun
budaya membaca dalam kalangan
rakyat Malaysia masih rendah. Kajian
menunjukkan bahawa secara purata
rakyat Malaysia hanya membaca dua
buah buku setahun. Negara kita yang
sedang pesat membangun
memerlukan rakyat yang
berpengetahuan tinggi untuk maju
setanding dengan negara maju di
dunia ibarat duduk sama rendah,
berdiri sama tinggi. Persoalannya,
adakah rakyat Malaysia sedar akan
pelbagai faedah yang bakal diperoleh
apabila mereka membaca?
Sebenarnya sudah terang lagi
bersuluh bahawa terdapat pelbagai
manfaat apabila seseorang
mempraktikkan budaya membaca.

Ilmu penyuluh kehidupan dan


membaca buku dapat menambahkan
pengetahuan. Hal ini demikian kerana
melalui pembacaan seseorang dapat
mengetahui isu-isu semasa sama ada
yang berlaku di dalam negara atau di
luar negara. Oleh hal yang demikian
mereka tidak akan menjadi seperti
katak di bawah tempurung. Selain itu,
melalui pembacaan, pembaca
berpeluang mempelajari sejarah dan
budaya masyarakat dunia.
Umpamanya mereka dapat
mempelajari tamadun Mesopotamia,
Indus, Hwang Ho, Mesir Purba dan
lain-lain. Pembaca juga dapat
mengetahui budaya masyarakat dunia
yang sangat unik dan berbeza di
negara yang berlainan. Oleh itu,

untuk memupuk budaya membaca ini,


kita perlulah menggalakkan anakanak ke perpustakaan dan membeli
bahan bacaan yang bersesuaian untuk
mereka kerana banyak membaca luas
pengetahuan dan membaca ialah
jendela ilmu.
Amalan membaca juga dapat
menambah perbendaharaan kata
dalam kalangan pelajar. Dasawarsa,
ramai pelajar lemah dalam kertas
Bahasa Melayu kerana mereka kurang
menguasai kosa kata. Pelajar juga
kurang cekap berbahasa Inggeris
kerana kekurangan kosa kata bahasa
tersebut. Hal ini menghalang kejayaan
pelaksanaan program iaitu usaha
kerajaan untuk memartabatkan

bahasa Melayu dan memperkukuh


bahasa Inggeris ke arah menguasai
pelbagai ilmu pengetahuan pada
peringkat globalisasi. Tabiat ini juga
boleh menyumbang kepada
penemuan perkataan-perkataan dan
istilah baharu terutamanya dalam
bidang sains dan teknologi. Sehari
selembar benang, lama-lama menjadi
kain, begitulah keadaannya apabila
membaca, kosa kata seseorang itu
sentiasa bertambah dan khazanah
bahasa seperti peribahasa dan
ungkapan menarik serta bunga-bunga
bahasa semakin dikuasainya.
Seterusnya, tabiat membaca boleh
membantu pelajar lulus cemerlang
dalam akademik. Tabiat membaca

boleh membantu pelajar memahami


sesuatu mata pelajaran dengan cepat
dan mudah. Peribahasa hendak seribu
daya, tak hendak seribu dalih sesuai
kepada pelajar yang rajin membaca
kerana tabiat membaca juga dapat
meningkatkan mutu akademik pelajar.
Tabiat membaca merupakan aktiviti
masa senggang yang sangat
berfaedah. Masa itu emas, oleh itu
seseorang seharusnya mengisi masa
lapang dengan berfaedah seperti
mengamalkan hobi membaca buku.
Negara kita memerlukan rakyat yang
berpengetahuan untuk
membangunkan negara. Sebagai
contoh, masyarakat di negara Jepun
yang maju menjadikan amalan

membaca sebagai budaya hidup


mereka. Di negara matahari terbit itu,
kita dapat menemukan masyarakat
Jepun yang membaca buku ketika di
dalam kereta api, di stesen bas, di
taman-taman, atau di mana-mana
sahaja. Sebaliknya, di negara kita,
rakyat kita suka berbual-bual kosong
di kedai kopi, bermain dam di atas
wakaf, atau melepak di pusat-pusat
beli belah. Kesimpulannya, jelaslah
bahawa rakyat yang banyak membaca
berupaya menjamin kemajuan negara.
Budaya membaca juga adalah
pemangkin kemajuan negara. Hal ini
demikian kerana kemajuan sesebuah
negara tidak dilihat pada
pembangunan fizikal semata-mata

tetapi juga diukur pada kemajuan


intelektual rakyatnya. Rakyat berilmu
mencerminkan kemajuan sesebuah
negara. Sekiranya negara kita dapat
mengurangkan kadar buta huruf
secara tidak langsung, taraf
pendidikan di negara kita turut
meningkat dalam usaha melahirkan
rakyat bertamadun tinggi. Sejarah
telah membuktikan bahawa
pembangunan tamadun
keintelektualan manusia bermula
daripada buku. Sebagai misalannya,
kemajuan Kota Baghdad telah muncul
sebagai pusat penyebaran ilmu yang
unggul di dunia suatu ketika dahulu
disebabkan ledakan ilmu menerusi
penulisan dan penterjemahan
pelbagai buku dari seantero dunia.
Tuntasnya, melalui tabiat membaca,

kita dapat melahirkan modal insan


bertaraf dunia.
Natijahnya, berdasarkan faedahfaedah yang telah dibicarakan, sudah
terang lagi bersuluh bahawa tabiat
membaca amat signifikan untuk
membangunkan intelektual rakyat
negara ini. Tegasnya, tabiat membaca
berupaya menjayakan hasrat negara
menjadi negara maju dalam Wawasan
2020. Tabiat membaca harus dipupuk
ibarat sedikit-sedikit lama-lama jadi
bukit ke arah meningkatkan purata
pembacaan rakyat negara ini.
Sesungguhnya semua pihak harus
berganding bahu bagai aur dengan
tebing untuk meningkat budaya
membaca dalam kalangan

masyarakat kerana tamadun


kebendaan tidak pernah kekal tetapi
tamadun ilmu boleh merentas zaman.