Anda di halaman 1dari 1

Pengenalan

Sebelum bermulanya era komunikasi visual, dunia terlebih dahulu menempuhi era
komunikasi yang hanya tertumpu kepada penulisan melalui media tablet dan era komunikasi
suara melalui radio. Kebanyakan pemimpin-pemimpin dalam era ini perlu menggunakan
kelebihan yang ada pada ketika itu untuk menarik minat rakyat-rakyat mereka. Misalnya
pada era komunikasi visual kini yang mementingkan perbuatan, tingkah laku ataupun gerak
tubuh si penutur ketika bercakap. Pergerakan tubuh manusia sama ada dalam keadaan
sedar atau tidak memberikan makna-makna tertentu kepada pendengar. Pergerakan tubuh
ini boleh melambangkan seseorang individu itu cuba untuk mempertahankan dirinya,
menyembunyikan

sesuatu

ataupun

menandakan

tahap

fokus

mereka

terhadap

perbincangan yang berlangsung. Bahasa tubuh ini bukan sahaja boleh dilihat ketika
perbincangan, bahkan juga sewaktu ditemu duga, di dalam kelas dan sebagainya. Ahli
antropologi, Ray Birdwhistell dalam The Definitive Book of Body Language Edisi Bahasa
Melayu mendapati
komponen komunikasi lisan dalam perbualan secara face to face adalah bahasa
badan dan impaknya, walaupun kita sudah sedia maklum kebanyakan mesej
daripada perbualan secara face to face didedahkan daripada badan itu sendiri.
Hal ini bermakna, komunikasi lisan tidak memberi makna kepada pendengar, akan tetapi
bahasa badan juga merupakan salah satu elemen sokongan bagi mentafsir makna mesej
yang disampaikan oleh si penutur. Tamsilnya ketika seseorang itu sedang berbual, mereka
gemar menggerakkan tangan mereka bagi melambang tahap serius sesuatu masalah yang
mereka hadapi pada ketika itu.
Bahasa tubuh menurut Kamus Dewan Edisi Keempat merujuk kepada cara
berkomunikasi melalui gaya duduk, berjalan, berdiri, mimik muka dan sebagainya, bukan
melalui pertuturan. Manakala,

menurut Allan dan Barbara Pease(2015), bahasa badan

adalah refleksi luaran seseorang yang berkait dengan situasi emosi mereka. Hal ini merujuk
kepada pelbagai pergerakan yang dilakukan itu, melambangkan maksud emosi si penutur
pada waktu tersebut. Misalnya apabila seseorang wanita itu menyedari badannya semakin
berisi, dia mungkin sering kali bertindak membetulkan bajunya kerana berasa kurang selesa.
Antara contoh lain pula boleh dilihat ketika si ibu memarahi anaknya dan bertanya baki duit
sekolah yang diberikan olehnya, si anak bertindak menggaru-garu kepala kerana mencari
alasan untuk diberikan kepada ibunya.

Anda mungkin juga menyukai